Bagaimana servis aircond dilakukan
Selamat Tahun Baru 2012,
Ramai yang menyangka bahawa servis aircond saja akan menjadikan kereta nempunyai suhu sejuk yang cukup menyejukkan dalaman kereta.Olehkerana banyak kemusykilan dan pertanyaan kenapa aircond kereta tidak sejuk walaupun ia telah diservis maka wujudlah post ini untuk menjelaskan lebih terperinci mengenai apakah sebenarnya servis aircond.
Dalam post komponen aircond terdahulu telah dinyatakan komponen utama dalam sistem aircond yang boleh di servis.Terdapat 3 komponen utama yang perlukan tumpuan menyeluruh dalam pembaikan aircond secara telus.Kompressor,cooling coil dan kondenser adalah komponen utama dalam sistem aircond tetapi bukan komponen yang akan diservis dalam aktiviti servis aircond.
Ramai pengguna kereta yang tersalah tafsir mengenai servis aircond.Servis aircond yang dilakukan dimana2 bengkel kereta adalah mengenai pencucian dan penukaran bahagian tertentu sahaja selain pengisian semula gas aircond dan memeriksa kebocoran pada hose.
Bila servis aircond komponen utama yang akan dikeluarkan adalah cooling coil.Cooling coil adalah mengenai sirip-sirip halus berbentuk empat segi dan mempunyai dua paip hose yang bersambung terus ke condenser dan compressor .Hose pada cooling coil di tapis dengan injap ataupun biasa dipanggil valve aircond .Injap aircond ini akan ditukar setiap kali bila servis aircond dilakukan.Malangnya kadangkala bahagian ini tidak ditukar dan menyebabkan kesejukan dan keseluruhan sistem aircond kadangkala tidak berjalan sempurna.
Setelah injap ditukar cooling coil akan dicuci dalaman dan luaran dengan menggunakan thinner dan air.Terdapat juga bahan pencuci kimia yang akan digunakan dalam mencuci cooling coil.Kebocoran pada sirip2 halus di cooling coil biasanya akan ditampal sebelum ia dipasang semula.Satu lagi bahagian yang akan ditukar adalah gas filter atau tabung gas.Tabung gas berkedudukan didalam engine dan biasanya ini akan ditukar untuk pelancaran sistem aircond.
Setelah cooling coil dipasang j kompressor akan ditambah dengan minyak kompressor untuk melincirkan lagi pemusingan bahagian dalam kompressor.Komponen yang biasa mengalami kebocoran seperti hose penyambung da kondenser akan di baiki juga seperti menukar hose dan mengimpal kondenser.
Dan akhir sekali gas aircond akan dimasukan secukupnya setelah semua bahagian yang dinyatakan tadi mengalami pembaikan .Secara ringkasnya servis aircond adalah mengenai:-
1) MENGELUARKAN COOLING COIL UNTUK DICUCI
2) MENUKAR INJAP AIRCOND
3) MEMERIKSA HOSE DAN TUKAR JIKA BOCOR
4) MENAMPAL BOCOR PADA KONDENSER
5) MENGISI MINYAK KOMPRESSOR
6) MENGETATKAN GETAH TALISAWAT KOMPRESSOR
7) MENUKAR SENSOR SUHU JIKA PERLU
8) TUKAR TABUNG GAS
9) MEMASTIKAN KIPAS AIRCOND BERPUSING LANCAR
Jika anda baca dari awal hingga akhir tidak sekalipun disebutkan mengenai membaiki kompressor ,hanya disebutkan mengenai mengisi penuh minyak kompressor.Ini bermaksud jika terdapat kerosakan besar atau kecil pada compressor akan menyebabkan aircond jadi tidak sejuk.Ramai yang beranggapan bahawa sejuk akan kembali seperti sediakala jika servis aircond telah dilakukan.Harus diingat bahawa kompressor yang rosak adalah penyumbang utama dalam kerosakan keseluruhan sistem aircond selain daripada condenser dan bahagian kecil sistem aircond seperti suis,wiring dan fius.
