Engine swap
Assalamualaikum dan Selamat Aidiladha,
Engine swap atau dalam bahasa mudahnya adalah tukar enjin.Tukar enjin adalah perkara paling mudah bagi mekanik tapi bagi pengguna yang tiada sedikit pun pengetahuan mengenai enjin yang masih boleh digunakan akan menyebabkan kesusahan dikemudian hari.Masalah kerosakan kereta yang lebih teruk mungkin berlaku jika memilih enjin yang tidak patut digunakan samada ia berbentuk halfcut atau pun enjin kosong.
Ramai diantara pengguna kereta yang suka memilih enjin sendiri tanpa menggunakan khidmat mekanik atau woksyop.Ini memang boleh dilakukan malahan ianya tidak bersalahan langsung dengan etika atau undang-undang mekanikal.Akantetapi sedikit pengetahuan perlulah ada supaya enjin yang dipilih boleh dipakai sekurang-kurangnya untuk 5 tahun lagi.
Mengenai enjin terpakai pula seperti yang boleh didapati dikebanyakan kedai alatganti terpakai atau kedai potong kebanyakannya telah melebihi usia 5 tahun dan ianya juga adalah bercirikan import dari luarnegara seperti Jepun dan negara Eropah yang melupuskan penggunaannya selepas 5 tahun.
Enjin kosong adalah amat biasa digunakan berbanding halfcut kerana kosnya agak murah dan ianya mudah dipasang dan juga mengambil masa yang tidak lama berbanding halfcut engine.
Terdapat beberapa komponen yang tidak disertakan dalam enjin kosong seperti alternator,power steering pump,starter,dashboard,mounting dan gearbox serta wiring.Olehitu memilih enjin ini seharusnya menggunakan code model seperti 4G19 ,B6 dsbnya.

Ada juga terdapat kereta yang boleh ditukar enjin walaupun dari berlainan model seperti enjin naza ke toyota,kancil ke mira dsbnya asalkan engine mounting dan gearbox boleh dimuatkan, ia adalah bersesuaian dan kebanyakannya menggunakan enjin kosong.
Halfcut engine pula adalah bermaksud sebahagian/setengah dari kereta dipotong dua bermula dari sebahagian pintu depan sehinggalah ke bahagian enjin tidak termasuk tayar dan roda.Komponen-komponen enjin seperti alternator,starter,power steering,gearbox semuanya disertakan sekali termasuk steering rack dan komponen akhir seperti rack end,tie rod end ,disc dan shock absorber.

Harga sebuah halfcut adalah bersamaan dengan 3 kaliganda harga enjin kosong.Kerosakan kereta atau enjin mudah ditangani dengan menggunakan halfcut engine
Halfcut engine boleh digunakan hampir keseluruhan termasuk dashboard dan wiring dan jika pandai memilihnya berkemungkinan pengguna akan mendapat komponen yang lebih baik berbanding apa yang ada pada kereta lama mereka.

Memilih enjin dan bahagian ini pula bergantung kepada apa yang ingin digunakan sepenuhnya seperti enjin atau bahagian wiring dan dashboard,dan kebiasaannya enjin adalah paling utama berbanding dashboard dan wiring yang rata-rata banyak digunakan oleh kereta-kereta Eropah seperti Mercedes,BMW dsbnya.
Cara-cara memilih enjin terpakai
Memilih enjin terpakai yang masih boleh digunakan bukanlah sesuatu yang susah dan memerlukan kepakaran yang tinggi.Terdapat ramai pengguna kereta yang mahir memilih enjin yang baik untuk kereta mereka dan tak kurang juga yang menggunakan kaedah tangkap muat sehingga terpilih enjin yang rosak teruk ,terpaksa dioverhaul dsbnya dan hanya bertahan sehari dua menggunakannya.

Disini saya senaraikan sedikit cara-cara memilih enjin yang masih boleh digunakan sekurang-kurangnya 5 tahun.Ciri-ciri enjin yang elok:-
- Bau minyak hitam/keladak minyak tidak hangus atau hangit.Buka penutup minyak enjin dan calit sedikit ke jari dan hidu.
- Kurang minyak meleh ditepi head dan gearbox.Goyang sedikit enjin tersebut jika ada lelehan minyak ia tanda banyak bocor gasket
- Jika ada alat seperti spanar bersaiz 21 atau 24 pusingkan sedikit skru flywheel untuk pastikan enjin tidak jammed atau melekat atas sebab ada bahagian yang patah.
