Panduan mengenalpasti kenapa enjin tidak dapat dihidupkan
Salam Maulidurrasul dan Selamat Hari Wilayah
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim kumulakan tulisan ini untuk panduan ramai pengguna bagi menjawab banyak persoalan asas-asas awal kerosakan dari bateri dan komponen kecil seperti alternator dan starter .Semuga ia dapat dimanfaatkan.Insyallah.
Asas-asas utama
kereta yang tidak dapat dihidupkan tak kira pada waktu pagi ataupun yang tiba-tiba mati adalah kerana beberapa sebab asas yang boleh diketahui sendiri oleh pengguna kereta.Terdapat beberapa kaedah untuk mengenalpasti masalah enjin anda jika ianya tidak boleh dihidupkan samada ketika enjin panas mahupun ketika ia sejuk.
Bateri
Secara kasarnya bateri memainkan peranan utama apabila kereta tidak dapat dihidupkan.Akantetapi bilamana bateri yang lemah kebanyakan sistem elektronik pada kereta tidak akan berfungsi samasekali.Dibawah ini digariskan beberapa panduan untuk mengenalpasti secara kasar apakah tanda-tanda kerosakan bateri jika kereta tidak dapat dihidupkan.
1.Alarm akan berbunyi bila enjin cuba dihidupkan
2.Semua lampu yang berkaitan dengan alarm akan bernyala
3.Lampu panel meter akan bernyala dan malap bila kunci enjin dipusingkan mengikut arah jam.pada tanda 'START'
4.Starter kereta akan berbunyi hentakan seperti 'tak....tak' berterusan jika enjin cuba dihidupkan.
5.Power window yang ditekan akan menyebabkan alarm berbunyi.
6.Lampu alarm akan terus bernyala bila banyak kali enjin cuba dihidupkan.
Apabila bateri lemah alarm dan lampu hadapan serta signal akan menyala berterusan jika enjin cuba dihidupkan dan sistem elektronik dan elektrikal akan berada dalam keadaan 'malfunction' sementara.Bagaimana cara mengatasi alarm yang berbunyi dan terus menyala serta sistem elektronik yang gagal berfungsi?
1.Pusingkan kunci kereta pada tanda 'ON'
2.Gunakan spanar bersaiz 12 atau playar dan buka skru positif pada bateri
3.Angkat kabel penyambung bateri
4.Pegang kabel dan letakan semula kepada kepala bateri secara sekejap-sekejap
5.Dengarkan bunyi alarm 2 kali dan lampu hadapan berkelip 2 kali menandakan sistem telah direset
6.Bunyi alarm akan terus berhenti begitu juga dengan lampu yang bernyala menandakan sistem elektronik telah dihentikan/direset ke asal.
7.Cabut bateri dan gantikan dengan yang bateri yang berkuasa
Apa yang digariskan di atas hanyalah untuk mengenalpasti dan cara mengatasi bunyi alarm dan sistem elektronik yang gagal berfungsi ketika enjin cuba dihidupkan.Bagaimana pula mengenalpasti kerosakan yang lain dari bateri jika enjin masih lagi tidak dapat dihidupkan?
Dibawah ini digariskan beberapa panduan mengenalpasti masalah awal kerosakan kereta anda jika ia tidak dapat dihidupkan ketika sedang digunakan dan mati secara tiba-tiba..
1.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali tetapi ia tidak terus hidup malah mengeluarkan sedikit asap dan ekzos meletup sedikit menandakan sistem karburator dan fuel pump yang tidak berfungsi.
2.Jika enjin dapat dibunyikan beberapa kali tetapi enjin/kereta tiada gegaran menandakan taluisawat/timing belt yang putus
3.Jika meter pengesan kepanasan berada pada tahap merah dan terus berhenti dan enjin tidak berjaya dihidupkan menandakan kepanasan enjin telah membakar gasket silinder dan mnyak hitam trelah naik ke ruang pembakaran dan membasahkan plug.
4.Jika enjin terus mati dan semua lampu pada panel meter hilang secara tiba-tiba menandakan kerosakan pada relay utama enjin dan sistem elektrikal yang bersambung pada ECU (Engine Control Unit)
Harus diketahui bahawa enjin yang dapat dihidupkan adalah ketika :-
1.Bunyi berdetik ketika kunci diletakan pada 'ON'
2.Lampu panel meter bernyala keseluruhan termasuk lampu kecil 'check engine
' .
