Posts

Hydraulic lifter

Image
 Salam Muharram dan Selamat sejahtera Masalah bunyi bising di enjin kereta seringkali jadi tumpuan terutamanya kepada pengguna yang mahukan enjin senyap dan tidak ragu-ragu dengan kemampuan enjin ketika dipandu. Bunyi yang saya maksudkan adalah bunyi seperti geseran yang kuat antara komponen dalam head yang membuatkan enjin juga bergegar dan dapat dilihat enjin bergoyang melalui mata kasar lebih-lebih lagi jika dipegang pada head enjin.

Pilih Wayar yang sesuai untuk wiring kereta

Image
 Assalamuaalaikum dan salam sejahtera April 2023 Wayar adalah kegunaan utama dalam menghasilkan tenaga elektrik yang berkuasa supaya ia mampu menjana tenaga kuasa untuk keseluruhan penggunaan sebuah kereta. Bermula dari bateri hingga ke bahagian sistem kawalan utama ECU/ECM semuanya disambungkan dengan wayar. Manakala kuasa mekanikal enjin adalah untuk mengecas semula bateri melalui alternator yang juga dihubungkan menggunakan sistem wiring.

Reset Ecu Gearbox atau TCM (Transmission control Module)

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 2023 Alhamdulillah ketika ini kita hampir 80 % kembali ke keadaan biasa selepas 2 tahun lebih kita berada dalam pandemik covid19.  Post hari ini adalah mengenai reset TCM (Transmission Control Module) atau biasa dipanggil Reset ECU gearbox.

Indikator bateri menyala dan berkelip

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera 2022  Perkongsian kali ini adalah mengenai indikator bateri di panel meter yang berkelip. 

Check Engine Light Tidak Padam

Image
Kali ini adalah mengenai kaitan antara Check Engine Light dan Catalytic Converter.

Kesan Minyak dalam Radiator

Image
Masalah ini biasa dikaitkan dengan minyak dan air dalam radiator yang bercampur .

Ground wire dan kegunaannya

Image
Salam sejahtera Oktober 2020 Seringkali kita dengar tentang ground wire tanpa mengetahui kepentingan dan kegunaanya sepenuhnya. 

Kuasa Pecutan Hilang Tiba-tiba

Image
Salam Ramadhan 2020, Telah agak lama kira-kira setahun aku tidak update blog ini kerana tugas dan kesibukan seharian.Pos terakhir adalah pada Mar 2019 cara bypass kod immobilizer secara manual untuk hidupkan enjin. Olehkerana PKP yang belum berakhir dan ada masa yang terluang ini akhirnya dapat juga aku meluangkan masa untuk memberikan sedikit panduan bagaimana menagani masalah pecutan kereta yang tiba-tiba hilang walau dalam keadaan kabel dan keadaan pedal yang baik.

Cara bypass kod immobilizer secara manual untuk hidupkan enjin

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Penggunaan immobilizer sekarang sebagai satu sistem sekuriti bagi sebuah kereta bukanlah asing lagi bagi pengguna kereta. 

Cara mudah servis starter motor kereta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Telah agak lama juga aku tidak berkesempatan untuk mengemaskini kandungan blog ini akibat kesibukan tugas seharian.Pada petang 2 oktober ini diselitkan sedikit  maklumat yang sepatutnya semua pengguna kereta di Malaysia dan didunia tahu akan kerosakan yang amat mudah terjadi pada starter kereta lori atau bas.

Injector,fuel regulator dan MAF sensor

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Ketiga-tiga komponen seperti tajuk diatas adalah merujuk kepada komponen yang perlu diperiksa dan diganti jika terjadinya enjin yang sukar dihidupkan ketika suhu enjin telah panas.Adakah benar ini boleh berlaku?enjin sukar hidup ketika panas?

Meminimakan kerosakan kereta dan memanjangkan hayat enjin

Salam Jumaat Mac 3 2017, Bukan mudah untuk sesebuah enjin kereta untuk bertahan melebihi 10 tahun,15 tahun dan lebih tanpa mengalami kerosakan  kereta atau dengan kata lain terpaksa melalui proses overhaul dan top overhaul jika ianya tidak dikekalkan dalam penyelenggaraan yang sempurna dan bertepatan dengan keupayaan enjin untuk menambah hayat.

Setelah sekian lama ditinggalkan dan tidak digunakan

Image
Bertemu kembali setelah sekian lama dalam post sempena menyambut Hariraya Korban 2016 bersamaan 8 Zulhijjah 1437,Selamat Menyambut AidilAdha. Pada masa ini kebarangkalian untuk sebuah keluarga atau individu memiliki lebih dari sebuah kereta adalah biasa.Ada kereta yang digunakan seharian,sekali-sekala dan ada juga yang tidak digunakan terus berbulan-bulan malah bertahun dibiarkan begitu saja.

