Pelarasan enjin
Pelarasan enjin ataupun biasa dipanggil (engine tuning) adalah mengenai pelarasan minyak dan api dalam pembakaran supaya ia bertindak mengikut kadar yang betul dan seterusnya menstabilkan RPM.
Jika didalam sistem karburator pelarasan begini dilakukan secara manual dengan menyelaraskan skru minyak dan angin pada karburator serta sedikit pelarasan pada api melalui distributor.
Jika didalam sistem karburator pelarasan begini dilakukan secara manual dengan menyelaraskan skru minyak dan angin pada karburator serta sedikit pelarasan pada api melalui distributor.
Engine tuning begini juga memerlukan plug,air filter dan kabel plug yang berfungsi dengan baik supaya apa yang dipanggil IDLE enjin dapat dicapai. Untuk mencapai kelajuan RPM pada sekitar 900-1000 adalah amat sesuai untuk engine berjalan dengan baik walaupun ketika aircond dihidupkan.
Pada kebiasaannya tindakan aircond dan kompressor akan menyebabkan RPM enjin menurun sekitar 100 RPM.Pada sistem karburator penurunan RPM tersebut akan disesuaikan dengan suis FICD (fast idling control device)aircond yang bertindak mengekalkan RPM pada kadar yang sesuai bila aircond dihidupkan. Manakala dalam sistem injection(pancitan minyak) engine tuning dilakukan dengan menggunakan alat diagnose digital (pembaca kod kerosakan) yang perlu ditetapkan kepada jenis-jenis kereta.
Alat ini pula berhubung dengan ECU (engine control unit) yang menyesuaikannya pula dengan sistem enjin. Penggunaan alat diagnose begini adalah lebih mudah dan kebanyakan kereta-kereta model sekarang telah dilengkapi dengan sistem ECU yang bertindak melakukan pelarasan enjin kepada IDLE ketahap RPM yang lebih stabil. Pada sesetengah kereta yang menggunakan sistem karburator terdapat adjustment screw (skru pelarasan) pada karburator yang boleh dipusingkan untuk menaikkan RPM seperti kebanyakan pada kereta Malaysia seperti Kancil dan Wira.
Skru pelarasan minyak betul-betul dibelakang karburator boleh dipusingkan sedikit untuk membantu RPM yang terlalu rendah dan boleh dilakukan sendiri oleh pengguna kereta sebelum berjumpa mekanik untuk melakukan keseluruhan engine tuning.
Terdapat juga skru pelarasan minyak sedemikian pada sistem injector yang boleh dipusingkan sementara supaya RPM dapat ditinggikan sementara skru yang terletak diatas throttle body injector Wira boleh dipusingkan sedikit untuk RPM pada 1000 semula.Jika menghadapi kesulitan seperti asap yang hitam dan RPM yang sedikit-sedikit menaik hendaklah merujuk kepada mekanik.
Dalam enjin disel pula biasanya angin dalam injector perlu dibunagkan dengan kaedah bleeding injector yang mana enjin dihidupkan dan minyak dari injector dikeluarkan sedikit-sedikit . Kaedah bleeding ini akan menghilangkan asap hitam yang banyak dan menjadikan enjin disel tersebut lebih stabil dengan RPM yang sesuai untuk digerakan dengan lancar.
Comments
kalau dah buka dan servis karburator lebih mudah untuk setting timing dan idling enjin,pastikan juga plug ditukar baru.
Pastikan vakum dan semua laluan minyak dan angin dalam keadaan baik.Pastikan juga manifold untuk tapak karburator dikeringkan dan dibersihkan setiap kali pasang karburator.
Setelah semua tu di pastikan,adjust kadar angin dan minyak pada kadar 2 angin 1 minyak,pusing perlahan2 plunger minyak dan skru angin sehingga tiada bau asap yang kuat atau bau petrol yang kuat.Ram enjin sedikit jangan terlalu kuat sehingga idling tercapai,ulang proses memusing plunger sehingga idling enjin stabil.
Angin dan minyak menggunakan skru dan injap yang berbeza.Yang berdekatan dengan hose minyak masuk adalah skru pelarasan minyak manakala selebihnya adalah injap angin.
