Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi
Hari ini genap 7 hari kita meraikan kemenangan ramadan 1433 hijrah ,esok mungkin juga ramai yang meraikan hariraya 6 hari berpuasa dalam bulan Syawal.Selamat hari raya!
Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.
Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.
Perbezaan antara manual dan auto gear memang banyak,di antaranya yang paling baik ialah penjimatan minyak,dengan auto minyak memang agak jimat berbanding manual kerana semua kerja-kerja teknikal gear dijalankan oleh gearbox manakala manual adalah kita gerakkannya.
Dari segi brek juga begitu ,brek auto lebih mencengkam kerana hanya isyarat yang dihantar untuk gerakan gear jadi brek dibuat lebih cengkaman berbanding manual.Auto mudah dikendalikan,kurang tekanan,kepenatan dan secara teknikalnya ia amat baik.
Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-
1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear
Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-
1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4. 4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.
Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-
1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal shaft gearbox
Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.
Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.
Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.
Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.
Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.
Nota Penting Untuk Gear Auto:-
Jika masalah pertukaran gear auto masih lagi terjadi walaupun selepas menukar autofilter dan minyak gear seperti lambat bertukar,selalu bertukar ke gear rendah seperti 4 terus ke 1 , bertukar tidak ikut aturan contoh dari 3 terus ke 1 dan tidak bertukar ke gear lebih tinggi seperti dari 3 ke 4 ,ini adalah disebabkan shift solenoid transmission yang tidak berfungsi dengan baik dan perlu diganti,
Solenoid ini biasanya terdapat 4 di 2 kedudukan belainan dan 2 daripadanya adalah untuk fungsi pertukaran gear dan 2 lagi untuk kegunaan torque converter yang dipanggil Transmission pressure solenoid.
Untuk masalah seperti gear slip atau bertukar secara melompat dari 1 ke 3 dan tidak bertukar langsung,ia adalah disebabkan Transmission Pressure solenoid yang rosak. Rosak solenoid ini juga boleh menyebabkan gear panas kerana aliran minyak yang tak sampai ke gerigi gear dan kereta terus berhenti.
Biasakan menggunakan semua tanda indikator pada panel gear D,R,N,2 ,1 dan selainnya jika ada . Ini untuk mengalirkan minyak ke seluruh bahagian gear supaya jadi lancar dan tidak bermasalah
Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.
Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.
Perbezaan antara manual dan auto gear memang banyak,di antaranya yang paling baik ialah penjimatan minyak,dengan auto minyak memang agak jimat berbanding manual kerana semua kerja-kerja teknikal gear dijalankan oleh gearbox manakala manual adalah kita gerakkannya.
Dari segi brek juga begitu ,brek auto lebih mencengkam kerana hanya isyarat yang dihantar untuk gerakan gear jadi brek dibuat lebih cengkaman berbanding manual.Auto mudah dikendalikan,kurang tekanan,kepenatan dan secara teknikalnya ia amat baik.
Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-
1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear
Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-
1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4. 4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.
1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal shaft gearbox
Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.
Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.
Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.
Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.
Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.
Nota Penting Untuk Gear Auto:-
Jika masalah pertukaran gear auto masih lagi terjadi walaupun selepas menukar autofilter dan minyak gear seperti lambat bertukar,selalu bertukar ke gear rendah seperti 4 terus ke 1 , bertukar tidak ikut aturan contoh dari 3 terus ke 1 dan tidak bertukar ke gear lebih tinggi seperti dari 3 ke 4 ,ini adalah disebabkan shift solenoid transmission yang tidak berfungsi dengan baik dan perlu diganti,
Solenoid ini biasanya terdapat 4 di 2 kedudukan belainan dan 2 daripadanya adalah untuk fungsi pertukaran gear dan 2 lagi untuk kegunaan torque converter yang dipanggil Transmission pressure solenoid.
Untuk masalah seperti gear slip atau bertukar secara melompat dari 1 ke 3 dan tidak bertukar langsung,ia adalah disebabkan Transmission Pressure solenoid yang rosak. Rosak solenoid ini juga boleh menyebabkan gear panas kerana aliran minyak yang tak sampai ke gerigi gear dan kereta terus berhenti.
Biasakan menggunakan semua tanda indikator pada panel gear D,R,N,2 ,1 dan selainnya jika ada . Ini untuk mengalirkan minyak ke seluruh bahagian gear supaya jadi lancar dan tidak bermasalah
Comments
akak pakai harrier 3.0 ehsan dari cik abang suami.kami dah perasan minyak gear box akan
keluar bila enjin dipanaskan lebih dari 15 min.
Bila hantar bengkel deorang tak dapat kesan
kebocoran.deorang tak de pun cakap pasal
oil seal dah rosak ke. Deorang suh tukar minyak
gear box aje.masaalah tetap tak selesai.nak raya
baru ni akak antar servis (bengkel lain) .tukar minyak hitam dan minyak gear box.buat apa nama tu-engine flush oil-
Soalan akak- tak boleh ke mereka kesan kebocoran oil seal masa tu.
Sebab apa, akak risau pasal minyak gear box tu...lepas raya akak pegi bengkel tu lagi dan beritahu pasal minyak yg keluar tu.deorang
chek dan hasilnya oil seal bocor.penyelesaian membaikinya dengan upah angkat keluar engin dan tukar tak tahu berapa tong minyak(deorang ada bagitau, akak lupa)=kos nya rm 1055.
Dahlah dalam masa yg sama starter buat hal.kena tukar.ambik yg baru rm590.balik kpg
raya tak bawak keta akak ni.lepas seminggu balik,nak start engin susah sangat.masih boleh
bawak dlm 2 hari.lepas tu tak boleh start langsung. Nasib baik kat rumah.panggil cina bengkel tu.dia buat jump start-enjin hidup.maka
penyelesaiannya tukarlah pulak bateri.
dua hari lepas start engin bunyinya teruk sangat.
Sebenarnya sebelum tu pun bunyi dah lain. yg 2 hari ni melampau sangat bunyinya.hantar bengkel lagi. Bila dicheck,cina tu kata alternator
akak dah nak rosak.tunggu masa aje.
Tukar pulak alternator. Tapi ambik yg recon aje
dulu.ehh panjang pulak akak menceceh.
Yang pasal minyak gear box bocor tu,akak tak
buat lagi sebab kena tinggal keta seminggu.
mana boleh...skarang bukan cuti skolah.anak2 akak yg hantar/ambik sekolah.
kalau akak tunggu sampai bulan 12 untuk baiki
masalah oil seal tu...ok ke..selamat ke gear box
akak.
Terima kasih ya. Maaf tulis panjang sangat.
