Kesan dari makan minyak hitam
Salam kepada semua pengunjung,
Dalam post yang terdahulu ada dinyatakan bagaimana pelarasan tappet dapat menghalang bunyi ketukan yang kuat dan juga bagaimana top overhaul dapat mengembalikan enjin kereta seperti sediakala.
Semak video yang disertakan ini
Video diatas menunjukan hampir keseluruhan kesan-kesan yang dapat kita dengar mengenai ketukan yang terlalu kuat terjadi dalam engine yang telah mengalami ketidakupayaan mengawal geseran dan mungkin juga terdapat komponen dalam silinder yang telah pecah akibat dari minyak hitam yang menjadi kurang sedikit demi sedikit (makan minyak hitam).
Kesan dari minyak hitam yang menjadi kurang dengan cepat akan menghasilkan bunyi dalam enjin yang kuat serta boleh menyebabkan sebahagian komponen seperti rocker arm menjadi rosak atau pecah.
Kerosakan ini hanya boleh dibaiki dengan membuat top overhaul keatas enjin tersebut dan menukar semua set top overhaul seperti valve seal,rocker arm yang pecah dsbnya.Walaupun top overhaul kebiasaannya dilakukan jika putus timing belt tetapi dalam kes sedemikian top overhaul adalah wajib dilakukan untuk membolehkan kereta tersebut berfungsi seperti sediakala untuk menjamin jangkahayat yang lebih panjang.
Dalam post yang terdahulu ada dinyatakan bagaimana pelarasan tappet dapat menghalang bunyi ketukan yang kuat dan juga bagaimana top overhaul dapat mengembalikan enjin kereta seperti sediakala.
Semak video yang disertakan ini
Video diatas menunjukan hampir keseluruhan kesan-kesan yang dapat kita dengar mengenai ketukan yang terlalu kuat terjadi dalam engine yang telah mengalami ketidakupayaan mengawal geseran dan mungkin juga terdapat komponen dalam silinder yang telah pecah akibat dari minyak hitam yang menjadi kurang sedikit demi sedikit (makan minyak hitam).
Kesan dari minyak hitam yang menjadi kurang dengan cepat akan menghasilkan bunyi dalam enjin yang kuat serta boleh menyebabkan sebahagian komponen seperti rocker arm menjadi rosak atau pecah.
Kerosakan ini hanya boleh dibaiki dengan membuat top overhaul keatas enjin tersebut dan menukar semua set top overhaul seperti valve seal,rocker arm yang pecah dsbnya.Walaupun top overhaul kebiasaannya dilakukan jika putus timing belt tetapi dalam kes sedemikian top overhaul adalah wajib dilakukan untuk membolehkan kereta tersebut berfungsi seperti sediakala untuk menjamin jangkahayat yang lebih panjang.
Comments
boleh bg pendapat tak? berapa harga radiotor baru di pasaran sekarang ni??
sy pakai radiator secondhand, bulan depan nak servis radiator.. sbb temp kereta cepat tinggi lagi-lagi ketika kereta statik..
ada cara lain nak elakkan dari temp tinggi x?
Sebaiknya jika masih pakai thermostat ,keluarkan terus thermostat tersebut,tak perlu guna ,sangat efektif dan berkesan untuk mengurangkan temp yang tinggi.
kereta kancil saja..
erm keluarkan thermostat? kalau tak digunakan, kenapa diorg install kat kereta?
thermostat gunanya untuk tapis coolant dan bagi enjin sejuk juga sebagai sensor untuk pans air dalam enjin,tetapi olehkerana kadangkala penggunaan thermostat tu agak lama dan menyebabkan ia menyekat sebahagian air dan menjadikan radiator cepat panas.
Secara teorinya thermostat tu adalah baik memberikan enjin panas dahulu sebelum disejukan dengan coolant dan menyekat kotoran dan karat dari menyerang enjin.
Secara praktikalnya jadi lain bil dibuang terus thermostat kelancaran suhu lebih elok berbanding bila pakai thermostat tetapi bukan pada kereta baru 1-2 tahun.Ini terus diamalkan oleh banyak bengkel kereta membuang thermostat dan tidak perlu buat banyak kerja berbanding kerap menukar dan servis radiator tetapi tidak memudaratkan enjin samasekali.
Saya menggunakan kereta WIRA1.5 Auto
Saya mendapati bahawa ada kesan leaking antara bahagian enjin dan gearbox.
2 tahun lepas saya ada menukar flywheel oilseal disebabkan leaking yang sama.Sekarang ia leaking kembali.Adakan jangka hayat flywheel oilseal hanya bertahan selama 2 tahun..??
Adakan saya perlu menukar barang lain untuk mejadikan ia lebih tahan lama dari leaking kembali.
Bolehkah saudara memberi anggaran kos untuk pembaikan ini..
Terima Kasih
WIRA AUTO
Flywheel oil seal boleh bertahan lama jika minyak gear auto ditukar setiap 2 kali servis kerana kekotoran dari minyak yang jarang ditukar boleh menyebabkan oilseal jadi keras.Minyak yang digunakan pula haruslah minyak yang lebih kualitinya seperti minyak auto castrol dan petronas.
Pada gearbox juga terdapat drive shaft oil seal di kiri dan kanan gearbox,kadangkala terjadi lelehan minyak dari driveshaft sel juga kelihatan seperti minyak tersebut dari flywheel.
Anggaran kos rm500 kebawah.
Saya mengamalkan 20k KM untuk penukaran minyak gearbox dan 40k KM untuk penukaran filter auto.
Saya menggunakan minyak auto NASA ATF FLUID.Adakah ini penyebab flywheel oilseal tersebut cepat rosak...?
Bolehkah saya tangguhkan untuk repair leaking tersebut dan adakah ia mempunyai kesan pada enjin...?
Sbb saya baru sahaja tukar minyak dan filter gearbox ( belum sampai 2k KM,jadi kalau saya tukar oilseal tu sekarang,minyak gerabox perlu dibuang dan diganti baru,lagi bertambah kos.
Yang leaking tersebut merupakan minyak enjin atau gerabox...?
Jadi saya hanya perlu menukar flywheel oilseal ajalah....tanpa ada barang2 lain lagi yang perlu ditukar untuk mengatasi masalah leaking ini.
Adakah benar...?
Kunci (ignition body)saudara mungkin telah rosak.Jika bateri dan starter ok ini bermakna kunci saudara perlu diganti.
minta maaf saya terlepas 2 soalan dari saudara,sebelum saudara lakukan sesuatu,periksa dulu minyak tersebut,sentuh sedikit dgn 2 jari dan rasa minyak tersebut jika ianya terlalu licin ,ia adalah minyak gear dan jika ianya hitam berkelat ianya adalah minyak hitam.
Jika saudara dapat pastikan ia adalah minyak gear mungkin saya dapat membantu.
Saya dah periksa dan mendapati dia berwarna hitam kekuningan...(mungkin minyak enjin ).Apakah yang perlu saya repair.Dah jika lambat repair,adakah ia mempuyai kesan pada enjin.
saya rasa ia adalah kerana oil seal distributor yang dah rosak.keras,tukar seal tersebut akan menyelesaikan masalah ini.
