Injector,fuel regulator dan MAF sensor
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Ketiga-tiga komponen seperti tajuk diatas adalah merujuk kepada komponen yang perlu diperiksa dan diganti jika terjadinya enjin yang sukar dihidupkan ketika suhu enjin telah panas.Adakah benar ini boleh berlaku?enjin sukar hidup ketika panas?
Pada asasnya enjin yang dihidupkan perlukan oksigen (udara) dan bahan bakar iaitu petrol,gas atau disel serta api untuk ia bekerja dan membuat pembakaran dalam enjin.Udara akan menjadikan petrol atau disel kepada gas dan meruap untuk menjadi pembakaran dalam enjin atas pertolongan api yang terhasil dari plug.Maka bermulanya enjin hidup dan bunyi serta gas karbon monoksida yang dibuang ke ruang ekzos.Ianya mudah bukan asalkan ada api dan bahan bakar enjin akan hidup,tetapi mengapa ia jadi sukar hidup bila panas?
Inilah yang saya rungkaikan dalam mencari kebarangkalian yang banyak keatas beberapa komponen yang amat perlu diganti atau diperiksa teliti kemampuannya.Soket pada injector perlu diperiksa untuk ada aliran cas elektrik untuk injector bekerja.Ada juga terdapat injector yang bocor satu atau dua yang menjadikan enjin lebih sukar hidup ketika panas kerana bila enjin panas bahan asas body enjin mengembang dan tenaga perlu lebih untuk memusing komponen enjin.
Mengapa pula saya katakan bahawa fuel regulator perlu diganti atau diperiksa kemampuannya?Ini kerana fuel regulator adalah berfungsi membekalkan tekanan hanya secukupnya untuk membuat pembakaran enjin akantetapi jika ia jadi tidak terkawal atau rosak ia akan menambah kesan buruk aliran bahan bakar untuk injector.Disinilah terjadinya kemampuan enjin untuk hidup terganggu.
MAF sensor pula adalah berkaitan berapa banyak udara yang perlu untuk bahan bakar bergabung dengan api untuk enjin hidup.Apabila ia tidak berfungsi dengan baik sensor ini akan memnberikan ketidaktepatan udara untuk diseimbangkan ke bahan yaang saya sebutkan tadi untuk membuat pembakaran.Kesukaran membuat laporan akibat ia rosak adalah punca utama kesukaran enjin juga untuk membuat pembakaran.
Dalam kes yang berat jika enjin telah mengalami kebocoran yang teruk pada head silinder dan menaikkan minyak ke permukaan air filter ini adalah amat berlainan kerana enjin ini dikategorikan tempang dan perlu diperiksa teliti dan termasuk dalam proses Top Overhaul,jika enjin dalam keadaan ini,ia bukanlah akibat 3 komponen yang saya sebutkan tadi.
Pokoknya sebelum anda lakukan Top Overhaul atau Overhaul pastikan mekanik anda periksa dahulu komponen disebutkan untuk kepastian kerana kos Top Overhaul dan Overhaul bukan saja menelan belanja yang besar malah jangkamasa untuk ia siap juga kira-kira 3 hari atau seminggu untuk enjin disiapkan.
Mengekalkan kestabilan suhu enjin
Suhu enjin biasanya dapat dikawal stabil dengan menukar minyak pelincir tepat pada kilometer yang sepatutnya ditukar dan elakan dari menggunakan minyak yang berlainan gred dengan kerap dan jenama yang bertukar-tukar.Cooling system juga perlu diperiksa dan dinyahkarat dengan menukar air dan coolant jika air ada bercampur kesan karat yang banyak.Pastikan juga tidak menggunakan bahan bakar berbeza kerana bahan bakar juga penting.Mengekalkan penggunaan bahan bakar pada jenama yang kerap digunakan juga dapat mengelakan keserasian enjin dengan bahan bakar tersebut sekaligus mengelakan pembentukan karbon yang banyak dan suhu enjin juga lebih stabil.
Fuel Injector Cleaner dibawah amat sesuai digunakan untuk membersihkan ruamg pada throttle body atau carburator secara semburan,buka hose dan sembur kemudian lap sedikit dengan kain kering.
