Tie rod end

Tie rod end dan steering rack adalah dua komponen roda yang mempunyai bebola yang berupaya bergerak dan mengikut arahan membelok ke kiri dan ke kanan.Tie rod end bertindak kebanyakannya sebagai pemegang kepada banyak komponen roda seperti pada lower arm dan u stand.
 Tie rod end adalah komponen yang boleh dicabut dan digantikan seperti pada lower arm sebahagian jenama kereta.Komponen ini juga amat penting penggunaannya dalam mengekalkan kedudukan roda pada tempatnya dan juga mengekalkan keupayaan stabil pembelokan kiri dan kanan.








Di dalam u stand tie rod end bertindak sebagai pemegang absorber supaya absorber tidak berpusing terus dan berada pada kedukan tetap yang sepatutnya ketika membelok dan memusing roda pada darjah penghabisan.
 Penggunaan tie rod end amat luas bukan saja dari segi konsepnya yang berbekalkan penggunaan bebola malah tie rod end juga bertindak memegang kukuh komponen lain seperti lower arm dan absorber. Jika anda mengalami masalah seperti terlalu longgar semasa membelok dan juga berbunyi goyang yang tidak kukuh pastikan tie rod end di periksa.
Akantetapi jika stereng lebih gemar membelok sendiri pastikan steering rack ditukar dengan yang baru. Bunyi yang dihasilkan apabila tie rod dan bush haus pada lower arm juga akan menyebabkan terasa kelonggaran pada belokan ataupun juga pada jalan rata.

Comments

Anonymous said…
Saya sudah ganti steering rack satu set termasuk tie rod end kiri kanan buat pertama kali sejak 14 guna kancil, masalah lain adalah apabila kereta berhenti dan tak hidup, steering kancil ada goyang sikit, saya dapati mcm steering shaft yang kat tengah yang menyambung dgn steering rack yang kat bawah tumcm ada longgar, adakah disebabkan gigi pada steering shaft sudah haus?apabila saya goyang sikit, tayar tak gerak tapi cuma penyambung dgn steering rack yang bawah pedal brek tu goyang mcm gigi haus je
Mekanik Kereta said…
saudara yang bertanya,

Ada baiknya saudara bawa semula kebengkel untuk periksa kerana stereng rack mempunyai 4 skru pada bhandle untuk diketatkan dan perlu dimasukan kedalam rumahnya secara elok dan tidak terkeluar walaupun sedikit.

Jika terkeluar dari rumahnya dan skru tidak dikunci baik akan menyebabkan ia goyanng,bawa semula kemekanik untuk diperiksa.
yusof said…
assalamualaikum..baru baru ni saya beli kereta secondhand jenis saga blm..stereng kereta baoleh ditekan dan apabila membelok kiri atau kanan terasa macam stereng terkeluar dan terasa goyang..dah bawa pegi jumpa pomen ..pomen cakap stereng rack bawah rosak sebab dah haus ..berapa kos pembaikan dan sparepart tersebut..takut tukar baranglain yg rosak..
Mekanik Kereta said…
@yusofstereng rack dikuatkan oleh rod dan ball joint,jika semua sekali kosnya sekitar rm400.Insyallah ok bila tukar.
Unknown said…
Assalam,saya nk tanya kereta saya ade problem bila pusing stereng,terutamanya masa nak park ada keluar bunyi 'tek' mcm bunyi dekat area absober.kalau masa kereta brgerak xbunyi.selalunya masa nk park,bila stereng dipusing sampi satu tahap ada bunyi'tek' apa kmungkinan masalah nye ye??thanks..
Mekanik Kereta said…
@abu bakarw/salam,cuba periksa absorber bearing kalau sebelah mati pon jadi bunyi macam tu.
Unknown said…
Kereta jenis wira sedan 1.3 tahun 2001.
Spec kereta:
Tayar 205/45 R16
Absorber depan APM+spring sport
Absorber belakang SACHS + spring standard wira

AsSalam En Arsad,

Saya mempunyai masalah dimana selepas menukar alat gantian spt absorber depan, absorber mounting, clutch, drive shaft boot, tie rod end, lower arm, bush-bush berkaitan, mounting enjin.
Selepas dibuat beberapa kali alignment (adjust chamber + caster dan dll lebih kurang 8x dalam tempoh 6 bln) keadaan alignment kereta saya sangat-sangat teruk. Keadaan pemanduan seperti kaku didalam kereta. Kereta bergerak seolah-olah berada diatas air, kereta bergerak kekiri dan kekanan walaupun saya memegang stereng dengan tegak dan kuat, sewaktu selekoh keadaan kereta seperti berbuai…. Kadang-kadang steereng tertarik kearah saya membelok dan kadang kala pada arah berlawanan sebaik sahaja ketika hendak meluruskan semula steering kereta. Terjadi juga keadaan dimana dengan tiba-tiba stereng seperti tertarik mengejut. Keadaan pemanduan saya sekarang seperti kereta tiada alignment dan tidak boleh dikawal
Sewaktu memulas steereng untuk membelok atau U turn, steering tidak membalas semula pada keadaan normal yang mana saya terpaksa memusingkan sendiri (steering tidak membalas spt biasa). Keadaan ketika memusingkan steering jugak agak lain dimana ia terasa seperti kosong. Pusing kekiri dan ia akan terus terpusing kekiri dan begitu juga kalau sebaliknya.
Sewaktu melanggar bumper, kedengaran seperti tayar terkepak. Sewaktu brek terdengar bunyi berdentum pada bahagian hadapan seakan ada bahagian yg tidak kemas. Ada ketika ketika membelok terdengar bunyi “ketak” sekali shj.
Sebelum ini kedaan alignment saya sangat cantik. Walaupun hanya kereta standard tetapi sewaktu selekoh memang tiada masalah.
Boleh tak saudara jelaskan berdasarkan pengalaman saudara, apakah kemunkinan masalah kereta saya dan berikan sedikit advice dan tip. Ini kerana beberapa kedai alignment yg saya pergi tidak dapat menyelesaikan masalah saya. Atau boleh advice kedai alignment atau bengkel utk saya cuba check semula. Kejadiaan pertama sejak 15 tahun saya menggunakan kereta ini.