Maaf,saya lupa hendak menyatakan bahawa minyak tersebut leaking pada bahagian bawah enjin ( sambungan antara enjin dan gearbox - betul2 pada crossmember )dan saya menggunakan transmisi automatik.
biasanya kalau kat situ cuma leaking pada gearbox oil seal,iatu antara drive shaft dan gearbox ada satu seal di tengah.Saya rasa itu seal tu je yang kena tukar,selalu dipanggil drive shaft oil seal
Untuk gunakan merekah yang sedikit tidak jadi masalahcuma lama kelamaan jika ia tak berdaya tampung pusingan ia akan merekah besar dan enjin susah dihidupkan,jangkahayat jika rekahan hanya pada body masih boleh digunakan dlmmasa setahun.
charade aura g100
1)3 minggu yg lepas sy dh ganti driveshaft kiri dn kanan..tp selepas 1 hari ad bnyi ktak" tapi x ktara..tp sjak akhir2 ni bunyi makin ketara..bila sy psing stereng.bnyi ktack" agk kuat..klu jaln rata x bnyi..tp.jln bonggol dn x rata bnyi ktak"..
2)enjin start dgn baik..tp masa matikan enjin..kdg2 delay smpai 2 saat pastu gegar smacam..
3)bila sy tekan mnyak ok tp msuk gear 2 ad bnyi ktack" dkat dpan..mybe kt bhagian shaft @ axle..sy x pasti..adkah ia brkaitan dgan soalan num 1 td..
trima kasih....
Drive shafta ada dua jenis,iaitu luar dan dalam,saya rasa apa yang saudara tukar adalah drive shaft luar ,disini ramai yang keliru mereka sangka jika tukar drive shaft bunyi akan hilang sebenarnya drive shaft harus ditukar sebatang bermaksud luar dan dalam.Akantetapi jika luar dan dalam telah ditukar ada kemungkinan lower arm dah rosak.(soalan 1 dan 3)
(soalan 2)
Enjin akan gegar jika masih ada lagi saki baki pembakaran sebab minyak yang masih turun ke ruang pembakatran,charade aura sistem karburator jadi masalah petrol sedemikian sering berlaku,apa yang saudara perlu buat ialah servis karburator dan pastikan mekanik selaras ketepatan minyak dan angin untuk idling.
lower arm+setting carb+timing..
kos sekitar rm200-250.
anggaran kos top overhaul sekitar rm500 kebawah
disini sy nk kogsikan sdikit masalah sy hadapi,
sy pakai kancil 660 kluaran 2003, aritu asap putih kuar bnyak kat ekzos
pg bgkel pastu pomen tu ckap kna wat full overhaul sbab blok da calar..dia syorkan suh potong blok..mean guna piston baru la kan?
tpi.. pas da siap keta se rev masuk gear 1 still ag masalah asap putih,tpi xbnyak mcam sebelumnya, se ideal xda lak asap putih,,
nak tahu sngat knapa ye blaku ag msalah asap putih nie,,
mnyak htam pon kurang tapi bla start enjin..leaking xda..
pleazzzz..tolong :(
Kadangkala ini terjadi kerana mekanijk menggunakan diesel untuk mencuci komponen2 seperti blok,piston dsbnya.
Ini memungkinkan asap putih yang datang dari diesel yang belum habis kering akibat pencucian dan bercampur dengan angin membentuk asap putih bersifat sementara.
Saudara cuba dahulu pakai kereta seperti biasa kira2 2-3 minggu dan perhatikan jika asap tidak hilang saudar aperlu berjumpa mekanik semula untuk membuat pemeriksaan semula.
just nk tau..
mean keadaan blok enjin 2 x calar da ka kalau asap kuar xbpa putih?
tpi knapa still mnyak hitam ley kurang lg yer?
sy kurang mahir bab enjin nie..
inginkan kpastian..
Periksa bil saudara samada top overhaul tersebut telah menukarkan valve seal,jika valve sal tidak ditukar kira2 80 peratus top overhaul akan mengalami kekurangan minyak hitam melainkan jika ia telah diganti masih juga kurang minyak hitam ,lelehan dari gasket oil sump,oil filter tidak ketat,head silinder yang tidak kunci ketat dan penutup minyak hitam juga boleh mendatangkan kurang minyak hitam selepas top overhaul.
Inilah yang pernah saya katakan pada post top overhaul yang saya tulis,kesilapan mekanik yang tidak memastikan marking pada ketepatan yang betul.
Piston hanya akan berlubang bila marking timing belt tidak tepat dan menyebabkan valve tertutup dan terbuka yang jauh dari kedudukan sebenar dan berlanggar dengan piston.
Ini semua adalah kesilapan teknikal yang dilakukan oleh mekanik,saya amat bersimpati kerana saudari membayar lebih sedangkan kos ini harus ditanggung semuanya oleh bengkel tersebut.
Suka saya nyatakan cara pemanduan tidak akan memberi kesan langsung kepada enjin ia hanya akan melibatkan bahagian roda sahaja.
Saudari harus mengenalpasti dan bertukar keepada mekanik yang lebih berpengalaman dan mahir berbanding yang ada sekarang.
masalah sya adalah berkenaan minyak hitam kereta yang berkurangan. untuk info saudara, sya miliki kereta wira 1.5 manual model VDO tahun 2002. sebelum ni mmg sya mgunakan minyak itam jenis 10w40. tapi dalam 2 bulan lepas, bila sya check paras lever, ternyata minyak hitam hampir kering. nak kata minyak hitam bocor, tak de pulak . asap putih pun tak de kelihatan. tapi atas nasihat member, sya beralih ke 15w40. tapi kali ni masalah still sama cuma pengurangan minyak hitam tidaklah terlalu cepat. So perlukah sya bertukar ke jenis 20w50 pulak . sya dengar minyak ni terlampau pekat, so prestasi kereta akan berkurangan dan menjadi berat . petrol pun makan kuat. jadi soalan sya pada saudara, adakah disebabkan usia kereta sya tu yg sudah sampai masa memerlukan minyak hitam yg jenis lebih pekat ataupun kereta perlu di overhaul? yg kedua.. petrol mana yang paling sesuai atau paling tepat utk usia kereta sya ni..samaada ron95 atau ron 97. bagi sya biarlah kereta boleh bertahan lama. harap dapat bantu bro dalam hal sya ni ..TQ
Minyak hitam yang likat juga adalah punca kemerosotan paras minyak dalam enjin,kelikatan minyak hitam akan menambahkan kerak2 pada bahagian dalaman enjin terutamanya pada silinder head,tetapi ianya sekadar 20 peratus sahaja dan selebihnya adalah kerana valve seal yang telah rosak dan sedikit daripada kebocoran jika ada.
Dalam masalah saudara top overhaul dan menukar gasket oil sump adalah memadai.Top overhaul bermaksud segala apa yang terdapat dalam top overhaul set ditukar.