Reset ECU/ECM.Throttle Body.Fuel Pump dan Alarm

Salam Sejahtera Terdapat beberapa jenis reset pada sebuah kereta seperti reset alarm,reset ECU/ECM dan reset fuel pump.Reset-reset demikian adalah amat penting untuk diketahui oleh semua pengguna kereta kerana dengan cara ini saja lah kereta akan dapat mengembalikan keadaannya kembali  kepada asal sebelum kerosakan. Kaedah reset adalah sama dengan apa yang dipraktikkan pada sebuah komputer yang mengalami masalah sistem iaitu arus letrik atau kuasa akan dipotong apabila sambungan seperti kabel ke monitor atau CPU ditanggalkan, cuma kaedah pada sebuah kereta pula adalah melalui sambungan kuasa bateri,relay dan fuse serta beberapa kaedah lain.

Kesan-kesan buruk ke atas enjin apabila isyarat sensor lemah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sistem 'drive by wire' dalam arus teknologi kereta kini telah mengkayakan lagi penggunaan sensor secara keseluruhan dalam penghantaran isyarat ke ECU (Engine Control Unit) untuk tindakan susulan dalam  mengawal pergerakan kerosakan komponen kearah kestabilan enjin khususnya dan kereta secara amnya.

Bagaimana Air Bercampur dengan Minyak dalam Enjin

Salam dan Selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog tak kira dimana jua anda berada samada di Malaysia mahupun luar Malaysia.Tak lupa juga ucapan awal menjelang Ramadhan Al mubarak kepada semua muslimin dan muslimat!Selamat Berjumpa kembali dalam topik terbaru dalam tahun 2015 ini,semuga apa yang dicoretkan ini dapat memberikan sepenuh manfaat kebaikan untuk kita semua!Insyallah!

Oil Pump dan Piston Oil Ring yang rosak

Salam kepada pengunjung blog ini semuga berada dalam Redha Allah selalu. Oil pump dan piston oil ring adalah 2 komponen berbeza dari segi saiz,kedudukan dan juga kegunaannya.Oil Pump adalah komponen utama yang amat penting dalam sebuah enjin kereta.Ini kerana ia bertindak sebagai penyebar minyak pelincir ke dalam keseluruhan enjin untuk membolehkan sistem mekanikal enjin bekerja dengan sempurna tanpa mengalami tekanan akibat kepanasan tanpa minyak pelincir.

Intercooler dan turbocharger

Salam Sejahtera Intercooler dan turbocharger adalah komponen kereta yang merupakan penambahbaikan sistem enjin dari segi prestasi dan kemampuan menyerap haba yang dihasilkan oleh enjin kereta.2 komponen ini digunakan khas untuk memberikan pacuan lebih pada RPM dan sistem penyejukan yang lebih efektif supaya enjin bergerak dengan prestasi maksimum.

Makluman tukar nama dan alamat ke mekanik kereta

Assalamualaikum, Pertama sekali blog yang dahulunya dikenali sebagai kerosakan kereta mengucapkan salam maulidur rasul dan bersyukur serta berterimaksih kepada sokongan pengunjung yang tak putus-putus sejak blog ini dimulakan sekitar tahun 2008. Olehkerana faktor-faktior keselamatan secara teknikal untuk terus  menerbitkan post secara online maka pada tahun 2014 ini ,blog ini yang dahulunya beralamatkan kerosakankereta telah menukar nama kepada Mekanik kereta serta alamatnya juga telah ditukar kepada mekanikkereta.com  atau www.mekanikkereta.com  . Semuga blog yang beralamat baru dan bertajuk baru ini akan terus menyumbangkan manfaat kepada pengunjung seperti sebelumnya. Blog Mekanik Kereta juga secara rasminya tidak akan menerbitkan post yang lain selain dari automotif repair iaitu semuanya adalah mengenai permasalahan kerosakan dan pembaikan samada penyelesaian,masalah,baiki,modifikasi,enjin,badan kereta,dan keselamatan penggunaan komponen serta alat. Ruangan komen pula masi

Engine swap

Assalamualaikum dan Selamat Aidiladha, Engine swap atau dalam bahasa mudahnya adalah tukar enjin.Tukar enjin adalah perkara paling mudah bagi mekanik tapi bagi pengguna yang tiada sedikit pun pengetahuan mengenai enjin yang masih boleh digunakan akan menyebabkan kesusahan dikemudian hari.Masalah kerosakan kereta yang lebih teruk mungkin berlaku jika memilih enjin yang tidak patut digunakan samada ia berbentuk halfcut atau pun enjin kosong.