Jika setelah anda servis aircond ,anda masih lagi mengalami masalah pada kesejukan dalaman kereta sudah semestinya tidak ada kena mengena dengan servis aircond kecuali terdapat diantara yang telah disebutkan tadi tidak dilakukan dan kecuaian mekanik yang melakukannya seperti tidak menampal bocor dan menukar bahagian penting dalam servis aircond kereta.
Ramai yang menyangka bahawa servis aircond saja akan menjadikan kereta nempunyai suhu sejuk yang cukup menyejukkan dalaman kereta.Olehkerana banyak kemusykilan dan pertanyaan kenapa aircond kereta tidak sejuk walaupun ia telah diservis maka wujudlah post ini untuk menjelaskan lebih terperinci mengenai apakah sebenarnya servis aircond.
Dalam post komponen aircond terdahulu telah dinyatakan komponen utama dalam sistem aircond yang boleh di servis.Terdapat 3 komponen utama yang perlukan tumpuan menyeluruh dalam pembaikan aircond secara telus.Kompressor,cooling coil dan kondenser adalah komponen utama dalam sistem aircond tetapi bukan komponen yang akan diservis dalam aktiviti servis aircond.
Ramai pengguna kereta yang tersalah tafsir mengenai servis aircond.Servis aircond yang dilakukan dimana2 bengkel kereta adalah mengenai pencucian dan penukaran bahagian tertentu sahaja selain pengisian semula gas aircond dan memeriksa kebocoran pada hose.
Bila servis aircond komponen utama yang akan dikeluarkan adalah cooling coil.Cooling coil adalah mengenai sirip-sirip halus berbentuk empat segi dan mempunyai dua paip hose yang bersambung terus ke condenser dan compressor .Hose pada cooling coil di tapis dengan injap ataupun biasa dipanggil valve aircond .Injap aircond ini akan ditukar setiap kali bila servis aircond dilakukan.Malangnya kadangkala bahagian ini tidak ditukar dan menyebabkan kesejukan dan keseluruhan sistem aircond kadangkala tidak berjalan sempurna.
Setelah injap ditukar cooling coil akan dicuci dalaman dan luaran dengan menggunakan thinner dan air.Terdapat juga bahan pencuci kimia yang akan digunakan dalam mencuci cooling coil.Kebocoran pada sirip2 halus di cooling coil biasanya akan ditampal sebelum ia dipasang semula.Satu lagi bahagian yang akan ditukar adalah gas filter atau tabung gas.Tabung gas berkedudukan didalam engine dan biasanya ini akan ditukar untuk pelancaran sistem aircond.
Setelah cooling coil dipasang j kompressor akan ditambah dengan minyak kompressor untuk melincirkan lagi pemusingan bahagian dalam kompressor.Komponen yang biasa mengalami kebocoran seperti hose penyambung da kondenser akan di baiki juga seperti menukar hose dan mengimpal kondenser.
Dan akhir sekali gas aircond akan dimasukan secukupnya setelah semua bahagian yang dinyatakan tadi mengalami pembaikan .Secara ringkasnya servis aircond adalah mengenai:-
1) MENGELUARKAN COOLING COIL UNTUK DICUCI
2) MENUKAR INJAP AIRCOND
3) MEMERIKSA HOSE DAN TUKAR JIKA BOCOR
4) MENAMPAL BOCOR PADA KONDENSER
5) MENGISI MINYAK KOMPRESSOR
6) MENGETATKAN GETAH TALISAWAT KOMPRESSOR
7) MENUKAR SENSOR SUHU JIKA PERLU
8) TUKAR TABUNG GAS
9) MEMASTIKAN KIPAS AIRCOND BERPUSING LANCAR
Jika anda baca dari awal hingga akhir tidak sekalipun disebutkan mengenai membaiki kompressor ,hanya disebutkan mengenai mengisi penuh minyak kompressor.Ini bermaksud jika terdapat kerosakan besar atau kecil pada compressor akan menyebabkan aircond jadi tidak sejuk.Ramai yang beranggapan bahawa sejuk akan kembali seperti sediakala jika servis aircond telah dilakukan.Harus diingat bahawa kompressor yang rosak adalah penyumbang utama dalam kerosakan keseluruhan sistem aircond selain daripada condenser dan bahagian kecil sistem aircond seperti suis,wiring dan fius.