Jika banyak sangat keluar sampai menitis tak berhenti,memanglah kak nor kena buat cepat oil seal tu tapi jika menitis sedikit je tak jadi masaalah untuk gunakan kereta tersebut.
Apa yang saya rasa minyak jika minyak oil seal dari dalam gearbox Gearbox oil)tak mungkin menitis laju tetapi jika oil seal drive shaft dalam pecah memang menitis laju.
kak nor perhatikan btul2 jika ia tak menitis laju tak jadi masalah untuk gunakan terus sehingga bulan 12 taoi jgn lupa pulal periksa paras minyak gearbox.
saya mempunyai kelisa LE 2004. Baru2 ini menghadapi masalah untuk menggerakkan kereta setelah berhenti di traffic light. Kereta akan mengambil masa yg agak lama (8-10 secs) untuk pergi ke 10kmh. Akan juga terasa getaran di stereng seolah2 kereta akan berhenti. Boleh beritahu kemungkinan kenapa ini terjadi? Terima kasih.
Masalah yang munkin dihadapi adalah masalah :-
1.Drive shaft dalam yang telah haus
2.Clutc plate yang hampir habis
Untuk menyemak kepastian masalah ini ialah dengan menghidupkan enjin ,tarik hand brake dan meletakan gear 4 dan menekan minyak.Jika kereta tidak mati ini bermakna clutch plate hampir habis.
Auto treatment memang baik malahan untuk kereta bwh 5 tahun pun ia amat berguna.
Akantetapi jika kereta yang ada leaking dikawasan gasket samada head atau oil sump dan bhg lain juga ia kurang digalakan kerana ia memberikan kesan kuat untuk leaking lebih banyak.
Walaupun begitu auto treatment memang baik jika digunakan untuk setiap kali servis.
Masalah jerking begini adalah masalah api yang pecah di mana 2 komponen dan yang biasanya pecah pada distributor,kabel plug,coil dan wayar berdekatan distributor,periksa semua wayar ketika enjin hidup dan press minyak perlahan2 sambil seorang melihatnya pada kawasan gelap.
lubegard memang dikhaskan kegunaanya untuk melindungi gear yang berpusing dalam kotak gear.Minyak ini lebih likat dan tahan panas.
Banyak terdapat dikedai alatganti berjenama seperti kereta2 dari eropah.
Ingin mengetahui masalah kenderaan apabila first moving (first engine start) dari P ke D atau dari N ke D ada free skit dalam 20 ke 30 sec baru kenderaan start forwards.
Bila check level transmission oil - okay.
Check kelikatan oil - okay.
Bila kenderaan dah bergerak gear change smooth samada dari 2 ke 3 atau seterusnya ke 4.
Atau electronic setting memang macam tu.
Terima kasih
Level minyak gear tidak bermakna minyak gear auto tidak kotor,kelikatan juga sama,apa yang perlu ialah tukar minyak gear dan auto filter dan pastikan housing filter diservis dari habuk dan kotoran.
Azaley
Waja m 2004
Baru2 ini saya memandu dari gear 1ke2 2ke3 3ke4 4ke5 apabila rpm 4500 ke 5000 akan kedengaran bunyi gegar...
Saya chek rupa2 nya bunyi shift cable yg bergegag....
soalan:
1) adakan masalah di atas akan merosakangear box.?
2) adakan dgn menukar minyak gear akan hilang bunyi gegar tersebut.?
3) klu saya tukar cable tersebut masalah gegar blh hilang.?
Terima Kasih
Assalamualaikum...
shift cable tak merosakan grearbox,jika saudara tukar atas sebab getaran itu memadai.
Bunyi bergetar lain dari gegaran,gegaran melibatkan mounting dan gearbox,tapi jika bunyi bergetar seperti yang saudara maksudkan memadai dengan menukar shift cable sahaja.
Tukar minyak gear adalah digalakan setiap 40000km perjalanan dan seterusnya.
tak bergerak ni masalah pemasangan gearbox,drive shaft dan minyak gear.
Periksa minyak gear,bocor atau tidak,periksa air filter dan komponen dalam kotak gear yang dibuka,periksa drive shaft adakah dipasang elok,tak boleh tekan kuat bila pasang drive shaft kerana boleh merosakan pin dan gerigi drive shaft,periksa oil seal jika ada bocor pada gearbox.
Minta mekanik periksa semula.
Maaf saya nak gelak sat,ini minyak hitam dah tercampur dalam gearbox, tu sebab kuar asap dan keta tak gerak.
kadangkala ada mekanik yang lupa ini biasa berlaku.
gearbox tak ada pun enjin boleh hidup cuma tak boleh jalan je.
Gearbox susah rosak cuma jika masuk air banjir,tak pakai lama sampai kering minyak dan minyak bocor saja yang rosakan gearbox.
Selain dari itu tanda2 rosak bila gear tendang,biasanya gear 5 terus pi 4 utk manual,kalau auto gear susah masuk dan melonjak kuat adalah tanda kena tukar gearbox selain daripada baiki.
Saudara perlu dapatkan torque converter yang lain,torque converter gearbox telah rosak dan berkemungkinan minyak gear bocor,enjin sedikit panas sebab torque converter yang dipaksa bekerja,itu sebab jadi berat dan bergegar.
saya pengguna satria 1.3 tahun 96..sy selalu jaga bab bab minyak hitam dan yg lain tetapi tak penah amik tahu pasal kena tukar minyak gear box ni..baru baru ni sy drive dari tapah ke KL dgn guna gear 4 je dlm kelajuan 100 km/j sbbnya bila masuk gear 5 hanya bole bertahan kurang dari seminit..pastu dari gear 5 dia akan tendang ke free...adakah ini masalah gear box atau hanya perlu jalani proses servis...ingat nak pg workshop sehari dua ni tapi takut kena tipu dgn mechanic pulak sbb zero knowledge..harap tuan dapat bantu utk minimunkan kos yg tdak sepatutnya nnt.. tq
Kalau dah tendang gear 5 macam ni gearbox mesti ditukar,itu adalah cara paling pantas selain dibaiki oleh mekanik yang makan masa dan cuma ada kat tempat2 tertentu.
Kos satu gearbox sekitar rm 750
nak tanya, kereta yg saya guna iswara tahun 1997 punya..
1. kereta saya masa naik bukit tiba2 mati, n lepas tu, steering terus jadi berat.. apa punca nya ye? pasal minyak steering ke? **kat mana nak tgk? hehe
2. Kalau gear 1 susah nak masuk, apa puncanya ek? **gear lain ok jek..
thanks...
enjin dah mati steering memang jadi berat,tapi kalau dah idup semula masih berat gak ,minyak power steering dah bocor kat rack.Minyak power steering berhadapan kotak timing belt betul2 dibahagian enjin depan pemandu.