Matlan
danishdanial69@gmail.com
Mekanik Kereta said…
@matlan danialw/salam,masalah saudara bukan masalah alignment lagi,apa yang saudara perlu tukar ialah steering rack.Steering rack tersebut telah ketat dan mungkin ada bocor.
Unknown said…
Terima kasih byk² atas respon en Arsad. Kerosakan sebenar kereta saya adalah alat² ganti tiruan. Pd mulanya agak susah untuk dipastikan tapi apabila pada tahap yg teruk baru dpat diketahui. Sy telah menukar semula mounting absorber dan juga lower arm. Alhamdulillah...kereta sy sudah OK. Pengalaman berguna utk saya dan pengguna lain. Jgn kompromi dgn alat gantian
Dil said…
Assalammualaikum ....sya nk bertya....sya menggunakan saga flx 1.3 auto 3thn...masalah sya apabila sya menekan pedal myk dan membelok ke kiri terdapat bunyi seperti getaran di bhg tayar depan kiri.....ia tidak berlaku kerap...pemanduan di jalan lurus tidak bermasalah dan steering tidak longgar dan tidak berpusing2 kearah kanan or kiri....mhn pencerahan.....
Mekanik Kereta said…
@MOHAMMAD FADHILwslm,bering kereta ada goyang sikit,bila belok beban bertambah enjin turun kuasa jadi bahagian roda seperti bering akan cepat bunyi jika ada longgar atau dah rosak
Unknown said…
kerete honda sv4 , adjustable absober....
msalah sye...ketika langar lubang atau lopak2 kecil, terase gegaran pade streng , dan bunyi gegaran gerrrr...gerrr... harap tuan fhm ape yg saye mksud kn gegaran trsbut mcm mne.. maslh lain.. semase nk mula kn perjalana sbg cth, samase d trfik light , dah hijau.. tkan minyak.. ade bunyi semacam engsel karat... eekk...eekkk.. ape part yg sye prlu tukar tq
29/10/15
Mekanik Kereta said…
@abqari akilPeriksa disc dan rumah bering ,biasanya memang ada karat untuk keeta honda sv4 sahaja,gegaran juga terjadi sebab bush cross member ada yang pecah
zack93 said…
assalamualaikum tuan,,sy pkai proton saga lame,,seperti yang tuan post d atas,,tentang tie rod,,kereta sy ad bunyi "duk²" ..pulas steering kanan dan kiri ad bunyi,, atas jalan klau ad jalan x elok pn ad bnyi y sama jgak,, sy nak tanya ap mslah kereta tu,dan berapa kos baik pulih
Mekanik Kereta said…
@zack93wslm,perlu tukar kedua2 tie rod end ,kosnya sekitar rm200
Unknown said…
salam..sy persona 2008.. apa masalah ye.bila jln belok sebelah kiri je..ade bunyi mcm jln atas line kuning. sbb ape ye. lagi 1. sy dah buat aligtment sume dah. tapi kreta lari belah kiri jgak. sbb ape ye..tolong la sy..sy area shah alam. klau boleh sy nk buat kt bgkel yg boleh prcaye
Mekanik Kereta said…
@shah adanwslm,belok kiri berbunyi tanda drive shaft luar yang dah haus/rosak.Tukar steering rod sekali sebab dah lembut dan sebabkan alignment tak dapat ditentukan dengan baik.
Ikmal Izam said…
Salam tuan, saga blm saya selepas melalui bendul/bumper atau lubang, akan lari ke sebelah kiri bersama steering. Memandu di hiway juga selalu lari ke sebelah kiri, dan kena pgg steering utk kekalkan jalan yg lurus. Sudah beberapa kali buat alignmnt & balncing tpi hasilnya tetap sama. Mohon pertolongn tuan. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,saudara ikmal izam perlu tukar stereng rod dan tie rod end sebelah kiri
Ikmal Izam said…
Terima kasih tuan. Boleh saya tau berapa anggaran cost keseluruhan? Perlukah menekuar kedua2 belah tie rod atau sblah sahaja? Sy tanya pada seorg uncle workshop, katanya mungkin di sebabkn oleh lower arm. Mohon pertolongn tuan
Terima kasih ☺
Mekanik Kereta said…
dihujung lower arm itu terdapat ball joint yang boleh ditukar,itu juga biasanya adalah penyebab roda beralih ke kiri bila ball joint tersebut dah lembut.
Unknown said…
Assalamualaikum...saya nk tanya..tadi saya semasa saya memandu kereta kenari saya tiba2 sahaja ada bunyi seperti pasir pada bahagian tayar dan selepas oru saya dapati stering kereta saya susah untuk dipusing ke kanan...agak 2 nya apa masalahnya dan berapakah anggaran kos pembaikan bahagian tersebut..tolong ye
Mekanik Kereta said…
wslm,itu saya rasa drive shaft luar roda kanan dah sangat lusuh dan perlu diganti,kosnya sekitar rm350
Unknown said…
Ok terima kasih Tuan
Unknown said…
Baru saya perasan rupa2 nya stering kereta amat susah diputar kekiri mahupun kekanan...maknanya lagi double la saya punya kos...
Unknown said…
Salam.. Tuan, masalah kereta sy ketika memandu di jalan lurus, steering akan terasa spt lari ke kanan dan ke kiri, walaupun steering dipegang kemas. Dan lg satu, ketika brek, kereta akan lari ke kiri. Mohon pertolongan tuan. Terima kasih :)
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu tukar ball joint dan tie rod end
Unknown said…
Salam..tuan,kenapa steering kereta sy tidak berpusing balik ketengah selepas mengambil selekoh L..kiri n kanan sama jek..sy baru lepas tukar tie rod end kiri n kanan dan satu lagi masalah,ada bunyi mcm geseran pada bahagian tayar hadapan ianye akn kedengaran semasa kereta hendak berhenti atau slow..ape masalahnye ea?tolong tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,steering rack dah keras perlu ganti sebatang,buat alignment supaya gesel tak berlaku
Unknown said…
Terima kasih atas maklumat y berguna nie...
urut said…
As salam, saya pengguna kereta saga fl 1.3 manual...di sini saya inginkan kepastian mengenai tentang alignment dan balancing...baru-baru ini saya ada menukar tayar baru, 2 tayar baru dihadapan tanpa buat balancing, cuma buat alignment shj.tidak lama selepas itu menukar 2 tayar dibelakang (ada buat balancing 2 tayar blakang shj dan buat alignment). tidak lama beberapa bulan saya membawa kereta ke bengkel untuk buat balancing 4 tayar depan dan belakang tanpa membuat alignment.ok di sini saya mohon kepastian sama ada benar atau salah saya buat balancing 4 tayar tanpa membuat alignment adakah ini salah dr prosedur dan adakah akan mengundang permasalahan yg lain? jd saya mohon untuk dapatkan ilmu dan manfaat di sini sekian terima kasih....
Mekanik Kereta said…
wslm,Perlu diketahui alignment dan balancing adalah 2 benda yang berbeza,alignment akan membuat perubahan pada mekanikal kereta manakala balancing pula membuat perubahan pada kestabilan pada rim.Jadi jika balancing dibuat tanpa alignment ia tidak akan merubah apa2 kerana tayar stabil dan mekanikal alignment saja yang tidak jika ia tidak diubah.
Alignment diselaraskan pada steering rod manakala balancing seketul besi kecil akan dilekatkan ke rim untuk menstabilkannya
Unknown said…
Kereta sye wira tahun 94..spring sport..
Unknown said…
Assalam..sye menggunakan kereta wira 94..sye dh tukar lower arm hmpir 6 bln tetapi dh 6 kli sye aligment dan kereta sye rse mcm melayang bila laju..kedai aligment semua cakap lower arm sye problem..pas2 kadang2 de bunye ktakkk ktakk bila nak gerak dan bile mengundur rse mse pegang steering..absorber dh tukar..abosorber mounting dh tukar..bley bg pendapat tak
