Oil Pump dan Piston Oil Ring yang rosak
Salam kepada pengunjung blog ini semuga berada dalam Redha Allah selalu.
Oil pump dan piston oil ring adalah 2 komponen berbeza dari segi saiz,kedudukan dan juga kegunaannya.Oil Pump adalah komponen utama yang amat penting dalam sebuah enjin kereta.Ini kerana ia bertindak sebagai penyebar minyak pelincir ke dalam keseluruhan enjin untuk membolehkan sistem mekanikal enjin bekerja dengan sempurna tanpa mengalami tekanan akibat kepanasan tanpa minyak pelincir.
Bermula dari oil pump minyak hitam/pelincir disebar terus kepada keseluruhan enjin dari crank shaft sehingga lah kepada bahagian atas head silinder.Tanpa minyak pelincir tersebut enjin kereta mudah mengalami kerosakan dan tak dapat meneruskan kerja kerana geseran dan boleh menyebabkan berhentinya serta merta sebab kekesatan pada komponen.
Akibat daripada kerosakan oil pump
- Enjin kereta berbunyi kasar dan pelik
- Enjin kereta berhenti serta merta dan tak dapat dihidupkan semula
- Bunyi kuat dari atas head
- Bunyi kuat dari bawah enjin seperti ada benda berlaga
- Bunyi oil pump itu sendiri yang amat pelik bunyinya
- Asap hitam yang banyak
- Oil filter kembung/meletup
Piston oil Ring berada pada kedudukan paling bawah pada turutan ring pada piston.
- Minyak pelincir naik memenuhi head silinder
- Asap putih berkepul terhasil dari ekzos
- Bunyi enjin kereta yang seperti tersekat dan mendap
- Prestasi enjin menurun teruk
Nota:Cara penyelesaiannya juga berbeza,oil pump perlu ditukar jika ia mengalami simptom kerosakan kereta seperti diatas manakala pecah oil ring pula overhaul mesti dilakukan kerana ia melibatkan banyak kesan sampingan seperti piston enjin rosak ,blok enjin retak,crank shaft enjin calar dsbnya.
Comments
saya mggunakn kereta jenis charade espri detomaso..soalan sy begini..baru2 ni kereta sy bile nak mmulakn perjalanan ad bunyi ketukan besi di bhgian tayar hadapan..bunyi tu bile kereta dah laju xde tp bile slow dlm 20 bunyi la..bunyi mcm tukul besi ketuk besi...ting2...
Sy ingin tny jlan pnyelesaian krete sy...sy bru tkar enjin...pkai enjin 4g91 karburator...mslahnye...krete sy ni smput2...ble lpas mnyak...enjin padam...enjin pun xde power...mnyak dah la kuat...ap mslah enjin ni ye sbnrnye saudara
Bang, sy student lagi. Nak tanya tentang piston ring untuk jalankan kajian sikit dalam study. Untuk enjin petrol, ada dua piston ring kan? Apa perbezaan fungsi utk ring atas dengan ring bawah ye? Kalau dari segi nak jimatkan penggunaan minyak, performance ring mana yang lebih mempengaruhi? maaf ye kalau soalan kurang jelas. tapi harap abang boleh tolong saya. terima kasih. :D
tuan sya nak tnya tntng kncil 850.bru2 ni sya dah topoverhoul,smua ok lah pstn, ring ok dan xgyng.tgk pada keadaan block head ok la.slps pda top overhoul tu...exzos berasap blk,adakah da bcr kat mana2 tu encik.dan stu lg,,gasket oil sum mmg da leaking nk tkr tu mmg kena kuar enjin ke tu,,,,klu mejar overhoul agak2 brpa encik
2.Bocor oil sump gasket tak perlu turun enjin
Bila tutup aircond rpm 1 adakah itu normal
soalan menarik ni!nak ketawa pun ada-hehe!
Bila oil pump rosak minyak akan kurang sampai dan memberikan tekanan pada komponen lain untuk bekerja jadi bunyi bising geseran semakin ketara.
Boleh cuba tukar oil pump dan suis tetapi tidak menjamin asap putih akan hilang
Boleh saya tahu brapa kos utk tukar oil pump dan suis? Perlu turun enjin lagi ke?
Masalah sy..kereta berbunyi pelik sewaktu dihidupan kali pertama..
Utk pengetahuan tuan kereta sy lama dihidupkan..dlm 5hari.
Ttapi selepas dihidupan..masalah td hilang..
Dan apabila di matikan..sy start semula..ia berfungsi sperti biasa.
Apa pndapat tuan ttg bunyi pelik itu?..