2.Periksa kabel klac,kedudukan untuk diadjust adalah tempat sama pada enjin hadapan pemandu sebelah atas,pusing kabel ikut arah jam ,jika ok bermakna kabel tak addjust tapi jika dah abis adjust maknanya klac plate dah abis.
kete saya viva 1.0 manual...sy berdepan masalah bunyi bising (ketek...ketek...ketek..) yg x diketahui punca dr mana..tp mcm dr bhgn bawah belah depan....bila bwk g bengkel, bunyi tu xde plak..sy dh try skru kan bumper depan tp bunyi tu ttp ada gak...adakah mslh ni berpunca dr clutch?
hrp sudi membantu...time kasih...
gearbox kancil sy sgt susah nk masuk gear 1 n 2.. gear 3,4,5,r ok,, apa masalahnya? kalu hantar bengkel.. brapa agak2 kos yg kena?
adjust kabel dulu,kalau ok kosnya percuma saja.
bisa bunyi datang dari roda,mungkin ada yang bergesel ika bunyi tu dipandu laju makin kuat memang dari roda,tapi jika sama saja mungkin dari kipas aircond/radiator yang berlanggar dengan kotak penutupnya.
masalah gearbox masuk air ni memang tak boleh di tolong lagi,dah ketat sebab ada air,mau tak mau kena lah guna khidmat tow trak.
saudara boleh dapatkan gearbox dari kedai potong kereta ,saya rasa model viva terdapat 2nd hand gearbox.
Jika betul2 baru dari kilang memang mencecah ribuan ringgit.
Guna 2nd hand pun boleh mencecah 5 tahun lagi jika minyak gear dijaga elok,boleh kenalpasti bila memandu
gear lembap,keras dan bergegar tanda2 minyak gear kurang atau bocor.
Drive shaft dalam pada gearbox kereta tersebut tak masuk betul atau mungkin dah tercabut.
Minta mekanik atau seseorang yang tahu mengenai kereta untuk buka drive shaft gearbox dan masukan semula dengan elok.
td saya da bw keta sy pg bengkel tuk adjust cabel, tiba2 pomen tu kata kena buka gearbox tgk sbb masalah gearbox, dia kata gear 1 ,2 xdapat masuk walaupun keta xhidup.. mcm mana nie ye..
Minyak gear auto kering je, tambah 3ltr jalan gi balik gi balik minyak gear kering lagi. Check minyak gear tak leaking pun. Utk makluman asap keta berkebuk warna putih. Check minyak hitam ok je. Masalahnya saya nak tahu adakah kebocoran minyak gear auto masuk ke bahagian enjin. Doktor tolong jelas sikit,kepala saya pening dibuatnya.
(keta saya merc W 126 /S280 tahun 86)
Saya pakai Merc lama model W126 /S280 thn 1985. kereta saya keluar asap putih. Check minyak enjin ok je tak kurang pun,musykilnya minyak gear auto pulak yg kurang tapi tak nampak lleaking pun. Sewaktu minyak gear habis tak berasap pulak,bila saya tambah minyak gear asap putih keluar lg. Saya nak tahu adakah minyak auto gear boleh masuk kebahagian enjin. Doktor tolong jelaskan kat saya boleh? Kepala saya ada sikit2 pening fasal benda ni.
TQ.
minyak gear tak boleh masuk ke dalam enjin.Minyak gear yang kurang memang ada bocor dimana2 cuma mungkin ia cepat mengering bila enjin panas.
Piston ring kereta tersebut telah haus dan mengeluarkan asap putih yang berterusan,dapatkan pomen utk overhaul.
Nak tanya sikit...saya sekarang menggunakan enjin mitsubishi 1.8 GDI bertransmisi auto shifttronik pada proton gen2 saya..masalahnya apabila menggunakan shiftronik gear hanya boleh masuk gear 3 shj..gear 4 tak bole masuk..sekiranya menggunakan automatik..penukaran gear ok..tetapi lampu NEUTRAL berkelip2..persoalan saya..adakah gearbox saya mengalami kerosakan..dan perlu penukaran gearbox yg baru? Ataupun masalah berpunca dr clutch yg sudah haus? Saya harap saudara yang arif lagi berpengalaman dapat menjelaskan masalah saya ini..sekian..
Pada kebiasaannya gear yang tidak masuk habis atau tidak tukar langsung disebabkan oleh minyak gear bocor,periksa bocor dimana2 dan jika monyak gear terlalu kurang masalah begini mudah berlaku.
Saya nak tanya, kalau ekzos kereta asyik berasap.. ape puncanya.... ayah sy pkai kereta toyota innova.. die komplain ekzos kereta die selalu berasap... harap dapat nasihat daei yang pakar.. tq
Terdapat 2 jenis asap yang selalu keluar dari ekzos jika ia ada masalah.
1.Asap hitam
2.Asap putih kebiruan
Asap hitam sebab injektor kotor,plug yang cepat hitam,air filter kotor dan minyak hitam yang naik sehingga silinder head.
2.Asap putih kebiruan dan berterusan adalah kerana piston ring yang haus dan keretakan pada blok dan enjin perlu di overhaul
Q1 : sy memandu honda city idsi 2003. baru2 ni gearbox meragam sb RPM tinggi bla jalan seperti stuck di gear 2 atau 3 shj. bla msuk R atau D jg ada bunyi bising spt gegaran. tp bila msuk N semua normal.jd sy hanya menggunakan 7 speed mode manual shj. manual transmission semuanya lancar tiada bunyi bising. apa masalah sbnarnya?
Q2 : paddle shift stuck di P jika ingin bw kereta perlu manually unlock the shift lock. apa puncanya?
TQ tuan.
q1-periksa minyak gear jika kurang akan menyebabkan keadaan demikian ,seeloknya speed sensor ,minyak gear dan autofilter ditukar.
q2-pin pada paddle shift tersangkut ganti pin tersebut.
terima Kasih atas jwpn tuan. utk Q1 di atas sejauh mana tahap kritikal GB sy? utk prestasi lbh baik perlukah sy tkr GB atau overhaul?
Q2 : sy dah hantar kete sy ke honda SC Taiping namun mereka xberjaya betolkan malah ambil ms lbh 5jam utk mslah Q2. LOL
Berbanyak TQ pd tuan Sord
masalah seperti yang saudara katakan tu tak perlu overhaul,ia bukan masalah enjin.Jika saudara tukar gearbox lebih baik cepat dan boleh terus guna tiada masalah.
