Mengapa masih terasa hentakan
Masalah hentakan yang kuat pada roda adalah masalah yang mengaitkan banyak penghubung antara beberapa komponen roda seperti ball joint,tie rod end,u stand,bush,absorber,spring dan absorber lining.
Masalah hentakan dan bunyi bising pada roda yang melibatkan suspension banyak dipertanggungjawabkan kepada absorber walaupun pada hakikatnya hentakan dan bunyi bising sebenarnya melibatkan banyak komponen roda yang lain seperti yang disebutkan tadi.
Fungsi absorber hanyalah sekitar 60 peratus dari bunyi bising dan hentakan kuat pada roda semasa pemanduan.Hentakan dan bunyi biasa terjadi bila terlanggar bump diatas jalan ataupun membelok dengan kuat iaitu hampir 90 darjah setiap kali belokan.
Absorber motor atau Absorber kereta yang telah rosak biasanya akan terdapat kesan minyak pada sekeliling badan absorber jenis minyak sementara absorber gas pula kerosakan dapat dikesan ketika pemanduan dimana badan kereta terasa berjalan seperti di atas jalanraya dan jika kita perhatikan dengan teliti badan kereta seperti senget kearah mana absorber gas tersebut rosak.
Pengguna yang keliru akan penggunaan u stand atau upper arm /upper ball joint ini pula akan tidak mengedahkan komponen tersebut walaupun hakikatnya u stand adalah penyumbang sebahagian besar dari hentakan suspension kereta.
Di dalam rod end tidak kira samada ianya steering rod atau tie rod end atau ball joint semuanya terdapat bebola untuk menyelaraskan kedudukan roda semasa pembelokan disamping menyerap hentakan di atas jalan.Penyerapan hentakan oleh komponen-komponen roda ini hanyalah sekitar 40 peratus .
Walaupun hanya 40 peratus akantetapi hentakan dan bunyi yang terhasil oleh absorber yang rosak kebiasaanya bergantung sepenuhnya kepada komponen-komponen yang disebutkan tadi.Ketika membelok absorber tertekan dan serapan hentakan akan hilang dan beralih kepada rod end dan u stand.
Terdapat pengalaman kes dimana pengguna yang telah menukar absorber,spring dan joint masih mengalami bunyi yang kuat semasa belokan dan semasa pemanduan rata.Setelah ditukar u stand di kedai yang lain hentakan tidak terasa dan bunyi juga telah hilang.
Ini bermakna hentakan bukan saja terhasil apabila absorber telah rosak malah melibatkan komponen kecil lain terutamanya u stand.Tetapi harus di ingat bukan semua kereta menggunakan u stand,hanya keret-kereta seperti Honda,Toyota dan banyak jenama dari Jepun saja yang banyak menggunakan u stand untuk penambahbaikan suspension yang lebih elok.
Kereta dari negara kita kebanyakannya tidak menggunakan u stand pada pemegang absorber akantetapi menggunkan pemegang terus skru pada absorber.
Secara kesimpulannya untuk menghalang dari hentakan dan bunyi bising suspension ini berulang adalah seperti berikut:-
1)Menukar absorber dan u stand serta
2)Menukar absorber dan mounting
Comments
ini pasal crv 2nd gen. saya...
lepas 10 tahun macam2 hal...
absober empat2 dah out...
lower arm bush small & big dah out...
tu menurut honda service lah...
saya pergi bengkel luar diorang bagi quotation bagi termasuk labour dekat rm2k...
berpatutan ke?
kenapa absober saya boleh rosak?
langgar bonggol & lalu jalan yang teruk ke?
boleh tak service selain tukar?
if saya tak tukar ape akibat yang jadi pada kereta saya terutamanya pada tayar saya?
tq.
ru61@pGGRNuSJ
Biasanya komponen suspension bertahan selama 5 tahun jika saudara dah gunakan 10 tahun ,saudara beruntung.
Sebenarnya komponen kereta semuanya akan mempunyai jangkahayat tetentu boleh digunakan biasanya selama 5 tahun.Semua komponen akan rosak jika kereta digunakan di atas jalan.
shock absorber tiada sevis kerana penggunaan hidraulik yang dibuat dikilang.
