Ini bukan untuk curi kereta
Pada ketika kita sibuk dengan aktiviti-aktiviti seharian ada kalanya kita lupa dan tertinggal kunci kereta di dalam kereta.
Kecuaian ini sering terjadi dan menjadikan satu masalah yang rumit bila memikirkan bagaimana hendak mengambil kunci kereta sedangkan pintu telah terkunci dari dalam samada secara automatik mahupun manual.
Memecahkan tingkap kereta sebagai satu penyelesaian akan melibatkan kos yang tinggi bila menggantikannya semula oleh itu suatu kaedah atau cara mungkin menjadi satu penyelesaian yang paling hebat pada waktu itu.
Perhatikan 6 gambarajah dibawah yang mungkin bisa membantu diwaktu tersebut.Apa yang diperlukan hanyalah sebatang dawai panjang berukuran 1 meter yang agak keras dan tebal dan sesuai untuk dimasukan ke ruang cermin tingkap kereta.
Dawai sedemikian boleh didapati dari penyangkut baju (berdawai) yang senang diubahsuai menjadi alat untuk membuka kunci pintu dari luar.
DIY membuka pintu kereta jika tertingal kunci di dalam kereta boleh dilakukan.Tindakan pantas diperlukan bila alarm kereta berbunyi.Jika dilakukan dengan cara dan alat yang diubahsuai tadi dengan betul pintu dapat dibuka dalam masa 5 minit sahaja.Matikan alarm denan kunci setelah pintu dibuka.
Melekapkan 2 tapak tangan ke cermin tingkap kereta dan menolaknya ke bawah dengan tekanan juga membantu menurunkan tingkap kereta.
DI SINI
DI SINI
Semuga apa yang dipaparkan ini dapat memberikan sedikit pengetahuan untuk digunakan bila berlaku kecemasan,juga diharap jangan disalahgunakan.
Comments
jika dipasang panel cara untuk membuka pintu masih sama tetapi pendekatan yang berbeza
nak jimatkan minyak kereta x ? cuba ni ..
Belum ada lagi.Boleh jimat minyak ke ni?
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,