Masalah pin ni masalah biasa jika tau dimana tempat ingin dibuka dan baiki.Ada lebih baik saudara hantar kepomen biasa untuk dua2 masalah tersebut.
saya ada masalah mengenai gearbox auto gen2. Masalah kete saya adalah seperti berikut :
1)Lampu gear berkelip selepas diletak ke D.
2)Kalau ke R menendang kalau lampu gear lampu berkelip kalau lampu tidak berkelip ke R tidak menendang.
3)Check kat computer histort dia cuma gear 3 je.
Boleh bagitahu apa masalah nya t.kasih
setelah dibaca mgenai masalah yg berlaku, mmg tidak syak lg kereta sy mempunyai masalah slip transmisi...
jadi sy nak tanya mgenai kos keseluruhan penggantian barang seperti
1.bersihkan ruang auto filter
2.tukar auto filter
3.tukar mounting gearbox
4tukar pin panel gear
5.tukar kedua-dua seal gear
sy mempunyai kereta waja 1.6
harap dapat membantu..tq
Kos tukar minyak gear dan autofilter serta bersihkan ruang sekitar rm 150-200.
2.Tukar mounting gearbox depan dan belakang sekitar rm150-200 juga
3.tukar seal kira2 rm50
Kos keseluruhan kira2 rm 400
sy pkai mazda 3 2007. bpe ari lps sy tertumpahkan air blackcurrent n msuk kt tmpt gear.. sy ingtkan air x masuk dlm tapi ade beberapa kali lps tu ade kejadian susah nk tukar gear. memang sangkut nak tukar D ke N or gear lain. kena tolak kuat2 baru boleh. itupon dah macam paksa dia tukar gear sebab tgh benti kat traffic light. gearbox rosak ke??
Gearbox tak rosak,masalah tersebut akan selesai jika ia kering,cuma jika terlalu ketat nak tolak bawa ke mekanik minta mereka buka gear compartment untuk keringkan.
masalah ini saudara kena tukar torque converter.
sama, lepastu mekanik kata tukar computer box gear box,oil seal,oil pump, dah tukar semua bunyi dah hilang.. tp naik bukiy x da power dan temputre naik tggi, mekanik suruh tukar pandangan computer box enjin pulak.. minta pandangan?
1-Apa sbnrnye yg rosak
2-Anggaran kos paling minimum utk perbaiki.
enjin bergetar sebab mounting yang lusuh disebelah kiri dan kanan adalah penyebab utama getaran pada pedal minyak.Selain itu sila periksa dan kuncikan skru pedal pada bawah kaki driver.
1.Buang semua minyak gear tukar yang baru.
1.2 skru pedal minyak perlu diketatkan jika dah ketatkan pun mcm tu gak boleh kot claim warranty.
2.mounting enjin ada dua kiri dan kanan manakala mounting gearbox ada dua depan dan belakang .Absorber tak ada mounting ,cuma pemegang saja
Olehkerana torque converter berbentuk bulat parabola jadi ia mudah menakung sebarang habuk dan air,jika ia rosak ,kereta takan bergerak,ia juga adalah seperti sebuah klac untuk auto transmission.
Kosnya sekitar rm3-400 sahaja!
Cara memeriksa getaran enjin adalah pada RPM,jika RPM terlalu rendah dibawah 900 rpm ia akan membuat enjin bergetar termasuk mana2 komponen yang longgar atau lusuh.
Jika RPM kereta saudara berada pada 900-1000 rpm dan stabil,ini maknaya ia tiada masalah pada throttle bdy dan tuning.
Getaran enjin akan lebih bergetar jika mounting koyak atau lusuh,mounting boleh dilihat jika ia koyak.
Periksa diaphragm pada distributor,ada hose kecil berdekatan distributor ,gantikan jika kooyak atau bocor,alat ini berfungsi menaikan rpm pada waktu pagi.
Saya menggunakan kereta savvy dah 7tahun..baru terjadi semlam gear reverse saya tak boleh masuk lansung..terus stuck.day try banyak kali utk masuk gear reverse..tp still tak boleh..boleh saya tahu aper yg patut saya buat...
thanks
Saudara kena tukar reverse switch.
masalah gear auto akan jadi bila minyak gear kurang atau bcor,periksa paras minyak gear.
Q1)kereta saya bila tengah jalan pastu saya lepas minyak die macam sengguk sengguk macam kne break2 sendiri sebab apa ea.. auto filter dah tukar dah.. transmission ok lagi x gila g..
Q2) die kurang pickup even dah tukar plug,dah cuci TB? tapi bila biar kereta tu N dan x gerak enjin hidup pickup die ok blk.. macam x cukup minyak tok gerakkan kereta.. fuel filter dah tukar dah..
Q3) bila masuk D r R die macam lambat nak bagi tindak balas kne tekan minyak ckit baru gerak.. ni bila dah panas..
harap dapat membantu...tq.
Q1) saya punya kereta time lepas minyak macam break2 sendiri knapa ea.. macam tersengguk sengguk.. ada masalah n gear box ke.. macam mana nak satlekan..
Q2) kereta kurang pick up bila jalan.. nak pergi 100 pun susah.. tapi pas lama berhenti tanpa mati enjin pickup ok pastu ko blk..
Q3) kereta lambat bagi tindak balas bila dah masuk D r R.. kne tekan minyak ckit baru start gerak...
tq harap dapat membantu..:-)
Semua masalah saudara ada kaitan dengan masalah jerking.Puncanya dari api pembakaran yang tidak elok.
Tukar kabel plug,plug dan jika boleh tukar distributor.Jika tidak mahu tukar distributor,periksa cap distributor dan rotor jika ada pecah atau retak,tukar rotor dahulu pun elok tapi pastikan cap distributor tak pecah.
Tukar air filter juga.
Kereta saya bru saja tukar drive shaft kira2 2 bln yg lalu, dan slepas itu, tdk ada bunyi.. Tp lately, ada kedengaran bunyi apabila membrek.. Bawa p mekanik, dorang ckp, ok jew.. N kdg2 apabila pusing ke sebelah knan (pusing abis) akn dgr bunyi.. Apakah itu masalah shaft ataw brek?
Stiap kali berada di roundabout ataw simpang yg memerlukan saya tekan minyak mengejut, kereta akn lmbt pickup.. Mekanik ckp gearbox rosak.. Mesti tukar gearbox ataw ada penyelesaian yg lain? Brapa kos gearbox?
Tuan kereta saya nissan sarena 2.0 auto thn 1999, masalah saya adalah kereta tak mahu nak jalan dan menderam apabila minyak ditekan, Keadaan ini berterusan dan jika naik bukit masalah bertambah teruk seolah2 tak ada power langsung... Adakah ini disebabkan gearbox atau ada masalah lain. ada sebarang penjelasan.