Jika setelah anda servis aircond ,anda masih lagi mengalami masalah pada kesejukan dalaman kereta sudah semestinya tidak ada kena mengena dengan servis aircond kecuali terdapat diantara yang telah disebutkan tadi tidak dilakukan dan kecuaian mekanik yang melakukannya seperti tidak menampal bocor dan menukar bahagian penting dalam servis aircond kereta.
Comments
kalau tak silap saya ianya sekitar rm 400 kebawah.
anda adalah segalanya!
sensor suhu aircond bertindak mengawal suis automatik kompressor,dan jika magnet kompressor berpusing tanpa henti ini bermaksud sensor suhu tidak berfungsi dengan baik.Masalah aircond yang selalu sejuk dimalam hari ada kaitn dengan kipas kondenser yabg berpusing perlahan dari yang sepatutnya.Dapatkan kipas yang baru.
Jenama sanden adalah jenama asal pada banyak kereta jepun dan memang diakui baik dari segi jangkahayat penggunaan seperti juga denso dan daikin manakala lain dari itu kurang poenggunaanya dipasaran.
Bila tiada angin langsung maknanya blower anda tidak berpusing,jika tidak berpusing angin sejuk memang takan keluar dan ini ada kena mengena dengan fius terbakar atau wiring yang rosak.
sy ade sedikit kemusykilan berkaitan bunyi aircond compressor myvi yg agak annoying.wokshop ckp bunyi compressor.tp ade jgak yg kate mmg bunyi aircond myvi kuat mcm tu.
mohon pendapat saudara. tq.
aircond masih sejuk tapi berbunyi bising berkemngkinan minyak kompressor yang dah kurang atau bocor,pastikan minyak ditambah
Pertama, apabila saya start enjin saya terdengar bunyi seperti kipas enjin tidak ketat tetapi apabila saya ON air-cond bunyi tersebut menjadi perlahan. Adakah masalah di atas berkaitan dengan kipas or timing belt ? ataupun ??
Kedua,perkara ini berlaku apabila saya membuat belokan. Contohnya seperti masuk ke persimpangan, apabila saya membuat belokan untuk masuk simpang terdapat bunyi seperti skru longgar. Masalah alignment ataupun ? =="
Thank q! XD
1)periksa semua belting ,ketatkan jika kendur dan pastikan bering a/cond tak ketat,mekanik boleh periksa.
2.Belok kiri bunyi d/shaft kiri rosak,belok kanan kalu drive shaft kanan rosak
kia spectra 2006: aircond normal pada permulaan, selepas satu jam, hanya angin yg keluar dan tak sejuk, fros penuh di bahagian paip luar. Selepas berhenti beberapa ketika ianya normal balik dan berulang. Tlg beri saranan dan bolehkah diy. Terima kasih.
Kia spectra saudara mengalami masalah sensor suhu yang tidak terkawal,perhatikan kompressor clutch yang bertindak bila aircond dihidupkan.Pastikan kipas aircond berfungsi bila magnet clutch kompressor melekat dan berpusing.
Magnet clutch kompressor yang terlalu cepat berhenti atau terlalu lama untuk berhenti akan menyebabkan fros terbentuk pada cooling coil,bila ia cair aircond akan kembali ok.
DIY boleh dilakukan dengan membuka sedikit ruang cooling coil dibawah panel kiri dashboard dan perhatikan wayar sensor berwarna hitam dilekatkan pada cooling coil,keluarkan wayar tersebut dan gantikan dengan yang baru.
Biasanya jika servis aircond valve memang akan ditukar,jika pada valve tersebut terdapat kotoran lama atau tersunbat,aircon jadi kurang sejuk dan kotoran lama yang bercampur dengan gas baru lama-kelamaan akan menyebabkan komponen lain jadi rosak.