- Pastikan tiada kemek atau retak pada engine block dan tangki minyak hitam/ oil sump.
- Pastikan tiada lelehan minyak hitam di bahagian timing belt manakala enjin yang gunakan timing chain lelehan minyak dibahagian berdekatan tanda damper dan rantai yang hampir renggang.
- Turuti langkah diatas secara teliti terutamanya menghidu bau minyak hitam enjin yang memungkin memilih enjin yang telah hangus dalamannya.
Di bawah ini disediakan senarai idea enjin dan jenis kereta yang boleh digunakan untuk swap:-
Model Kereta Jenis Enjin Yang Sesuai
Gen 2 Mitsu Mivec, Campro CPS, Exora CVVT,Waja, Pesona
Mazda 808 Mazda Capella, Mazda RX, Mazda Bongo
Grand Livina 1.6 Nissan SR, SR 20DE7
Suzuki Vitara Suzuki Jimmy
Hyundai Atos Hyundai Getz, Matrix, Toyota Starlet, GSR
Naza Sutera Toyota Starlet, Kelisa, YRV
Hyundai Matrix GSR, Hyundai Getz, Toyota Celica Blacktop
Mazda Skyactiv Mazda Fighter
Ford Escape Toyota IMZ, Ford 500
Satria 4G13 Waja, 4g13, 4g93, 4g91, gti, mivec
Exora CPS Mitsu Mivec
Preve CFE Mitsu Mivec
Hyundai Trajet Naza Ria, Carnival, Tucson, Sonata, Camry
Kelisa Daihatsu YRV, Naza Sutera, Toyota Starlet
Saga BLM Mivec,Starlet, Corolla
Hyundai Accent Elantra
Mitsubishi Gallant Toyota IJZ
Myvi Toyota Starlet, Hyundai 110
Charade Aura Kelisa, Kenari, Viva
Preve Mitsu 4B11, Lancer, Mivec
Naza Forte Kia Spectra
Naza Suria Kia Picanto
Hyundai Sonata Elantra, Optima
Cherry Mivec
Toyota RAV4 CRV, Xtrail, Outlander
JZ2 Celica
Alza Daihatsu
Toyota Altiz 1,6 Altis 1.8
Unser Innova
Mazda B16 B16a, Honda
Honda Accord Honda Vtec
Toyota Prado Disel Toyota Hilux SR Turbo 2.7
Toyota Vios Toyota Vitz
Naza Bestari Peugeot 206
Ford Econovan Ford Spectron
Wira VDO 1.5 Mitsu 4g93
Hyundai Getz Toyota Starlet
Mercedes W124 230E Sentra SR20N, Toyota 1JZ/@2JZ
Comments
sya nak tanya anggaran head 1set hyundai atos 1.0.
sebab head skru punya lubang dh lobos
Saya mempunyai kereta mazda 808 tahun 1978. SAya nak tukar enjin half cut (auto transmission) supaya pemanduan saya terasa seperti kereta moden.
Soalan saya, enjin apa yang sesuai untuk kereta tarik belakang ni? Kalau pakai engine mazda skyactiv 1.3 / 1.5, sudah ke ada dipasaran half cut? Jika tidak, enjin apa yg paling sesuai? Terima kasih
kereta gen2 1.3 sy selalu rosak sejak setahun kebelakangan ni. yg terkini, setiap 2 hari mesti kena tambah air dalam tangki. sedangkan tangki baru 2 bulan tukar baru. ada org ckp head bocor.
sy berhajat untuk tukar enjin, cari halfcut. so, enjin apa yg boleh dipasangkan dengan gen2 1.3 sy. selain enjin gen2, enjin apa lagi yg boleh dipasangkan pada gen2 sy.
Lambat masuk ni berkaitan dengan solenoid shift dalam autofilter yang dah kurang berkesan
Dan tukar tortlebody 1.8 vdo gti dengan ecu sekali.maslahnya idling naik turun
Saya ada tukar enjin dan gearbox. Mekanik cakap enjin tak blh start sbb tak ada cas elektrik. Napa blh jadi macam tu?