Masalah saudara ada kaitan denagan api plug,kabel plug dan distributor adalah penyebab utama pergerakan tersentap2 berlaku.Dapatkan kabel dan distributor yang lain.
Saya rasa masalah saudaramasih lagi d/shaft,saya rasa saudara tukar d/shaft luar saja dan tidak menukar d/shaft dalam yang bersambung ke gearbox,housing d/shaft dalam saudara dah haus dan menyebabkan ia lambat pikap dam bunyi tetap ada.
Tukar d/shaft dalam kereta tersebut.
Kos klac plate sekitar rm300 dan keseluruhan anggaran bersama upah,minyak gear dll adalah rm500
Tuan kereta tukar d/shaft dua kali,
d/shaft ada 2:-
1)INNER D?SHAFT
2)OUTER D?SHAFT
(saudara boleh juga gunakan d/shaft dalam atau luar di kedai alatganti)
saudara periksa dulu d/shaft apa yang saudara tukar,lihat bil samada ia sebelah luar atau dalam.
Saya rasa saudara perlu periksa gearbox,ada masalah pada torque converter.
Sy pakai nissan n16 auto 04. Ketika jalan tiba2 krete berderam. Sy brhentikan kreta dan kmudian msk gear P. Selepas 2 sy msk gear D semula dan ok.. Tp masalah nie skg selalu brlaku.. Adakah ini mslah gearbox ssb sy bru tkr myk gear.
Tq
Sy pkai nissn n16 auto 04. Masalah sy kadang2 tgh jln kerete mnderam.. Tp bila sy bhnti letak gear P dan ltk D smula ok.. Adakh masalah ini brkaitan gearbox? Myk gearbox sy bru tukar.
nk tanya, saya pakai keta kancil yg da tukar gear auto..lately, keta saya ada bunyi macam bergesel..mula2 die bunyi time nk start enjin je tp skrg time tgh drive p0n bunyi gak..agak2 apa masalah nya??
Periksa kabel minyak ataupun sekitar throttle body,mungkin tersangkut secara tiba-tiba dan kembali normal.
Brek akan berbunyi jika terkena air lebih2 lagi jika brek pad ada karat.
minta pendapat saudara untuk menangani masalah ini..
adakah sbb sensor dlm kotak gear tu jgk? if dibiarkan, ape efeknye ye?
tq in adv!
berkenaan dengan sensor gear saga BLM..Yang lawaknya pomen tu tak tau sensor gear yang mana satu..dia kata wayering problem..perlu ka saya buat wayering??
tak perlu buat wayaring,cuba lain pomen ,ini masalah sensor dan juga wiring kena air.
bila wiring kena air ni makan masa sikit nak kering,jika lampu saja tak jadi masalah pada sensor,tapi jika sensor tak memberi isyarat untuk tukar gear itu yang masalah maknanya terlalu banyak wiring kena air.
Kereta cik lisya tak perlu apa2 lama2 lampu akan ok seperti sediakala bila air pada wayar kering.
Bawa kereta ketempat baiki gearbx dan tukar solenoid tersebut.
Kereta saya Gen2 1.6 Auto (2005), bila mula2 nk jalan @ selepas berhenti dan tekan minyak kereta macam tersentap sentap tersengguk sengguk. Dari pembacaan kat komen2 tuan saya tengok macam masalah injection. Betul ke?
Apa yg biasa pomen buat & ape yang dia tukar @ tak patut tukar. Saya takut kene tipu.
Boleh rekomen pomen area KL, Sentul, gombak atau berhampiran yang ok?
Kalau boleh sediakan sekali skrip untuk saya bercakap supaya pomen nmpak sy ni tahu pasal kereta. eheheh
TQ Tuan.
sengguk-sengguk ni ada 2 sebab:-
1.sebab fuel filter kotor
2.sebab api kabel pecah
Tukar kabel plug dan minta mekanik periksa distributor cap dan rotor lihat samada ada pecah atau tidak.
yang pastinya tukar plug,kabel plug dan fuel filkter,insyallah baik dari jerking sedemikian.
skripnya macam ni:-
Pak macho:-abang pomen mintak tukar plug ,kabel ,tlg tengokkan sekali cap distributor dan rotor ada rosak ,pecah ke.
abang pomen:-siap yan encik!
pak macho:- siap apanya?
abang pomen:-siap duitnya!
pak macho:-kosnya berapa ya?
pak macho :-Kosnya sekitar rm200
abang pomen :-pak macho ni pandai jugak tentang keta ,fuel injection lagi
abang pomen:-waduhh!bisa gawat ni!
Salah ye pasal injection. Aku blasah je. Aku memang tak tau ape pasal keter. Saje nk bagi nampak konpiden. hehe
Dah gogel:
Cap Distributor -> nampak tak nampak je lokasinya.
Rotor. --> kat brake disk tu. Betui ke ni? ke rotor yg mana satu.
Adooii
Kereta kelisa auto sy baru overhaul. Tiba2 je susah nk tukar gear dari 1-2,2-3, 3-4. Kena tekan sampai 4000 rpm baru bertukar gear. Tolong sy. Apa masalah ni.
Keta kancil sy agak susah nk masuk gear 2, kenape ye.. dan bila masuk gear 5.. akan mengeluarkan satu bunyi mcm desiran angin n juga ketukan kat clash kak kaki... Kalu keta xbergerak xde plak bunyi.. apa msalahnye?
Cuba adjust kabel klac tinggikan kabel klac dulu
ini maslah ketika memasang semula komponen selepas overhaul,d/shaft gearbox atau flywheel bering yang tak masuk sempurna,bawa semula kekedai tersebut untuk periksa.
Taip kat google car distributor.Dalam distributor ada rotor(penutup).
Distributr dan rotor adalah satu komponen.
kawan nak tanya ckit,alternator rosak tandanya camna yer.semalam kreta kawan tak boleh start,ada bunyi 'ktak' sekali bila nak start. langsung xnak hidup.tanya kawan2 semua kata altenator,bila ada masa free aku godek2 sendiri cabut bateri 10min,tukar fius relay terus okay jer.perlukah tukar altenator.kreta usia 9tahun,gen2.bukan apa takut2 terkena tempat sunyi ke,buat persediaan la katakan.
masalah tak boleh start biasanyua bukan sebab alternator,biasanya disebabkan bateri dan starter.
cara nak test alternator ok atau tak:-
1.cabut negatif kabel pada bateri ketika enjin hidup
2.Jika kereta tak mati alternator masih ok
saya rasa masalah cik din ni kepala bateri dah kotor sebab tu tak boleh start.bersihkan dengan curah air panas kat kepala bateri.
saya nk tanya harap en. sudi mnjawap..pernah terjadi pada kenderaan saya di trafik light bila saya dah free gear tiba tiba pemijak klack tersangkut, bila saya nak masuk gear saya terpaksa cungkil pemijak klack untuk naik semula sebelum saya tekan pemijak klack untuk masuk gear..jarang berlaku tp merisaukan saya..kereta gran livina 2008 manual..
lagi satu bila pagi2 nak start enjin ada bunyi mcm bunyi tersangkut bunyi dtang dari enjin..harap en. sudi jawap thanks..