Jangkamasa kerosakan bukan sehari/dua mungkin mencecah setahun jika kompressor berterusan dalam keadaan baik.
tq...
Jika tiada kesilapan wiring yang terbalik bila pasang kipas a/c drier berkemungkinan telah rosak.
(terbalik pasang wayar menyebabkan kipas berpusing arah lawan jam)
sepatut nya receiver drier tu mcm mana? sejuk?? tapi a/c ok..sejuk..lagi sejuk sejak tukar kipas baru..
dua2 kipas ikut arah jam
receiver drier tak sejuk sampai sejuk,kira2 suhu normal saja,tapi hose ada dua untuk keluar panas untuk masuk sejuk,sentuh pada dua hose copper pada hujung jalan masuk ke cooling coil,jika satu sejuk dan satu panas a/con adalah baik.
saya pun rasakan bahawa kompressor saudara telah rosak dan bocor.Jika tukar saudara boleh juga dapatkan yang recon,harganya lebih murah dan jika ingin dibaiki hanya terdapat beberapa kedai yang membaiki kompressopr,jika di Puchong saudara boleh kunjungi CHIPO AUTO di taman maju jaya puchong.
Nak tanya dari pengalaman saudara kalau tukar suis temperature control aircond (kat panel radio) untuk proton wira berapa kosnya, boleh tak kalau saya nak DIY je?
kos sekitar rm 50,tukar bsendiri boleh juga cabut skru panel radio dan skru suis ,keluarkan set peghadang tersebut,setelah jumpa komponen suis tarik keluar dan gantikan dgn yang baru.
Kos untuk servis aircond adalah sekitar rm250 termasuk tukar valve,servis cooling coil dan gas.
Jika tukar cooling coil kosnya akan bertambah sekali ganda termasuk tukar sensor.
Dashboard akan dibuka penuh kerana kedudukan cooling coil ditengah2.
Many thanks!!
Bila tiada angin,bermakna motor blower menghadapi masalah ataupun wiring blower yang tertanggal ataupun fius blower putus.Bila blower berfungsi baru boleh tau samada aircond sejuk atau tidak dan ini melibatkan kompressor dan komponen lain.Kos selenggara blower sekitar rm200.
boleh,buka 2 skru kecil penutup(jika masih ada) dan buka 3 skru blower,cabut 2 soket yang berkaitan dan keluarkan blower,cuci bersih dan pasangkan semula.
bole tanya, biasanya brapa harga kompresor utk myvi 1.3 ? dan labour cas nya brapa yer?
terima kasih :)
harga kompressor myvi econ sekitar 300-400 dan upah tukar biasanya sekitar rm150 termasuk gas.
Ditaman maluri terdapat 2 kedai repair kereta dan aircond berdekatan jaya jusco,mungkin saudar boleh cuba.
Jika tukar fius gunakan yang sama amp nya jika 10 tukar dgn 10 sahaja jangan tukar fius 20 atau lebih dari sepatutnya,ini akan buat wayar terbakar,hati2 bila tukar fius.
saya tak pasti apa yang saudari maksudkan dengan bunyi relay tapi kalau bunyi relay berterusan seerti cettttt terus je bila pasang aircond bermaksud ada relay yang dah rosak saudari kena periksa dan tukar relay a/c yang rosak kat dalam fius box enjin.
saya tak pasti saudara pakai kereta apa,tapi jika merc dan bmw ,cas sebegitu adalah berpatutan kerana parts yang ori dan mahal.
Bandar Tun Razak cuba buat di sekitar Taman Maluri
mula2 econ kurang sejuk, pastu stat bunyi kreeng. skrg eco xsejuk lgsg.angin je ada.pe masalah dia? bpe harga nk repair agaknya?
Belting tak putus ke,fius periksa bakar ke tidak,gas econ ada ke,periksa mana2 tempat bocor,biasanya kompressor akan berbunyi bila gas habis disebabkan bocor.