Selain engine original Atos 1.0
Apakah engine yg sesuai blh dimasukan dlm Kereta ini
Sy dengar 2jz blh masuk tapi power tak ngan body mazda tu
A. Gearbox kena tukar tak?
B. Berapa kosnya?
C. Di mana tempatnya? Dulu ada contact di Serdang, tapi lost contact sebab handphone hilang.
Tq
1.Tukar sekali lebih baik
2.kos sekitar rm4000
3.cari motecmat
Sy telah terbeli minyak hitam jenis Petronas NGV..15/40...sy da perasan, tp pekerja kedai tu ckp boleh guna dkt kenderaan yg tiada ngv Persoalannya,boleh ke sy menggunakan minyak tersebut...
Dan Soalam kedua...apa enjin yg sesuai untuk Saga BLM selain dr enjin jenis CPS
1.enjin 1.8 yg sesuai optional turbo
2.dashboard yg sesuai ex..waja atau evo
2.dashbod evo
1)berapa harga head baru(seandainya head yg sedia ada mengalami kerosakan serius)
2)ada kemungkinan kah jika overheat berlaku,selain dari head...ada kompenan lain turut rosak.
3)berapa harga semasa enjin 4g93.
Terima kasih.
1.RM800
2.tiada
3.enjin kosong sekitar rm3000
Hamba nak tanya..
Kereta matrix 1.6 2003 enjin apa yang sesuai kalau enjin toyota..
Dan adakah perlu tukar segalanya seperti radiator,gearbox etc..
Dan adakah perlu buat pengesahan jpj?
Agak2 berapa kos nak tukar enjin complete siap..
Risau kadang sesetengah mekanik DAP ni mereka tak cakap habis..
Dah lerai baru dia sembelih..
Dulu rosak gear box,mekanik umno buat hal pulak..
Di sembelihnya kita..
Please advive abang brader yang bijak pandai..
Wassalam and tq..
sy pakai kereta hyundai getz 1.3
kereta ni xde pickup n slalu tersedut2 bila brgerak
enjin ape yg sesuai utk dimasukkan ke kereta ni selain enjin hyundai?
harap tuan sudi bls prtnyaan sy,tqvm :)
Pls advice Myvi 2007 1.3(A),215000KM paling sesuai engine oil kena pakai.
sekian terima kasih
https://mekanikkereta.blogspot.my/2013/10/engine-exchange.html
Posting sebelum ni menyatakan enjin mit gsr sesuai utk d masuk kan ke Hyundai matrix. Nak tanya, enjin kosong ke atau halfcut? Geaebox, wiring etc pun muat masuk dlm body matrix? Mounting nak kena modi tak boss?
Utk enjin waja mmc (a) 1.6.. Drain nut block utk buat flushing coolant dimana?? Drain nut bhagian block enjin waja... T.q tuan..
Gen2 cps engine bergegar semasa idling pe kerosakan yang biasa terjadi?
klau kerosakn mounting, berapa cos untuk barang dan cos upah untuk Gen2 cps?
dan ape maslah yang kerap minor n major pada gen2 cps?
terimakasih tuan mekanik....
1. kelisa ingin dimasukkan enjin starlet boleh ker. Jika boleh berapa tuan ambil upah pemasangan.
2. enjin mana yg lebih baik antara yrv dgn starlet. Baik buruk antara duanya.
Terima kasih.
2.kalau pasang fuel regulator and hks air compressor jimat kan minyak ke ?
2.jimat sedikit saja kadang2 tiada kesan,fuel regulator mengawal kemasukan minyak secara stabil tiada kelebihan lain
Kalu boleh, byk kerja tak?
Boleh tak hyundai atos convert enjin kelisa atau kenari...adakah tapak enjin perlu modi?adakh horse power kelisa atau kenari berbeza dgn hyundai atos?..
https://mekanikkereta.blogspot.my/2013/10/engine-exchange.html
engine prado deisel 3L model VX 1997...boleh d upgrade ke model apa yg cc nya sama...2.7cc
Starex saya enjin A2, pomen cakap blok bengkok. Katanya kalau skim blok pun x gerenti enjin akan ok. Apa pendapat tuan? Perlu sy tukar enjin & kosnya? Terima kasih tuan.
Vios (2007) saya makan minyak hitam, bunyi engine bising & semput2, ada signal engine. Perlu tukar engine sama atau apa yg sesuai dan berapa kos tukar engine? Terima kasih tuan.
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,