Skru minyak adalah besar dan skru angin kecil dan tenggelam kedalam badan karburator.
masalah begini biasanya disebabkan oleh api pembakaran yang tak cukup dan ada juga yang disebabkan oleh fuel pump.
Pastikan kereta tersebut tidak berjalan menggunakan plug yang mati,periksa plug,distributor dan pastikan juga tiada percikan api pada mana2 kabel plug,wayar atau distributor yang pecah.
Periksa fuel pump juga di mekanik.
masalah begini masih disebabkan oleh throttle body,servis throttle body saja tidak cukup,di throttle body terdapat alat yang dipanggil stepper motor berwarna hitam,dapatkan alatganti yang baru untuk stepper motor tersebut.
stepper berharga sekitar rm75 ke rm100.
Untuk pengetahuan saudara servis throttle body bukan sekadar membersihkan ruang dalam throttle,terdapat gerigi dalam throttle body yang mudah patah dan akan menyebabkan enjin beralun serta mennurunkan RPM.Gerigi tersebut harus ditukar jika ia belum ditukar,terdapat repair kit untuk throttle body tersebut.
Saudara boleh juga cuba tukar coi atau ignition jika saudara rasa itu penyebabnya tetapi pada saya itu bukan penyebab utama enjin turun prestasi.
asap hitam bau petrol ,karburator tersebut perlu diservis seluruhnya,buka dan cuci bersih dalam karburator,gunakan repair kit jika ada.
Pelarasan luaran tak membantu.
Nota:ada skru kecil untuk adjust minyak dan angin,buka baru boleh lihat.
saya ada wira 1.3 karburator tahun 95. masalah kereta ini bila swith off engine macam ade bunyi engine xmati sepenuhnya dlm 2 3 saat then ada bau minyak.kdg2 ok jgk..pastu nk start balik susah nak hidup. apa masalah kereta tu ye? lagi satu masalah aircond jadi xsejuk bila lama sangat parking kereta tengah panas.kalau kereta berjalan aircond ok je..
Karburator kena servis sebab minyak yang terkumpul lambat dibakar bila enjin dipadamkan,karburator kotor,setting semula karb tersebut.
2.A/cond tak sejuk bila berhenti :-
a.kipas a/cond pusing tak kuat
2.kompressor rosak
saya mnggunakan wira (manual) fuel injection... masalah saya ialah, setiap kali saya menukar gear (terutamanya gear 3, 4 dan 5) terdapat bunyi yang bergetar wujud selepas penukaran gear trsebut. masala ini juga biasa saya dengar pada kertea proton yang lainnya. dah cuba adjust tepet tapi masalah tetap wujud juga.
saya mempunyai kereta jenis myvi 1.3 EZi (auto)tahun 2007 dan mengalami masalah rpm turun naik antara 600-1000 dlm keadaan idle (gear N @ P). Jika disebabkan throttle body, saya sudah servis throttle body 2-3hari yang lepas di Service Center dan dlm masa 2-3hari tersebut tiada masalah. Namun masalah sama tersebut berulang semula hari ini, akan tetapi bila saya off a/cond, rpm menjadi stabil semula tapi pada rpm 500 dan enjin seakan2 akan mati (semput). Apabila saya off enjin dan start semula, rpm enjin menjadi stabil pada rpm 700-800 dan bila saya on a/cond, rpm naik sedikit antara 900-1000 seperti enjin running dlm keadaan biasa..adakah masalah ini berkaitan dgn throttle body dan juga compressor aircond?.. mohon bantuan tuan..
Servis throttle body adalah menukar sebahagian gerigi dalaman menggunakan repair kit.
2.Pada throttle body terdapat stepper motr yang mengawal idling kereta (RPM) pastikan stepper motor juga ditukar.
you to obtain more natural links. I did a simple search plus it was
not available on any google search. Try in order to avoid a whole heap of keywords,
a good idea would be to have 8 or less keywords.