Jika menggunakan terus absorber tidak merosakan apa2,ada terdapat kereta lama yang menggunakan terus absorber dll melebihi 20 tahun.
Pandu banyak bunyi dan terasa hentakan kuat di atas jalan.
kena tukar lower arm.
Absorber tak boleh patah walaupun berbunyi.Pada pendapat saya apa yang saudara hadapi adalah kedudukan absorber yang tidak tetap,Kedudukan ini boleh dibetulkan dengan mengunci ketat semua skru,menukar bering absorber,menukar getah absorber dan membetulkan kedudukan spring pada kedudukan yang betul.
Saudara, saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa utk menjawab segala permasalahan kami dgn teliti.
Sy telah menukar drive shaft Naza Citra saya.Namun masih terdapat bunyi spt drive shaft problem apabila saya membelok 90 darjah (sebelah kiri shj bunyi 'klik').
Absorber juga terasa spt mcm nak rosak setelah sy menukar drive shaft tersebut.Adakah masalah ini disebabkan oleh mekanik salah pasang salah satu komponen semasa menukar drive shaft.
Sy bercadang utk menghantar kereta tersebut ke naza academy service centre di Gurun. tapi biasalah, labour charge terlalu tinggi.
drive shaft ad dua luar dan dalam,sekiranya bunyi tersebut agak ketara drive shaft luar rosak dan jika bunyi sedikit dan terasa seperti terhentak adalah masalah drive shaft dalam.
Jika saudara tukar sebatang biasanya kesan bunyi akan hilang serta merta dan jika terdapat juga bunyi bering absorber mungkin sedikit ketat.
saya ingin tahu cara mengetahui cara absorber rosak atau keras.saya memandu grand livina hampir 4 tahun tidak pernah menukar absorber.apabila saya menekan penjuru kereta diatas kedudukan absorber ia keras dan body kereta tidak bergerak kebawah atau keatas .adakah perlu diganti absorber ini.
semasa saya memandu diantara kelajuan 8okm/j-100km/j. stering dan body akan bergegar seketika kemudian normal bila 100km/j keatas. saya telah menukar tayar, rim, alligment, on Wheele balacing serta bearing tayar tapi masih bergegar dalam kelajuan tersebut.adakah ini ada kaitan dengan absorber.
apakah nasihat tuan..
terima kasih
Absorber yang telah rosak atau haus akan terdapat minyak berkeladak sekelilingnya,ia boleh diperiksa secara membelokan tayar dan merasa sekeliling absorber tersebut.
Gegaran semasa memandu akan terjadi bila
1.Tayar tidak rata,ada benjolan
2.Steering rack yang lembut
3.Bush yang haus (absorber dan lower arm)
4.gelang getah stability atau sate yang haus dan senget,biasa terjadi pada honda dan nissan
5.balancing
6.alignment
masalah bunyi sedemikain adalah bunyi disebabkan oleh lower arm sebelah pemandu.
Saya nak bertanya sikit, baru2 ni absorber wish saya belah kiri belakang rosak, minyak meleleh dan tayar berbonggol. Saya diminta menukar keempat-empat absorber di w/shop berhampiran rumah oleh tokey w/shop tersebut sebab dah 5 tahun. Malangnya setelah tukar saya rasa hentakan sedikit keras berbanding sebelum absorber saya rosak dulu. Adakah sebab upper arm atau mungkin ada jenis absorber yg lembut dan keras? Mohon jwpn tuan. Tq.
Jika tiada kecacatan pemasangan seperti,spring yang tidak duduk betul pada tempatnya dan getah alas absorber tepat ,absorber baru tidak akan keras.
Periksa semula di w/syop tersebut.
Absober belakang baru juga saya tukar tetapi bunyi tersebut masih ada..
patut kah jg saya menukar rear coil spring mounting?
keta baru pakai 3 tahun..