1.klac sangkut disebabkan klac pump bawah pedal dah kotor,pecah atau bocor,jangan biarkan sebaiknya terus tukar klac tersebut jika tidak ia akan melekat terus dan tak bleh masuk gear langsung.
2.Kereta berkuasa melebihi 1000 cc adalah agak berat jadi kuasa bateri diperlukan agak kuat olehitu bila start enjin tindakan kuat starter diperlukan .Jika berbunyi seperti ketat adalah disebabkan oleh kuasa bateri yang semakin kurand sebab bateri dah lama atau starter yang kotor,tukar bateri atau servis starter nissan tersebut.
Tindakan yang saudara Asyraf lakukan adalah betul ,cepat hantar ke bengkel jika air masuk ke gearbox .Tiada kesan jangka panjang seeloknya mencecah 40000 km semula tukar sekali lagi minyak gearbox.
Saya perhatikan ada gear oil bocor/titisan semasa kereta hidup, tapi apabila kereta mati, tiada plak titisan gear oil.. kat mana ye leaking tu.. apa perlu buat?
1. perlukah saya memohon dengan JPJ utk penambahan gear baru tersebut.
2. Agak2 berapa kos keseluruhan yg perlu bagi membolehkan hilux saya tu ada 4x4.
Sekian...harap membantu.
Saye ade masalah pada hose auto oil yg masuk ke radiator....hose tersebut telah pecah....dah gantikan baru tp still pecah....x sampai seminggu ganti dh pecah balik....ape masalahnye ye. Adakah ini simptom gearbox nak rosak....atau perlu saye overhaul gearbox tersebut. Kebiasaannya brape kos overhaul untuk gearbox bg proton gen2? kalau nak ganti gearbox baru brape kos? nak comfirm takut kene tipu....Trima Kasih.
>zaidi<
Gearbox saudara menjadi terlalu panas sehingga hse penyejukan tak berdaya menahan kepanasan tersebut.
Ada juga minyak yang tidak sesuai dengan gearbox,gunakan sedikit treatment untk minyak gear.
Minyak pennzoil umpamanya mempunyai daya tahan panas yang baik.
Kos overhaul gearbox mencecah rm3200 dan sebuah gearbox gen2 kira2 rm3000
Upgrade ke 4x4 biasanya tak perlu jumpa JPJ melainkan jika enjin ditukar sekali.
2.gearbox belakang,alat tukaran gear dan shaft untuk 4x4 menelan belanja kira2 rm2000 dan upah sekitar rm1000.
Nak Tanya sikit pasal gear auto nie, saya pakai kereta saga lama auto sejak2 nie bila masuk nk start jalan ok tapi bila behenti di traffic light atau tengah brek nak jalan balik,bila tekan jer minyak rasa macam gear x lekat jer, tapi x lama tekan minyak lagi dia jalan balik tapi jarang2 lah, adakah gear box saya dah start nk rosak atau memang dah tahap serius, boleh bagi pandangan atau tunjuk ajar sikit tak sebab saya memang tak pandai pasal bab kereta nih...harap boleh tunjuk ajar....Terima kasih
Gegaran terjadi sebab d/shaft ke gearbox hampir rosak.
Kena periksa drive shaft dalam ke gearbox ada kemungkinan besar telah haus,gantikan sebatang untuk kedua2 belah d/shaft dan tukar juga minyak gear auto.
masalah kereta sy :
1- bila steering pusing habis ke kanan.. akan ada bunyi *gup..tp bila pusing ke kiri.. x bunyi pulak..
2- licking di bahagian engine.. terutama di bahagian dekat spug plug. apa yg pelru dilakukan? perlu ke tukar head? kos untuk head berapa ya?
3- kereta tersengguk-senggunk bila mula2 bergerak.. sbb apa ya ?
tq ..
1.bunyi tersebut adalah bunyi d/shaft dalam (housing d/shaft dah longgar)pada gearbox,jika bunyi pusing kanan bermakna sebelah kanan begitulah sebaliknya.
2.Biasanya jika proton leaking sekitar spark plug adalah leaking head cover sahaja,gantikan getah sekeliling head cover tersebut,bersihkan sekitar plug dan lihat hasilnya.
3.Tersengguk ni adalah biasa bagi kereta proton lama kerana karburator yang terlalu kotor,servis karburator setelah itu pastikan tukar fuel filter dan air filter.Pastikan rumah air filter selalu dibersihkan.
Bos. Dia cakap kereta auto tak pakai distributor. pakai ape ntah. Malu i. ahaha.
Tapi aku dah bwk kat pusat servis proton dah. dia kate gearbox problem. Adooiii melayang duit
Model ni guna cdi.Susah start sebab throttle body dan fuel filter yang kotor.
Nak tanya sikit..
Soalan 1.
contoh:kereta proton wira 1.5 dah masuk gear semasa kereta tak dihidupkan.Apabila enjin dihidupkan kereta tersentak sebab gear 4 dah dimasukkan.
Apakah kerosakan yang akan berlaku bos.
Soalan 2.
Apakah perbezaan diantara Overhaul dengan Top Overhaul.Kos Pembaikan Berapa.
Soalan 3.
Berapakah Harga karburetor Wira 1.5?
Soalan 4.
Kereta saya masa panaskan enjin akan keluarkan asap putih yang banyak.Minyak hitam selalu kurang sedikit sahaja.Apa masalahnyer Bos.
Soalan 5.
JangkaHayat Plug sepatutnya kena tukar bila yer.
Soalan 6.
Apabila saya hendak matikan enjin kereta.Enjin akan tersentap walaupun suis sudah dimatikan.Kenapa jadi macam tu Bos.
Banyaknya soalan.
Hehe..harap bos dapat jawab yer..
Lagi satu bos buka kedai kat mana yer..
Terima Kasih Bos.
Jasa dan ilmu mu dihargai.
Banyak info berkaitan kereta saya dapat dari blog bos.
Yang Benar.
Moyo's
1.Jika tersentak hanya sekali saja tiada kerosakan yang berlaku tetapi jika sengaja dilakukan berulang kali boleh merosakan keseluruhan komponen gearbox.