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar bering roda,saya rasa bering roda terdapat salah satunya berat/ketat dan menyebabkan roda tak berpusing sekata dan melayang bila laju,bunyi juga mudah hadir jika bering kurang baik
Unknown said…
Kalu tayar belakng x rata ade efect x..sbb bru prasan yg tayar blkang tinggi rndh sebiji..
Mekanik Kereta said…
memang ada!kereta terasa berat dan bergoyang
rie said…
Assalam...Kereta sy wira se 1.5 kalau berhenti stering ade rase free sedikit..bila memandu di jalan tidak rata stering akan merase mengikut alunan jalan xrata.. ke kiri dan ke kanan walaupon stering d pgg kemas..adakah berpunca dari stering rack?
Mekanik Kereta said…
wslm,steering rack termasuk rack end seperti tie rod dan steering rod
Unknown said…
Slm..kete vios tahun 2012 sy ade masalah bila belok ade bunyi "kuk"sy ade cek dngan pomen....dia bgtau steering rack...brapa kos utk tukar steering rack vios?...adekah merbahaya kn klu Sy belum tukar...sbb xcukup bajet lg...t.kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,kos kira2 rm500 tidak bahaya,kurangkan pusing steering sehingga habis ketika membelok
Unknown said…
Tuan klu steering rack recond dr ketahanan terjamin x?atau kena tukar baru original?tq
Mekanik Kereta said…
tahap ketahanan recond maksima 2 tahun berbanding original yang lebih lama dan amat sesuai dari spesifikasi
Unknown said…
salam tuan..kete waja 2007..steering terasa ringan bila hight speed?knp yer..kdg2 stering ikut permukaan jln..kiri kanan..tq
Mekanik Kereta said…
wslm,stereng rack dah lembut sangat
Unknown said…
ape jln penyelesaian die tuan?tukar steering rack baru ke?
Mekanik Kereta said…
dapatkan stereng rack baru!
mohammad saleh said…
Assalamualaikom tuan... Jenis kereta sy vios 2006. Bru 2 minggu pakai.. Sy ingin tnya..bila sy paud habis steering kereta.. Steering tak balis balik.. Perlu sy balas sedikit steering baru streering akan bertidak balas.. Adakah ini normal atau ada masalah..
Mekanik Kereta said…
wslm,ada tie rod end yang terlalu lembut pada kiri atau kanan jadi ia tidak sytabil dan membebankan stereng untuk balas semula
mohammad saleh said…
Adakah perlu menukat tie rod yg baru? Lokasi bengkel tuan dimana?
Unknown said…
Assalamualaikum, sya ad msalah kancil, stereng dia dpt pusing habis, sblum ni x pun, apa msalah nya ? Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,buat alignment,periksa rod dan rack
Mekanik Kereta said…
perlu tkar
Unknown said…
Assalam...vios 2005. Rotor baru ganti. Brek pad masih tebal. Caliper baru ganti. Klip brek pad baru ganti...masalah lama adalah bila kereta undur akan mengeluarkan bunyi "tek" dan "singgg". Bila beberapa part seperti di atas di tukar, bunyi dah hilang tetapi bila bergerak dan pada permulaan tekan brek akan keluar bunyi "tek"...bunyi ini kadang2 akan terjadi. Terima kasih.
ismael said…
Salam en..saya ada permasalahan seperti berikut..drive shaft sy sudah rosak..saya telah tukar kepada yg baru jenama GSP..tetapi selepas menukar drive shaft baru..diatas kelajuan 100km/j tayar seperti bgegar dan bunyi tayar yg kuat dpt dgr dalam kereta..tp pd kelajuan bwh 100 km/j tiada masalah..untuk maklumat encik..sebelum menukar drive shaft tiada masalah gegaran truk seperti ini..hanya bunyi bila pusing ke kanan dan kiri..baru 2hari tempoh pnukaran..boleh selesaikan masalah saya ini..terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu rujuk semula ke mekanik aal kerana gegar biasa jadi jika keadaan pemasangan kurang kemas
Mekanik Kereta said…
wslm,klip brek pad baru mungkin bergesel sedit pada housing!
Unknown said…
Sy baru tukar tayar dan membuat balancing dan juga alignment sekali.. pomen recomen tukar screw chember.. selepas 8 jam keluar dari kedai tayar.. terdpt bunyi bila pusing steering ke kiri dan kanan.. dan keadaan kereta senget seblah kanan.. kereta baru 2 tahun.. 24k kilo meter..
Mekanik Kereta said…
perlukan semula alignment dan balancing,pindah kewsyop lain yang menggunakan sepenuhnya alat2 berkomputer
saye said…
assalam...kerete sye honda city...time drive trase ke kiri kanan...baru lepas alignment.time drive kalau ade kereta potong or selisih trase ke tepi..mohon pncerahan...t.kaseh tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,alignment tak cantik,pergi ke wsyop lain pula
Unknown said…
Salam Tuan. saya beru tukar steering rack dan absorber depan kereta kancil. selepas tukar sayaterus buat alignment. masalahnya bila pandu laju, kereta jadi tidak stabil dan mudah ke kiri dan kanan (terhuyung hayang). masalah apa tu tuan? tq
Mekanik Kereta said…
wslm,ada wsyop yang kurang pandai buat alignment,ini biasa,saudara perlu kekedai lain untuk baikinya semula,cari kedai yang cukup kelengkapan cengkaman alignment pada roda dan dapat menganalisa chamber roda
Unknown said…
Slm tuan...sy nk kpastian...kreta sy bila klajuan bawah 90 xda gegaran...akan ttpi bila klajuan memncecah 100 dan ke atas..terasa body kreta yg bgegar...smakin laju..smkin kuat gegar pada body...tp stering x bgegar..alignmnt blncing smua dh buat..bush dh tukar baru smua bhgian blakang...mohon pncerahan
Mekanik Kereta said…
wslm,keadaan tayar yang tak rata saja akan menyebabkan gegaran begitu dibelakang mahupun dengan bahagian depan
Unknown said…
Salam tuan..kereta sy mengalami gegaran dibahagian depan sehingga dashboard terasa bergegar mcm gempa bumi, gegaran berlaku waktu tekan pedal minyak jika kelajuan 100km/j keatas. Jika kelajuan 80km/j apabila tekan pedal minyak tidak terasa bergegar akan tetapi apabila meter mencecah 100kmj, akan terasa bergeagar.
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar mounting enjin dan mounting gearbox
zakie zikrie said…
Salam Tuan... Civic FD baru tukar tie rod end..bile steering pysing ke knan... pusingan rse x habis... bile u turn mmg x lepas.. sblah kiri ok...ap masalhnye tian
Mekanik Kereta said…
wslm,buat alignment
Unknown said…
Salam tuan...nak tanya..kereta saya apabila pusing stering ke kiri dan ke kanan semasa membelok dlm kelajuan 20kmh-30kmh seperti ada bunyi besi terlepas..apa masalah ya tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,ball joint lower arm terlalu lembut,perlu diperiksa teliti
Unknown said…
adakah slmat bile rack end dah mule bunyi tak3x?
Mekanik Kereta said…
masih selamat tapi sebaiknya ditukar segera jangan sampai ianya tercabut
jahajiman said…
salam. saya pakai wira 2003. nak tanya kalau steering bunyi 'krek krek' bila pusing steering wheel walaupun ketika engine off..sebab ape ye? joint problem ke rack yg problem?
Mekanik Kereta said…
wslm,ini adalah stereng rack yang problem
jahajiman said…
boleh repair ke? kalau tukar baru berapa ye?
Mekanik Kereta said…