Minyak petrol yang paling baik adalah ron97 akantetapi ron95 adalah berpatutan buat masa sekarang kerana harganya jauh lebih murah dari Ron97.
Mengenai kereta tersebut yang menggunakan kadar minyak petrol tinggi adalah kerana:-(Kepanasan enjin walaupun tidak dinyatakan oleh meter sebenarnya adalah penyumbang utama penggunaan minyak petrol yang bertambah.
1)sedikit sebanyak dari bunyi tappet-pastikan diselaraskan jika top overhaul
2)Kepanasan body enjin-tambahkan wayar negatif untuk body
3)Sistem air seperti radiator,thermostat dan hose air juga water pump.
Flush radiator setiap kali menukar minyak hitam,tukar thermostat jika dah lama digunakan,tukar water pump jika perlu.
3)Servis karburator(jika gunakan sistem karburator),cabutkan injektor dan bersihkan (jika sistem injection)
4)Pastikan belting yang digunakan untuk memusingkan water pump tidak terlalu kendur dan terlalu tegang.
5)Penutup radiator yang elok dan melekap perlu digunakan.
Kereta saya mengalami masalah yang sama seperti video di atas. Saya difahamkan perlu dibuat overhaul dan seperti penerangan tuan saya percaya ianya perlu. Cuma yang saya musykil adalah dari segi kos. Mekanik tersebut belum menyatakan secara terperinci kos yang terlibat tetapi ada membuat anggaran sebanyak RM2k ++. Untuk makluman, saya menggunakan Nissan Sentra Auto Tahun 2002. Mohon pandangan tuan tq
Mungkin mekanik maksudkan overhaul,jika top overhaul mustahil untuk mencecah ribuan ringgit melainkan tukar silinder head,distributor,timing belt,minyak hitam,oil filter,plug dan manifold.
Jika saudara maksudkan overhaul kos tersebut memadai jika 4 piston ditukar,ring,enjin bering dan crak shaft skimming.
Bila minyak gear terlalu banyak ia akan menyebabkan mana2 seal bocor dan tekanan yang tinggi dikenakan kepada torque converter akan menyebabkan berat dan segala kotoran akan terlekat dimana2.
Ada lebih baik saudara keluarkan semula minyak gear sehingga habis supaya kotoran dan apa saja yang melekat dimana2 dapat mengalir keluar.Isikan semula minyak gear ikut kadar yang betul.
Masalah asap putih yang berterusan adalah masalah piston ring yang telah haus atau patah.
Overhaul adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.
anggaran kasar overhaul adalah sekitar rm1500 itupun jika saudara tukar semua piston,jika tak tukar cuma piston ring,engine bering dan overhaul gasket hanya kira2 rm1000 sahaja termasuk upah
Kelarkan semula silinder head tersebut,kemudian pusing rocker arm kepada kedudukan valve 1 dan 4 terbuka ,valve 2 dan 3 tertutup.
Jangan pusingkan semasa atas blok,ini boleh mencacatkan piston saudara.
Kesilapan saudara ialah tidak meletakan pada marking kedudukan atas dan bawah sebelum buka silinder head.
Pastikan ia betul2 tepat kepada marking di atas kerana sedikit kesilapan akan menyebabkan piston pecah.
masalah bunyi ni memang banyak berlaku,saudara kena pastikan dahulu dari mana datangnya bunyi tersebut samada dari dalam kereta mahupun luar kereta.
Biasa yang terjadi pada kereta honda jika bunyi sekitar tayar adalah kerana absorber yang semakin lemah,bila lemah permulaan gerakan sudah berbunyi dan bila aircond dipasang enjin semakin kuat bekerja menjadikan gegaran lebih olehitu bunyi tadi semakin kuat.
Pastikan dahulu bunyi itu datang darimana ,jiwa yang suci murni sudahtentu boleh mengesan bunyi tersebut
lg 1, mcm mane nk bagi bunyi enjin slow sket..
iswara user
Tak tukar sehingga 5000 pun tak mengapa kerana overhaul dah tukar minyak hitam.Tiada mendatangkan mudarat jika tak tukar minyak hitam sehinngga 5000 km.
Enjin akan sedikit kuat sehingga satu masa ia akan berbunyi seperti sediakala.
1. Kenapa jadi begitu?
2. Berapa hari kereta di bengkel?
3. Kos yang dikenakan?
Terima kasih.
Periksa minyak hitam jika kurang tambahkan dahulu tetapi jika berterusan kurang enjin kereta tersebut perlukan tip overhaul dan kos pembaikan kira2 rm300-400 dan memakan masa 2 hari biasamya untuk siap
Kena buat overhaul dan kos pembaikian hampir mencecah RM 2800.
Lusa tengahari akan siap. Minyak hitam tak de masalah tapi ada benda `patah' dekat dengan tayar. Redha..
Sekian trimas. .
Semasa turbo lag speed akan berkurangan untuk seketika sehingga turbo bertindak untuk speed laju semula,ianya seperti freeplay pada clutch.Ia adalah normal melainkan saudara guna twin turbo.
Saya rasa saudari pernah drive kereta sehingga tahap merah pada meter,dan menyebabkan head gasket pecah,saudari perlu buat top overhaul dan skim head memandangkan air membuak keluar ketika dihidupkan menandakan head gasket yang telah pecah.
Dan bole ka keta tu bertahan utk ke outlet proton tdekat, 1 hour drive? Plus traffic jam..pening uh kepala fikir psl overheating ni.
Jika masih warranty bawa ke proton servis semula dan btau secara terperinci mengenai overheating dan air yang membuak keluar,kos menelan belanja kira2 rm500 dan mungkin lebih. 1 jam tak jadi masalah,tetapi jika panas berhenti dan rehatkan kereta TETAPI JANGAN BUKA TUTUP RADIAOR KETIKA PANAS (BAHAYA)
tambahkan air pada tangki spare bersebelahan radiator sahaja.
Jika kereta saudara ketika bunyi bising masih hidup dan minyak hitam telah ditambah,tiada apa yang akan pecah cuma kereta tersebut tidak akan bertahan lama kerana enjin bering yang jadi calar.Periksa kereta saudara jika terdapat hose yang bocor pada mana2 bahagian juga pada oil filter,tangki minyak hitam dan sekeliling head.Pastikan minyak hitam sentiasa ada.
Jika semakin lama ia jadi makin bising walaupun ada minyak hitam pastikan saudara buat overhaul ,tukar enjin bering dan crnkshaft skimming supaya calar2 pada komponen tersebut dibaiki.
top overhaul dan overhaul adalah dua carakerja yang berbeza,apa yang saya rasa saudara telah lakukan adalah top overhaul dimana head gasketa akan ditukar dan head akan diskim untuk mengelakan dari enjin panas.
Untuk carakerja top overhaul terdapat tukaran top set gasket iaitu tukar head gasket,oil seal,valve seal dan grind valve.Jika terdapat kesan minyak hitam berkurangan valve seal perlu ditukar dan skim head perlu untuk mengelakan air kurang pada tangki simpan.