Ketiga-tiga komponen seperti tajuk diatas adalah merujuk kepada komponen yang perlu diperiksa dan diganti jika terjadinya enjin yang sukar dihidupkan ketika suhu enjin telah panas.Adakah benar ini boleh berlaku?enjin sukar hidup ketika panas?
Pada asasnya enjin yang dihidupkan perlukan oksigen (udara) dan bahan bakar iaitu petrol,gas atau disel serta api untuk ia bekerja dan membuat pembakaran dalam enjin.Udara akan menjadikan petrol atau disel kepada gas dan meruap untuk menjadi pembakaran dalam enjin atas pertolongan api yang terhasil dari plug.Maka bermulanya enjin hidup dan bunyi serta gas karbon monoksida yang dibuang ke ruang ekzos.Ianya mudah bukan asalkan ada api dan bahan bakar enjin akan hidup,tetapi mengapa ia jadi sukar hidup bila panas?
Mengapa pula saya katakan bahawa fuel regulator perlu diganti atau diperiksa kemampuannya?Ini kerana fuel regulator adalah berfungsi membekalkan tekanan hanya secukupnya untuk membuat pembakaran enjin akantetapi jika ia jadi tidak terkawal atau rosak ia akan menambah kesan buruk aliran bahan bakar untuk injector.Disinilah terjadinya kemampuan enjin untuk hidup terganggu.
Dalam kes yang berat jika enjin telah mengalami kebocoran yang teruk pada head silinder dan menaikkan minyak ke permukaan air filter ini adalah amat berlainan kerana enjin ini dikategorikan tempang dan perlu diperiksa teliti dan termasuk dalam proses Top Overhaul,jika enjin dalam keadaan ini,ia bukanlah akibat 3 komponen yang saya sebutkan tadi.
Pokoknya sebelum anda lakukan Top Overhaul atau Overhaul pastikan mekanik anda periksa dahulu komponen disebutkan untuk kepastian kerana kos Top Overhaul dan Overhaul bukan saja menelan belanja yang besar malah jangkamasa untuk ia siap juga kira-kira 3 hari atau seminggu untuk enjin disiapkan.
Mengekalkan kestabilan suhu enjin
Suhu enjin biasanya dapat dikawal stabil dengan menukar minyak pelincir tepat pada kilometer yang sepatutnya ditukar dan elakan dari menggunakan minyak yang berlainan gred dengan kerap dan jenama yang bertukar-tukar.Cooling system juga perlu diperiksa dan dinyahkarat dengan menukar air dan coolant jika air ada bercampur kesan karat yang banyak.Pastikan juga tidak menggunakan bahan bakar berbeza kerana bahan bakar juga penting.Mengekalkan penggunaan bahan bakar pada jenama yang kerap digunakan juga dapat mengelakan keserasian enjin dengan bahan bakar tersebut sekaligus mengelakan pembentukan karbon yang banyak dan suhu enjin juga lebih stabil.
Fuel Injector Cleaner dibawah amat sesuai digunakan untuk membersihkan ruamg pada throttle body atau carburator secara semburan,buka hose dan sembur kemudian lap sedikit dengan kain kering.
Comments
Saya ingin bertanya ttg jentera rexton.
Mengalami masalah engine tak nak hidup.
Selepas mmbuat top arevohol.
Ada soalan sikit pasal keta viva saya. Pakai 10 tahun dah. Baru2 ni lampu check enjin dia menyala, tp lepas bwk servis perodua dah ok la x menyala dah. Tp dari cara diorg ckp, diorang pun mcm x pasti punca dia menyala tu. Baru2 ni lampu check enjin tu menyala balik, pastu masa bawak kadang2 kuar bunyi mcm "sreeet" camtu(nak terangkan bunyi pun ssh, hehe)bunyi tu kadang2 jer dan x kuat...agak2 bunyi tu sbb apa ye? Ada yg kata sbb belt aircond...pastu apa yg biasanya buat lampu check enjin menyala? TQ
https://mekanikkereta.blogspot.my/2016/04/reset-ecuecmthrottle-bodyfuel-pump-dan.html
masalah saya ialah kenapa tiba2 saja bateri boleh meletop ? adakah masalah lain berlaku selepas meletup ?
Bila gear bertukar (contohnye gear 1 ke 2, gear 2 ke 3, kereta akan menghenjut dgn kuat sewaktu interval pertukaran tu. Sewaktu rpm naik dan gear akn bertuka, kereta akn menghenjut dan gear akn bertukar. Sebelum ni bwk kereta smooth je.