Mungkin salah satu absorber bering belakang karat atau tak berfungsi.
biasanya berapa bajet nak tuka absorber kancil ek ? sebab bile saya bawak je, mesti rasa macam atas jalan. boleh rasa batu2 kecik tu. bila langgar lubang kecik pun rasa kot. pastu kalau kat bump mesti kena slow giler2. camne ek ? bape range harga yg biasanya ?
-anna-
Kancil absorber sebatang kira2 rm100.
sebelum ni ada yang bertanya masalah sama senget dan tayar jejak body dan model juga sama,malah beliau dah tukar absorber,spring,lower arm,getah absorber tapi masalah tetap sama dan sehingga akhirnya beliau menambah spacer pada rim dan masalah beliau telah diselesaikan.
saya skg bwk satria neo, kereta ayah.
student lg.
kereta nie beli tahun 2007.
skg klw naik je kt bhgian tyr akn berbunyi.
bunyi spring i guess.
klw lalu kt bonggol pn hentakan dia kuat sgt.
lps tu klw drive rse menyerong ke kiri.
dh tya kt bengkel, tp abg tu ckp xde ape2.
myb dia x check absorber time tu.
sy sdri pn x tahu sgt psl kereta.
tp tanda2 yg sy sebut td, mcm ade kaitan dgn absorber kn?
Bawa ke kedai tayar buat alignment dan balancing,jika bunyi masih ada dan bawa semakin tak sedap ada masalah pada arm bush.
Gegaran yang tidak dapat dibendung setelah tukar komponen roda seperti tayar,lower arm,stereng rod,tie rod end,drive shaft,absorber,mounting dan alignment adalah biasanya disebabkan oleh stereng rack itu sendiri.
Saudara perlu tukar stereng rack untuk membaiki semula keadaan gegaran
Tuan, saya menggunakan sebuah kereta proton Iswara sedan 1.5 thn 1996. Masalah yg sy ada hadapi ialah apabila tayar belakang kereta saya melanggar lubang sama ada besar atau kecil, jln tidak rata mahupun line kuning, berlaku hentakan yg amat kuat seolah2 kedua2 absober belakang kereta sy telah rosak teruk padahal sy br shj menukarnya. Utk mklm tuan, sy menukar absober minyak jenis APM. Sy jg telah menukar excel bush dan sy menggunakan rim 15inci (Waja). Apakah yg perlu sy lakukan lg. T.kasih.
Tuan, saya ingin bertanyakan masalah kereta sy. Sy menggunakan kereta proton Iswara sedan 1.5 thn 1996. Masalah yg sy hadapi ialah apabila sy melanggar lubang, permukaan jln tidak rata mahupun line belang kuning, tayar belakang kereta sy mengalami hentakan yg amat kuat seolah2 absober sy telah rosak teruk sedang sy baru shj menukar absober baru. Utk makluman tuan, sy menggunakan absober minyak jenama APM dan sy menggunakan rim 15 inci proton waja. Sy jg tlh menukar excel bush. Apa yg patut sy lakukan lg. T.kasih.
Tuan, saya ingin bertanyakan masalah kereta sy. Sy menggunakan kereta proton Iswara sedan 1.5 thn 1996. Masalah yg sy hadapi ialah apabila sy melanggar lubang, permukaan jln tidak rata mahupun line belang kuning, tayar belakang kereta sy mengalami hentakan yg amat kuat seolah2 absober sy telah rosak teruk sedang sy baru shj menukar absober baru. Utk makluman tuan, sy menggunakan absober minyak jenama APM dan sy menggunakan rim 15 inci proton waja. Sy jg tlh menukar excel bush. Apa yg patut sy lakukan lg. T.kasih.
saudara perlu periksa bush pada pemegang roda belakang dan ada terdapat skru pengikat bush tersebut,jika dua belah bush tersebut
nipis kereta tetap akan berasa seperti hentakan kerana telah melanggar besi.
seperkara lagi tayar saudara adalah tayar rim 15 jadi ia agak rapat dengan body saudara perlu gunakan spring yang agak lebih tinggi atau sport spring untuk absorber menganjal bila langgar tempat tinggi.