Starter
Kerosakan pada starter boleh dikesan awal.Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dan starter berbunyi hentakan seperti 'tak...tak setiap kali kunci dipusingkan menandakan kerosakan pada solenoid dan sambungan wayar negatif mungkin berlaku .
Menolak kereta juga adalah salah satu cara untuk enjin kereta dihidupkan jika kerosakan pada starter berlaku.
Wayar negatif starter acapkali menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan dan biasanya langkah menambahkan 6 wayar berelay adalah jalan penyelesaian terbaik mengatasinya.Perhatikan rajah dibawah ground yang menggantikan negatif yang tidak berfungsi pada starter.
Alternator
Seperti yang telah dinyatakan diatas jika nyalaan lampu alarm berterusan menandakan kerosakan pada bateri tetapi apabila alternator bermasalah semua lampu pada panel meter berkeadaan hidup malap dan sekejap2.
Ini hanya boleh dikenalpasti dengan tepat setelah kereta dihidupkan dan kabel penyambung negatif bateri ditanggalkan ketika enjin hidup.Jika enjin tidak padam bermakna alternator masih boleh digunakan.
Untuk kereta yang banyak melakukan tambahan aksesori
seperti power amp radio,sistem bunyi,sportlight,lampu awas brek,lampu bawah ekzos dsbnya, kereta sedemikian harus menggunakan bateri berkuasa besar serta alternator berkuasa ampere yang tinggi bagi menstabilkan kuasa yang digunakan untuk mengecas semula.

Comments
boleh anda jelas kan dan tunjukan gambar simbol amaran itu.. saya pasti ramai yang pemandu yang tidak tahu maksud gambar amaran merah dalam kereta dan lori.
2.Periksa kipas radiator kadangkala ia berpusing tapi tak sempurna seperti sedikit goyang dan terlalu sedikit berpusing.
3.Jika pernah terjadi temp naik sehingga merah dan tidak berhentikan kereta akan memecahkan gasket head ada kemungkinan gasket head juga koyak
TOLONG LAH YEA....SAYA BENAR-BENAR NAK TAHU...sekarang saya was-was nak driving kereta saya.
Adakah bunyi tu ada kaitan juga dgn kabel klac..saya belum pernah tukar kabel klac saya.kabel klac tue ada masanya perlu ditukar jugak ke?
Untuk pengetahuan abang saya guna kereta SAGA ISWARA 1.3.
saya dah guna kereta tua dalam 10 tahun gitu.
SAYA HARAP ABANG DAPAT TOLONG SAYA...TQ.
Minta mekanik periksa kedudukan drive shaft sebelah dalam,atau cuba kekedai lain minta mereka cabut sebatang d/shft untuk dua2 belah kiri dan kanan,jika gerigi d/shaft tersebut atau pin rosak gantikan.
Kadangkala terjadi d/shaft tak dimasukan dengan betul akan menyebabkan berbunyi seperti itu.
Beriathu mekanik pasang 6 wayar starter dgn relay
Sdra sy ingin brtnya.. begini.. saya memiliki sebuah kereta proton wira 1.5M.. semasa bru beli bunyi engin perlahan.. setelah 7 tahun.. bnyi engin amat ketara.. apekah yang perlu saya lakukan..
2.Satu lagi kepala bateri kalau terlalu kotor dengan benda putih bersihkan bersih2 dengan air panas dan pastikan semua yang bersambung pada kepala bateri duduk dengan elok.
3.Minta mekanik periksa soket sambungan pada alternator masuk betul atau tidak
4.Bateri juga perlu periksa ada cas yang baik jika tidak langkah yang paling betul ialah tukar bateri,
Hanya ada 2 sebab saja yang melibatkan tanda2 seperti yang saudara katakan samada bateri rosak ataupun alternator rosak dan apa yang saya sebutkan di atas.