Gearbox saya dah overhaul, spark plug dah check, throttle body dah cuci, tp mslh tetap ade
Bole cadangkan x ape lagi cara utk saya selesaikan mslh ni
Tayar belakang kanan ada pecah pecah kecil sekeliling tayar.
Kenapa ya.
Lagi satu bila tekan pedel minyak rpm akan jatuh dan naik semula.
2.RPM yang jatuh adalah akibat throttle atau karburator yang kotor dan juga akibat butterfly iaitu alat dalam karburator/throttle lemah dan lembut
Kereta saya guna ngv
Baru2 ni tiba2 mati 2 3 kali
Kenapa ya .kereta auto.
Saya dah lihat
Tayar saya tahun 2015 dua2 belah
Sebelah dah nak botak
Sebelah pecah2 bunga ok lagi
Kenapa ya
Macam mana nak atasi
Butterfly keras atau lembut
Tk
Saya farid nak tanya jika
Wira 1.5 auto kaburetor masuk gear begegar dan enjin mati kalau tak tekan minyak cepat. Masa gerak pun kadang kadang macam nak mati.
Apa khabar
Nak tanya bateri cepat week
Padahal baru chas
Saya tes alternetor ok
Mekanik cakap alternetor ada bocor
Betol ke
nak tanya mengapa kereta Kancil 850 saya bila pusing ke kanan lebih berbanding pusing ke kiri . mohon penjelasan tuan .
Bila bawa ke bengkel, mekanik kata air sudah memasuk enjin dan bercampur dengan minyak. Kemungkinan kipas juga rosak menyebabkan panas dan air masuk ke enjin. Sebelum ini air cond juga tidak hidup walaupun sudah di on.
Mekanik kata kena top overhaul. Campur macam2 kos yg sy xfaham, harganya 1.5k. Adakah itu standard rate untuk enjin kecik macam Atos? Terima kasih atas respon.
Kos top overhaul adalah biasa sekitar rm1000-2000 dan komponen yang siganti adalah top set overhaul termasuk head gasket,minyak hitam,oil filter,coolant,grind valve dan skim head
Masalah sekarang temperature selalu naik. Boleh saya tahu anggaran untuk servis radiator. Sekiranya perlu tukar yang baru berapa juga nilanya? Adakah punca2 lain yang boleh menyebabkan temperature naik?
Terima kasih tuan atas maklum balas.
1.Radiator kotor
2.water pump kotor dan keras
3.thermostat tidak diganti dan karat
4.hose saluran air telah keras dan karat,terutamanya u hose
5.head gasket pecah
Jika sekali sekala takat suhu panas naik,saudara perlu ganti thermostat dan servis radiator juga gantikan u hose pada manifold
kos tukar radiator adalah sekitar rm400,servis berkimia adalah sekitar rm150
Saya pengguna viva elite tahun 2011, 81K++ 3 minggu lepas baru lepas servis throttle body dan tukar speed sensor. Masalah skrg kadang2 bila time reverse kereta bergegar dan pagi ni start enjin ok tapi bila jalan je terus mati. Sya start semula x sampai 5 minit mati lagi engin.. lepas 5 minit saya hidupkan semula dan ok. Cuma kejap lagi sy x pasti adakah masalah ni akan berulang. Kenapa sebenarnya ye tuan?
Kereta saya wira 1.3 injection(mmc) tahun 2000 problem dia;
- kereta tak boleh hidup semula selepas 2 hingga 3 jam off engin, kena tunggu engin betul2 sejuk baru boleh hidupkan semula contohnya setiap pagi boleh start engin dgn sekali crank shj.
Untuk makluman tuan kereta saya baru buat top overhaul pada bulan april 2017 piston ring dh tukar, distributor dh tukar, fuel pump dh tukar dan kereta saya sekarang guna ficd utk elakkan timing drop waktu on aircond.Harap tuan dpt membantu, terima kasih
Saya ada masaalah dgn kereta myvi 1st model saya.
1. ada masaalah bila on aircond ketika cusca panas dn tersangkut dlm jem,temperature naik,aircond tak sejuk.