Untuk pengetahuan drive shaft ada luar dan dalam,saya rasa saudara tukar d/shaft luar dan tak tukar yang dalam pada gearbox,
2.d/shaft dalam akan berbunyi walaupun pada jalan lurus kerana ia hanya digunakan untuik memusingkan roda.Saya rasa d/shaft dalam saudara telah rosak,ada baiknya saudara tukar juga dan biasanya bila tukar d/shaft ramai yang tukar dalam dan luar sekali serta shaft pemegang.
Sy ingin bertanya , sy pengguna myvi .... Masalah sy yg sy hadapi skarang adalah apabila stering sy belok ke kiri atau ke kanan sama ada bhenti atau berjalan stering sy akan mengeluarkan bunyi spt 'ktak' .... Tetapi bunyi tu bkn bpanjangan spt 'ktak ktak ktak' .... Stering tu mengeluarkan skali je bunyi ....
Apa masalahnyee dan cara penyelesaian ??
Anggaran kos penyelesaian ??
Sy pengguna myvi dan apa masalah sy skarang ni apabila stering sy belok ke kanan atau ke kiri , stering sy akan mngeluarkan bunyi spt 'ktak' ..... Stering tu mngeluarkan bunyi skali je .... Apabila sy mmbelok ....
And sy xpernah lg mghantar kereta ke workshop sbb takot ditipu ....
Just nak tau apa masalah dan cara penyelesaian ...
Dan anggaran kos nyee .....
Terima kasih :)
ini adalah masalah housing drive shaft dalam yang dah longgar.Jika tukar ,tukar sebatang luar dan dalam,jika kanan bunyi tukar kanan begitu juga jika bunyi kiri tukar kiri.
jika saudara tukar semua keempat2 spring sport bermakna tidaka akan ada masalah melainkan jika getah alas tidak sama rata.
Pastikan juga spring diletakan betul ketika proses clamping.
Gunakan GAB sport spring kancil
Saya ade masalah dengan kereta Nissan Latio. Masalah nye kereta bila langgar Speed bump atau jalan tak rata ade bunyi "Nyek Nyek Nyek" then bile dah lama sikit bunyi tu berkurangan. Hantar service center diorang cakap tak ade ape2 masalah. Bunyi boleh dgr kuat time malam. Absorber pon dah tukar 4 batang baru.(sebelum nie pakai impul absorber) Lepas tukar absorber bunyi tue kurang sket tapi still boleh dgr. Ape masalah nye yea? dah serabut pikir. Thx in advance.
tukar spring absorber dimana bunyi kedengaran,jika depan tukar depan.
Masalah ni adalah masalah roda bergesel dengan sedikit bahagian absorber,gunakan pelapik untuk mengeluarkan sedikit kedudukan roda.
assalamualaikum
saya memandu kia spectra..bila saya pandu naik bonggol dgn kelajuan 20 km/h tade ape..bile 30km/h die berbunyi bomm!terhentak..spring tukar da..absorber tuka da..bush sume ok..
bile kt highway kalau ade turun jambatan mengejut die mcm tayar tu turun terhentak mcm tarik absorber tu..da pening da ttau ape rosak.tolong..trima kasih..
saya fikir ada eloknya jika pintu diperiksa,biasa terjadi skru pada pintu dan penutupnya longgar dan berbunyi
Jika saudara menggunakan adjustable skru pada absorber sila periksa kedudukan skru tersebut.
Spring juga perlu berada pada kedudukan yang baik supaya ia tak berbunyi ketika memandu.
Menukar d/shaft biasanya sebatang ditukar luar dan dalam .Jika saudara tukar satu saja ada kemungkinan ia akan menyebabkan ketidakserasian antara luar dan dalam dan menyebabkan ia rosak semula.
Drive shaft berbagai jenis dan biasanya Exedy adalah jenis yang biasa digunakan dan kos sekitar rm350
Getah absorber nissan biasa jadi rendah dan menyebabkan terasa hentakan.Getah tersebut juga perlu ditukar jika menukar absorber.
2.Bunyi hanya akan terhasil pada roda seperti bering dan bush yang haus atau koyak.