Sila periksa bil saudara mengenai alatganti yang ditukar pastikan head gasket,valve seal,oil seal dan grind valve serta skim head telah dilakukan.
skim head yang tidak dilakukan memungkinkan lelehan kecil minyak hitam sekeliling blok dan menjadikan enjin bertambah panas.
Tanya semula dgn mekanik untuk kepastian.
ajepiero sini.saye pakai gen2 1.6taun 2005 auto.skang masalah saye adelah minyak itam yg leaking kat bawah kete.saye tanye kat bengkel sew yew soon, tapi ah cai tu cakap kene buat top oberhol.die cas 6-8rat.saye bab2 kete ni kureng sikit,jadi risiko nak kene kencing kat lutot memang besar la.kalo tak payah buat top, tapi memadai tuka part yg problem (bocor) saje ok kan?adekah oil sump problem,atau gasket boco?runsing sikit saye.eheh.mekaseh bro
brape kos untuk head licking? ape punca head licking?
Head yang bocor akan menyebabkan minyak hitam naik keatas filter dan enjin jadi tidak stabil,serta asap hitam yang banyak.
Perlukan top overhaul dan kos minima adalah rm450.
Leaking ada banyak sebab
1.oil sump bocor atau gasket koyak
2.oil filter bocor atau lama tak tukar
3 oil seal timing belt bocor
4.Distributor oil seal koyak/keras
5.head cover gasket keras/koyak
Periksa btul2 dimana bocor itu menitik bila parking kereta.Jika di kawasan timing belt ia adalah oil seal timing belt bocor
Jika disekeliling oil sump itu bocor gasket oil sump
Jika ditepi head itu bocor head gasket cover atau distributor oil seal.
Yang sering terjadiialah bocor oil seal timing belt
Utk pengetahuan top overhaul dilakukan atas sebab makan minyak hitam,minyak hitam naik dangasket pecah sahaja.
-ajepiero-
kos terlibat dibawah rm200 utk setiap yang disebutkan.
saudara periksa diw/syop biasa pun tak apa,biasanya masalah begini hanya melibatkan gasket tangki minyak dah keras,skru tangki bocor,getah oil filter bocor dan getah cover head bocor.kos membaiki juga tidak mahal.
itu yang terbaik biasa dilakukan untuk kereta 2nd hand.Top overhaul membersihkan karbon dlm enjin sekaligus memberikan prestasi baru pada enjin,manakala dengan timing belt baru saudara telah nyahkan kerosakan putus dan leaking pada timing belt untuk penggunaan 50000 kilometer lagi.
Ramai yang keliru mengenai overhaul dan top overhaul.Overhaul bermaksud carakerja bermula dari blok iaitu tukar piston ring,enjin bearing,minyak hitam,skim crankshaft dan oil seal.
Manakala top overhaul pula adalah menukar valve seal,head gasket,distributor seal dan grind valve dan carakerja ini lebih tertumpu kepada menghilangkan kesan2 makan minyak hitam dan enjin panas.
Periksa bil saudara ada tak terdapat valve seal ditukar dan grind valve dilakukan.Jika ada bermakna kereta tersebut tidak akan makan minyak hitam kerana semua bocor pada valve dan ring telah dibaiki.
S
Saya rasa kereta saudari perl tukar fuel pump ,hanya fuel pump yang menyebabkan kereta mati tiba2.Tukar fuel pump di mana2 w/syop sebelum buat yang lain.
Mengenai minyak hitam yang kering mungkin terdapat sedikit bocor kat mana2 tempat di enjin.
Saudara, saya pakai kereta Honda City 2008. Situasi kereta saya 1.Berhenti sekejap tekan brek kaki 2.Kemudian saya tukar gear reverse 3.Saya tekan pedal minyak dan undur 4.Saya lepas pedal kemudian saya tekan brek ada bunyi 'Tang'! di bahagian hadapan. Saya pernah berjumpa dengan mekanik dan mekanik bagitau kemungkinan Rod End/Shaft atau kawasan2 situ. Tapi saya xpasti sbb kene beli barang dulu baru tau apa yang bunyi. Mohon saudara dapat bagi pendapat atau pengalaman yang pernah saudara jumpa masalah spt ini. T.Kasih.
-HONDAZ-
Penyebab bunyi yang biasa pada honda adalah mounting gearbox belakang.Bunyi terhasil sebab mounting gearbox yang pecah.
Minyak enjin naik keatas kerana piston ring yang pecah atau haus,asap putih juga adalah tanda 2 tersebut,overhaul adalah satu2nya cara untuk membaikinya.Kos sekitar rm1000
Kalau bunyi mcm Enjin goyang bila brek tu mounting jugak ke? terima kasih menjawab soalan td.
-HONDAZ-
Terdapat 4 mounting pada keeta,2 mounting enjin dan 2 mounting gearbox.Berdasarkan pengalaman saya,Saudara nyatakan bunyi tersebut akan berlaku bilamana pada reverse gear,ini lebih menguatkan lagi ada benda yang berlaga bila enjin bergegar dan bergoyang.Jika saudara tidak pasti,periksa dahulu keempat2 mounting tersebut dan pastikan ianya tidak pecah barulah saudara boleh beralih dibahagian roda.
Bila bek bergegar pun termasuk dalam masalah mounting.
Kos membaiki satu mounting adalah kira2 rm150
Bocor sedikit tidak mengapa saudara boleh tukar kembali dari berhariraya pun tak apa.
Tetapi jika koyak teruk dan berbunyi saudara perlu tukar segera takut2 ia akan mernganggu perjalanan roda.
masalah macam ni memang ada kena mengena dengan gearbox,memang kena pi w/syop tukar gearbox
saya guna wira taun 97 injection single cam 1.8. masalah dia bila masuk gear reverse body @ enjin bergegar.. klaw bkak air con lagi la kuat dia brggar.. harap bro dpt membantu. tq.
Gegar kereta terjadi sebab rpm yang rendah.rpm boleh dibaiki dengan menukar plug,air filter dan adjust stepper motor pada throttle body.
Lakukan di mekanik berdekatan tempat saudara tinggal.
tak boleh ,kena Tukar stepper motor kereta wira tersebut,harga pun tak mahal sangat,tukar dah terus ok dah!
Lihat blog rakan saya ni mengenai stepper motor yang saya maksudkan tu
http://tacra.blogspot.com/2010/07/isc-servo-aka-stepper-motor.html
saya guna kereta toyota altis auto vvti. baru2 nie terdapat licking minyak hitam tp x pasti dari mana puncanye. sy hantar ke bengkel, pomen ckp nak kena turun enjin sbb katany ada kebocoran gasket antara gear box dgn enjin.. mntak pendapat tuan apa yg harus saya buat.. ada tak cara lain untuk selesaikan masalah saya nie. tk.
saya rasa saudara periksa dahulu diw/syop lain.Biasanya leaking minyak hitam tak melibatkan gearbox.Jika dari atas ia hanya leaking pada oils seal distributor,dari bawah leaking oil sump(tangki minyak hitam)dan oils seal tepi iaitu timing belt/chain.
tukar feul pump kira2 rm1-200 sahaja
Plug,kabel plug,air filter tukar dulu dan perhatikan kesannya .Jika ia masih sama btau mekanik untuk adjust distributor untuk merendahkan rpm atau bunyi enjin jadi stabil jika tiada rpm,press minyak kereta dan perhatikan kesannya semula.
u and i
gegaran enjin yang kuat boleh rasa bila memandu ketika membrek,ketika berhenti dan ketika membelok.