Here is my web page ... proxy goblin
saya rasa kabel plug saudara ada short circuit,tukar keempat-empat kabel plug,periksa cap ditributor seeloknya juga tukar rotor distributor atau distributor
Saya dah mati akal dengan karburetor iswara. Saya nak tanya. 1, plug hitam. So kena set air ratio kan? Skru air ratio tu, skru tu kat tengah2 nat saiz 17 kan? Correct me if i'm wrong. So nak pusing ikut arah jam atau lawan jam?
2, atas skru air ratio tu ada satu lagi skru angin kan? Skru tu bulat tak perlu usik kan? Ker tu sebenarnya skru air ratio?
3. Enjin knocking. Adakah berpunca dari air ratio tak cantik aka terlebih minyak? Distributor dah puas main2 retard dan advance, bunyi tak hilang2. tapet pun dah adjust
1.Bila pusing ikut jam maknanya menambahkan ,tak kira angin atau minyak,begitu juga sebaliknya,biasa diselaraskan ketika enjin hidup.
2.skru air ratio jika dibulka banyak lubang,disekelilingnya.
3.Tappet kena adjust ikut kesesuaian enjin ,adakalanya clearance asal tak berjaya hilangkan kncking kurangkan sedikit2.
Bawa ke mekanik untuk servis throttle body dan menyelaraskan stepper motor atau tukar stepper motor.
Hilang skru spring tu kena gak cari ganti ,memang susah nak setting tanpa skru tersebut kalau ditutup dengan skru lain boleh ,tapi enjin amat susah nak setting,kadangkala meletup.
Cuba cari di kedai potong kereta,mungkin ada skru dari carb yang tak dijual/rosak boleh digunakan
Myvi AHC owner
1.Tukar kabel plug dan adjust distributor ketahap yang sesuai,rotor juga perlu ditukar.
periksa fuel pump saudara,fuel pump yang berhenti tiba2 akan menyebabkan kereta berhnti seketika,fuel pump saudara hampir rosak .
Tukar meter Rpm kereta tersebut adalah penyelesaian terbaik.
thanks..
Tuning kereta tersebut perlu dibaiki supaya rpm berada pada sekita rpm900-1000
thanks!
Also visit my website :: plus de vue sur youtube
sy pemilik wira 1.5 manual thn 2001,enjin jenis mmc 4G15,masalah sy,pd waktu pagi pedal minyak dgn clutch susah nak balance,bila salah balance rpm trus naik 2000,lps tu rpm x stabil,antara 1300 & 1000,sy da tukar servo kit yg baru,yg lame pn masih elok lg,spark plug pn sy da tukar baru,ps 2 mggu masalah yg same dtg lg,knp ye saudara?sy cadang nk tuning balik je..tp apakah masalah utama kete sy ni yek?terima kasih saudara..
brape harga throttle body repair kit?
Dan,brape kos kalau anta kedai utk repair yek..terima kasih byk..
masalah sy,kereta kadang2 tersengguk sewaktu mgunakan gear 3 & 4,tp masalahnya ia berlaku hanya ketika sy gunakan aircond,jika tanpa aircond ok..apa masalah wira 1.5 manual sy ni..terima kasih byk..
Cara yang mudah mengatasinya adalah dengan menukar spark plug termasuk kabel serta menukar air filter.Akan tetapi jika ada terdapat wayar pada distributor/coil yang pecah bahagian tersebut juga perlu ditukara atau baiki.
Cara ini dapat meningkatkankuasa enjin lebih baik untuk menahan kemasukan a/cond
2.Tukar FICD kereta kancil tersebut untuk membaiki idling untuk a/cond
3.Terdapat satu skru minyak pada karburator dan satu skru angin untuk melaraskan enjin pada idle akan tetapi jika FICD saudara rosak ia masih tidak akan meninggikan timing enjin jika a/cond di onkan,untuk itu pastikan FICD berfungsi sebelum memusingkan skru minyak dan skru angin pada karburator
4.Skru minyak besar dan boleh pusingkan arah ikut jam untuk tinggikan timing enjin manakala skru angin agak kedalam an boleh juga dipusingkan sedemikian.