Saya iz, pakai kereta proton saga iswara 1.3.. mase nak balik dari keja semalam enjin x hidup. Saya biar beberapa minit dan cube semula. Hidup je die. Pagi ni jadi pulak. Mase nak hidupkan enjin tu, die xde ape2 bunyi pun... Knp ek?
gune saga enjin megavalve 1.5 (1987)
- masaalahnya bile nk stat kete, kadang2 dengar bunyi besi bergesel, kadang2 xde bunyi langsung & biasanya ada bunyi 'ketik 2'je klau enjin x idup.... 4-5 kali stat baru idup.
saya suspek starter poblem sbb bateri baru tukar bln 4/13 ...agak2 brp harga starter baru yg elok di pasaran skrg ... sbb sblm nie da penah kene kencing ngan kedai melayu kite .. sedih, fuel filter dia charge RM 45 .. TQ
sy ade pertanyaan psl bateri or alternator
kereta boleh start...yg menjadikn sy keliru..bile malam on aircon, lampu n radio..bile jalan ok je..tp bile berhenti kt traffic light saje...bile aircon trigger lampu meter sy malap n sy ade psg volt meter...sy tgk reading cecah 11.7v..normal ke x?...bile jalan pula dlm 13.0 - 13.7..
untuk info..bateri sy baru tukar..alternator pon baru cuma belting je cm reput2 skit blom tukar...
adakah sebab belting alternator sy yg kurang elok mnyebab kn sume 2?
Saya nak tanya ckit. Kereta kembara saya tak dpt start sejak kelmarin. Last day dpt start coz org tlg tolak..then bila smpi rumah saya on engine coz nak charge batery ( org tkg tolak suru bt bgini sebab bateri week). Lbh kurang 15minit panaskan engine..keta saya tiba2 stop. Saya try start keta tak nak hidup... Alarm dah off. Lampu kat dashboard menyala bila saya click on..tp engine tak nak hidup..Actually batery sya br tukar 6hb ogos baru2 ni. Apa masalah tu abg Arsad?? :'(

2.Untuk periksa alternator ok atau tidak ialah hidupkan enjin guna jumper atau bateri lain,semasa enjin hidup cabutkan kabel negatif bateri jika enjin mati itu tandanya alternator rosak.Tukar alternator tersebut.
1- Charade aura sy btri lama pki 40 cam kancil. Alang2 tukar abg syor tukar sama ke besar skit?
2-Contak point br tkr sendri rm10. Bagus tk klu sy convert ke elektronik?.
3-Abg pandai tak bab central lock,remote alarm? Psl ada mushkil juga ni.
Maaf bang psl byk bertanya. Semoga komen abg dikira amalan pahala. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Dan Batin.
1.Kalau nak tukar guna NS60 pun boleh.
2.guna elektronik memang mudah cuma partsnya saya tak pasti ada ke tidak di kedai alatganti terpakai.
3Insyallah ,mana yang saya tahu mengenai remote control dan alarm saya akan jawab
contact point dah ganti bang.. kabel spark, kabel coil api pun dah ganti.. time jalan dia tiba2 mati bang n lepas tu kalau dah mati, start jer, x smpai 5 saat idup trus mati.. huhu.. apa masalah eh bang??? fuel filter selalu ganti bang..
Fuel pump pomen 2 ckp ok bang, cara dia cek fpump 2, dia cabut hos kt fuelpump 2 n kmudian start enjin, time dia start 2, minyak kluar dari fuelpump tu, lpas 2 pomen 2 ckap fuelpump masi ok sebab masi mem pump minyak.. Bingung dah ne bang, xtau apa masalah keta sye ne.. Tlg la bang bg pndapat..
Saya ada beberapa masalah tentang BMW E36 328i.
1.Gearbox Auto - Gear 1 ke 2 3000rpm baru tukar,lain2 gear ok.(hantar dekat bengkel kena overhaul, gearbox sudah tua katanya)
2.Meter rpm,km/h & minyak turun naik serentak(kadang2).
3.kalau kelajuan melebihi 130 keatas atau naik bukit bau hangit didalam kereta macam minyak hitam terbakar.
Tolong Bro. pening memikirkanya kalau ada bengkel yang boleh menyelesaikanya tolong bagi tahu. (berhampiran dgn Sri Gombak)
1) stereng ada freeplay makin lama makin banyak - stereng rack rosak ke ?
2) bile brek turun bukit pedal brek rase bergegar & boleh rase gegaran tayar skali- lower arm nk kene ganti ke ?