Gegaran enjin juga boleh dilihat bila buka bonet,terdapat 4 mounting utama kereta iaitu 2 gearbox dan 2 enjin.
Mounting enjin mudah dilihat dikiri dan kanan enjin,boleh lihat jika ia pecah manakala monuting gearbox yang pecah menyebabkan drive shaft luar dan dalam selalu berbunyi dan kereta juga bergegar bila enjin dimatikan.
Pertanyaan saya:
Bolehkah saya membawa kereta ini bergerak dalam jarak 20 km. Sbb tempat service tu agak jauh. Tkasih
takde masalah nak bawa untuk 20km atau lebih tapi periksa sedikit paras minyak hitam ,pastikan tiada yang bocor mengalir dan jika ada hose kecil vakum atau hose pada cover silinder head yang koyak ,balut atau jika ada yang lain gantikan dulu.
Kereta sy kancil 850, enjin knocking dan dh buat top overhaul. Bunyi knocking dh kurang tp msh lagi bunyi jika start enjin pagi2 dan tekan minyak. Mekanik kata camshaft dh bengkok, perlu tukar. Sy nk tanya adakah camshaft atau crankshaft yg rosak? Berapa kos tukar camshaft/ crankshaft dan perbezaan cam dan crank nie?
terima kasih bro..
huzaireymee said..
sy pkai wira 1.6A 94..
mslhnye kt bwh enjin ade myk menitik,
xtau dr mne,blh x law sy ketatkn skru ktbwh enjn n yg kt ats??sbb sume xktat..
poblemnye myk itam menitik kt bwh enjn xtaw dr mne..
blhkh sy ktatkn sume skru d bwh enjn n yg kt ats sbb sume xktat..adakh myk itam yg menitik tu pnca dr skru yg xktat tu?
Minyak hitam biasa menitik dari:-
1.oil filter
2.oil sump (takung minyak hitam)
3.seal distributor
4.Head cover
5.timing belt
oil filter yang tidak ketat atau lama tidak ditukar,oil sump gasket yang telah keras, oil seal distributor yang telah keras,getah penutup silinder head yang telah keras dan timing belt oil seal yang pecah,Ini semua adalah penyebab minyak menitik ke bawah.
Saudara boleh ketatkan skru mana2 komponen diatas.Biasa yang berlaku pada wira minyak akan menitik dari oil seal distributor kebawah.
Periksa dari sebelah mana minyak tersebut jatuh dan pastikan.
crankshaft duduk dibawah dalam blok enjin sementara camshaft adalah didalam silinder head.Camshaft dan crankshaft tidak mudah bengkok.
Apa yang mungkin terjadi pada kancil saudara selain dari apa yang foreman saudara katakan adalah bunyi tappet.
Adjust tappet dahulu.
Kos menukar camshaft tidak mahal kira2 rm200 kebawah tetapi jika menukar crankshaft ia adalah kos melakukan overhaul sekitar rm1000 kebawah.
Minyak merah adalah minyak power steering dan biasa berlaku jika minyak menitis bermakna oil seal power steering saudara telah bocor.
Memandu tidak bahaya cuma pastikan bocor tidak terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan power steering jadi berat.Tambah minyak dan tukar power steering jika minyak terlalu banyak menitik.
kos tukar power steering sekitar rm400 kebawah.
Apabila salah satu kepala bateri ditanggalkan ketika enjin hidup,enjin tidak mati menunjukan alternator masih berfungsi dengan baik.
Tanda-tanda bateri tidak dicas semula ialah apabila lampu,radio yang semakin malap.
Keta sy honda civic 1.7 thn 2004.sblm ni ade myk leaking.ble cek kt honda diorg srh tkr driveshaft oil seal.bila dh tkr pn masih ada mslh minyak bocor & bila sy cek minyak atf (kalo ikut buku manual,kat sy cek tu myk atf,bhgian bwh celah2 enjin,xtau la btl ke x.hehe) semakin b'kurang & dh dkt paras plg rendah.soalannya,apa prob kete sy?trk ke?kesan2/akibat mnyk t'sebut kurang shgga paras minimum?tqvm
minyak atf atau minyak gearbox auto hanya akan berkurang bila bocor di:-
1.oil seal drive shaft
2.skru auto filter
3.Gasket auto filter
4.oil seal gearbox
5.Penutup gear kiri
Perhatikan kedudukan minyak gear tersebut menitik ketika kereta parking ,jika disebelah kanan gearbox ia adalah minyak gear yang menitik dari dlm gearbox dan jika di sebelah kiri sekali ia dari penutup gear tetapi amat jarang berlaku.
Yang paling kerap berlaku adalah dari oil seal drive shaft dan gasket auto filter.
Apa yang saya maksudkan kanan=driver,kiri penumpang depan,Saya rasa minyak tersebut mungkin dari oil seal drive shaft dan biasanya jika sedikit pun kecila akan mengalirkan mimyak gear dalam kadar perlahan,saudara perlukan yang benar2 ori dari segi saiznya!
mohon bantuan penerangan.
kereta saya Gen2 1.6 auto tahun 2005
beberapa minggu yg lalu, sy ke Proton servis dan bila diperiksa, mekanik beritahu perlu buat top overhaul kerana berlaku kebocoran minyak hitam, minyak brek dan satu lagi minyak sy x ingat (saudara tahu tak apa agaknya??).
sy minta dia senaraikan sparepart yang perlu ganti. dia senaraikan tiga saja. iaitu brake pump, gasket dan satu lagi singkatan h/p (saya tak tahu apa, bila dah balik baru perasan lupa nak tanya)
1. adakah betul tiga sparepart ini perlu diganti?
2. selepas ganti, bagaimana cara nak bersihkan leaking minyak yang melekat pada tank bawah tu?
3. sy rasa yg bocor minyak hitam je,bagaimana nak kenalpasti?
4. adakah kos buat di proton servis sama sahaja dengan di bengkel luar dan yang manakah yang tuan lebih prefer?
5. adakah top overhaul sesuatu yang bagus (tuan kata ianya dapat embersihkan enjin?)
terima kasih tuan. harap dapat jelaskan.
minyak brek,minyak hitam,minyak klac dan minyak gear,semua nia adalah kegunaan untuk minyak kereta auto.
Apa yang dimaksudkan top overhaual adalah baca apa yang saya terangkan kat sini http://kerosakankereta.blogspot.com/search/label/top%20overhaul
Apa yang diaorang nak buat cuma menukar gasket tangki minyak hitam,tukar brek pam dan hose.
