Penyelesaian DIY ketika hujan
Terimakasih kepada semua pengunjung blog kerosakan kereta ,semuga hari-hari yang dilalui bertambah elok,sihat jasmani dan rohani.Di waktu keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ini kadangkala cerah dan kadangkala hujan hingga dinihari malahan ada juga cuaca hujan sehingga keesokan harinya.
Pada waktu-waktu begini keadaan jalanraya sesak kerana ramai yang terpaksa memandu perlahan ke destinasi masing-masing.Pada cuaca waktu hujan begini pula jalan jadi berlopak dan tak kurang juga air yang melimpah sehingga kedalamannya mencecah tahap banjir.
1)Kabel Plug
Pada waktu-waktu begini keadaan jalanraya sesak kerana ramai yang terpaksa memandu perlahan ke destinasi masing-masing.Pada cuaca waktu hujan begini pula jalan jadi berlopak dan tak kurang juga air yang melimpah sehingga kedalamannya mencecah tahap banjir.
Pada waktu demikian lopak-lopak air kadangkala membawa masalah kepada kenderaan dan menyebabkan ramai yang lambat menuju destinasi .Kereta juga mudah berhenti dek kerana air yang mencecah laluan api kereta dan menyebabkan engine berhenti.
Terdapat 4 bahagian utama laluan api kereta yang mudah terganggu bila terkena air dan memberhentikan enjin serta merta.
1)Kabel Plug
2)Distributor
3)Ignition Coil
4)Ekzos (jika banjir)
Bahagian utama seperti kabel plug,distributor dan coil adalah amat sensitif jika terkena air,titisan air saja boleh memberhentikan engine kereta.Manakala ekzos pula jika air yang terlalu banyak masuk dari ekzos kereta, juga akan memberhentikan engine kereta serta merta seperti dalam waktu banjir.
Jika kereta berhenti tiba-tiba dipertengahan jalan sedikit pengetahuan mungkin dapat membantu menghidupkan engine kereta tersebut.Penyelesaian DIY yang boleh dilakukan sementara oleh pengguna kereta adalah :
1)Cabut kabel plug satu demi satu dan tiupkan beberapa kali dengan hembusan kuat kedalam kelongsong kabel plug yang dicabut tadi.
2)Tanggalkan penutup distributor dan hembuskan dengan kuat kedalam penutup supaya sedikt air yang tercecah ke kawasan sulit dapat dikeringkan.
3)Begitu juga harus dilakukan kepada sekeliling ignition coil.
4)Hidupkan engine semula
Nota: Ekzos tidak boleh dihembuskan ia harus ditanggalkan untuk pembersihan dengan mesin penyembur angin.
Salam,saya punya kereta wira 1.3 FI masalahnya ,fuel filter baru tukar 1 bukan tapi d leaking.pasal apa tu ya? Dan bagaimana nak repair? Ganti baru? Terimakasih
ReplyDeletewsalam jika leaking dihose,klipnya perlu ditukar tetapi jika fuel filter tersebut leaking perlu ditukar juga yang lain
Delete