Kos repair jika tak tukar kompressor sekitar rm150
1. Mase sy speed dlm 140km/j sy dengar bunyi sesuatu dr enjin. Agak kuat jgk bunyinye. Dlm 5 minit pastu aircond sy xsejuk. Sy pergi kedai check. Pomen ckp maybe compressor problem sbb fius 10a tbakar. Katanya cas api tlebeh. Betul ke?
Ada x komponan dlm compressor boleh diganti.
2. Dari kjadian tu, pully bny bising. Byi mcm bering pecah. Ape masalahnye ye.
3. Wira 1.6a sy tahun 94. Adakai ia pakai compressor brand SENDEN? mcm mane nak chek?
4. Ada kedai yg sesuai tak nk baiki. Sy area duk puchong.
1. Mase sy speed dlm 140km/j sy dengar bunyi sesuatu dr enjin. Agak kuat jgk bunyinye. Dlm 5 minit pastu aircond sy xsejuk. Sy pergi kedai check. Pomen ckp maybe compressor problem sbb fius 10a tbakar. Katanya cas api tlebeh. Betul ke?
Ada x komponan dlm compressor boleh diganti.
2. Dari kjadian tu, pully bny bising. Byi mcm bering pecah. Ape masalahnye ye.
3. Wira 1.6a sy tahun 94. Adakai ia pakai compressor brand SENDEN? mcm mane nak chek?
4. Ada kedai yg sesuai tak nk baiki. Sy area duk puchong.
thermostat dan aircond adalah dua benda berbeza,thermostat mengawal sejuk untuk enjin,aircond pula tiada kena mengena dengan thermostat,
Masalah yang saudara hadapi adalah masalah kompressor.
1.Tambahkan fius ke 15 amp.
Komponen dalaman kompressor memang boleh diganti.
2.Bering pully aircond dah pecah.Tukar bering kompressor.
3. Biasanya memang pakai Sanden ,periks bawah kompressor ada cacah disitu.
4.Repair kompresor di Chipo auto Taman Maju Jaya Puchong
Bro, nanti wayering tak terbakar ke pakai fius 15amp, bkn pe sy tgk kt box ada tls fius asal 10 amp. Sy takut efek kt wiyering.
tak mengapa jika saudara risau akan rosak yang lebih teruk,saya amat pasti bering pulley kompressor saudara telah pecah dan merosakan wiring pada pulley kompressor.
Tukar kompressor saudara atau jumpa mekanik untuk tukar bering pulley kompressor.
Itu adalah masalah kompressor,dapatkan kompressor yang lain.
masalah sedemikian yang biasa terjadi pada wira adalah masalah kondenser dan kompressor sahaja,tetapi pastikan kipas,colling coil dan mana 2 hose tidak bocor.
Ramai yang telah menghadapi masalah sedemikian dan hampir semua komponen aircond telah ditukar termasuk servis.
Akantetapi jika terdapat minyak dan keladak hitam sekeliling kompressor ia adalah masalah kompressor dan jika kaompressor tiada terdapat tanda sebegitu ia adalah masalah kondenser.
Saudara tak tukar apa2 tiada masalah kerana semua komponen aircond akan berhenti berfungsi setakat mana yang mampu.
Cuma ketatkan belting kompressor jika terlalu kendur.
Jika saudara telah servis 2 bulan lepas bermakna cooling coil,valve ,tabung gas dan hose tiada masalah,yang menjadi masalah ialah kompressor saudara bocor,dapatkan kompressor yang lain ,besar kemungkinan juga kondenser saudara tiada masalah.
jika itu minyak pam stereng,sepertimana yang saya katakan ia adalah masalah kondenser,jauh minyak stereng pump berjalan hingga ke kompressor.
Utk pengetahuan minyak kompressor bau adalah hampir sama dengan minyak stereng pam cuma ia lebih likat dan membentuk keladak sekeliling kompressor terutamanya pada diantara pulley dan body kompressor
Jika tukar kompressor saudara dapatkan mekanik saudara untuk tukar jenis sanden atau daikin pun ok
terdapat satu pulley selepas tensioner timing belt berbentuk mangkuk,tukar pulley tersebut kepada yang lain,kitarannya telah tidak bulat dan berlaga.
