Monday, December 10, 2012

Teksi dan penggunaan NGV

Salam,

Teksi begitu sinonim dengan penggunaan NGV (Natural Gas vehicle) di Malaysia. Mengapa agaknya hanya teksi yang banyak dikaitkan dengan penggunaan NGV? Ini kerana gas tersebut adalah bahan bakar yang murah berbanding petrol atau disel. Rata-rata teksi di Malaysia mahupun di dunia menggunakan bahan bakar ini untuk beroperasi setiap hari terutamanya teksi-teksi penumpang Lapangan Terbang.

Wednesday, December 05, 2012

Kereta baru atau kereta terpakai?

Salam,

Secara keseluruhannya kereta memang menjadi pilihan berbanding kenderaan lain seperti motosikal dan bas sebagai alat pengangkutan. Walaupun pada abad ini terdapat kemudahan pengangkutan awam yang lebih teratur seperti LRT,MRT,keretapi penumpang,bas dan teksi tetapi kereta masih utuh sebagai pilihan utama ramai orang ,bukan saja sebagai pengangkutan malah sekarang kereta telah dihiaskan sebagai daya tarikan yang mencerminkan gaya,keunggulan dan kekuasaan. Kereta hibrid pula jadi pilihan masa kini seperti jenama Tesla manakala Suzuki Jimny memonopoli pilihan jeep import sekarang. 




 




Bagi peniaga kereta pula,jual kereta bukan mudah lebih-lebih lagi kereta terpakai kerana kereta baru telah menjadi pilihan pengguna akibat kenaikan harga dan kos penyelenggaraan yang agak tinggi. Gaya,keunggulan dan kekuasaan adalah ciri utama dalam memberikan suntikan dalam pemilihan kereta tidak kira baru ataupun kereta terpakai.