Kesan Minyak dalam Radiator
Masalah ini biasa dikaitkan dengan minyak dan air dalam radiator yang bercampur .
Ini juga boleh menyebabkan kepanasan enjin serta keadaan RPM yang tidak stabil. Seperti yang kita tahu radiator adalah komponen utama sistem penyejukan enjin yang mana apabila sampai ke satu tahap radiator akan mengalirkan air melepasi thermostat dan seterusnya ke water pump dan masuk semula ke radiator secara pusingan.
Apabila keadaan terjadi di mana air dalam radiator bercampur dengan minyak ,ia masih mengalirkan air sebagaimana biasa cuma air dan minyak akan menambahkan kepanasan enjin akibat kuasa air sejuk telah disekat oleh minyak yang bercampur tadi.Akibatnya RPM tidak stabil dan enjin juga menunjukkan kepanasan di meter suhu.
Sebab utama minyak bercampur air ialah kerana laluan transmission oil telah bocor dan mengakibatkan minyak gear masuk ke radiator dan membentuk air bercampur minyak yang biasanya menjadi kerak seakan putih di penutup radiator.
Terdapat juga di mana oil cooler yang bocor menyebabkan air bercampur minyak.Kereta-kereta moden dengan turbo dan berkuasa tinggi sekarang dilengkapi juga dengan oil cooler yang dipasang untuk menjadikan minyak tidak terlalu panas untuk dialirkan ke seluruh enjin.
![]() |
oil cooler exora cps |
Oil cooler ini pula dipasang terus ke bahagian takung minyak di laluan oil filter dan salurannya juga di radiator untuk minyak tersebut disejukkan dan masuk semula ke enjin, Tetapi apabila komponen ini bocor akibatnya minyak akan bercampur dengan air dan seterusnya ia semakin banyak dan akan terus berada dalam sistem penyejukan enjin.
Keretakan pada engine block dan cylinder head juga boleh menyebabkan enjin menyedut masuk air ke dalam enjin. Ini kerana kuasa tekanan enjin menjadi rendah dan akibatnya laluan yang sepatutnya diisi dengan minyak dimasuki dengan air juga. Pada keadaan ini pendekatan terbaik dan menjimatkan kos serta masa adalah dengan tukar blok enjin atau tukar kebuk silinder mengikut komponen yang mana retak.
Secara kesimpulannya air dalam ruang radiator yang menampakkan percampuran minyak adalah kerana:-
1.Bocor Transmission cooler
2.Bocor Oil Cooler
3.Keretakan Kebuk Silinder atau Cylinder Head
4.Keretakan Blok Enjin.
Keempat sebab utama ini perlu dipastikan sebelum melakukan proses besar seterusnya seperti tukar enjin dan tukar kebuk silinder mahupun Top Overhaul.
Comments
apa probnya ya...
Air setiap hari akan berkurang,dlm 200-300 ml, (lebih kurang)agak2 apa masalahnya ye tuan? Kereta kembara auto
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,