lebih baik tukar,kos repair hampir sama malah berdepan dengan risiko rosak atau bocor semula,tukar recond pun ok kos kira2 rm250
Unknown said…
salam tuan
nak tnya kereta honda accord bawak slow bunyi tekk tekk mcm dr tayar apa masalah bush ke
Unknown said…
honda accord bila bawak bunyi tekk tekk kat tayar masalah bush ke tuan
Mekanik Kereta said…
wslm,sebelum itu periksa tayar dulu jika ada melekat pada tayar.Kemudian baru periksa drum yang mungkin habis brek shoe
Mekanik Kereta said…
wslm,bila ringan sebelah ia benar masalah stereng rack,kosnya sekitar rm400
Unknown said…
Salam Mk, baru2 sy tukar stereng rack dgn bush arm siap aligment, kete kancil. Stereng jd ketat. Bila belok kiri atau kanan. Stereng x balas balik utk tegak semula.. apa problem ye?
Mekanik Kereta said…
wslm,stereng rack tersebut tidak ok,perlu jumpa semula mekanik yang buat,gerigi stereng yang keras mempengaruhi stereng untuk bergerak
Anonymous said…
Assalamualaikum tuan..saya nak tanya tntang msalah kereta saya(persona09)..bila saya pusing habis stering ke kanan dalam keadaan baru mula bergerak ada buñyi pelik(bunyi mcm berdesing-crreeettttttt!)..bunyi ni jugak kuar time dekat bump time kelajuan slow...bunyi sgt2 bsing smpai org keliling tgok...tolong saya tuan..ap mslah kereta saya..tkut kena tpu ngn bgkel
Mekanik Kereta said…
wslm,belting dan bering pulley luar alternator,power stereng perlu diperiksa sebaiknya tukar belting luar terutamanya belting power stereng
ANAK MERDEKA said…
salam tuan, nak tanya.saya pakai keta myvii se 1.3 tahun 2011 auto.masalah saya berkenaan tayar depan..rim saya pakai rim mini cooper size 17"...masalah saya adalah bila kita sedang memandu jika ada jalan tidak rata atau berada diatas line putih diatas jalanraya kereta seolah-olah ditarik ke tepi.kalau jalan rendah disebelah kiri kereta akan spt ditarik ke kiri begitu sebaliknya..saya dh tukar lower arm one set kiri dan kanan baru sebulan.dah alinement tp lagi teruk jadinye..kena pegang streng dengan kuat..apa masalah tu tuan..terima kasih
PAP said…
assalamualaikum, saya pemilik kereta saga flx 1.3 auto...bila belok kiri akan ada bunyi macam besi bergegar, apa punca masalah ni ye? apa nak kena tukar ye selalunya kalau mcm ni...drive shaft ke lower arm ke bearing ke? tny dulu bro sng nnt nk g bengkel ..takde kena tipu..hehe
Mekanik Kereta said…
wslm,drive shaft kiri perlu diganti
Mekanik Kereta said…
wslm,bering roda sebelah kiri perlu ditukar kerana terdapat sedikit ketat disitu
tisya said…
salam encik, sy nk tnye..sy pakai axia dah 9 bulan, baru2 ni sy rase mcm dgr bunyi ketika lalu di bonggol iaitu masa turun bonggol bunyi seperti spring...bunyi tersebut dengar bila dlm keadaan senyap x on radio...adakah bunyi itu normal atau ade sebarang masalah?
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu periksa kedudukan spring,ianya bukan masalah cuma jika kedudukan tidak cantik ia akan berbunyi yang kurang menyenangkan
Unknown said…
Salam tuan saya ada masalah stearing lari sebelah kanan apabila saya menekan minyk..ble xtekan elok je aligment dia..ble tekan je myk.kereta menjurus ke arah kanan dan nampak time tekan myk stearing mengedik sebelah kanan..apa masalahnye tuan?satu lg brek..ble brek kereta lari sebelah kanan n kiri..model honda civic ef lama
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah biasa pada honda civic lama iaitu masalah stereng rack,perlu tukar sebatang hujung ke hujung insyallah ok
Unknown said…
Salam tuan.. Sy menggunakan toyota wish 05 auto. Terdapat bunyi (geduk-geduk) di bahagian depan kanan kereta semasa jalan tidak rata walaupun dalam kelajuan yg amat rendah. Kebiasaannya waktu pagi semasa enjin masih sejuk, bunyi seperti itu tiada tetapi akan berbunyi setelah beberapa minit pemanduan. Saya telah menukar mounting absorber, absorber link dan tie rod kerana ada kesan koyak dan longgar tetapi masih berbunyi.. Bunyi yg sama terhasil ketika gear kedudukan D dlm keadaan brek ( rpm 800 ). Tiada gegaran pd dashboard. Harap tuan dpt respon
Mekanik Kereta said…
wslm perlu ganti keseluruhan lower arm sebelah kanan
Kambing gurun said…
Assalam. Sy ad masalah dgn kancil sy tetika membelok. Klau time corner ke Kiri kereta akan membelok kekiri dgn kuat sedara mngejut. Dan bila ke kanan pun sama cuma xteruk. Time corner tu sikit je psing steering steering pun sikit je. Mula2 ok ikut line pastu tiba2 kereta kekiri dgn byk smpai msuk line sebelah. Boleh sy tau ap puncak dia. Trina kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,buat alignment dan balancing,minta mekanik periksa juga mana2 tie rod end dan ball joint yang telah lembut
Kambing gurun said…
Terima kasih atas response. Sye da alignment n balancing.tpi still sama. Adakah drive shaft rosak atau tie rod end?
Mekanik Kereta said…
stereng rod perlu diganti dihujungnya ada tie rod end jika ia lembut sangat ia mudah tertarik ke kiri atau kanan
saye said…
assalam tuan...sebelum ni sye ade tukar lower arm, stabilizer link, absorber, absorber mounting tapi masih ade bunyi hentakan dan bergegar ketika langgar lopak atau bonggol..rse mcm bergegar bahagian tayar..mintak penjelasan bang..tq..abg mmg terbaikkkk..
saye said…
ooo satu lagi bang..kalau brenti atau sedang memandu ketika knderaan lain memotong even moto yang potong terase bergoyang kereta..pe masalahnye ye..
Kambing gurun said…
Ok terima kasih atas respond. Sy akan tukar dgn segera
Mekanik Kereta said…
wslm,roda tu tak kukuh,kadang2 bering mempengaruhi roda untuk bergegar
Mekanik Kereta said…
periksa roda satu2 ada yang begegar,naik jack diwsyop dan goyangkan
Unknown said…
salam. saya pakai neo 1.6. masalah saya adalah bunyi rim disebelah kiri seakan akan longgar bila melanggar lubang kecil & ketika ingin memulakan perjalanan pada gear 2 atau 3. tapi bila lalu zebra line & bonggol tidak bunyi. mekanik telah melakukan pemeriksaan. tetapi tidak menjumpai apa apa masalah berkaitan bush ataupun lower arm & suspension.
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar absorber link insyallah ok
Unknown said…
Tuan, saya memandu kereta Proton Gen 2 manual tahun 2005. Bila nak ambil selekoh kanan atau kiri dari posisi steering bergerak lurus adalah ok smooth tak de masalah. Tapi bila kita nak pusing steering balik kembali pada kedudukan lurus masa tengah ambil selekoh, steering ade "jerking" sikit baru steering pusing. Rase steering jadi ketat seketika. Dah buat allignment pun tak selesai jugak masalah. Apa masalah ya tuan?
Mekanik Kereta said…
Biasanya jika terdapat minyak power stereng yang bocor pada hose utama terutama pada stereng rack dan berdekatan pump akan mengakibatkan stereng terganggu,banyak berlaku pada kereta2 buatan Malaysia
Unknown said…
Viva elite 1.0