Salam..sy ad mslh pd vios(G) thn 2005..mslhye ialah Bile Kite Muskan kunci u start kete..lampu di meter smue hilang kecuali lampu Pintu n y wrne Oren..bl bkak bonnet dpn n lpskn blik, bru smue lampu menyale..bl enjin dh blh start, lampu kuning Oren x mati2 pn..np ye..time ksh
Lampu oren tu lampu sensor ekzos dan biasanya tidak akan padam jika ada maslaha pada ekzos sensor.kecualilah jika tukar ekzos sensor.
saya dah servis karburator dan nak setting kadar angin dan minyak pada kadar yang betul.
boleh tuan terangkan di mana kedudukan skru angin dan skru minyak serta cara untuk setting skru bagi karburator kereta corolla dx ke70?
Bro. RPM xsteady sekjap tggi skjap rndah wlupun sdh tuning. ap mslah tu bro? ty
semalam saya keluar dengan kereta wira 1.5 manual carburetor saya. tiba-tiba, baru jalan tidak lebih 2 minat saya terdengar letusan kecil di ekzos kereta dan enjin kereta saya tiba-tiba padam.
mula-mula saya suspect minyak habis sebab kebetulan fuel warning pon sudah menyala. tapi lepas saya isikan minyak kereta masih lagi gagal dihidupkan.
saya cuba hidupkan juga enjin, akhirnya kereta berjaya dihidupkan, tetapi timing menjadi terlalu rendah dan apabila saya cuba tekan pedal minyak, enjin akan padam. bila nak hidupkan semula enjin, sikit punya susah.
sekarang kereta saya tersadai. boleh tuan berikan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ini?
terima kasih daun keladi.
masalah ini masalah karburator,servis karburator wira tersebut.
baru2 ni enjin kereta saya semput dan bergegar...kalau bawak laju hilang sikit semput dan gegar tu...kalau bawak perlahan semput tu datang balik...tapi x penah mati enjin...apa masalah kete saya sebenarnya...
Sy nk tanye masalah mengenai enjin produa rusa 1.6 caberator
Punca kerosakan timing belt putus dan sy dh buat top overhoul, valve pon dh granbal, head dh skim...dh siap pasang semua bile start pusingan enjin agak berat dn susah nk hidop kene tekan minyak bru hidop dn bile enjin dh hidop timing turun naik...
Mcm mne ye..sy dh pening nk adjust..
boleh x tunjuk kan gambar cara setting belt rusa tu?
kat mane (f) , kat mane (titik pd pulley camshaf)
Saye pon pening jugak nie...
tolong2
sy pon x faham making nye...
(F) making tu ke mane?
(Titik pada pulley cam shaf) making tu kat mane ye?
Maaf Gambar tak ada !
Mengenai leaking ni adalah bergantung kepada pomen memasang oil seal jika pasang dan kertuk oil seal mudah pecah,saranan saya carilah pomen yang agak mahir dan tliti supaya leaking u tak bocor kembali setiap kali tukar
Engine tuning memang mempengaruhi penggunaan minyak,ini kerana bila engine tuning dilakukan rpm akan berubah dan jika ia disetkan terlalu tinggi penggunaan minyak akan bertambah.
2.Speed keseluruhannya dikawal oleh engine,jika engine ada masalah seperti makan minyak hitam yang bermaksud banyak komponen cylinder head yang haus atau rosak akan menggangu speed kereta.Top overhaul perlu dilakukan untuk menggantikan valve seal dan pembersihan karbon yang melekat pada head dan valve perlu dibuang untuk mendapatkan speed asal.
Masalahnye
1) kete kdg2 mati tbe2 bile slowkan kenderaan.
2) kdg2 bile tekan clutch terase kosong. Selalu jd time br start kereta dan kdg2 jd time tgh bwk kete. Masalah ni da repair n pomen kate ade leaking. Lps 3 4 ari pki msh ok. 2 hr lps jd balek. Mcm lg teruk. Smpi di persimpangan bile da tekan clutch hbs pn trase mcm ade lps clutch sikit. Kete ade trase tjalan sikit. Smpai kene pump byk kali. Lps tu da jd ok blk smpi stakat ni. Xtw la sbb ape.
3) kete sgt kurang pickup.