Dari apa yang saudari maksudkan tak jelas untuk meneka apa yang bocor sebenarnya.Ada lebih baik saudari pergi dulu ke kedai biasa untuk periksa semula apa yang bocor dan tak kena pada kereta tersebut.
Top overhaul hanya dilakukan atas sebab mendapatkan semula prestasi enjin bukan sebab bocor yang menitik dari mana2 komponen kereta.Ia adalah untuk enjin bukan untuk kerosakan seperti yang saudari terangkan.
Top overhaul tak ada kaitan dengan kerosakan kereta gen2 tersebut.
Terangkan pada pomen kedai biasa dan suruh mereka periksa teliti dahulu sebelum buat apa2.
sebelum ni sy pernah check di pomen biasa, dia minta sy cuci dulu enjin supaya dia boleh kenalpasti minyak apa yang bocor.
Periksa sendiri pun boleh,ambil sedikit minyik menitik dengan jari dan geselkan dihujung jari tersebut,minyak yang licin dan likat sedikit berwarna merah itu minyak gear,jika hitam dan licin berkeladak itu minyak hitam,jika kena air dia hilang tiada kesan langsung itu minyak brek dan minyak klac berwarna kuning gelap dan licin seperti sabun.
sye ingin meminta pendapat dr bro...sye mengalami kerosakan starter dan altenator...pd pndapat bro yg mane lebih elok tukar yg baru atau repair semula?apakah perbezaan diantara kedue2 etrsebut?terime kasih
Dua jenis alatganti yang biasa digunakan ialah
1)recon
2)terpakai
Recon adalah alatganti yang telah ditukar alatganti dan dijual dikedai alatganti kereta
2.Altganti terpakai hanya boleh didapati dikedai potong kereta/alatganti terpakai.
Manakala komponen seperti alternator dan starter banyak mengalami kerosakan carbon brass dan solenoid.
Bila dibaiki ,alternator hanya akan ditukar carbon brass bukan gegelung solenoid oleh itu alternator recon adalah lebih baik
Starter pula biasa ditukar solenoid dan carbon brass kerana hanya alatganti ini yang ada dijual dikedai2 alatganti olehitu starter yang dibaiki adalah lebih elok berbanding yang recon.
Terima Kasih
Rekahan tayar boleh mengundang bahaya ,lebih2 lagi jika menggunakan kilometer yang banyak dalam sehari.
Kekukuhan tayar bergantung pada lilitan benang halus biasa dipanggil dawai tayar.Jika ianya putus atau merekah segeralah menukar kepada tayar yang lebih baik.
Cengkaman pada roda juga bergantung kepada kukuhnya dawai tayar ,jika ia tidak kukuh ia akan meletup bila dalam geseran dengan jalan yang menjadikan tayar cepat panas.
saya memiliki kereta wira injection tahun 2002..
saya nak tanya masalah kerosakan kereta yang saya hadapi mengenai check engine light menyala masa driving dan membuatkan enjin kereta jerk dan tetiba disable masa driving.
saya dah tukar throttle body tapi masalah yang sama saya hadapi..lagi satu masalah enjin kereta bergegar masa tekan minyak especially masa gear 4 dan 5..
kenapa ye..pening dibuatnya..
Tukar plug dan periksa mana2 kabel atau wire yang yang pecah dan menyebabkan api terpercik keluar.
Biasanya ini berlaku kerana distributor,periksa distributor,mungkin hampir rosak.
Periksa mounting gearbox ada tak yang pecah,jika tiada masalah tersebut adalah masalah kabel klac ,adjust kabel klac supaya rapat untuk memekan klac plate.
kereta tersebut ada masalah wiring ke bateri yang tak cukup ,dapatkan mekanik untuk pasaangkan starter relay .
soalan 2..
kereta sy bla pandu 160km/j ke atas...air pada tank spare radiator mendidih sampai terkeluar....tp temp pd meter still je...sy dh tkr radiator bru dan flush smuanya...cina ada tkr cap radiator 1.1 sbb enjin besar katanya...sblm n sy pkai 0.9...adakah ada effect cap radiatir..atau ada msalh lain...hrp sudi menjwb...thank
Biasanya oil seal drive shaft dalam yang buat minyak gear bocor dan oil filter kekadang ada lelehan minyak hitam juga,periksa juga distributor oil seal kadang2 minyak dari atas yang meleleh hingga kebawah dan jatuh dekat ekzos.
1.rujuk jawapan saudara zaidi.
2.bila tank spare airnya mendidih maknanya air memang panas,periksa thermostat,kipas dan servis radiator.
Tukar thermostat juga thermostat.
masalah macam ni dah makan minyak hitam,kena buat top overhaul untuk tukar valve seal.Minyak dah cepat berkeladak pada valve head dan seal.
Enjine treatment tak membantu malah akan menjadikan kebocoran pada seal luaran seperti seal distributor dsbnya.
Buat top segera.
soalan 2
cm mna nk thu thu sama ada thermostat rosak....cra nk periksa manual...tkr thermostat perlu tkr switch fun skli x...
minyak hitam -oil seal distributor
minyak gear -oil seal drive shaft dalam
2.thermostat tukar bila ada tanda2 enjin panas pada meter suhu dan bila air mendidih kadangkala thermostat rosak menyebabkan perjalanan air dan auto kipas jadi tak menentu menyebabkan enjin makin panas.Thermostat rosak sebab karat dan terlalu lama digunakan.
Apa masalahnya minyak gear auto kering,tapi takde pun leaking pastu enjin berkebuk asap putih minyak hitam elok je tak kering pun. Nak tanya masalahnya adakah minyak gear boleh masuk kedalam enjin dan menyebabkan asap putih keluar.
minyak auto tak boleh kering,ia mungkin bocor dimana2 tapi tidak menitik atau melimpah malah ia cepat keing bila terkena bahagian panas pada enjin blok atau ekszos-periksa teliti sekitar drive shaft dalam pada gearbox,pada reverse switch,pada sekeliling lengkokan gearbox dan hose tekanan minyak gear auto.
minyak gear tak boleh masuk dalam enjin kerana ia adalah bahagian yang lain .asap putih mterjadi atas sebab piston ring yang haus.
skru tuning angin lebih ke dalam sedikit,apa yang saudara pusingkan berbentuk spring adalah alat tune untuk minyak sahaja,keluarkan karburator tersebut barulah boleh lihat skru angin,servis karburator adalah yang sebaiknya jika tidak asap akan terus hitam dan plug akan menjadi cepat hitam dan seterusnya kereta jadi semput.
Saya menggunakan kereta Iswara 1.3(m) a/b thn 2000, terdapat 2 masalah yg ketara pd kereta sy.
1-kereta sy mengeluarkan bunyi 'takk takk takk' semasa berjalan walaupun pada jalan yg rata. Bunyi ni dtgnya dr belah depan kanan driver. Adakah mslh ni berkaitan absorber/ suspension atau seblknya? berapakah anggaran kos jika menukarnya dan saranan saudara.
p/s Utk pengetahuan saudara, sy telah menukar lower arm yg telah rosak.