3) tabung gas ada keledak putih - tanda tabung gas bocor ke ?
harap dapat dibantu budjet x brp nk ade ,
1.Jika freeplay makin banyak tanda utama gerigi steering rack makin haus dan longgar,tukar steering rack
2.tie rod end adalah biasanya punca utama brek gegar
3.Keladak putih tanda gas kurang
Check engine tanda masalah pada sensor dan biasanya sensor exhaust adalah punca utama semput pada waja
Memang benar itu masalah bateri weak
1. enjin sush nk hidup..klu hdup utk 1 time akn mati smla..then try skli lg bru ok..klu trus psg acond kne main ram pedal myk bru ok..klu x akn mati smla..
2. time bwk top speed..tbe2 enjin jd cm sedu jap..tp kdg2 je...
adakh kne tukr fuel filter @ mslh plug n cble plug @ distributor n contct point?
nak tanya sikit la, kereta saya ni selalu bila pagi nak start senang je...sekali je dah hidup...
tapi kalau enjin dah panas, dia tak boleh hidup...
kena tunggu enjin sejuk semula baru boleh hidup...
kalau nak start juga, kena la jumper baru dapat hidup...
kenapa erk...enjin 4g93...
bila enjin panas dia jadi macam bateri lemah...
harap sangat dapat settle masalah ni...
alhamdulillah...dh settle masalah...
mula2 pasang riley tp sama gak...
pastu try swap bateri lain, trus ok...
ni tgh kumpul modal nk tukar bateri pula...
huhuhu...tak sangka bateri problem...
sbb bateri br stahun lebih...
thanks abg arsad mekanik..
saya ada masalah tentang kereta wira aeroback se. battery light mula menyala sewaktu dihidupkan pada mula2. selepas drive or ram engine melebihi 2000rpm, lampu battery akan padam. bile idle lampu akan menyala kembali. battery saya dah check n berkeadaan baik. tapi ble dah jln jauh ckit, engine akan mengalami jerking sikit, rpm pun dah mula tak berfungsi n engine mula drop n akhirnya engine mati.... adakah disebabkan alternator ataupun perkara lain?
Kereta sy bila start semput2 mcm api x sampai.lampu semua masih blh menyala.then sy buat jump start..ok..sy start semula mcm biasa lepas matikan enjin dalam 30 minit, masih lg blh hidup.tp lepas 24 jam, jd balik..masalah dengan bateri atau masalah lain??
Sy nk tnya, kereta sy honda ej so4 sohcvtec, masa tgh drive kadang-kadang kete jadi cam semput, rpm turun naik pastu mati, kemudian 4 @ 5 kali start enjin dpt hidup balik jaln mcm biasa.. usaha yg dh dibuat, throtle body da cuci, spark plug da tukar, cable plug da tukr, fuel filter pun da tkr... enjin mati ni jarang berlaku, tp kadang-kadng tu yg merunsingkan sy, harap dpt membantu...
Kalau rosak selalu cuba periksa alternator tersebut jika hanya karbon je yang habis,tukar karbon yang elok sikit kualitinya
Abg maaf..sy guna kelisa 850. mlm td kete saya airond jd panas. bile tekan minyak ada kedengaran bunyi bising dan dah enjin tiba2 berhenti danberasap. saya dah buat penambahan air.tp ade ternampak air kuar pada saluran. boleh saya tahu apa masalah.apa perlu diganti atau dibuat dan berapa kos tuk repair. maaf saya perempuanyg tidak arif dalam permasalahan kereta. saya harap abg boleh membantu.adakah mslh ini agsk kritikal :(
Pagi tadi kereta proton saga kebal(Lamborkiri nama manje)sy tbe2 meragam..mase nak start tu (kunci da sampai tanda start) tbe2 alarm menjerit2..saya cube tekan remote alarm kot2 sy tertekan ke tp xblh jgk..sy pikir bateri punye hal(tp sy bru gnti sbelum raye 2013) yg peliknye lampu kat meter tu xmalap n still kuat api nye..double signal pon kelip2..try start 2,3 kali pon memang xidop..try jumper langsung xde tande2 nak idop pon(termasokla bnyi eeetttt tu pon xde)lastly abg sepupu sy dtg die tekan butang alarm yg dalam kereta tu sekali je tros idop enjin kereta..sbenarnye de mslh ke dengan kereta "Lamborkiri" sy tu??=)
bila nak start injin semula, lampu di panel meter hilang n tak boleh start injin. alarm bunyi n dah matikan, masih lampu kat panel tu hilang/tak menyala.. agak2 apa problem tu.?
Tolong sye dalam masalah ni...harap tolong jelaskan.