3.Bunyi rsak bering boelh didengar dengan kuat jika kereta dipandu lebih laju dan bunyi sedikit kurang bila dipandu perlahan.
Kos tukar absorber sebelah sekitar rm250
1. Kalo enjin gegar sbb mounting ke? 4 thun lps pnh tuka bru tp bkn ori P2.
2. Workshop en arsad kt mn?
Engine nissan saya bergegar kalo masuk gear D....kalo idle ok je.....rpm pun rendah kalo masuk gear....kenape ye?
Satu lagi, kereta saya berbunyi kreuk kreak apabila ada penumpang keluar dr kereta. Saya anggarkan bunyi spring.malah apabila saya park di depan rumah yang agak 45 darjah, kereta itu akan berbunyi seolah-olah melepaskan bebanannya selepas diletakkan dan ditarik hand break. Tetapi ia tidak terus berbunyi selepas park, Selepas beberapa minit di park, baru bunyi kreuk kreak akan keluar dan berhenti sendiri kemudian.
Sy Nk Tukar absorber,brake Pad N Skimming Brakedisc Yg Tlh calar..taukeh Tu Kata harga Rm900 Utk keta Vios Tahun 2006..mahal Ke murah Tu? Sy Xsetuju Lg, bru fikir3kan....plz Email Jwban Ke rod_sdk@yahoo.com
Tq
tumpang bertanya.. sy pakai honda accord 2.0 tahun 2009. sy baru tukar ke empat empat absorber dan spring standard termasuk segala bush. masalahnya skang kereta terasa keras ketika memandu mcm bawak lori. pertanyaan sy, mungkinkah ini di sebabkan spring depan tidak di pasang tepat pada tapaknya. sbb bila diraba ada gap lbh kurang setengah inci antara hujung spring dgn lekuk stoper pada tapak bawah. selain itu, bagaimana nak tahu nut ball joint di upper arm di pasang dgn cukup ketat? mungkin ka pemasangn upper arm yg tidak kemas boleh buat pemanduan terasa keras?
terima kasih tuan,
ramlee
2.memang biasa terjadi kedudukan bush upper arm yang tidak dipasang kemas juga menyebabkan keadaan keras tersebut.
1.Biasa kes mcm ni brp anggaran kos nk repair(nk.bajet2 duit..huhu)
2.ada x cara yg sy bole buat nk masukkn jgk tayar tu
Tu je nk tnya..tkut kalau mahal bole hold dlu buat kete tu..
1.Biasa kes mcm ni brp anggaran kos nk repair(nk.bajet2 duit..huhu)
2.ada cara x yg bole sy buat nk masukan tayar blk..
Tu je nk tnya..tkut kalau mahal bole hold dlu buat kete tu.
2.Tak ada tayar spare tak boleh masuk melainkan absorber tercabut dari pemegangnya.
ni nk tye psl handling gak la...
sy bru tkar tie rod(baru) end ngn driveshaft kiri kanan( driveshaft kanan hafkat driveshaft kiri baru) pada bulan 3 ari2..
tp skang nk tanye la...bile belok ke kanan ade bunyi tik2 xkuat sgt bunyi die..bunyi die cm ade batu or paku lekat antara bunga tayar kiri...cek kt tayar xde batu or paku pon..
ape sbb 2 bro?...driveshaft kiri da nk kong ke?...cmne nk tgk driveshaft ni rosak ke x?...tgk getah 2 koyak ke x je ke?
kereta kancil enjin l5 turbo...tq bro
masalah sy ni xboleh nk cek dlu ke?...rse cm xpuas ati lak kne tkar driveshaft baru..sbb baru je tkar bln 3 ari2..
seeloknya tukar lain kerana banyak yang patah semula setelah diwelding!
Saya pengguna saga BLM..kereta saye ade bunyi setiap kali saye drive..saye try antr repair and mekanik tu kate ade problem kat lower arm..
Tapi, mekanik tu kate x perlu tukar lower arm sbb bunyi tu x bg kerosakan kat kereta..betul ke x de side effect pape kalo x tukar lower arm?
Kalo perlu tukar lower arm, berape kosnye?