2- kdg2 kereta seakan-akan nk mati semasa tgh memandu pd kelajuan >60km/h. Bukan ke kereta manual sukar utk mati semasa sdg bergerak?
Terima Kasih
Pemuda Kebingungan
Saya menggunakan kereta Iswara 1.3(m) a/b thn 2000, terdapat 2 masalah yg ketara pd kereta sy.
1-kereta sy mengeluarkan bunyi 'takk takk takk' semasa berjalan walaupun pada jalan yg rata. Bunyi ni dtgnya dr belah depan kanan driver. Adakah mslh ni berkaitan absorber/ suspension atau seblknya? berapakah anggaran kos jika menukarnya dan saranan saudara.
p/s Utk pengetahuan saudara, sy telah menukar lower arm yg telah rosak.
2- kdg2 kereta seakan-akan nk mati semasa tgh memandu pd kelajuan >60km/h. Bukan ke kereta manual sukar utk mati semasa sdg bergerak?
Terima Kasih
Pemuda Kebingungan
masalah memang ada jika check engine menyala terutamanya bila bateri kurang,alternator rosak,enjin semakin panas,wayar masuk air,bocor hose,bocor minyak hitam dan amat kurang yang mengalami hanya masalah sensor saja,masalah sensor akan berterusan hidup tanpa padam jika sensor pada camshaft,crankshaft,coolant dan exhaust rosak.
1.Bunyi tak-tak bukan ketika jalan tegk atau rata dan berterusan pada kebiasaanya hanya berlaku jika drive shaft dalam pada gearbox dah haus/rosak.
2.Enjin akan hendak mati jika:-
1.Plug terlalu kotor
2.fuel filter sumbat,minyak mungkin kotor
3.Kabel plug rosak
4.Distributor putus api
Untuk api boleh periksa kabel gunakan timing light di mana2 w/syop
salam tuan,kreta spectra saya jerking bila jalan pada waktu enjin masih sejuk dan pada kelajuan antara 70 - 90 km/h..tapi selepas bbrpa minit kereta bergerak jerking tu hilang. saya dah tukar spark plug, cable plug, ignition coil..tp masih jd jerking tu...apa puncanya..harap tuan dapat bantu saya..
saya guna kia spectra 2003.msalah saya ialah...enjin jerking bila kereta jalan semasa atau selepas warming up..biasa dalam tempoh beberapa minit..tp selepas tu..xdak jerking dah. spark plug, cable plug dan ignition coil dah tukaq baru dan ori KIA..jd apa sbaqnya poblem keta saya nie..hrp tn dapat bantu saya...tksih.
Jerking biasa terjadi sebab api dan minyak dari spark plug,coil,distributor,cable plug dan wayar pecah dimana2 bahagian yang berkaitan api.
Jerking dari minyak seperti fuel filter kotor,injektor kotor,karburator kotor dan minyak tercampur air.
Olehkerana saudara dah tukar kebanyakan punca jerking dari api saya sarankan saudara tukar fuel filter dan cuci sedikit injektor atau servis karburator dan elakan minyak tercampur air dari penutup minyak mahupun dari basuk kereta dan enjin.
Saya gune kete saga thun 1990..lampu minyak itam kengkadang menyala..ble check minyak itam ok x kurang pun...x tau la klu ader mslh laen..mintak tolong selesaikan mslh nie.tq
Anggaran keseluruhan barang saja sekitar rm500 termasuk upah,skim head,minyak itam,grind valve sekitar rm1000
1.Tambahkan dulu minyak hitam jika tak cukup
2.Video di atas berkaitan top overhaul bukan overhaul
3.Tiada melibatkan pump dalam buat overhaul
4.Tiada pump akan pecah dengan sendirinya melainkan ia diketuk
5.Pump adalah seperti fuel pump powwer steering pump,brake pump
6.Periksa di tempat lain jika terdapat ada hose vakum kecil yang pecah atau tercabut
minyak digradekan mengikut kelikatan dan tiada kena mengena dengan menjadi kering.
Jika kering cepat hanya sebab:-
1.Kawasan keseluruhan enjin jadi terlalu panas dan minyak mengering pada silinder head -perlukan top overhaul untuk tukar valve seal.
2.Minyak bocor pada oil sump gasket dan lain2 tempat.
Bila bau terbakar bermakna head telah diselaputi oleh minyak hitam yang melekat kedindin2 head dan perlu melakukan top overhaul untuk mendapatkan semula kemampuan minyak hitam untuk tidak menjadi likat ketika enjin berjalan.
2.Apa yang berlaku adalah valve seal telah haus dan menyebabkan minyak juga ditaerik ke ruang pembakaran dan menjadikannya bau hangit.
3.Memadai melakukan top overhaul sahaja.
saya mnggunakan wira (2005) 1.5M fuel injection, masalah saya ialah.. apabila saya menukar gear (terutamanya gear 3, 4 ,5 ) terdapat bunyi yang bergetar yang kedengaran dari arah bahagian enjin (kalau saya tidak silap).. masalah ini saya juga biasa dengar drpd kereta proton yg lainnya sprt saga dan saga BLM. saya dah cuba adjust tepet,.. palam pencucuh dan kabel palam pencucuh juga saya dah tukar.. throtle body pun dah cuci tapi usaha ini semua tidak dapat menyelesaikan masalah bunyi yang wujud selepas penukaran gear... huuhuhu..
Getaran sebab menukar memang ada cuma tak ketara ,jika ia terlalu ketara masalah ini mungkin disebabkan oleh spesifikasi gerabox dan komponen dalaman kereta tersebut.
Klac mungkin bergetar ketika menukar gear.Jika RPM saudara stabil keadaan seperti ini tdak mungkin ada.
Kebanyakan model proton mempunyai clutch yang tidak begitu memuaskan dan sering bergetar.
ini pertama kali saya dengar nak tukar oilsump kena turun enjin.
Tak perlu turun enjin cuma chamber saja yang dibuka,mekanik terbaik mana pulak ni rajin sangat sampai nak turun enjin cuma nak tukar oilsump.
Leaking oilsump tukar gasket atau tukar oilsump je tak perlu overhaul.
Overhaul ni bukan masalah leaking,masalah piston ring haus,berbunyi,asap putih,prestasi turun dsbnya.
ada masalah pada turbocharger dan menjadikan udara yang teramat sedikt untuk mempercepatkan pembakaran dan seterusnya menaikan minyak hitam ke throttle body dan intercooler.
Kesannya prestasi enjin sedikit menurun sebab kepanasan.
baru2 nie kereta sy bila start pagi atau enjin sejuk ada bunyi knocking tapi lepas enjin panas bunyi pun dah hilang.kete iswara 1.5s.harap en dapat membantu saya.
