Penggunaan spanar torque dalam top overhaul enjin kereta
Torque wrench adalah alat yang digunakan untuk mengetatkan dan menguncikan bolt dan nut atau skru mengikut tahap dan kadar yang sesuai untuk sebuah komponen enjin kereta.
Pada kebiasaannya semua skru,bolt dan nut dikunci dan diketatkan menggunakan kaedah spanar biasa yang berbunga dan bergerigi samada bulat atau bunga.Manakala skru yang pipih pada permukaannya dikunci menggunakan spanar philips biasa.
Penggunaan spanar torque dalam top overhaul adalah untuk mempastikan semua bolt dan nut pada kebuk silinder(cylinder head) dikunci dan diketatkan pada kadar sama dan seimbang untuk semua skru tersebut. kaedah pengetatan adalah sama iaitu mengikut arah jam cuma yang berbeza ialah kadar yang ditetapkan untuk pengetatan tersebut.
Corak penguncian pula berbentuk zic zac.
Spanar torque berbentuk spanar yang biasa, bezanya ia mempunyai tolok penanda ukuran pada batang pemegang yang boleh diselaraskan mengikut kesesuaian suatu penguncian.Kadar pengetatan skru pada top overhaul adalah sekitar 45-55 micrometer untuk kebuk silinder pada kebanyakan kereta.
Terdapat kira-kira 2 jenis torque wrench yang biasa digunakan iaitu torque wrench manual dan digital.Jenis digital amat mudah digunakan hanya dengan menekan nombor pada batang torque wrench ,ia telah ditetapkan pada kadar tertentu secara digital.
Di Malaysia penggunaan spanar torque tidak begitu meluas sehinggakan banyak kecuaian yang terdapat pada pengusaha bengkel kereta yang menyebabkan kereta terdapat sedikit kebocoran setiap kali melakukan top overhaul.
Pengetatan bolt dan nut secara manual tidak berdaya menyeimbangkan kedudukan skru kebuk silinder seterusnya menekan gasket silinder secara rata atas permukaan blok dan mennyebabkan kebocoran kecil yang tidak ketara.
Tidak ketara bermaksud selepas top overhaul bocor minyak yang disedut ke permukaan silinder akan kelihatan meleleh sedikit demi sedikit antara celahan blok dan silinder selepas 2 atau 3 bulan pemanduan .
Pengguna kereta tidak perlu khuatir ,apa yang mereka perlukan ialah membawa ke bengkel dimana dilakukan top overhaul untuk skru diketatkan semula.Selepas melalui pengetatan menggunakan spanar torque masalah ini akan dapat diselesaikan.
Comments
klau 12mm,14mm,16mm nak adjust berapa.. kalau ada snarai bagilah cikgu.. tq..
nut 14 biasa dipakai pada silinder head dan torque wrench diadjust pada 45-55 micrometer dan yang lebih besar saiznya bertambah 5 micrometer dan berkurang 5 micrometer juga untu saiz kurang dari 14.
Good article. I am facing some of these issues as well..
viva dan myvi masing2 berapa yek?
crankshaft main bearing dan conrod bearing masing masing berapa tork .?? tq.
head?
conrod?
main bearing?
Berapa tw utk ikat :
1) Main cap (crankshaft)
2) Conrod
3) Head-block
Utk kereta satria neo R3 (CPS) harap sudi bantu
Soklan sy ada 3 tu
Jd ketiga2 tu ikat dlm 35-45 lb.ft ke? Kalo saiz bolt conrod tu dlm 10mm je x kan nak ikat 35 ft.lbs (40+ Nm) x putus/loose ke bolt tu?
mesti akan bengkok
mesti akan bengkok
berapa torque yang paling standard untuk head kancil 850 ??
main bearing crankshaft dan conrod bearing pula berapa torque yang paling standard sekiranya saya pakai torque wrench untuk mengikat bolt nut nya ?? tq.
Lmst.. Brpa ikatan nya sama connecting rod bearng
850 : 20ft.lb
Skru sama je kan saiz 14mm
Mohon pencerahan. Kekeliruan saya..
1.torqe head waja 1.6 mitshubihi 4g18 saiz 8 star.(gasket metal)
2.roker cover
3.crankshaft nat (main bearing)
4.piston (con-rod)
5.trima ksh sifu.
1.ketatkan bermula dari 30lb,ft sehingga 55lb.ft sudah memadai
2.kunci tangan saja atau kira2 30 lb,ft
3.sama 30 lb.ft atau kurang
4.30 lb.ft atau kurang
5.sama,sama
1.torqe head myvi 1.3 (2010).(gasket karbon)
2.roker cover
3.crankshaft nat (main bearing)
4.piston (con-rod)
5.trima ksh sifu.
1.gunakan sekitar 37 hingga 40 lb.ft
2.21-25 lb.ft
3.40 lb.ft
4.21-25 lb.ft
5.sama2
1.torqe head kelisa turbo gasket matel
2.roker camshaft cover
3.crankshaft main bearing
4.piston con rod
Tqvm
2.21-25 lb.ft
3.40 lb.ft
4.21-25 lb.ft
Crankshaft main bering brapa lbs?
Conrod bering brapa lbs?
Tqvm
1.Skru Main Bearing size 12mm nak kunci brpa lb yaa
2.Skru con rod bearing size 10mm brapa lb
3.Skru crankshaft satria neo
4.Skru head carbon gasket brapa lb
Semua soalan kt ats tu utk kereta Satria neo
1,dari 40-55 lb.ft
2,sehingga 37 lb.ft
3,sehingga 37 lb.ft
4,sehingga 75 lb.ft
conrod sehingga 75 lb.ft
kalau head kenari nak ikat berapa kuat dan apa saiz head nut allenkey tu ya.
head nut allenkey tu saiz apa ye
kalau utk lori Daihatsu V57 ukuran torque bg bolt selinder headnya brp Ib.
terima kasih
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,