1.drive shaft kiri Dan kanan brand GKN
2.engine mounting original daihatsu
3.absober mounting original perodua
4.tayar dah siap alligment Dan balancing

Tapi masih dapat gegaran pada tayar sampai terasa dlm kereta mcm berdenggum.

Punca gegaran suspect selepas break emergency..

Mohon pencerahan pakar2..
kamarulnam@gmail.com
Unknown said…
Salam.saya guna odyssey rb1.masalah ada bunyi kuk...kuk..kuk... pada bahagian depan.alingment ok.bunyi ini ketara masa bergerak perlahan.tie rod end da tukar baru.adakah ini berpunca dari upper atau lower arm?
Mekanik Kereta said…
wslm,upper arm akan keluarkan bunyi demikian jika ia lembut sebelah!
Mekanik Kereta said…
gegaran demikian banyak berpunca dari lower arm,perlu ganti lower arm
Unknown said…
Salam. Selepas menukar Absorber depan, saya rasa steering saya tidak seperti biasa. Rasa seperti agak kosong bila memulas steering. Adakah steering berkaitan dgn absorber?
Mekanik Kereta said…
wslm,ada kaitan,ada bering mounting atas absorber,jika ia ketat ia berat,jika ia ringan sangat,ia hampir lusuh juga
Fio said…
Salam tuan, kereta inspira 1.8.. baru2 ni steering rasa berat sedikit selepas langgar divider ketika membelok. sdh cek minyak power steering xda kurang. apa masalah ya? tq
Mekanik Kereta said…
wslm,saya rasa rim kereta bengkok,sila periksa dikedai tayar
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
assalam tuan,
nak tahu ape rosak kereta vios 03 apabila berjalan dalam jalan tak berapa rata ada bunyi kuk kuk dekat absorber belah kanan depan. adakah disebabkan lower arm.. brapa kos tukar ye..
Mekanik Kereta said…
wslm,lower arm antara penyebab utama bunyi demikian pada sistem suspension vios,kos tukar sebelah kira2 rm900 termasuk upah
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah begini banyak terjadi sebab stereng rack yang sudah lusuh,perlu diganti dan bunyi ketak itu pula adalah masalah drive shaft,gantikan drive shaft sebelah mana yang bunyi itu
Unknown said…
ok terima kasih tuan..
urut said…
Terima kasih tuan
urut said…
As salam tuan
Sy pengguna proton saga fl 1.3 manual,sblm ni sy pernah menukar bateri kereta dengan enjin keadaan mati,adakah kaedah ni blh mengganggu ecu dan elektronik yg lain, minyak kereta kuat betul ke?
Sekian terima kasih,

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak
Mekanik Kereta said…
wslm,tiada apa akan berlaku jika menukar bateri sahaja dan juga bateri ,biasa ditukar dalam keaddan kereta yang memang tidak dapat dihidupkan,tiada kena mengena dengan kerosakan ECU atau penambahan penggu naan minyak