2.Overhaul adalah membuka blok,head,piston,dsbnya,manakala top overhaul hanya buka head,bersihkan permukaan blok dan grind valve.Kos overhaul proton wira sekitar rm 1500-2000 manakala top overhaul adalah setengah dari kos overhaul.
3.Harga untuk karb baru adalah rm1000++ jika 2nd hand dari kereta terpakai sekitar rm400
4.Asap putih yang banyak menandakan piston ring yang dah haus teruk dan perlukan overhaul.Top overhaul juga harus dilakukan sekali,minyak hitam jadi likat dan membentuk kerak sekitar head dan blok menjadikan ia kurang sentiasa.
5.Tukar plug adalah setiap 2 kali servis.
6.Enjin tersentap kerana banyak karbon dan minyak yang tidak habis terbakar dan menyebabkan sedikit letupan dalam ruang pembakaran,disinilah overhaul memainkan peranan utama.
Banyaknya jawapan,dari mana jumpa blog ni?semuga bahagia disamping keluarga tercinta,
Yang benar
sord87's
Terima Kasih Bos..Sord87
Selalu Follow blog nih...
Ni yang baru tanya soalan...sekali tanya banyak lak kan...nasib bos sudi jawab..terima kasih sekali laie..
Banyak Info tentang kereta..
Saya pun pakai kereta 2nd ja,tu yang cari input pasal keta.
Saya tanya pakcik google..dia yang bagi website bos yang best dan friendly nih...
Yang Menimba Ilmu..
Moyo's
Jika minyak gear yang bocor agak sedikit dan tak menitik tak jadi masalah cuna pastikan ia ditambah dan jangan biarkan ia sampai kering.
2.Jika lampu amaran h/brek tak padam suis bawah handle h/brek dah rosak
3.Jika lampu amaran check engine(kalau ada)tak padam,cabut wayar negatif bateri selama2 minit dan pasangkan semula.
aku guna waja 1.6 A. tadi pagi aku start engine kereta then aku switch on tu air-con. selepas tu engine mati pula...
then aku testing x buka air-con, semuanya berjalan dgn lancar, x mati engine.
so apa masalah kereta waja ku ni ar??
aku pakai Waja 1.6 A. tadi pagi aku start enjin kreta then switch on tu aircon, selepas tu kereta mati enjin pula...
then aku testing x buka air-con, semua b'jalan dgn lancar, x mati enjin..
so apa masalah dan solution utk kereta waja ku ni ar???
masalah throttle body,idling tak betul,sebaiknya tukar throttle body!
Saya pakai chery eastar.kereta saya mengalami masalah drop gear setelah menukar gear oil kali pertama.berlaku sentakan kuat pada memulakan gerakan dari gear 1 ke 2.semasa pemanduan..drop gear berlaku ketika saya membawa kereta pada kelajuan biasa antara 40-100km...tetapi tidak berlaku drop gear setelah saya memandu 110km keatas.
Mohon penjelasan dan bantuan apa yang perlu saya lakukan untuk elak masalah ni.
Selain dari minyak gear bocor atau kurang gear bertukar secara tiba2 ini juga disebabkan oleh sensor solenoid dalam kotak filter gearbox,ianya harus dibaiki atau ditukar.
Tambahkan dulu minyak gear.
Boleh saya tahu tank minyak gearbox di bahagian mana satu kerana saya memakai kereta hyundai getz 1.3?
minyak gear dan minyak power stereng adalah berbeza.untuk minyak gearbox tiada tempat khas untuk tuang melainkan pada gearbox dari speedometer atau dari penutup bawah gearbox untuk kereta manual.
Minyak power stereng,minyak brek ada tempat khas boleh tuang dari atas bersebelahan enjin sebelah kiri.
Jangan tuang minyak gearbox dalam tangki kecil power stereng atau tangki kecil brek,boleh mengundang bahaya,hati2,tanya sesiapa yang lebih berpengalaman dalam kereta dari saudara aizat.
ada satu lagi tangki kecil putih juga untuk minyak yang dipanggil minyak klac juga pada sebelah kiri enjin,semuanya ada 2 tangki kecil putih dan satu hitam (kadangkala putih juga) untuk minyak power stereng
Saya pakai satria 1.3 manual. Kelmarin hujan lebat and saya kena redah banjir. Sekarang ni boleh start tapi tak boleh masuk gear 1, masuk gear reverse pula ada bunyi. So kena tukar gearbox atau tukar minyak gearbox je ? And berapa anggaran kosnya pula ?
Air dah masuk kedalam gearbox satria tersebut,buangkan semua minyak gear dan tukar dengan minyak gear lain,pastikan semua air telah dikeluarkan.Kos tukar minyak gear sekitar rm100
Tukar speed sensor pada gearbox tersebut dahulu,minyak gear juga harus ditukar jika belum ditukar.Kos tukar speed sensor sekitar rm200
Nak tnye la..knape kereta saya x boleh masuk gear.baru2 ni ade redah banjir...x de plak sy tukar2 gear..ade kaitan dgn gearbox atau klas plate yg abis?? agak2 bape kos utk dapat kan spare part original
sebaiknya tukar minyak gear dahulu,kadangkala air masuk kedalam gearbox menyebabkan minyak gear bercampur air dan menyekat gear dari bekerja dengan baik.
sebaiknya periksa dulu clutch pump,jika bocor biasanya menyebabkan clutch pum tidakbekerja dengan baik dan sentakan mudah terjadi.
Clutch pump ada pada pedal clutch dan pada atas gearbox
Bro,sy pkai wira s.e auto thun 03
Mslh sy,aritu drive mlm dlm hujan lbat..pstu lmpu headlamp,dashboard skjp jd trang skjp jd malap.
Pstu radio kjap ter on dan ter off sndiri..wiper pn mkin lama mkin slow..seolah2 xckup current..pstu tsadai tpi jalan..
Lpas tu jump dgn kete len,sme jd normal balik n bleh drive balik uma..
So sy suspek bateri atau alternator..dh tuka bteri bru beberapa hari lpas..n utk pngetahuan bro,sy dh cbut terminal negatif bteri time enjin running..utk check alternator,n xde mslh..enjin still running(sy cbut utk jgka masa lama gk)
Pstu skg ni mslh y sama brulang..hrap bro dpt mbantu
Ini masalah wiring pada alternator tersebut,ada kemungkinan wayar soket pada alternator tak sentuh betul atau tercabut.
Wayar kuning pada alternator amat penting jika ia tercabut,bergoyang akan menyebabkan apa saja yang berlampu menjadi malap atau terang sekali sekala.
Kos tukar sensor tersebut sekitar rm200
Memang biasa jika turun bukit rpm akan naik tinggi sedikit dan kembali asal pada jalan rata,ini kerana penggunaan minyak petrol yang bertambah.
