EP90 dan SAE140
Salam Sejahtera,
Terdapat dua jenis minyak gear yang digunakan untuk gearbox atau kotak gear.Sepertimana umumnya kotak gear memainkan peranan utama dalam pengendalian gerigi gear untuk bergerak ataupun menukar gear.
Maka sebab itulah gerigi gear dibina secara teliti menggunakan keluli yang berkualiti tinggi yang mampu menahan berat kereta dan menggerakkannya walaupun ia hanya disambung pada sebahagian daripada bahagian enjin.
Secara khususnya pula kotak gear adalah pengendali utama dalam memberikan keupayaan kepada pergerakan roda dan bukannya sebuah kereta.
EP90 adalah minyak gear manual
EP90
Didalam kotak gear ,gerigi gear bekerja mengikut pusingan yang ditentukan oleh pengiraan jarak antara gerigi -gerigi keluli tersebut.Mengikut pada pengiraan asalnya sebiji gerigi akan berpusing mengikut arah jam dan satu lagi dipusingkan secara berlawanan supaya ia dapat membentuk sebuah pusingan yang sempurna.
Olehkerana keupayaan dan kemampuan gear atau gerigi ini amat penting maka dalam sebuah gearbox kereta minyak yang digunakan adalah berbeza dan digredkan berlainan untuk membezakannya.Gred EP90 (Extreme Pressure 90) dan SAE 140 (Society of Automotive Engineers 140) adalah 2 jenis gred yang biasa digunakan untuk sebuah gearbox.manual manakala untuk sebuah gearbox auto hanya dilabelkan sebagai auto transmission fluid kerana kebanyakannya adalah pada kegunaan yang sama iaitu untuk kereta sahaja.
EP90 dan SAE140 adalah dua jenis minyak gear yang digunakan dalam kotak gear kereta .EP90 digunakan untuk kotak gear hadapan dan SAE140 pula adalah untuk kotak gear belakang..Wajib diketahui bahawa tidak semua jenis kereta menggunakan kedua-dua jenis minyak gear ini,hanya terdapat beberapa model sahaja yang menggunakan minyak gear
SAE140 untuk kotak gear belakang.
Ini adalah disebabkan pembuatan kereta tersebut yang dibina tidak menggunakan pusingan gear untuk menggerakan roda belakang.Kereta model Toyota seperti Toyota harrier,Toyota Innova,Nissan Serena,Nissan Vannette,Perodua Rusa dan banyak lagi model yang biasa dikategorikan sebagai kenderaan MPV,Van dan Lori.
Manakala minyak gear gred EP90 adalah digunakan untuk semua model kereta yang menggunakan kotak gear hadapan sebagai pengendali untuk roda.Dari keseluruhan model kereta yang terdapat diseluruh Malaysia ataupun dunia kebanyakannya menggunakan minyak EP90 sebagai bahan pelincir gerigi gear dalam kotak gear.
Menggunakan minyak gear yang salah pada sebuah gearbox akan menyebabkan ketidaklinciran pada gerigi gear dan kepanasan akibat gerigi yang tidak lancar boleh menyebabkan kerosakan keseluruhan kotak gear dan juga menyebabkan ianya terus berhenti.
Begitu jugalah lazimnya berlaku bila kotak gear dimasuki air samada dari banjir atau kotak gear yang dibiarkan lama dan dimasuki air hujan .Gerigi gear dalam gearbox akan terus berhenti berpusing dan melekat sesama sendiri dan terpaksa dinyah karat dan dibersihkan sebelum ia dapat digunakan semula.
Comments
Untuk tukar minyak gear kereta proton wira 1.5.Berapa Harga Yer.
Dalam Kereta Wira ada minyak apa lagi yang perlu ditukar yer.
Dan berapa kos.
Biasanya sebab solenoid starter yang hampir rosak dan tak mampu menahan kepanasan.