Utk pengetahuan tuan.. kete baru beli sebulan. Sblm ni pn ade mslh timing tak stable. Tp lps da tuka servo kit da jd ok.
Hrp tuan dpt mmbantu.. Terima kasih.
2.Pickup kurang perlu buat adjustment atau engie tuning .Tukar kabel plug sekali.
3.Enjine mati perlu setkan semula rpm.
3
Sy ingin bertanya pendapat saudara. Sy memiliki kelisa auto tahun 2006... Sy baru shj tukar mounting kereta tp masih bergegar ketika idle. Sy masih xdapat cari masalah utama kereta bergegar ketika idle...minta saudara listkan disini dimaknakah part yg patut sy ganti?tq
Sy ingin meminta pendapat.sy guna kereta kelisa auto 2006. Sy br tukarmounting kereta tp masih bergegar ketika idle walaupun xbk ac. Boleh bg pendapat x ape patut sy ganti?
Buat tuning enjin pastikan semua plug diganti dan kalau boleh kabel juga,air filter dann minta mekanik adjust distributor untuk stabilkan idling.
kereta kelisa auto 1.0 2006
soalan saya: enjin gegar pabila masuk D,R dan P. Semasa N enjin ok pula x gegar sangat
Enjin mounting sudah tukar semua..kalau dlm keta tu rasa sangat gegar dekat stering.kalau buka bonet tmpt yg nmpk sangat gegar tu d bahagian atas enjin tmpt hose air filter...lepas seminggu tu bawa p bengkel lain suruh cek...dia ckp mounting belakang x ok...bingung la sbb bru tukar tp dia ckp rosak pula...minta tolong bagi pencerahan atas masalah ni tuan...dah lama dilema ni.....
Mounting menyerap gegaran secara fizikal tetapi jika enjin tersebut memang rendah RPMnya sebab masalah plug,kabel plug dan air filter gegaran akan terus terasa lebih2 lagi untuk cc rendah seperti kelisa.Apa yang perlu ialah saudara minta mekanik lakukan tuning enjin dan bersihkan throttle body dan suction hose dari kotoran serta karbon,adjust idling,tukar spark plug,plug kabel dan pastikan api plug dapat berfungsi dengan baik tanpa ada yang elok untuk kesemua 4 plug tersebut.
Saya pakai Satria 2002 Manual Injection.
Masalah kereta saya nih bila enjin panas, dia akan semput yang amat teruk sampai bila masuk gear pon boleh mati sendiri. Foreman dah check pakai engine diagnose tapi takder pula keluar fault error. Yang peliknya bila off kan switch, on balik kereta saya ok sekejap tapi bila lenjan dalam 10 mnt dia datang balik semputnya tu.
Throttle body, coil, fuel pump n plug semua dah tukar tapi masalah masih sama. Saya rasa ada yang tak kena dengan sistem komputer kereta saya sbb bila restart switch ok kejap.
Apa komen tuan? foreman saya dah pening kepala.
kalau rpm naik tinggi juga gear juga akan tak boleh masuk,tak nafikan bila enjin amat panas ia akan jadi semput sebab komponen dalaman tak bergerak baik,sebaiknya nyahkan dulu negatif dari body pasangkan kabel setebal kabel bateri dari enjin kebody kereta dulu lihat kesannya
Rahman-Salam.tuan..saya ada masalah kereta myvi 1.0,bila cuaca panas atau berhenti lama di trafic light rpm enjin jadi turun naik secara mendadak dan kemudian enjin mati,bila hidup rpm akan jadi x stabil,jika dlm pemanduan pun akan jerking yg teruk,sy sudah tukar coil plug,spark plug,oxygen sensor,servis throtle body dan yang terbaru tambah satu kabel sambung dari body ke terminal bateri,tapi masalah masih terjadi,harap2 sangat tuan dapat membantu sy,terima kasih.
Sya pakai saga guna carburetor 8valve..
Kenapa bila saya nah speed or masuk gear 3,pndai hilang kuasa ni..tp tak mati engine.ada ka itu di sebabkan carburetor sebab sya baru top set head..