Nak tanye pasal air cond grand livina. On air cond angin panas je kuar. Tak sejuk langsung. Ape masalah yee?? Thanks
Periksa fius aircond di mana2 kotak fius ,jika putus gantikan.
kompressor mitsu dan honda biasa digunakan pada kereta proton dan jika kosnya tidak membebankan tidak salah menggunakannya.
harga kompressor agak mahal dan jika ada terdapat mana2 kedai yang saudara jumpa boleh membaiki kimpressor juga digalakkan.
ia adalah masalah sensor suhu pada cooling coil.tukar sensor tersebut.
kereta saya adalah Proton Saga Megavalve Tahun 1991 1.5 Auto; saya beli 2nd hand dari 1st owner pada 2009; owner asal dia dah lama x pakai kereta ni
sejak beli takde masalah, sampai hujung tahun 2010, aircond mula buat hal; lebih kurg sampai 2 bulan sekali saya kena isi gas sbb x sejuk
tahun lepas masa pg workshop, mekanik kata motor kipas yg rosak, jd sy dh ganti baru (kipas masih ok sampai skrg)
awal tahun ni, bila problem x sejuk tu dtg balik, saya pergi workshop lain; mekanik yg ni kata maybe ada bocor, jd dia check cooling coil (dia suruh saya tgk sendiri ada bubble x masa dia rendam coil dalam air; coil tu dia dah isi gas siap) dan xde bocor; tp mmg sy nampak filter kotor; kompressor dia kata xde problem, jd dia ganti filter jela
tp problem dtg blk lepas sebulan; kali ni kat workshop yg sma, pekerja dia nampak bocor kat switch; dia isi gas balik dan seal switch tu je
lepas seulan, bende dtg blk. td saya pg follow up balik, mekanik tu kata kondenser yg problem kali ni; kos nak ganti adalah rm280
soalan:
1) patutkah saya ikut nasihat dan tukar kondenser, atau sya perlukan 2nd opinion?
2) ada cara yg lebih murah x? atau
3) jika saya ikut nasihat beliau, adakah harga yg diberikan itu berpatutan?
TQ
Car yang lebih baik ialah dengan servis kondenser dan tampal bocor,ini semua hanya boleh dilakukan dikedai servis radiator.Kosnya lebih murah dari tukar kondenser.
Saya berpendapat kondenser adalah masalah yang selalu terjadi bila gas sejuk hilang cepat.
Mengenai harga pula kebiasaanya bila buka kondenser cas yang terlibat adalah
1.isi gas rm60
2.kondenser- rm120
3.Upah adakalanya rm80 atau lebih
kedai servis radiator dan servis air cond lain ye? maaf saya mmg xtau. haha. erm menurut apa yg dia kata td condenser tu kalau repair pun akan jd balik camtu. dan sy pun xtau kat mana ada kedai servis radiator kat sini. member2 lain either xde kereta atau kereta masih bau kedai (x pnah masuk bengkel)
saudara boleh juga dapatkan recond kondenser dimana2 kedai aircond ataupun kedai alatganti dan bawa ke pomen untuk tukar.
Saudara kena tukarkan sensor dalam cooling coil dan kosnya dibawah rm200.Mana2 kedai aircond pun boleh hanya beritahu mekanik untuk tukar sensor suhu dalam cooling coil.
Jika tuning enjin tiada masalah berat tidak akan berlaku melainkan bering kompressor saudara rosak dan berbunyi.Jika aircond masih sejuk tiada masalah pada kompressor.Gantikan bering kompressor dan tuning enjin.
tak jadi masalah.
1.buka blower
2.cabut hose dari blower ke cooling coil
3.buka penutup cooling coil
4.tarik keluar perlahan2 sensor berwarna hitam
4.tukarkan yang baru dan letakan semula semua wiring yang berkaitan
Aircond kreta saya kadang2 berpusing walaupun suis aircond belum di tekan, on kunci je dia trus pusing, apa masalahnya ye?