Banyak goyang disebabkan oleh spring yang dah lembut.Periksa spring pada absorber.
kalau masalah stereng rod longgar ,masa drive stereng bergoyang kuat seperti nak tanggal je.
Auto transmission tidak menggunakan klac plate hanya ada klac disc,saya rasa throttle body saudara perlu diservis atau ditukar ,jika ia rosak rpm akan jadi tidak stabil jika RPM tinggi speed akan kurang dengan sendirinya lebih2 lagi jika stepper motor pada throttle body rosak.
gunakan minyak auto pennzoil,petronas atau castrol
2,minyak atf dari castrol sesuai
Jika gearbox manual ia adalah masalah klac plate yang hampir habis dan kabel yang tak diselaraskan
Satu lagi, sy pakai myvi, bila start keta ok. Tp pas tukar gear, ada bunyi nyaring kt enjin, belting baru tukar... Tp still ada masalah yg sama.
tensioner belting dah lembu dan berbunyi,belting jadi kendur
GL4 dan GL5 pada asasnya sama cuma berbeza pada gerigi gear
Gunakan manual 90 memadai untuk kereta penggunaan biasa,biasanya 80/90 untuk pikap dan 4WD
1. Std mileage tukar minyak gear box ie alza dan suggestion brand apa yg ssuai
2. Expired utk timing chain alza brpe mileage
1.guna minyak gear perodua
2.Timing chain tak perlu ditukar mlainkan ia berbunyi dan rosak akantetapi pastikan minyak gear,minyak hitam,minyak klac dll minyak ditukar mengikit kilometer yang disarankan insyallah dapat menjaga timing chain dari rosak
1)brapa jumlah millage yg disarankan utk ditukar minyk gear atf (cvt) utk toyota wish keluaran 2010?
2)brapa rate hrga minyak gear atf toyota wish di pasaran?
3)brapa liter minyk gear yg diperlukan ketika menukar minyk gear utk toyota wish?
4)adakah disarankan utk kita menggantukan skali filter minyk gear atf ketika setiap kali kita menukar minyk gear?
Terima kasih atas pencerahan...
1.setiap 20000 km untuk kereta auto dan 40000 untuk manual
2.sekitar rm 90
3.2 liter sahaja
4.wajib tukar autofilter setiap kali tukar minyak auto
2.Kalau berat itu masalahmekanikal seperti panel tersangkut atau pin gearbox yang ketat
Sy bru membeli kereta secondhand model gen2 1.6 auto...nak tanya minyak apa ka yg sesuai utk sy gunakan ?dan brapa km wajib tukar...perlu ka buat flushing ?
1.. Minyak gearbox
2.. Minyak engin
3.. Minyak brek
4.. Minyak power steering
Terima kasih diatas bantuan tuan....
1. lampu pada tombol gear P,R,D,N tidak menyala.
2. kadang2 pintu yg dibuka terkunci sendiri.
3. horn yg ditekan kali pertama berbunyi tetapi selepas itu tidak berbunyi.
4.apakah yg perlu diselenggara? minyak enjin, minyak auto, minyak power strg, minyak brake, brake pad?
5. Berapa km untuk setiap pertukaran minyak2 diatas serta sukatannya?
Sekian, terimakasih atas bantuan tn.
Kalau guna minyak CVT nissan.. berapa milage untuk tukar minyak CVT?
1.mentol terbakar pada panel gear
2.reset semula alarm,jika tiada button reset boleh dengan mencabut negatif kabel dan cecahkan ke kepala negatif bateri sehingga terhasil 2 kali bunyi alarm,itu tanda telah diresetkan.
