Hydraulic lifter
Salam Muharram dan Selamat sejahtera
Masalah bunyi bising di enjin kereta seringkali jadi tumpuan terutamanya kepada pengguna yang mahukan enjin senyap dan tidak ragu-ragu dengan kemampuan enjin ketika dipandu. Bunyi yang saya maksudkan adalah bunyi seperti geseran yang kuat antara komponen dalam head yang membuatkan enjin juga bergegar dan dapat dilihat enjin bergoyang melalui mata kasar lebih-lebih lagi jika dipegang pada head enjin.
Hydraulic Lifter pada asalnya adalah biasa digelarkan dengan tappet pada enjin kereta lama yang menggunakan feeler gauge untuk diselaraskan mengikut kesesuaiannya. Bacaan penyelarasan ini dipanggil valve clearance. Pada ketika itu juga selain valve terdapat juga enjin yang menggunakan shim pada intake exhaust dan intake valve dalam head enjin kenderaan.
Setelah enjin melalui penambahbaikan penggunaan hydraulic dan lifter diperkenalkan dalam keseluruhan enjin kenderaan sekarang. Ianya lebih mudah,senyap dan juga mudah untuk dibaiki. Hydraulic ini bermaksud menggunakan tekanan cecair dalam lifter untuk menjalankan tugas sebagai penggerak intake valve dan exhaust untuk timing pembakaran yang lebih baik.
Dua gambarajah di bawah menunjukkan komponen hydraulic yang menggantikan tappet lama menggunakan lifter. Secara mekanikalnya Pushrod akan menekan mangkuk hydraulic yang berisi lifter (rujuk gambar 2) untuk menghasilkan tekanan untuk timing pembakaran dalam enjin. Kaedah ini lebih efektif dimana minyak enjin adalah bahan utama untuk menghasilkan timing mekanikal dalam enjin dengan kaedah hydraulic.
komponen hydraulic (Kredit) |
lifter (Kredit) |
Comments
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,