Dah refer dgn pomen dulu,dia siap tukar fullset aircond tu,kemudian dia detect,kempressor saya x ada cut off.
terus berpusing smpai lah engine saya ttp.
Tetapi,kalau waktu cuaca sejuk(hujan atau malam) aircond ada cut off.
dgn syarat,saya buka suhu yg paling minimum.
2. masaalah baru saya,bila start kete,on aircond,rpm melonjak hampir ke takuk 2.
Tapi aircond x sejuk.
masalah rpm tu terus berlanjutan.
kadang2 je dia kembali normal.lepastu,jadi balik.
Mohon pendapat dari tuan.
supaya mudah saya nk cari alat ganti.
#fuel pump sudah tukar
#spark plug dan cable sudah tukar
#fuel filter dan stater sudah tukar
# distributor dan computer board foreman ada tukar kereta wira baik yang lain untuk testing sementara tapi
masalah sama juga, apa punca sebenarya, harap bantuan dari tuan
boleh tahu kedai repair tuan dekat mana dan boleh bagi alamat atau contact number
Masalah : bila nak hidupkan kereta hanya one kick tetapi akan ada bunyi bup bup bup seperti bunyi letupan kecil saja..bunyi datangnya dari bahagian bawah enjin rasanya. Kalau jalan seperti biasa tak da masalah..cuma masa kereta dihidupkan tu yg ada bunyi. Tak tau apa masalah. Sebab tanya mekanik sana sini macam2 bagi tau itu ini so tak berani nak kena kelentong.
Last 20.11.2017, sy ada tanya tuan berkenaan viva 1.0 sy yang mati engine tiba2 selepas servis throttle body dan speed sensor.. tp lepas tarikh tu kereta dlm keadaan baik sehingga lah semalam mati engin lagi dan ada signal check engine dan air. Selepas kejadian haritu sy ada jumpa mekanik tp mereka tak dapat kenal pasti puncanya.
Cuma sy perasan dan mungkin kebetulan saya pun tidak pasti, anak saya start engin dan on kan aircond serentak untuk kedua2 kes mati engin ni. Biasa saya start engin dah lepas 10-15 mnt baru onkan aircond dan ini amalan sy. Hari ni sy start engin sahaja dan on aircond selepas 15mnt dan kereta tak mati engin dan dalam keadaan baik.
Soalan saya, adakah sebab kebiasaan saya start tanpa on aircon dengan start terus on aircond menyebab kes mati engin?
Kancil 850 tapi dah tukar enjin 660.. baru ni,pomen adjust timing sebab bunyi enjin kuat.. masalah lain timbul bila gear rendah enjin macam nak mati terutama bila kereta nak lalu kat bulatan.. pomen try adjust timing semula still tak ok.. melarat sampai tuning dan katanya clush plate problem.. saya diamkan sahaja komen pomen tu sebab sebenarnya clush plate baru tukar tak sampai setahun..
kalau kereta tak start 2 hari,enjin jadi susah nak start.. kalau sebelum ni, tekan pedal minyak dan start, enjin akan hidup.. tapi sekarang tekan pedal minyak,bila distart enjin tak hidup.. so saya try 2 3 kali start baru enjin hidup..
Soalan saya, kenapa terjadi tekan pedal minyak tak hidupkan enjin bila di start.. walhal sebelum ni ok.. bimbang pulak saya kalau kereta mati tepi jalan.. orang tolak kereta tu saya standby gear dan start enjin tekan pedal minyak boleh hidup tak enjin nanti?
saya nak tanya pada bulan 8.11.2017 tahun ini saya ada baiki kereta,saya suruh mereka check kenapa exzos kereta saya bunyi pum pum dengan kuat bila mereka check roker arm patah,mereka tukar plug dan wayar pergi ke plug pun mereka tukar semua tapi exzos masih juga berbunyi tapi tidak terlalu kua. tetapi hari ini benda itu berbunyi sekali lagi.adakah ia berkaitan dengan exzos bocor atau pun roker arm patah lagi.
Saya nak tanya kereta saya ini dia pun ekzos bunyi pum pum pum kalau saya hidupkan kereta saya pernah baiki bangkel baiki rocker arm patah lepas itu dia tukar plug dan wayar plug tapi keadaan itu cuma tak pulih 100% dia tetap bunyi tetapi perlahan, hari ini bunyi itu semakin kuat apa sebenarnya yg rosak saya pernah buat overhoul sudah tapi bunyi itu masih lagi.