Boleh beri kan tunjuk ajar...terima kasih..
masalah asap hitam tu adalah sebab karburator kotor,servis je insyallah ok
Saya baru beli kelisa 1.0 tahun 2002 dan baru2 ni ada masalah idle, masa start enjin (pagi2), enjin tak mengaum, terus drop ke 1000rpm, bila enjin panas rpm dalam 950, bila on aircond atau masuk gear "D", enjin drop ke 700rpm dan gegar, saya baru tukar throttle body dari kedai half cut, ada masa bila on aircond dalam keadaan idle, rpm turun naik 1000rpm -2000rpm, adakah sebab stepper motor (IACV) atau sebab vakum leak? mohon pendapat, terima kasih
Masalah bila aku start bunyi dia macam habis minyak je..
Betri kuat
Cable plug baru
Sparkplug baru
Aku test fuel pum cabut host minyak masih terpancut keluar
Distributor baru..
Tapi bila aku on start bunyinya macam kehabisan minyak je.. kenapa ye.?
Saya harap jasa baik tuan selesaikan masalah kereta saya ni..wassalam..
kelisa saya ada problem, masa saya start, dia ok, normal, bila saya nak warm up kan kereta, enjin tiba2 mati, dekat dashboard lampu langsung tak menyala, tapi alarm hidup, saya check bateri (MF type) indicator tunjuk warna hijau bermaksud bagus, boleh bagi idea bahagian mana nak di check, pernah berlaku, masa bawak kereta enjin mati, mengelabah jugak la nak bawk kereta ketepi...
Saya adalah pemilik kancil 660 auto.
Kereta saya pada waktu sejuk dapat dihidupkan dengan mudah tetapi dalam masa beberapa saat enjin mati. Jadi saya perlu menekan sedikit injak minyak untuk mengekalkan enjin hidup sehingga ianya stabil dalam tempoh 3 minit. Dalam proses itu asap hitam keluar dari eksoz. Kereta tiada masalah selepas itu dan asap normal.
Jadi abg apa saya perlu periksa ya?
Kereta sya viva elite auto..masalahnya kereta nie cepat habis minyak..bli hari ini 5 bar esok tingal 3 bar..bkanya jauh sya memandu..1o km sja.
Saya owner Iswara 1.3 tahun 1994.
Kereta saya banyak semput, jalan je memang tak pickup. Sekarang kereta tak mau hidup da bila mati. Pomen kate distributer sbb bila cek api, memang takde da. dan lagi satu minyak hitam belom tuka lagi, baru nak tuka. nak buat mane dulu eh ?
saya nak minta ilmu dan pandangan sikit.
enjin 4g15 injection..
ezos semua standet.
tb stepper moto dah buang dan guna ficd..
berapa bukak yg sesuai utk minyak dan angin..
boleh ka saya set angin kereta macam set angin motosikal dgn cara ttp angin habis buka minyak rpm 4 dan buka angin sikit2 sampai enjin rasa ringan..
ada efek tak cikgu..
minyak sep atau kuat..
mintak pandangan..
saya ada iswara 1.3 aeroback, masalah saya dgn kereta ni kkdg on the road dia jadi mcm semput (mcm naik belakang kuda), lepas henjut2 mati engine, minyak kalau dah diisi setengah atau full okay, kalau kurang dia menjadi2 semput, so apa solutionnya brader?,
-saudaratengahbuntu-
Tambahkan kabel negatif pada body juga
saya pakai kete naza suria. ble bawa kelajuan area 80-100, kete jadi lambat pick up & cam terhenjut2... rpm mcm stuck kat 2, ble tekan myk, rpm naik, baru lancar semula...apa yg perlu sy buat?
saya pakai kete naza suria. ble bawa kelajuan area 80-100, kete jadi lambat pick up & cam terhenjut2... rpm mcm stuck kat 2, ble tekan myk, rpm naik, baru lancar semula...apa yg perlu sy buat?
Tunning karburator 4G15p wira1997;
1.SOP tunning antara minyak, angin dan api yg mana mesti dilaras dulu
2.Berapa bukaan/pusingan (nisbah) standard untuk set minyak dan angin
3.Cara set api (distributor) dan bagaimana mengetahui api dikedudukan yg tepat atau stabil
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,