Kuasa Pecutan Hilang Tiba-tiba
Salam Ramadhan 2020,
Telah agak lama kira-kira setahun aku tidak update blog ini kerana tugas dan kesibukan seharian.Pos terakhir adalah pada Mar 2019 cara bypass kod immobilizer secara manual untuk hidupkan enjin. Olehkerana PKP yang belum berakhir dan ada masa yang terluang ini akhirnya dapat juga aku meluangkan masa untuk memberikan sedikit panduan bagaimana menagani masalah pecutan kereta yang tiba-tiba hilang walau dalam keadaan kabel dan keadaan pedal yang baik.
Ada 2 keadaan dimana pecutan hilang tiba-tiba
1.Hilang tiba-tiba dan lampu isyarat pada panel meter juga malap dan hilang
2.Hilang pecutan tiba-tiba pada kelajuan tinggi
Hilang pecutan tiba-tiba dan lampu isyarat pada panel meter juga malap dan hilang
Keadaan ini amat jarang berlaku kerana ia adalah akibat kekurangan kuasa bateri. Kuasa bateri sebenarnya dicas semula oleh alternator dan jika alternator tidak berdaya mengecas semula dengan penuh akibatnya apabila bateri habis sedikit-sedikit lampu isyarat panel jadi malap dan seterusnya enjin akan mati sendiri.
Kuasa bateri 12 volt dicas semula adalah pada kekuatan alternator sekitar 13.8-14.2 volt untuk mengecas penuh kekuatan asal bateri 12 volt. Kuasa yang melebihi 14 volt akan merosakan bateri sepenuhnya jadi apabila tukar alternator pastikan bacaannya dibawah 15 volt.
Hilang pecutan tiba-tiba pada kelajuan tinggi
Ketika pada kelajuan tinggi sekitar 100-120 km/j tiba-tiba kelajuan turun rendah sehingga 40-50 km/j dan tidak boleh memecut naik semula. Dalam keadaan ini enjin jadi tersedu dan hampir mati lebih-lebih lagi jika aircon dalam keadaan ON.Injector yang sumbat,kotor dan berkerak didalamnya pasti akan membuatkan laluan pancitan minyak sempit seterusnya pancitan minyak jadi tidak sekata untuk semua injector.
Fuel Injector begini samada perlu ditukar atau dilakukan servis cuma kebanyakan woksyop tidak gemar lakukan servis kerana ia remeh.
Cara lakukan sendiri servis injector
Alatan yang diperlukan
1.Bateri 12 volt
2.Hose kecil
3.Wayar
4.Klip sambungan
4.Injector cleaner/Carb cleaner
Langkah-langkah
1.Sambungkan hose besar dan kecil supaya ia boleh muat kedalam laluan dari Injector/Carb Cleaner ke Injector
2.Gunakan wayar untuk sambungan dari bateri ke injector dengan menggunakan klip sambngan.
3.Apabila semua telah tersedia ,lakukan sentuhan pada kuasa bateri untuk pancitan injector cleaner/Carb Cleaner melalui Injector
4.Lakukan pancitan untuk kedua-dua hala.
5.Ulang beberapa kali
6.Jika laluan injector menjadi kuat anda boleh hentikan servis
https://www.youtube.com/watch?v=8rk0tKtiVic
Video bagaimana melakukannya secara praktikal

![]() |
Gambarajah bagaimana servis injector dilakukan menggunakan carb cleaner |
https://www.youtube.com/watch?v=8rk0tKtiVic
Video bagaimana melakukannya secara praktikal
Comments
kereta avanza saya bila kipas berpusing kompressor aircond turut ikut pusing sedangkan suis aircond tidak dibuka..apa perkara yang patut dibuat atau di ganti mohon pencerahan
Avanza menggunakan gearbox belakang jadi hanya ada satu kipas yang digunakan untuk radiator dan aircond,Jika bunyi klik magnet clutch melekat apabila kipas berpusing ada sambungan bersentuhan pada relay aircond dan radiator berkemungkinan dari relay yang telah rosak atau terbakar pada kakinya. Gantikan kedua2 relay serta fius yang bersangkutan dengan aircond dan radiator bertanda ACC dan RAD. Jika ini tidak membantu bermakna telah berlaku pintasan kuasa magnet clutch pada kompressor dan perlu tukar magnet clutch kompressor.
- radio tak hidup
- kunci pada pintu tak autolock, bila nak lock kereta kena pakai manual dan pintu driver saja yang lock. Pintu lain taknak ikut lock
- lampu dalam kereta tak hidup
- jam tak hidup
- meter akan reset sendiri bila on enjin
- akan ada tersengguk sikit masa nak tukar gear
Battery baru tukar belum sampai setahun.
Terima kasih ya..
Saya menggunakan kereta wira 1.3 vdo,enjin memang susah nak hidup bila nak start,tpi bila sentuh/tekan sedikit pedal minyak..baru enjin akan hidup..masalah selalu berlaku ketika waktu pagi atau telah berhenti lama(off enjin)dan nak start balik.
Apa masalah kereta Saya?duit dah bnyak habis..mslh Tak selesai lagi..
kedua, adakah engine oil treatment & cleaner perlu untuk kereta yg dah lebih 6 tahun?
mohon pandangan tuan t.kasih
3.5 v6
Apakah minyak hitam yang sesuai digunakan?
KERETA CITROEEN X SERA PICASSO TIMING BELT PUTUS, JADI TAK BELAH START AND KALAU UNAIK BUKIT DIA STRESS ENGIN SUSAH NAK NAIK. LEPAS TU ENGIN OVERHEAT. KITA HANTAR KAT MACHANIC. MAKANIK DAH TOP OVERHAUL, TUKAR FRONT ENGINE MOUNTING, REPLACE WATER PUMP, REPLACE PIMP ASSY. REPLACE TIMING BELT. TOP OVERHAUL, TUKAR INTAKE VAVLE, TUKAR EXHUST VALVE, TOP OVERHAUL KIT, TUKAR ENGINE MAOUNTING BUSH. REPLACE BEARING. DEKAT 8K HABIS. TAPI BILA NAK AMBIL KERETA SEBAB DIORANG CAKAP DAH OK...ENGINE ON..KEJAP JALAN LEPAS TU STUCK.TAK BOLEH JALAN AND MASUK GEAR. STRESS SEBAB BANYAK DUIT DAH BUANG. HARGA KERATA BUKANYA MAHAL.
BOLEH BAGI NASIHAT APA NAK BUAT OR APA NAK CHECK.
masa kereta tengah berjalan tiba
tiba terhenti sendiri .terus hilang power dan tidak boleh start semula
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,