Jika tak ditukar lama-kelamaan bunyi berlaga akan semakin kuat malah akan lebih kuat bunyinya jika melanggar lubang atau bonggol.
Juga boleh merosakan keseimbangan tayar ketika pemanduan.Kos untuk ditukar biasanya sekitar rm150-180 untuk sebelah roda.
Saya pengguna viva 1.0 Manual tahun 2008. Masalah kereta saya ialah bila 3 4 hari kereta tak start, odometer dan meter rpm tak naik bila start engine kereta. Kadang2 odometer dan rpm meter naik sedikit sahaja bila saya mula drive. Dah lama-lama baru OK semula. Masalah nih mula jadi masa kali pertama tukar bateri kereta. Masalah nih masih jadi lagi sampai sekarang.
Satu lagi masalah ialah bila kereta saya lalu line kuning, kereta macam terhentak dan bergegar dengan kuat. Saya dah tukar absorber dan spring tahun lepas (2012). Masalah tetap juga berlaku.
Bila saya dah buat alignment dan balancing, 2 3 hari lepas tu stering kereta saya dah senget semula. Rasa cam membazir plak buat alignment.
Boleh terangkan apa yang patut saya buat untuk selesaikan masalah saya nih. Terima kasih
1.Kereta tersebut mengalami kerosakan lower arm dan perlu ditukar
2.Panel meter viva tersebut ada masalah dan tiada kena mengena dengan tukar bateri dsbnya,ia hanya kebetulan saja
Nak tnya..sy baru tukar tyr mnurut tokei kedai, tyr lama saya bahagian blkang agak tdk rata..dan dia suruh saya pegi cek absober..
Nak tanya mcm mana nak tau absober tu rosak atau tak..
Satu lagi..wktu pagi, lps pnskan engine nak keluar parking dan membelok..kereta sy keluarkan bunyi mcm naik katil double deck atau pn katil besi yang dah lama..tapi setelah jalan dlm 5-10 km bunyi tu akan hilang..saya dah pergi service center utk bersihkan brek tp selpas beberapa hari bunyi tu dtg blk..
bole tuan tlg bg pencerahan sikit bunyi ni ape sebabnye..brek pad kena tukar ke mcm mne..t.kasih.
2.Bunyi kriuk2 seperti disebutkan biasanya disebabkan kotoran pada spring,absorber dan pemegang,sembur dengan air yang kuat pada bawah absorber dan jika bunyi tersebut masih ada absorber dan spring adalah punca bunyi tersebut.
saya nk tanya apa akibat kalau selalu spin tayar...apa komponen akan rosak
Absorber dikuatkan oleh spring dan absorber bering.Manakala suspension pula adalah terdiri dari beberapa komponen tambahan lain seperti bush berbentuk satay dan u stand yang juga terdapat bush getah pada pemegangnya.
Untuk Myvi dan kebanyakan kereta keluaran Perodua absorber bering dan tapak adalah kekuatan yang kukuh untuk suspension kerana ia tidak menggunakan u stand dan bush bawah yang banyak.Olehitu jika tidak menukar absorber untuk sementara waktu saudara boleh juga tukar dahulu bering dan tapak getah absorber supaya ia menahan hentakan dengan lebih tanpa bergantung kepada absorber sepenuhnya.
Akantetapi jika absorber dan spring ditukar ia menambahkan kekuatan suspension ketahap yang lebih baik.
Absorber yang rosak dan terlalu lama digunakan oleh muatan beban yang banyak seperti penumpang penuh hari2 dan muatan berat hari2 absorber dan spring akan lebih cepat rosak dan cepat mengeluarkan minyak yang selalu berselaput disekeliling batang absorber.
Untuk semua keluaran kereta dari Malaysia samada Proton atau Perodua mengikut pengalaman saya absorbernya tidak sekukuh seperti Honda,Nissan dsbnya,jadi absorber kebanyakannya ditukar hampir setahun 2 kali.
Saudara boleh guna absorber jenama biasa seperti APM dan Monroe dengan getah absorber dan bering yang baru insyallah ia akan menampakan keanjalan lebih baik.
