Penggunaan thermostat pada sistem air kereta
Salam,
Aku rasa ramai yang dah mengetahui penggunaan thermostat dalam sistem air sesebuah kereta.Tertarik dengan soalan pengunjung blog ini yang bertanyakan mengenai kenapa thermostat digunakan dalam air sesebuah kereta maka wujudlah post ini bagi menjawab ketidakpastian pengguna mengenai thermostat.
Thermostat adalah alat yang bergelung dan mempunyai gentian berwarna kuning ditengah gegelung yang berbentuk seperti penutup radiator.Penggunaan thermostat adalah sebagai penyekat air pada satu tahap maksima kepanasan supaya kipas radiator sebagai alat pembuang haba automatik berfungsi dan seterusnya mengawal sistem sejuk air dalam enjin kereta.
Thermostat juga boleh berfungsi sebagai penyekat sedikit kotoran dalam sistem air kereta seperti habuk halus dari coolant.Kotoran tersebut akan melekat disekeliling gegelung berbentuk spring pada thermostat dan lama kelamaan membentuk seperti sarang. Jika dibiarkan lama air akan bertukar warna karat dan sekeliling radiator membentuk warna seakan-akan hijau teh matcha .
Keburukan thermostat pula ialah apabila ianya tidak berfungsi dimana ia tidak mengembang dan tidak menutup saluran air kemungkinan enjin akan panas adalah amat tinggi. Kedudukan thermostat pula biasanya diletakan dihujung hose atas pada radiator iaitu disaluran awal air keluar dari radiator dan membentuk pusingan aliran air.
Soalan mengenai kenapa thermostat digunakan adalah kerana jika tanpa thermostat sistem air akan menunjukan sejuk dan tiada peluang langsung untuk pembuangan haba melalui kipas radiator,dan jika sistem tanpa thermostat berlanjutan keadaan pengawalan suhu dalam engine juga sentiasa dalam keadaan terbaik walaupun pada hakikatnya kita hanya menyuruh enjin tersebut berada dikeadaan begitu untuk menyejukan operasinya.
Tanpa thermostat juga kotoran yang berpusing akan terus melekat disekitar sistem air pada water pump,pada radiator dan sekeliling hose dan akan mempercepatkan lagi kerosakan keseluruhan sistem tersebut. Kita boleh gunakan kereta tanpa thermostat pada sistem air akantetapi hayat enjin tersebut serta prestasinya akan berkurangan.Enjin sedikit susah dihidupkan dan sedikit pick up juga akan berterusan berkurangan.
Jika saudara/i mengalami masalah suhu pada engine dan mekanik mengesyorkan supaya menukar thermostat,pastikan mekanik menukarnya dan bukan membuangnya terus tanpa digunakan samasekali.
Dalam keadaan tertentu jika suhu panas enjin bertambah mendadak walaupun kipas berfungsi,terdapat air mencukupi,thermostat boleh dikeluarkan terus jika thermostat yang rosak menyebabkan engine jadi panas untuk jangkamasa yang pendek supaya kepanasan engine dapat dikawal .

![]() |
sejenis thermostat |

Comments
chup.. kompius.. sebenarnya? nak kena tukar ke bukak terus? tak payah pakai?
tak pakai pun boleh tapi kurang digalakkan ,tukar lagi baik dan prestasi serta keselamatan enjin lebih terjamin
masalah air tendang semula ke tank adalah masalah silinder head,Skim head ,tukar silinder gasket.
Anggaran Kos sekitar rm400
head gusket rosak .bidl engin dh panas akan keluar asap putih .radiator dh servis cap dh tukar wterpump ok termostat dh tukar kipas pusing laju cuma yg sya blum tk tukar sensor suis je.
selain dari tukar baru?
asap putih adalah masalah piston ring yang dah haus dan kepanasan yang kurang ketara juga adalah tanda2nya juga
Saudara perlukan overhaul untuk tukar enjin bering dan piston ring.Bawa ke mekanik untuk overhaul.