Selamat menyambut ramadhan kembali
Unknown said…
Tuan, ia ada kaitan dengan tensioner belt tak? Sebab pomen kata tensioner belt dah longgar jadi masa selekoh steering boleh jadi jerking sedikit.
Mekanik Kereta said…
Ada setengah tensioner belt juga akan longgar kadang2 terutamanya kereta2 Malaysia, ia boleh menyebabkan kereta tersedu tetapi tidak sehingga menyebabkan enjin turun RPM dengan banyak
mohd farid said…
Assalam tuan
Tumpang tanya...berkenaan exora...semasa selekoh terasa stereng menarik balik...apa masaalahnya...
Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu bawa ke kedai tayar dan buat alignment serta balancing,kemungkinan rim juga bengkok
Unknown said…
As salam encik.... sy ingin bertanya.. smlm sy ada tukar tayar second 2biji utk tayar depan... pg td ble sy bwk masa nk belok ke kiri tbe2 terasa cm lari skit ke kiri dan kanan... hmpir2 nk terbabas dh td... adakah masalah nie punya dr tayar itu, allignment lari atau masalah lain?
Mekanik Kereta said…
wslm,bila tukar tayar ,alignment perlu buat semula.Jika tayar kurang bunga sebelah tepi juga mempengaruhi roda untuk tidak lurus dan bergetar ketika bergerak,pastikan alignment dibuat
Unknown said…
Assalamualaikum.. Sy pengguna kereta 2ndhand myvi 1.3 manual tahun 2011. Sy nk tanya knp bila sy buat u-turn atau belok kekanan ada bunyi 'krekk' dan macam tayar bergesel dgn bamper.. Lepastu bila bwk masa jalan lurus kereta asyk nk kekanan je walaupun stereng tegak dan terpakse paut stereng kekiri sedikit. Apa sebenarnya mslh kereta sy ni ye? Adakahh berkenaan dgn alignment? Mohon pencerahan..
Mekanik Kereta said…
wsalam,ia memang perlukan alignment dan bunyi yang saudari dengar itu juga adalah gesel tyar dengan cover body enjin
Unknown said…
Assalamualaikum. Sy nk tanya tentang masalah sy. Baru tukar drive shaft kiri n kanan. Produa kancil 850. Masalah lepas sebulan. Stering sy brgegar bile brake. Ble amek selekoh ke kiri. Stering sy ade rase trtarik ke kiri. Dan ade bunyi geseran di tayar sebelah kanan. Mohon penjelasan tuan. Kalau boleh bg anggaran stiap barang yg perlu ditukar. Trime kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,bering roda kanan mungkin dah rosak,anggaran kos tukar ialah rm300
Unknown said…
Salam kereta myvi saya Baru berusia 6 bulan. Adjustable. Drive shaft baru tukar haritu & takde koyak. Sekaran time belok kanan dia keluar bunyi 'TEK' bila balas steering semula pun bunyi 'TEK' sekali lagi. Bunyi kadang2 saje. Ape masalahnya Ye? Kalau belok kiri takde pulak bunyi. Tadi nak check bunyi datang dari mana takde pulak bunyi. So bunyi kadang2 time masuk keluar parking. Mohon penjelasan
Mekanik Kereta said…
wsalam,banyak kotoran dan habuk pada roda,jika boleh servis brake atau jangan biarkan kereta saudara kotor sangat tidak berbasuh terutamanya pada roda dan bahagian -bahagian roda
Unknown said…
Tapi saya rasa bukan bunyi bahagian roda. Macam bunyi besi 'TEK' pada bahagian depan sebelah kanan. Mungkin ada berkenaan adjustable ke? Sebab saya pakai spring rate 6k & mungkin pemanduan agak lasak sebelum ni
Mekanik Kereta said…
kalau bunyi itu seperti besi berlaga dengan sesuatu,ia bunyi adjustable
Mohamad said…
Salam tuan, kereta saya picanto model baru dh pki 2thn lbh. Skrg stereng rasa berat,alignment lari dan bila lalu perlahan atas permukaan tak rata ada bunyi duk..duk kt dpn sblh kanan. Klau laju takde bunyi tu or tak perasan. Ape mslahnya tu tuan?Tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,periksa minyak power steering,tambahkan jika kurang,ada bocor pada hose power steering,bunyi itu perlu buat alignment dan balancing,berkemungkinan juga ball joint kanan lower arm telah haus
Unknown said…
Assalamualaikum tuan.. Nak tanya laa. Kereta proton iswara aeroback SE sy ni apabila dipandang dari arah hadapan sy nampak ianya senget. Seperti kanan rendah dan kiri tinggi. Dah tanya pd beberape pomen tp pomen masih lagi garu kepala. Jadi sy nak tanya pada tuan apakah kerosakkannye tu??

Terima kasih..
Mekanik Kereta said…
Wsalam,ini masalah spring,spring bila dibuka pun ia nampak ok tapi bila dipasang dikereta ia akan senget kerana ketegangan spring berbeza bila ada beban,perlu ganti kedua2nya dengan yang lain
MARA BESUT said…
Assalamualaikum tuan...mohon nasihat tuan..kereta wira saya bila dipandu akan terasa macam jalan atas air..terhuyung hayang walaupun jalan rata espicially jalan tar baru..streng pun tidak dapat dikawal dengan baik..adakah kerana absorber atau lower arm?
Mekanik Kereta said…
wsalam,ini masalah ball joint yang juga berkait dengan lower arm yang terlalu lembut,Tukar lower arm kedua2 bahagian roda,insyallah ok
Unknown said…
Salam tuan

Saya memandu myvi1.5 dan milage sudah 94k. Pada mulanya Saye mempunyai masalah bunyi di bahagian depan kiri bunyi tik sekali ketika membelok contohnya ketika keluar dari parking.selepas 2-3 bulan bunyi itu menjadi lebih dari sekali. Ianya berlaku pada permulaan pergerakan dan tiada bunyi ketika sudah bergerak dan kelajuaan yg tinggi. Stering tidak berasa keras ataupun goyang kerana kereta ini menggunakan system drive by wire. Saya suspek ia berpunca dari bahagian mekanikal.Adakan berpunca dari drive shaft ataupun lower arm kiri ataupun absorber bearing atau lain2.
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar absorber link dan absorber bering insyallah ok
Test said…
Assalam tuan...
Sy pkai iswara 1.3...maslah stereng sy tiba bole goyang atas bawah..mcm loose..masa bhnti dgn drive...bila belok ade bunyi ketuk2 mcm stereng tu x balance bole ke atas bwh..sy cek rod stereng bwh pedal bnde tu bergoyang bile sy tolak..seolah mcm ade skru trlepas...masalah apa tu ea...klu tukar bp kos? Tq tuan...
Mekanik Kereta said…
wslm,stereng rod telah sangat lembut dan bola beringnya telah bergoyang kuat,gantikan keseluruhan stereng rack
Unknown said…
Assalamualaikum...saya nk tnye sikit berkenaan tyr kereta saya boleh digoyangkan(ada free pd tyr sedangkan nut tlh diikat dengan ketat) pd roda sblh kanan,menggunakan tangan semasa kereta dlm keadaan berhenti.adakah ia berpunca dr caliper disc...dan semasa brek mengejut,kereta sya seperti tersentap2.apa kah puncanya.tq.
Mekanik Kereta said…
wsalam,memang benar ini masalah disc caliper samada ganti skru pemegang atau ganti terus disc caliper
Anonymous said…
assalam
-nissan almera auto 2013
-masalah gear auto terasa bergetar/vibration semasa penukaran gear berlaku dalam keadaan D
-dalam kereta berdengung dengan kuat
-stereng rasa bergetar semasa dalam keadaan N
-apa masalahnya tuan??
Mekanik Kereta said…
wsalam,mounting gearbox mungkin pecah,tukar juga minyak auto dan autofilter
Mekanik Kereta said…
wslm,stereng gegar masalah alignment dan balancing serta tayar ,perlu periksa tayar jika ia makan tepi walaupun sedikit
Unknown said…
salam tuan,

sy mempunyai kereta almera. masalah saya adalah stereng saya tegak tapi kereta saya kerap kali ke kiri atau ke kanan (walaupon stereng tegak).