Masalah ini ada kaitan dengan bush dan juga brake shoe tayar,Sebaiknya brake shoe diadjust dan dismaratakan untuk kedua tayar dan bush sebelah yang banyak haus perlu ditukar.Tiada kaitan dengan absorber.
Saya ada masalah dengan kereta Kancil 850 saya.. Bila saya pusing steering ke kiri atau kanan, akan ada bunyi "kreek" dari bahagian bawah steering.. kadang2 steering rasa berat & kadang2 longgar..2x bawa p workshop n pomen kata lower arm @ steering rack ada masalah..benda ni dah saya tukar tapi masalah masih sama..
1 lagi dah 2 kali buat alignment tapi steering masih ada masalah yg sama..n paling membimbangkan bila nak masuk parking steering jadi berat bila pusing arah kanan & nak balas ke kiri kena pulas betul2..
Apa masalah ni yer?? Terima kasih
Saya ada masalah dengan kereta Kancil 850 saya.. Bila saya pusing steering ke kiri atau kanan, akan ada bunyi "kreek" dari bahagian bawah steering.. kadang2 steering rasa berat & kadang2 longgar..2x bawa p workshop n pomen kata lower arm @ steering rack ada masalah..benda ni dah saya tukar tapi masalah masih sama..
1 lagi dah 2 kali buat alignment tapi steering masih ada masalah yg sama..n paling membimbangkan bila nak masuk parking steering jadi berat bila pusing arah kanan & nak balas ke kiri kena pulas betul2..
Apa masalah ni yer?? Terima kasih
Nak tanya ttg masalah kereta Proton Waja tahun 2002 saya. Saya sudah pun menukar keempat empat absorber saya dgn jenis gas. Damper belakang juga sudah ditukar. Kenapa setiap kali kalau saya melanggar bonggol, bahagian depan akan berbunyi tok tok dgn kuat seolah olah bunyi besi berlaga dan mcm ada sesuatu yg longger?. Dan bahagian belakang mengeluarkan bunyi klok klok klok jika melalui jalan yg tidak rata?
Apa masalah dgn waja saya dan apa lagi yg perlu ditukar dan anggaran kos berapa? Terima kasih banyak2...
Masalah ini adalah kerana kedudukan alignment tak elok,buat alignment dan balancing tayar.
thank you tuan tanah. jasa mu dikenang. **lady driver yg kurang arif**
thank you .
**baru nak blaja**
Untuk tidak bergesel dengan body biasanya saiz tayar yang besar perlu tukar spring yang lebih elok ataupun sport spring dan letakan lapik pada sport rim begitu juga jika gunakan tayar biasa
kereta myvi09.
TQ.
Kereta neo.
saya baru beli wish reckon 2010 x spec 20k milage nya.. masalahnya
1)suspnsion tak sedap dan keras.. absober standard n tak bocor.. kena tambah minyak absober ke? guna tayar formoza 215/50/17.adakah ia mempengaruhi?
2)timing agak tinggi iaitu 800rpm.. tanpa aircond. dgn aircond 1100rpm.. cmne nk kasik normal timing dia sbb ada yg bgtau timing toyota auto setting
3) brek rasa tak cengkam sgt .. depan disc blakang drum.. bila brek xde bunyi apa2 yg luar biasa..
4) adakah timing tinggi mempengaruhi brek kerana klu nk berhenti di trafik light cam ada rasa kereta terkedepan sedikit walaupun telah brek.. masalah timing o gear box?
1.suspension banyak berantun pada absorber dan spring walau ia tak bocor
2.semua timin dikawalselia secara auto untuk injection engine ,idle engine rpm boleh dikawal baik jika trottle body ditukar
3.Brek pad tukar insyalla brek akan ok
4.Tukar mounting gearbox dan engine jadi kereta tak akan berbuai dan terasa terkedepan
Absorber depan, apa bila mengambil selekoh dengan laju bunyi tersangkut dengam daun pisang
Kena periksa semula absorber tersebut saya rasa kedudukan spring dan absorber tak sempurna.