Untuk lembutkan clutch ,kabel clutch kena diselaraskan jika clutch masih elok.Pusingkan sendiri kabel clutch dalam enjin pada dinding sebelah pemandu.
saya menggunakan mazda BD, saya tidak pasti di mana thermostat saya ?
saya sudah membuka apa yang encik cakap, ternyata ianya benar, dan kebenaran telah terbukti apabila saya mendapat tahu thermostat kereta saya sudah dibuang, saya dapati berkarat, sangat berkarat. sedih dibuatnya..
apa yang perlu lakukan ?
maksud saya adalah, thermostat itu memang tidak digunakan sejak 10 tahun yang lalu, patotlah suhu x naik pun. huhu. saya sudah menyuruh mekanik saya memasang semula thermostat. tetapi di dalam lobang thermostat tu berkarat. perlukah saya membersihkannya ?
1.Adakah 'WAJIB' saya menggunakan coolant atau air pipe sahaja untuk radiator saya ?
Jika coolant, berapa botol yang perlu saya tuang ? Adakah saya perlu mengisi di tangki spare ? atau di radiator ?
2.Adakah kesejukkan aircond dipengaruhi oleh suhu enjin ?
Maksud saya, jika suhu enjin panas, maka aircond tidak berasa sejuk ?
2)A/cond adalah sistem yang lain dan tiada kena mengena dengan kepanasan enjin.A/cnd kurang sejuk sebab kompressor,cooling coil,kondenser dan kipas sahaja.
1)Mengenai pertukaran thermostat. Adakah ia perlu ditukar pada setiap kali sekian…sekian.. seperti mana pada waterpump untuk pertukaran timing belt yg kali ketiga, gearbox filter untuk 2kali pertukaran minyak gearbox, dll?..saya tak pernah tgk keadaan thermostart pada wira 1.5A (injection) saya itu…huhuhu
2)Coolant radiator kena topup lagi pada waktu yang macamana?..ada ikut millage ka?
3)Kereta saya guna bateri sel basah dan masuh menukar kpd sel kering tapi pemasangan sendiri. Saya nk tanya sikit, sebelum saya pindahkan bateri sel basah, terminal mana dulu perlu saya cabut terlebih dahulu? Dan setelah memindahkan bateri sel kering, terminal mana yang perlu saya pasangkan terlebih dahulu?
Terima kasih atas informasi yang diberikan…
Reset_root
2.colant hanya topap sekali tapi jika keaddan kereta lambat menyejuk dan menyebabkan air cepat kurang topap dalam tabung reserve pon memadai.
3.tukar bateri sebaiknya cabut kabel negatif dahulu kaerana boleh meresetkan semua sistem elektronik yang ada.
Sy menggunakan kereta satria neo auto tahun 2008.
Masalah saya yg baru saja terjadi ialah radiator saya cepat kering,tapi air spare tank melimpah keluar dan kadang2 mengelegak macam air panas kat spare tank tu.saya ada test awal pagi,dalam masa 20minit macamtu meter suhu dah naik setengah dan makin menaik.
Radiator sy dah flush sendiri,cap pun dah tukar,thermostat baru jer buang pas jadi mcmni,kipas berfungsi dgn cemerlang.harap dapat membantu...
Apapun terima kasih sb blog ni byk memberi info yg berguna.
Ecu jarang problem cuma wayar2 yang berkaitan dengan sensor je selalu tak fungsi.
ECU tukar kat SC pon boleh tapi sebaiknya cuba dulu w/syop biasa yang buat wiring kereta,minta mereka periksa dulu.
2.Sebaiknya servis dulu radiator dan pastikan kipas berpusing mengikut arah yang betul jangan terbalik pasang ,minta mekanik periksa.
Kereta tu overhaul sbb overheating coz air kering.
sebelum overhaul dlu trempreture tu ok naik ckit2 sbaik enjin dihidupkan..
Adakah makenik yg buat overhaul dh buang TERMOSTAT kereta sya??
kalau kerta wira kat mna kdudukkan termostat, coz saya nk check dlu ada atau tak..
Kalau tak pkai termostat tak pe tak..???