Saya nak tanye ni..cable grounding alternator putus apa kesan kat bateri dan kereta...
bole repair x..sbb cable 2 putus kat alternator bukan kat soket atau sekitarnya..
klu bole repair brape kos die...
dan lagi satu...lampu bateri dekat meter menyala sebab cable grounding putus..arus bocor atau alternator 2 dah kong...sbb sy da tanggalkan terminal cable bateri..kereta still lg hidup..xmati..
solution??
2.alternator ok cuma pastikan semua kabel digunakan pada alternator,salah satu tak ok ia akan menyalakan lampu bateri pada meter
Saya ada msalah overheat ngn kereta honda city first model tahun 99..setiap kali saya jalan jauh sikit temp naik turun dan kdg2 smpai red line...bila sy constant bwk 70 pon sama kdg2 naik lpas 2 trun,,rdiator baru servis,cap ok lg,termostat dh buang,tp air dlm rdiator ng spare tank kurg..biasa dlm smgu sy topup air sku dari botol 1.5 liter...
Harap tuan boleh knalpasti masalah saya ni...
Harap2 bukan head gasket @ gasket bengkok la...
Terima kasih
Tadi waktu jalan tiba-tiba semput kebetulan jalan jem,last kereta saya mati tiba-tiba.dah puas start tak boleh hidup,saya kena 2 hari berturut benda yang sama keadaan yang sama,sy terpaksa tolak tepi jalan dan cuba untuk start.tp tak hidup juga.sy perasaan pembaca haba kat metar naik lebih separuh.sy pun tinggalkan kat tepi jalan,selang berapa jam sy datang balik dan start akhirnya berjaya tp minyak seakan-akan tidak sampai kena tekan minyak dulu baru boleh stabil.fuel pum baru tukar,gasket hed baru tukar,betri baru.tapi dah 2 hari berturut-turut ni sy mengalami benda yg sama,sy cuba minta bantuan pada mekanik yg buat kerata sy baru ni dan tadi sy tel.fon tak angkat,semalam di cakap minyak kereta sy habis,masalahnya minyak kereta tak pernah habis saya isi setiap hari.mekanik ni cuba lepas tangan,dia cakap tak kan baru buat dah jadi macam ni.ok tak pa,saya boikot kedai dia sampai bila-bila.
Sy tak tahu apa punca kereta saya jadi macam ni.saya pakai kereta iswara 1.5 sedan.
Saudara perlu buat top overhul penuh untuk dapatkan semula keadaan enjin asal
1.Kotak penapis habuk ke injector kotor perlu cabut dan bersihkan.
2.Penutup minyak petrol tak ketat
3.Kabel spark plug tak berada tetap pada kedudukannya
4,Spark plug yang kotor
Semua di atas perlu periksa supaya semuanya mesti dalam keadaan baik untuk jalan jauh
Kenapa rpm sv4 akan turun setelah sy hidupkan aircond,apalagi kalau cuba tekan minyak akan tambah turun lepas beberapa sa'at baru normal,knp ye bang?
sy guna kereta honda city 2010..masalah kereta sy ni bila enjin dah panas susah nk start..pagi2 nk hidupkan skali je..lg 1 masalahnya bila dah drive dlm 15-20 mnt dan berhenti, lampu aladin akan menyala tp bila drive lmpu 2 akn pdm..
dah pegi pomen n dorg kata msalah enjin ssh hidup 2 sebab wire earth xkuat..dah buat grounding tmbah wire tetap sama jgk..dah panas susah hidup...masalah lampu aladin plak dorg kata sensor dy..dorg bukak pntup mnyk htam n ada percik..dorg kata oil pump ok mgkin msalah sensor..sy xtkr lg sensor sebab tkut masalah len y sebabkn keta sy jd mcm 2..mntk tlng pendpt abg otai..sy dah buntu...
Pernah juga semasa saya hidupkan kancil saya ada bunyi letupan pada ekzos.rasanya spark plug baru je tukar..tq
Enjin semput kerana contact point dah tak ok,tukar dan adjust semula
1.Bersihkan throttle body,hose injektor juga bersihkan termasuk ,tukar air filter,plug,minyak hitam,oil filter dan belting luar untuk alternator dan stereng pump.
kereta 2nd hand
KENAPA SELALU CABUT BATERI?JARANG DIBUAT DEK ORANG NI KECUALI MEKANIK
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,