Maaf saya datang lagi..
kes mati engine seperti pertanyaan saya yg lepas, sy hantar viva ke Service centre. Hasil inspection, katanya:
1) Wayer Engine byk putus- volan x cukup jd engin mati
2) Engine Mounting kena tukar sbb dah pecah - tu bergebar bila reverse dan brek jd keras
3) Timing belt juga kena tukar sbb dah lebih dr 80K
4) Bateri juga kena tukar sbb dah time
5) servis biasa + labour cas : semua sekali RM2368.00
Soalan saya, benarkah cas yang dikenakan? Sbb sy baru buat major servis pada bulan 4 dan dah habis almost 1K. Buat masa ni kereta masih di SC..
Terima kasih tuan.
Kereta innova saya beteri lemah
Boleh kah saya keluarkan beteri tu dan gantikan dengan yg baru
Tak menjelaskan ke sistem elektronik nya.
T.kasih
Sy menggunakan kereta model daihatsu charade detomaso.
Mslah sy.
1.kereta akan sndirinya kekiri bila stereng lurus atau bila tidak memegang stereng akan kekiri sdikit walaupon jalan rata.
2.sesekali ada bunyi dengung seperti tayar kempis bila bawa pda klajuan trtentu tp bila check angin tayar ok dan tiada mslah.
3.stereng akan begegar apabila klajuan kereta mlebihi 110 kmh.
Harap tuan dpt mmbantu. Maaf jika sy post diruangan yang slah
Kereta sa kenari..
Dekat brek piston sblh kanan sa nampak basah getahnya..tp sblh kiri kering saja..
Apa masalahnya tu? ..
https://mekanikkereta.blogspot.my/p/blog-page.html
Kat mana nak repair ecu ngv
Saya tinggal kat jb
Kereta saya innova
apa masalah sebenarnya.
Kereta kancil manual
Gear 3 bunyi bising
Gear lain tiada bunyi
Knpa ya.tk
Tuan,
Saya ada beberapa pertanyaan. Saya menggunakn kereta Myvi auto thn 2009.
1. Mengapa kereta bergegar & engin seperti hampir2 mati waktu berhenti di lampu isyarat, jika gear masih D. (Untuk makluman, keadaan ini baru berlaku selepas saya servis kereta & tukar plug.)
2. Mengapa kereta sedikit tersengguk & engin x pick up ketika mula2 brgerak & menekan minyak atau ketika ingin mmotong. (Semasa kereta trsengguk, saya perasan jarum pada meter km/h tidak brgerak. Stlh sy lepaskn pedal minyak dan tekan semula, baru ia okay sekejap)
3. Apa yg boleh mnyebbkn bunyi nyaring berdecit pada sekitar tyr & blakang kereta? Ia biasa berlaku bila selepas start, mengundur, sewaktu memecut dan diselekoh. Bunyi akn lebih kuat jika terlanggar lopak air yg byk.
Sebarang jwpn dari Tuan, sy dahulukn dgn ribuan terima kadih😬
Saya pakai kereta saga flx.
Bahagian tayar belakang belah kiri saya akan berbunyi apabila lalu jalan tak rata (bawak slow) dan bila di bonggol. Ada dua bunyi "eeeet, eett" "tak tak tak"
*Saya baru tukar absorber dan bush mounting.
Hilux 2.5 auto commonrail kun25
Masalah jd lepas sy tukar saiz tayar drpd 32x11.5x15 MT ke 31x10.5x15 AT.
Meter rpm turun mendadak jd 1 bila sy lepas pedal minyak semasa drive. Rasa kosong mcm bwk kereta manual sambil tekan clutch ketika laju. Tiada engine brake. Speedometer pun mcm ringan je. Sy dh try drop gear dr D ke 3 dan dr 3 ke 2 waktu turun bukit. Masih sama juga tiada engine brake. Rasa kosong mcm free gear. Apa perlu sy buat?
Saya pengguna myvi auto 1.3 (lagi best) dan mempunyai masalah. Ketika saya memecut 110km/h atau rpm 3000 ketas, terasa kereta meraung . Dan juga terasa vibrate kuat ketika low rpm. harap dapat membantu saya. terima kasih
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,