TQ
Aircond blower resistor saudara dah rosak, gantikan resistor tersebut.
Saya hanya nak dapatkan pandangan, saya guna myvi SE 1.3 (A) 2010 da gune hampir 2 tahun setengah cuma tak penah lagi servis aircond. So far Alhamdulillah aircond masih dalam keadaan baik lagi cume pusat servis perodua da recommend utk servis aircond. So agak-agaknya kalau aircond takde masalah cume nak servis sahaja apa possibility yg akan diservis oleh kedai dan berapa rata-rata anggaran kos servis tersebut? Thanks
Tak perlu servis pun tak apa,cuma pastikan filter habuk(jika ada) hendaklah dibersihkan.
Kos servis aircond untuk isi gas sahaja kira2 rm60 tidak termasuk cuci cooling coii dan tukar valve.
Keta honda ct ada bunyi tok3..honda servis kata pulley da gelong..kl tukar lam 2k..tp depend kl rod x rosak. Kl rosak tuka skali compressor lam 7k. Air cond sy masih sejuk tp bila auto on n off aircond, ada bunyik n timing drop. Brapa kos tukar pulley tu n kat mana ok?
sepengetahuan saya tiada rod pada pully kompressor,ia hanya pulley sahaja.
bunyi off on adalah suis dan timing drop perlu periksa vakum aircond dibelakang injektor.tukar hose jika koyak.
Tukar pulley kompressor sudah memadai.Buat dikedai aircond lebih baik.
Tambah gas dahulu dan periksa fius aircond,jika tak berkesan periksa bocor pada kompressor dan selainnya.
Biasanya bunyi sebab belting aircond dah rosak atau kendur.Tukar belting memakan kos kira2 rm50 sahaja.
Sbg pengetahuan tukar kompressor tak perlu tukar cooling coil,mana2 komponen adalah berbentuk individu.Anggaran tukar kompressor myi adalah rm350.
masalah yang berulang begini adalah masalah kompresor yang tidak berjalan baik terhadap tekanan,saya sarankan saudara tukar kompressor.
Masalah ini ada kena mengena dengan thermostat,tukar thermostat.Masalah kipas on bila aircond dihidupkan,itu tidak mengapa kerana bila kipas aircond berhenti ,relay akan switch kepada radiator dan bertindak ikut thermostat,jadi kipas akan berpusing secara berasingan bila enjin panas.
Kalau paip aluminium yamg nipis tu bengkok memang boleh datang mudarat kepada banyak komponen lain dan juga suis auto kerana pressure yang ditendang semula tetapi paip getah hitam bulat tak mungkin boleh bengkok
kos kira2 rm150 sahaja
Kompressor memerlukan tekanan untuk mengeluarkan gas sejuk,jadi dalam masalah saudara kompressor tersebut tidak kuat lagi untuk bertindak demikian dan menyebabkan bila laju tekanan banyak terhasil dan bila slow tekanan kurang dan menyebabkan kompressor tidak boleh mengeluarkan gas sejuk yang sepatutnya.
Kompressor perlu ditukar atau dirawat.
Ada komponen aircond saudari yang bocor,terutamanya cooling coil,periksa dimekanik lain sekitar warta.
sodara sord87, sy nk tanya..kete sy naza suria bila pasang aircond ada angin,angin x sejuk,dan compressor x jalan...nk kena tukar kompreser x?? trimas...
1.Periksa fius pada box bertanda ACC,tukar jika putus.
timbul harapan utk baiki kompreser tu selain tukar baru,sbb org kedai kata rekon punya pun makan 1500 T_T
biasanya jika fius putus bila tukar bermakna terdapat litar pintas pada kompressor,saudara boleh hantar repair kompresor tersebut ada kemungkinan wayar hitam pada kompressor telah putus dan menyebabkan pintasan.