Trima ksih...
Thermoatat ada pada hujung hose air radiator sebelah atas.
Tak pakai thermostat boleh tapi tak digalakan kerana air aliran terus banyak kesan sampingan pada enjin kereta
Adakah ketiadaan thermostat akan menyebabkan enjin berbunyi kasar dan mengganggu kelancaran pemanduan
Buih tersebut bermakna enjin terlampau panas dan pada mulanya jika water pump ditukar insyallah head gasket tak terbakar
Mohon bantuan Tuan
Lokasinya sentiasa tetap dihujung hos air sebelah atas!
Wira saya berumur lbh kurang 15 tahun dan tak pernah tukar termostat.
Pada minggu lepas saya servis radiator di bengkel radiator. Tiada masalah apa-apa cuma kerana lama xpernah cuci.
Saya cadangkan pomen utk tukar termostat sekali tapi pomen kata xperlu tukar kalau xde masalah. Katanya air di dalam tangki bersih dan termostat masih ok walaupun telah lama.
Benarkah termostat tidak perlu ditukar selagi tidak rosak walaupun telah sangat lama dan mungkin berkarat?
Terimakasih
Saya memakai keta proton saga 1.5a 1990..temp selalu overheat...saya bawa ke kesai radiator...dia cakap coolant dh karat dan hose dah lama...better tukar kedua2 sekali total damage rm530 ....tetapi selepas tukar baru radiator dan hose baru tetap jarum gauge temp tidak ditahap normal...adakah ia sebab enjin failure pula atau ada sebab2 lain.
Tolong saya yang keliru
TKasih
Pomen tepi jalan cakap hos atas panas dan hos bawah sejuk,dan ni sebab termostat atau radiator sumbat.
Radiator pernah servis.
Baru2 ni saya bawa kereta ke tempat servis radiator,pomen tu buang termostat sebab tak ada sparepart dan lagi bagus kalo air mengalir satu enjin. Bagus ke tuan?
Tapi bila balik,air tangki tetap penuh dan air radiator tetap kurang..apa masalahnya tuan?
simptom: air tendang dari reserve tank bila idle on aircond. off aircond air tak tendang. bila jalan on ke off ke air tak tendang.
repair yang dah dibuat:
1)waterpump tukar
2)radiator service
3)hose tukar
4)fan dah tukar
5)top overhaul dah buat
6)fan direct
7)thermostat buang
still dia tendang. adakah sebab cap reserve tank dh problem. atau fan saya tukar tu tak cukup untuk sejukkan radiator. sebab benda lain dah macam tak logik.
mohon penjelasan. terima kasih.
Terima kasih
Sya nk tya.sya guna krta gen2 2005.mslh krta sya bila jln jauh tangki spare pnuh.air kat radiator kurang.head gasket da tkar.thermostat
Da buang.tlong pncerahan tuan pomen...
Minyak enjin tiada kaitan dengan enjin yang panas cuma jika berbunyi kuat tukarlah kepada semi sintetik atau mineral
Jika enjin panas sehingga habis meter enjin tidak boleh dihidupkan langsung.
Kos tukar panel meter temp ialah rm200
Kereta Gen2 saya apabila berjalan jauh atau bwk laju, temperature normal, air cond sejuk. cuma selepas itu bila enjin dimatikan, dalam lebih kurang 30 minit selepas itu, apabila kunci dlm keadaan ON untuk hidupkan enjin, jarum temperature naik tinggi. Bila dah start enjin, temperature terus turun normal. Apa masalah sebenarnya tuan tanah..
1 lagi,sebanyak mana termostat elok akan terbuka ?maksudnya adakah sampai spring nya rapat?
2.Thermostat yang baik ialah bilamana spring tetekan kebawah apabila air jadi panas dan mengalirkan air ke laluan penyejukan,yang paling baik ialah apabila laluan sebelah atas iaitu yang berbentuk cendawan terbuka luas,kadangkala spring rapat tapi ia tidak membuka laluan air akibay spring tidak tahan lagi dan lusuh
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,