Dah banyak kali complaint di nissan service centre, namun masalah tidak solve..

mohon pandangan tuan pakar untuk penyelesaian
Mekanik Kereta said…
wslm,ini masalah alignment dan balancing,buat saja di wsyop tayar
infinity_putra said…
salam, sy ada saga lama yg bunyi mcm ada besi atau rod di depan yg nak tercabut bila kereta bergerak dan terutama jika sedang tekan minyak.. bunyi agak ketara jika pada kelajuan 40 ke 80.. mula2 bunyinya spt pada tayar kiri, tetapi sy sudah tukar drive shaft kiri dan boot (getah hitam) dalam dan luar drive sharf kanan yg telah agak lama terkoyak dan hampir kering greasenya... sekarang, dia bunyi spt terdapat ditengah pula... mohon pencerahan tuan... sy telah pergi ke 2 bengkel, tetapi malangnya mereka mengatakan bahawa tiada apa2 kerosakan dan bunyi dikesan.. tetapi ianya bunyi semula ketika sy memandunya... terima kasih.. mungkin bunyi dan kerosakannya masih belum serius sehingga ianya menyebabkan ianya tidak berbunyi dengan kuat sehingga dapat dikesan oleh pomen.. tapi sy boleh rasakan bunyi tersebut dan merasakan spt ada benda yg hendak tercabut dekat enjin tersebut... terima kasih...
Unknown said…
Assalam saya memakai kenderaan jnis kancil..masalah yg timbul ialah stereng berada dlm kdaan senget ke kiri semasa kereta brada dlm kdaan lurus,apabila stereng di lepaskan semasa kereta brjalan lurus didapati kereta akan bergerak senget ke kanan sdgkan pd masa itu stereng brkedudukan senget ke kiri.Masalah kedua ialah stereng terasa berat smasa membelok ke kiri atau ke kanan dan slepas membelok apabila stereng d lepaskan ia tak bertindakbalas dlm kedudukan centre..mohon pencerahan mengapa dan knp trjadi sedemikian dan brape aggaran kos utk baikpulih sprt kdaan asal
Mekanik Kereta said…
wslm,ini adalah masalah roda yang berat sebelah dan alignment yang tidak tepat,perlu gantikan bearing roda disebelah yang ketat untuk berpusing dan buat alignment,minta mekanik adjust kedudukan stereng ditengah2,kos baiki sekitar rm300
Mekanik Kereta said…
wslm,ini bunyi inner drive shaft yang bersambung ke flywheel gearbox,jika ia lusuh bunyi akan tetap ada walau keadaan perlahan mahupun laju,perlu gantikan juga inner drive shaft ini
Unknown said…
As salam encik...kereta wira sy bru ganti lower arm kiri...sy nk tye perlu ke nk buat alignment? sbb kdg2 kereta akan terasa kiri ke kanan...klau time ujan ble brek akan rse tayar lari...hmpir2 terbabas...
Mekanik Kereta said…
wslm,apa saja komponen suspension yang ditukar contoh tie rod end,steering rod dan lain2 lebih2 lagi lower arm semuanya mesti disertai dengan alignment selepas ia ditukar
Unknown said…
Tq tuan..satu lg masalah brake lari sebelah ble tekan..sy dh buat servis brake.tukar pada.tpi still brake kereta lari sebelah adkah perly sy buat alligment blik..honda civic
Mekanik Kereta said…
alignment sepatutnya tak perlu,ada komponen suspensian yang lembut,saya rasa rack end sebelah kiri yang sangat lembut dan bila brek ia akan berat sebelah
Unknown said…
Salam encik. Saya ada masahala kereta saya proton wira auto apabila saya pusing ke kira n kanan keluar bunyi krak krak dan kalau lurus sahaja jln xberbunyi dn kalau on aircond bergegar setering apa masahala nya encik boleh tolong saya ...
Mekanik Kereta said…
wsalam,ini masalah drive shaft kiri dan kanan,perlu ditukar manakala enjin bergegar akibat FICD aircond tidak berfungsi samada ia rosak atau kuasa untuk hidupkan hilang
Unknown said…
Saya pguna viva 850 mslh saya steering rasa sangat ringan bila bgerak s'olah2 mcm power steering. Buat u turn steering xpusing dgn sdiri. Meter 120k.
Mekanik Kereta said…
Ini masalah steering rack,perlu ganti stereng rack yang telah lembut sangat
Unknown said…
saya ppengguna naza citra..bru bru ni tkar tyr dpan 2 biji.dh buat allgmnt n balancing..tp bila bawa kete rasa brjalan atas air..lari ke kiri kanan..bila bw laju dia x stabil mcm terumbang ambing je..ni masalah apa ye..mohon penjelasan..tq...
naza citra 2009
Mekanik Kereta said…
buat semula alignment di kedai lain,alignment ini kurang sempurna
Unknown said…
Salam tuan...saya pengguna kancil tahun 2006..masalah kereta saya apabila jln lurus kereta tiba2 lari ke sebelah kiri walaupun stering dlm keadaan lurus..baru2 ini sya cuba memotong sebuah kereta dan ketika memotong kereta lari ke sebelah kiri secara tiba2 nasib baik sya dpt mengawal keadaan dan saya hampir2 terbabas...mohon tuan dpt beri pencerahan apa masalah dan barang yg perlu di ganti beserta kosnya..terima kasih tuan.
Unknown said…
salam boss, saya pakai persona tahun 2008, masalah sy skrg ni, stereng berat sebelah kanan dan ringan belah kiri, bila pandu kete lari ke kiri dan break emergency stereng lari ke kiri, daa servis stereng rack, tukar drive shaft, tukar rim dgn tayar baru serta berpuluh kali buat allignment tp masalah masih timbul, daa puas tanya mana2 kedai dan dorg tk berani nak bg kata putus, sy berharap tuan dpt bantu masalah yg sy hadapi skrg ni, terima kasih
Kyrah said…
Salam tuan.kereta exora baru 6bulan.bila dah memandu lebih kurang30km...jalan tak rata atau pusing stering akan berbunyi 'thak thak thak'..tayar depan sebelah kiri dah ma
kin haus diluar..hantar pusat servis balik akan bunyi balik...mohon pencerahan tuan..terima kasih
Mekanik Kereta said…
wsalam,buat alignment dan balancing tayar insyallah ok
Mekanik Kereta said…
wsalam tukar absorber bering dan steering rod insyallah ok
Mekanik Kereta said…
wsalam,ganti lower arm sebelah kiri dan juga stereng rod kiri kosnya sekiar rm300
Kyrah said…