Buat adjust tappet untuk engine kncking.
saya menggunakan kereta wira aerobek 1.3.
baru2 nie terjadi kereta semput.enjin check menyala.cucuk komputer dia kata throttle body.dah tukar jadi jugak beberapa jam lepas tu.
sebelum tu sy dh tukar plug,minyak hitam,fuel filter.tetap jadi jugak semputnya.tekan minyak je terus semput macam nak mati enjin.
pening kepala dibuatnyer..tlg sy selesaikan masalah nie.
terima kasih ..
minyak terlalu banyak masuk ruang bakar,tak sempat bakar akan jadi semput dan membentuk karbon
sy p'guna toyota LE thn 84, mslh kereta sy clutch kosong time nk masuk gear. ape puncanye? bleh x drive kereta tu (utk ke bengkel b'dktn) dgn cara masuk gear 1 dulu baru start enjin & jln tanpa berhenti? dh jln nanti masih bleh tukar gear ke walaupun clutch kosong? brp kos repair?
thanks..
clutch dah kosong ni memang takleh nak jalan dah,masuk gear satu pun kereta akan mati,ada baiknya panggil tow truck,kos sekitar rm5-60 saja ,kos baiki klac kabel,,tukar dsbnya,sekitar rm150
Gear kekadang susah nak masuk.saya test dgn tarik handbrake,masuk ger than lepas minyak. Tgk ada daya tunjahan. So klac plet sepatutnya ok kan? Bwak pi jumpa pomen. Dia pun buat test yg sama. Than dia adjust kabel klac. Dia ckp dlm ada kotor. Tu yg kekadang bila tekan klac tak bley masuk sbb itu kotor sudah lekat. Dia ckp tarak apa punya. Bley pakai lg. Kereta tu pun tak pernah tukor minyak gear sejak beli.meter dah 140k. So saya pun tukar ler sekali kat pomen tu. Skrg masalah dah kurang tapi kekadang jadi juga. Pernah bila masuk gear satu dan tekan minyak enjin gegar mcm nak mati. Gear lain ok. Pernah kat trafic light nak masuk gear tak bley. Tekan klac lama sikit than try baru masuk. Huh! Pening kejap. Ada idea mcm mana nak kauntim benda nie. Bini pun dah takut nak bwak kereta tu.saga lmst.
Biasanya minyak gear manual ditukar setelah mencapai 40000 km dan ini menjadikan kereta tersebut melangkau kira2 4 kali tidak menukar minyak gear,jadi apa yang pomen kata kotor adalah betul ,minyak membentuk kerak pada gerigi gear dan menyekat kelancaran pergerakan.
Sebaiknya bila tukar minyak gear gunakan treatment dan setelah gunakan kira2 seminggu ,tukar semula minyak gear yang telah ditukar tadi untuk buang semua kotoran tersebut.Dapatkan treatment untuk gear manual dari kedai alatganti dan btau pmen untuk isikan jika menukar minyak gear semula.
1.Masalah gear slip ni masalah minyak gear kurang atau bocor,cuba tukar dulu minyak gear.
2.susah start mungkin sebab fuel pump dan fuel filter yang kotor jika api ada,periksa plug hitam tak kalau hitam dah terlalu banyak karbon dalam enjin.
3.Intercooler boleh ada minyak tapi sedikit jika banyak ada masalah pada intercooler tersebut,diagnostic mungkin tak boleh ,ada tak penyambung soket diagnose,jika boleh pun kerosakan pun mungkin kurang tepat.
Jika bunyi sekitar timing belt saudara perlu periksa semula dimekanik yang sama kerana banyak berlaku mekanik kurang hati2 bila buat kerja,menekan spring timing belt dengan kuat,menolak masuk pulley dan mengunci dengan mesin juga membuatkan bunyi terjadi sebab bergesel atau berlanggar sesama komponen.
2.Begitu juga oil sump,dalam oil sump ada penapis dan disebelah dan juga dalam oil sump ada komponen yang berpusing sentiasa,jika oil sump tersebut tidak diteliti saiz dan spesifikasi dengan terperinci akan menyebabkan pergeselan berlaku sesama kmponen.
Bawa ke mekanik semula untuk periksa.
firdaus di sini. pakai kenari auto. hari tu sy ada tukar minyak hitam. pomen tu ckp spark plug saya rosak sebab minyak hitam masuk kat spark plug. ada benda yg rosak katanya. kalau nak tukar dlm rm200. sy hold dulu sbb xde duit. apa punca sbnrnya spark plug saya kena minyak hitam? ada alternatif lain x untuk setelkan?
minyak hitam takan naik ke spark plug melainkan piston ring yang haus/patah dan perlu melalui tukar ring dan membuka tangki minyak hitam dan menelan belanja yang seperti yang disebutkan atau lebih.
jika dari segi teknikal piston ring yang haus tiada jalan lain melainkan overhaul,tapi mungkin saudara boleh gunakan enjin treatment untuk melicinkan pergerakan enjin dan mengurangkan minyak yang naik ke plug.
Bocor dia boleh kesan sebab bawah lantai minyak selalu menitik.
Saya suspek dari engine oil.Dah la bocor, setiap kali lepas bawak mesti ada bau hangit tang bahagian enjin.
Cuak jugak saya sebab takut engine meletup. Saya pun bukan stuntment nak meletup2 ni.
Saya pergi woksyop dan brader pomen tu cakap yang enjin ni ada masalah seal dan valve saja.
legalah hati saya.
tapi memang pun sebab saya check engine oil memang tak berkurang dan steady macam biasa.
Brader pomen cakap yang bau hangit tu mai dari minyak yang 'leak' tu dan kena enjin, jadi
bila enjin hidup dan panas, bau hangit akan terlepas lah.
Lepas sehari dua hantar kereta dekat woksyop, kereta saya depa charge untuk :
1) PWC seal (#4 biji)
2)Valve cover
3) Valve cover bush (#3 biji)
4) Oil cap
semua dalam RM200, termasuk labor charge sekali.
Minta jasa baik En. Sord87 dalam hal ni. Terima kasih.
untuk cover,seal dan oil cap termasuk upah rm200 agak memadai.
ADA SEBIJIK SENSOR D BELAKANG BLOK ENJIN,YANG BERWARNA HIJAU,CUBA TUKAR BARU(BELI D KEDAI HALFCUT)..SY PERNAH MENGALAMI PEKARA YANG SAMA..:)
saya memandu kereta kembara ez tahun 1999,engine kereta sy agak berkeladak (tapi x lah teruk sgy) pormen suggest utk buat engine flush...ade gak pormen cina nak wat tope overhaul, untuk makluman en. kete sy xde leaking kat mane2 komponen....
patut kah sy buat top overhaul, dan adakah pengunaan decabornizer (oilyman) itu berkesan untuk tingkatkan prestasi engine?
Assalamualaikum En. Sord87
Saya nak tanya kereta saya selepas sesuatu perjalanan, apabila kita matikan enjin, kita susah nak start balik..apabila pusing kunci bunyi ktek..jer..xder crank..apa masalah yer?api tak sampai ker?atau starter, distributor atau alternator yang bermasalah?
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,