Akan tetapi jika selepas tukar minyak gear ia jadi demikian ada baiknya saudara periksa semula ,kadangkala minyak gear auto yang terlalu banyak dimasukan menyebabkan rpm jadi tak menentu sebab solenoid sensor dalam gearbox tak boleh mengawal isyarat tukar gear.
saya memandu kereta kembara ez,
setiap kali on aircond..kereta mengaum dan bunyi bising serta kereta agak berat nak bawak...
adakah disebabkan leaking pada gasket salah 1 faktor kereta jadi lembab..
dan saya nak tanya jika saya start kereta buntik tik tok (mcm tin kne ketuk)berbunyi seketika...apakah tanda2 tersebut???
t.kasih
saudara kena periksa segera kereta tersebut ,minyak hitam kurang menyebabkan bunyi ketukan dalam enjin dan kesan ini juga memperlahankan komponen dalam enjin dan terasa berat bila hendak dibawa.
2.Karbon yang banyak dalam enjin juga merosakan idling enjin .Periksa mekanisme FICD aircond untuk memastikan ia pada pelarasan yang betul.
1.FICD yang rosak
2.Laras Distributor diaphragm yang tak sesuai
3.Hose vakum yang bocor
kalau semua lampu dah nyala tu,bateri dah weak,guna jumper pun ok jika tak mau tukar bateri
Periksa clutch dulu jika tak bocr ,maknanya masalah sensor pada gearbox.
sy pakai kete wira 1.5..sblm ni auto tp blan 2 2012 br ni tukar ke manual..,masalahnye gear 5 wat hal lak.., bile drive masuk gear 5pastu tekan minyak ok jalan baik punye tapi bile kita lpas je pedal minyak tuh die tendang ke free..,
ape masalah die n nak wat cam ne??
minta tolong..
Periksa clutch pump,jika pecah atau bocor gearbox tidak akan berfungsi.
Masalah tu memang masalah gearbox,ada sesetengah w/syop boleh repair rosak gearbox tersebut
Saya ada soalan. saya pakai kereta Kancil AUTO enjin L6 EFRL Single Cam. Kereta salin enjin dalam bulan 9 2012. Sebelum ni pakai OK. Masalah kereta saya baru jadi dalam minggu lepas. Mula2 dengar bunyi bising macam bunyi belting kendur tiap kali start jalan gear 1. Sekarang bunyi tu dah hilang tapi datang pulak masalah gear. Bila masuk D, starting jalan nak masuk ke Gear 2, kadang2 sampai RPM 6k baru masuk gear 2 dan sentap kuat. Keadaan ni hanya jadi kalau bawak rilek2 contoh atas federal highway tgh jam. Kalau saya henjut lantai, gear masuk elok (mungkin sebab rpm dah tinggi). Masalah hanya jadi untuk starting dari Gear 1 ke Gear 2 sahaja. Gear 2 ke 3 and ke 4 takde masalah saya rasa.
Apa masalah nya? adakah GB saya dah out? and kalau GB rosak, berbaloi baiki atau cari kat Halfcut GB lain (macam mana nak tau GB tu elok ke tak kalau amik kat halfcut)
TQ and sorry kalau panjang sangat
Saya pakai Kia Spectra 1.6 Auto, 2003.
Saya baru ganti minyak gearbox. selepas sebulan, meter speed dah tak bergerak. Kemudian bila saya masuk gear D, kereta boleh berjalan, tapi tak shift ke giar lain. Gear R o.k. Lampu OD dah tak menyala....Apa masaalahnya tuan?. Kalau repair berapa kos?. Terima kasih banyak2.
Saya pakai honda civic auto 1.6 efi 1996.
Masalah:
* Gearbox auto terlalu susah nak masuk ke gear reverse.Kadang2 hingga saya kena tunggu enjin panas dalam 15-20min baru bleh masuk.
* Juga pertukan gear D3 ke D4 tidak lancar, seperti lembab. kelajuan jadi mcm drop jap.Susah nak terangkan...maaf.
Memang sebelum ni saya ada buat pertukaran minyak auto..dan agak kerap.tapi masalah tetap wujud. Cuma sparepart yang berkaitan dgn minyak gear auto saya x pernah tukar cuma tukar minyak sahaja.
So, adakah gearbox auto saya dah mmg rosak? perlu diganti?
Atau ada cara lain yang dapat jimatkan sikit kos agar masalah ini dapat selesai..
Terima kasih..harap dapat jelaskan
saya betul2 pening masalah crv model 2002 saya ni...
saya pernah post saudara pasal top overhaul dulu...
sebab kedegilan saya duk biarkan tak buat top overhaul & juz service biasa, bulan 11 yang lepas crv saya tiba overheat lepas tu tak boleh jalan sekitar putrajaya...
kena towing la...
mula2 hantar kat honda specialist(bengkel melayu)kat ampang katanya kena tukar enjin sebab tak boleh diselamatkan...
saya tak berani nak tukar enjin sebab kereta masih ade harga tuk dijual,satu lagi bengkel tu taknak bagi jaminan pasal surat kastam & proses2 yang lain.
lantas saya hantar towing lagi la ke honda service glenmarie...
masa ni saya rasa dekad lah walaupun saya tahu mahal...
last2 lepas sebulan crv siap service...
kosnya dekat 11k...
banyak benda yang kena tukar...
kira2 hati dah lega walaupun pedih pasal kos service yang mahal...
tapi...
baru2 ni lepas 2 3 hari saya ambil kat pusat servis,saya ade nampak blinking bila tukar ke gear 'D'...
bila drive macam lost power...
saya hantar honda service glenmarie balik...
bila diorang check betul2...
diorang kata gearbox rosak!
Ya Allah,baru habis 11k dah kena masalah baru...
saya bawak balik...
ingat nak cari gearbox halfcut tapi faham2 la duit dah keluar sampai 11k...
tadi masa saya drive kat gear 'D' dah takde lampu tapi 'P' 'N' ade macam biasa...
masalah ape lagi ni...
soalan saya...
sejauh mane betul dakwaaan honda service yang gearbox tu rosak & kena tukar?
selamat tak saya drive dengan keadaaan gearbox yang rosak ni?
apa akibatnya yelah takut kacau enjin yang baru top overhaul kan?
selain tukar takde jalan lain ke contohnya service?
berapa harga kos halfcut gearbox & upah pasang?
berapa lama boleh bertahan jika saya tukar gearbox halfcut tu?
saya rasa nak jual crv ni walaupun sayang sangat tapi kena pastikan ok before cari buyer...
maaf panjang sangat sebab saya betul2 buntu & stress pasal hal ni...
ru61@PggrnUsj
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,