Alignment dan balancing tayar dah buat sebelum ni..cuma mekanik cina tu kata kena tukar susupension ring..claim kat proton..saya ke pusat servis masalah bunyi datang balik selepas 2hari hantar...kawan kata link rod problem..confuse saya tuan...
Mekanik Kereta said…
gunakan camber bolt jika belum guna,olehkerana kereta masih baru tidak mungkin link rod rosak,jika lama absorber bering juga boleh rosak,buat alignment sekali lagi guna camber bolt dulu
Unknown said…
Assalam sy ingin bertanya adakah tie rod end yg bergoyang boleh menyebabkan kereta@enjin mnjadi berat ketika bergerak dan mnyebabkan kereta mnjdi berayun ketika bergerak di selekoh??
Mekanik Kereta said…
wslm,boleh terutamanya tie rod end pada lower arm
Unknown said…
Salam MK.. kalo minyak power steering kering, berat dan berbunyi mase pusing steering, ape yg rosak ye? Rase bape kos nak repair? proton saga lame
Unknown said…
Ouh jd tie rod end sy da ptut kne tukar...patut lah sblom ni bile bergerak meter sy snng cecah 120km/j ttpi bile sy tau yg tie rod end sy bergoyang enjin sy seakan berat...bile hendak capai kelajuan 120km/j perlu tekan lebih...boleh tuan terangkn mcmana tie rod end boleh mmpengruhi kelajuan kereta??
Mekanik Kereta said…
wsalam,bila power steering bocor,power steering pump ikut rosak dan hose yang bocor perlu diganti,kos baiki adalah sekitar rm500
Mekanik Kereta said…
Ada 2 tempat tie rod end memegang Disc roda iaitu pada lower arm dan pada steering rod,jika ia lembut dan berggetar kelajuan roda sedikit terganggu ,lama kelamaan berat beban ditambah akibat rod end yang lusuh
Unknown said…
Terima kasih tuan MK..boleh sy tau dimana workshop tuan...dan tuan boleh suggest kn x tayar apa yg terbaik.
Mekanik Kereta said…
Tayar yang baik adalah tayar yang mencengkam kuat pada jalan dan tidak bising,pada masa ini jenama continental adalah paling baik
aeone said…
Assalam MK. Sy memandu Naza Sutera masalah yg dialami sekarang ketika hendak parking steering menjadi berat, berbunyi dan bergetar sewaktu membelok kiri dan kanan. Malah sewaktu jalan lurus steering kereta rasa longgar sendirinya akan ke kiri dan kanan. Boleh tahu apa permasalahannya dan berapa kos utk membaiki kerosakan tersebut...
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu gantikan steering rack sebatang dari hujung ke hujung,kos kira2 rm1100
suara pedalaman said…
Salam...apa masalah kalau bunyi bump dekat tayar depan sebalah kiri bila terlanggar bonggol atau jalan gravel? Saya sudah tukar absorber, absorber mounting, tie rod in kiri dan stabilizer link. Bila priksa dekat workshop, lower arm masih ok. Sy guna kreta myvi auto tahun 2010.
Mekanik Kereta said…
wslm,lower arm nampak saja ok tapi sebenarnya tak ok dah,perlu diganti tandanya bunyi tidak hilang selepas komponen yang berkaitan di tukar
Unknown said…
Assalamualaikum...nk tnya,apa mslh bila belok steering sangkut2/sekat2? -Honda city 2003
Mekanik Kereta said…
wslm,tambah minyak power steering jika kurang dan ganti hose yang bocor dan belting power steering yang lusuh atau kendur
Unknown said…
Assalamualaikum..nak tanye kalau drive shaft boot Koyak perlukah ganti drive shaft 1set atau ganti Boot saje? Satu lagi bila pusing steering kiri,kanan kenapa tak balas jadi normal (centre)
P/iswara 92
Mekanik Kereta said…
wsalam,tak perlu,cuma ganti boot saja.
gantikan stereng rod kedua belah kiri dan kanan dan buat alignment insyallah masalah selesai
Unknown said…
Assalamualaikum..sy sgt cetek dan tidak tau ilmu ttg compartment kereta. yang saya tau hanya bawak sahaja.huhu. akibat drpd 2x kemalangan, sy sangat ingin tahu apa punca nya.kereta saya baru berusia 1 tahun 5 bulan. kereta sy tiba2 steering dan brake gagal berfungsi. sgt bahaya..mohon bantuan drpd encik.kerana kereta sy itu sy merasakn tidak selamat lg untuk dipandu. nasrah 013-4291773.nasrahedayu@yahoo.com
Unknown said…
Assalam..sy amat memohon bantuan drpd encik. saya da 2x hampir mengalami kemalangan jiwa akibat drpd stereng dan brake yg gagal berfungsi secara tiba2.sy bawak x laju pon dalam 50km/j. kereta sy baru berusia 1 tahun 5 bulan. mohon respon respon encik segera supaya sy tau apa nk ckp dgn pomen kereta. sbb sblum dia report bgtau kereta sy xda masalah.sy sgt xberpuas hati..huhu..terima kasih
Unknown said…
kereta saya myvi 1.3 basic auto
Mekanik Kereta said…
wsalam,minta mereka periksa sensor abs dan master pump brake
Anonymous said…
as salam.. sy nk tanye sikit..kereta sy saga blm 1.3 auto..harini sy hampir terbabs semas drive..xdela laju coz da nk sampai trafic light..sbelum sy brek stereng kereta beralih senget kek kir..dan menghasilkan bunyi..dan bile hendak berhenti skali lg mmg sy terbabas ke tepi dan stereng still senget..if tgh drive nk tekan pedal minyak or hendak brek mesti mengeluarkan bunyi 'Tekkk" .. sy drive lg dan tetibe stereng beralih senget ke kana.. bila brek lg senget kekiri..agk2 ape mslah kereta sy bang..dulu sbelum ni pernah eksiden terbabas..dan mmg ade bunyi begitu..mohon komen dan reply..tq..
Mekanik Kereta said…
wsalam,tie rod end lower arm dah lembut ,mesti ganti segera,lebih baik dengan lower arm sekali
Unknown said…
slm sejahtera. sya nak tanya, baru2 ni kereta sya iswara 1.5 auto 2001 mengalami gegaran yg teruk ketika menekan pedal minyak, trtmanya 60 kmh keatas. sya suda balancing tyr 2 kli, aligment 2 kli, tayar 4 biji baru, boost kaki semua suda ganti, mounting enjin baru, steering rod baru. suda tukar spring tp gnti balik sebab gegaran masi ada. skrg sya buntu dn bajet pn makin kurang. bole tlg beri penjelasan apa punca mslah keta sya.... tq
1 – 200 of 627 Newer Newest

Pos Popular

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Kesan-kesan buruk ke atas enjin apabila isyarat sensor lemah

Pelarasan enjin