Perlukah sy buat sesuatu pada engine saya?..
Saya servis kereta seperti biasa..megikut jadual berkala.
Ini tidak akan jadi masalah dan keaddan enjin akan jadi normal jika kereta telah digunakan semula
atau wira 1.5
kereta wira
masaalah sya bila time berhenti tempeture naik.. bila jalan semula dia akan trun semula.. apa masalahnye ye tuan.. dan brapa harga tuka 1 set monting enjin
1-enjin bunyi kuat bila on aurcond.
2-rasa berat dan mcm tak dak pickup..
Tolong bos bagi panduan..tq.
En.arsad Ini no. Sy 0132686898 syuk...
Sy Ada masalah dgn kereta sy fd1.8
Hrp encik boleh wasapp sy..senang sy terang kn sikit - urgent
1)mulanya kereta ada leaking minyak hitamm
2)slepas bberapa bulan ad bunyi mcm ketukan dalam hood.apa mslahnya
3)lampu berkelip kelip mcm xckup kuasa.adakah mslah alternator?
1.minyak hitam kurang sebab bocor gasket perlu tukar gasket cover head dan gasket oil sump.
3.alternator bermasalah
2.cooling coil memang bocor dan kemungkinan terdapat bangkai binatang kecil dalam cooling coil adalah perkara biasa yang menyebabkan aircond berbau.Kos tukar coil kira2 rm 900 termasuk servis.Semua adalah ori.
T.kasih
Salam tuan,nak tanya mcm mna nak tau long shaft dan bush keta ke30 dah x bole pkai atau rosak?sma aircon bila msa nak servis?wlaupun skang ni sjuk juge...
saya pakai chevloret optra
kalau dah tukar pam minyak..tapi bila enjin kereta dimatikan, ada bunyi tik...tik..tik ...kenapa ye?
lagi satu nak Tanya..knp meter minyak tak turun2? apa punca?
dan skg da tuang minyak hitam tetapi masih ada bunyi,,apa masalah kereta mcm tu ya.
lagi satu radiator cap 1.1 bar smal, tp saya tertukar 0.9 bar small. ad effect x
2.Tiada masalah gunakan cap 0.9 bar
kereta honda crv 2002 4WD( beli 2ndhand )
bunyi dr bhgian rear spt brek pad brgesel(bunyi cik cik cik) tpi saya pasti ianya bkan brek(brek in good condition) dn bunyi mula kluar bila krta capai 30-40 km/h.
adakah ia brkaitan dgn axel,bearing atau driveshaft blakang?
satu lagi nak tnya minyak axel/rear differential fluid crv 2002 guna minyak apa...
tima kasi harap encik dpt membantu...
minyak atf 140
baru2 ni saya ada drive kereta sy nissan almera 1.5 dr kk ke tawau.
perjalanan dlm 1000km.
ondway balik kereta sy sama ada enjin atau ekzos x pasti bunyi kuat.
bwk 60km pon dah mcm bunyi kete racing..
ape problem dia ye tuan?
kereta saya perodua kembara dvvt manual.
Masalah saya
1.RPM enjin tak sama dengan kelajuan,kelajuan baru 80kmj RPM da 4-5.
2.Terdapat bunyi dengung ketika menggunakan gera 3 dan 5
1.RPM sensor rosak,(crankshaft sensor)
2.kemungkinan clutch plate hampir habis
Saya ada kereta lama Charade Espri. kereta saya jarang bawa.2,3 kali seminggu. Baru-baru ni, masa bawak kereta masa tu di gear 4 tetiba enjin kereta macam tersekat-sekat dan bergegar. Tapi enjin kereta tak mati dan masih boleh jalan dan sampai harini masih bawa cuma jalan2 dekat sahaja. Apakah problemnya?
Castrol atau penzoil dua2 pun boleh
blm berbunyi bderum kuat apabila meter naik lebih 80kmperhour...nape yet...
Un tuk memastikan piston ring haus ialah apabila berbunyi ringgg dan asap putih keluar ,jika tiada piston ring masih ok
1. adakah check myk hitam dulu atau
2. terus ke bengkel check oil pump dan piston oil ring
3. dan berape anggran kos tukar oil pump dan piston oil ring ya..
terima kasih
Nk tanya permasalahan kereta saya, kancil enjin ej1000..
Bila parking lama /start enjin pagi² asap putih berkepul timing pn mcm tinggi sikit.. Dh jln lama sikit baru ok.. Apa problem ye? Ada kena mengena dengan ring piston problem ke?
Klu btul problem tu mmg nk kene overhol ke ada cara lain nk buat..
Brp anggaran kos nk repair tuh..
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,