3.ada 2 kemungkinan samada hon itu tak ok atau suis pada stereng tidak berfungsi dengan baik
4.minyak enjin tukar,minyak auto dan autofilter tukar,tambah minyak brek,power stereng dan tukar brek pad
5.Tukar minyak enjin setiap 5000 km ,4 liter,minyak auto dan autofilter setiap 20000 km,hanya 2 liter digunakan,yang lain tidak perlu tukar
Mileage tukar adalah setiap 20000 kn,minyak atf boleh ditambah berlainan minyak dalam keadaan tertentu sahaja ,jangan campurkan minyak setiap kali menukar minyak ATF kerana keadaan kepanasan dalam ATF adalah berbeza
Saya matnor nak tanya berapa liter ATF utk almera dan berapa kos utk oil filter sekali.
Kalau guna myk gear auto yg bkn jenama nissan tolong rekomen jenama apa yg bagus.
Terima kasih.
1.adakah minyak ini sesuai?..
2.mekanik tuang penuh 4liter ke dlm gearbox sy, boleh tak mcm tu?...
2.4 liter terlalu banyak untuk gearbox,biasanya hanya 2 liter saja
Sy ingin bertanya berapa liter minyak ATF untuk chevrolet cruze 1.8 tahun 2010?
2.perlu rapatkan brek shoe yang terlalu banyak jarak dari disc
1.minyak atf yg sesuai utk waja auto 2001 selain atf proton?
Berapa liter pnggunaan?
2.sesuaikah minyak hitam shell helix hx5 15/40 utk waja 2001?
Sbb skrg saya guna minyak ni..
Terima kasih en.Arshad
1.Atf castrol atau valvoline,2 liter sahaja
2.sesuai
2.Ini masalah klac plate dan bering yang sudah hampir habis
1-berapa liter untuk minyak gear myvi manual?
2-brand apa yg ok?
3-apa gred minyak gear manual?
3-anggaran kos nak tukar?
Thanks
1.2 liter
2.castrol
3.ep90
4.rm200
tukar reverse switch untuk senang masuk reverse gear,kos sekitar rm150
nissan Livina Manual-masuk gear 2 or 3 enjin jd sedut/jerking. try tukar spark plug problem still sama.
minta pandangan tuan untuk kes di atas. terima kasih.
Tetapi masalah ini tidak berlaku ketika kereta bergerak laju walaupun aircond dipasang. Mohon pencerahan. Tq.
Berbeza ke myk gear depan dgn gear reverse?
mslh ke2.bunyi radiator agak kuat,rpm lebih dr 1 bila mula hidup kereta?
Servis karburator atau Throttle Body ,ganti air filter ,spark plug untuk stabilkan RPM.
Radiator tiada bunyi yang bunyi hanya kipas radiator,jika terlalu kuat maknanya motor kipas sudah sangat lusuh
2) kos service2 tersebut
3)gear 1 dan reverse susah nak masuk..kene main2 dulu baru masuk..apa masalah tu?dan ape yg saya peelu baiki?kosnya berapa?
1.tukar minyak hitam,oil filter,air filter dan fuel filter
2.kos sekitar rm200 jika guna minyak perodua
3.tukar minyak gear,kos sekitar rm150
Sy pengguna proton wira auto 1.5 tahun 2000.tahun lepas sy br tukar gearbox
spec jepun..masalah yg sy hadapi gear cepat sgt bertukar.contoh gear 1 ke 2
xada masalah.2ke 3 cepat dlm 40km dah bertukar gear..bila sy tekan pedal minyak
sikit gear bertukar ke 1.dan bila sy lepas sikit dan tekan balik baru masuk gear dua. Dengan kepakaran abg apa masalah kereta sy
ek..kena tukar gearbox lain ke..harap abg paham soalan yg sy kemukakan ini
Mcm mana pula dgn minyak ATF? Brand apa yg bagus
Fuel filter, auto filter boleh di beli di kedai sparepart ke?
Satu lagi nak tanya masalah exora, kipas masih berpusing walaupon enjin telah dimatikan.Ia terjadi selepas exora digunakan selapas 7thn dan sebelom ini tak pernah terjadi.
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,