tuan,
Saya nak tanya kereta saya kenari aerosport tahun 2003..dalam tahun lepas selepas saya tukar clucth pad, kereta saya berbunyi ktak ktuk ketika membelok atau jalan di jalan yang x rata dan berbonggol. Kelmarin saya telah menghantar kereta saya ke bengkel dan telah menukar lower arm,staring reck,absober,mounting absorber, mounting enjin, driveshaft dan bearing..tapi bunyi tetap ade dan bertambah teruk lagi setelah tukar semua tu kereta saya bunyi lagi kuat seolah2 macam nak roboh dan kedengaran di bawah enjin mcm betul2 di bawah gearbox.mekanik terpaksa bukak balik driveshaft dan pasang balik tapi masalah tetap sama.sehingga sekarang kereta saya masih tidak dapat solution lagi dan terbengkalai di bengkel..
Mounting ada 4 ,2 mounting enjin dan 2 mounting gearbox,pastikan mounting gearbox ditukar juga
2.Drive shaft ada 2 satu luar satu dalam.Drive shaft dalam yang ke gearbox juga keluarkan bunyi jika ia dah rosak
3.Jika menggunakan tayar beasar pastikan tayar tak langgar body kereta.
Yg lg 1 mslh sy tu ape lak puncenye ye en.arsad?terima kasih atas pendapat
Saya menggunakan Iswara tahun 96. Aeroback.Saya sudah tukar steering rack 2nd hand ori. Ingin meminta pandangan saudara tentang masalah di bawah:
1) Semasa mula bergerak perlahan dan brek semula, ada bunyi besi berlaga di hadapan. Kadang2 tiada bunyi, tp selalunya ada bunyi dalam keadaan di atas.
2) Masalahnya Stering bergegar dengan kuat semasa brek dalam kelajuan tinggi.Disk brake sudah skim.Apa yg kena tukar?
3) Sekarang pakai 'paut stering'...nak tukar kpd 'power stering'.Sudah banyak tanya di kedai sparepart, p/stering pump boleh dapat yg original proton, tapi power steering rack hanya ada yg made in china shj. Bgmn pandangan saudara tentang padanan ini? Berapa lama steering rack made in China ni boleh bertahan ?
Boleh tahu di mana bengkel saudara ? Sbb saya tak nampak alamat bengkel di blog ini.
Bunyi tu datang dari housing drive shaft dalam yang longgar/besar sebelah kanan
2.boleh gunakan china punya sekitar 5 tahun insyallah tak apa2
ada antara 2 mounting gearbox yang pecah ,gantikan mana yang pecah untuk elak gegaran
rosak d/shaft sebelah dalam akan berbunyi duk dan rosak sebelah luar berbunyi tak,tak,tak bila corner.Jika itu tiada d/shaft saudara masih elok.
ii. Masalah kedua, bila kenderaan perlahan, contohnya nak berhenti dkt traffic light, bila membrek, terdengar bunyi kuat dkt tayar/rim..adakh brake pad problem, tapi baru jer tukar.
soalan saya.. berapakah harga lower arm utk toyota unser?
Bush dia brapa harga? Terima kasih..
dafi2014
Drive shaft yang rosak akan sebabkan bunyi dan tayar akan makan sebelah jika alignment dan balancing lari.
Kedua, bila bawa dalam 140km sejam dan bila tekan brek, kereta saya bergegar bahagian depan. Tapi bila bawa dalam 80km sejam dan kebawah bila tekan brek tiada pula gegaran tu. Minta en tlg saya.
Masalh dia sekarang kenape ye kalau nak jalan asal angkat clucth cikit je bunyi macam dah nak roboh...tp lepas jalan ok je..cuma mase nak mule2 jalan yg mula masuk gear satu tu kalau nak jalan je bunyi macam nk roboh..kenape ye??
kereta kancil tayar belakang sebelah kiri condong ke dalam menyebabkan tayar nampak terkaangkang. saya telah bawa ke ke kedai umtuk membetuklan camber belakang. kedai mengatakan adjustment camber belakang tersebut sudah maksimum. apakah yang boleh dilakukan untuk mengebalikan kedudukan tayar tersebut kepada camber neutral.
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,