Periksa dikedai aircond,jika saudara di puchong saudara boleh kekedai Chipo auto di taman maju jaya untuk membaiki kompressor
ac kereta myvi saya dah tak sejuk. bila on mcm raya angin je yang keluar. tadi pergi ke kedai servis ac and mekanik tu cakap sbb compressor clutch dah hancur. tapi kalau tukar dia tak warranty akan tak jadi balik. boleh tak saudara cadangkan best solution utk masalah ini. terima kasih
best solution ialah tukar kompressor,tapi tukar clutch sahaja pun boleh,bukan bermaksud pecah clutch kemudian seminggu dah pecah balik,hanya mungkin terdapat kotoran yang terselit menyebabkan ia pecah.
Tak idup kat suis ke atau kat blower,angin ada tak atau sejuk je yang takda,kalau kat suis itu rosak suis,tak sejuk barulah komponen lain,tlg jelaskan.
gas yang sentiasa kurang sebab bocor pun tidak boleh onkan suis,saudara kena periksa cooling coil.kondenser.kompressor dan valve pastikan semua hose juga tak bocor.
Pastikan 2 fius aircond bawah dashboard dan kat enjin tak putus.
Jika dah tukar pun masih on/off dengan cepat ini adalah masalah sensor yang terletak pada cooling coil itu sendiri .
Saya rasa tiada valve yang terlibat untuk blower belakang.Ianya hanya blower dan tiada cooling coil yang bekerja.
suis on off bertindak mengikut tekanan dan sensor pada coolin coil adalah tempat menerima signal dari tekanan daripada suis sensor utama terletak atas kompressor.Saya rasa sensor tersebut telah rosak.
http://i01.i.aliimg.com/photo/v0/340678537/Auto_A_C_Pressure_Sensor_Switch_for.jpg
Takda masalah utk buat di chipo auto.
gamba spt dibawah ni copy an paste pada browser sedara.
http://i01.i.aliimg.com/photo/v0/340678537/Auto_A_C_Pressure_Sensor_Switch_for.jpg
Salam.
Saya nk tnya myvi saya bila on aircond mcm biasa dier mcm ada bnyi etttt kuat jgk tp aircond sejuk je cm biasa. Pastu bila saya on button a/c tue dier akan start bnyi. Kalu saya off angin tetap ada cume xsejuk la. Bole tau x ape mslh aircond sy nie.
Mungkin tiada masalah cuma belting aircond kendur.
Jika aircond tak dihidupkan takan jadi apa2.
Email: shidah82@gmail.com
sepengetahuan saya juga kompressor myvi sekitar rm300-350 sahaj jika ditambah upah dan gas hanya mencecah rm 500 maksima,saudari perlu rujuk kekedai lain.
Terdapat dua kerosakan saja untuk aircond yang tak sejuk bila berhenti
1.kipas rosak
2.kompressor rosak-pressure yang lemah
Jika kipas aircond elok bermakna pressure kompressor terlalu lemah untuk menyejuk dan begitu juga sebaliknya.
kompressor yang dibaiki dengan baik boleh bertahan sehingga 5 tahun kerana alatganti dalaman dan seal yang diganti dengan baru.
Ada 3 sebab kenapa aircond jadi sejuk kemudian panas dan berulang seterusnya panas
1.kompressor rosak
2.kipas aircond tidak berfungsi
3.sensor cooling yang rosak
Kompressor rosak tiada tekanan meyebabkan gas jadi panas walaupun sistem suis dsbnya berjalan baik,kipsa pula bila tidak berfungsi aircond akan menyejuk pada satu ketika dan panas pada satu ketika yang lain begitu juga bila sensor tidak berfungsi dimana ia akan menyebabkan aircond jadi terlalu sejuk dan merosakan kompressor seterusnya memberhentikan udara sejuk dalam kereta.
bengkel sekitar kuala lumpur
yang bernaung dibawah Takaful
Bengkel Kereta Reliance Sdn Bhd (HQ) 603509-D
No. 29, Lot 337, Seksyen 92
Jalan 2, Chan Sow Lin
55200 Kuala Lumpur
Tel: 03-92215488 /92217488/92216162
Fax: 03-92216162
Bengkel Setia (M) Sdn Bhd (HQ) 521185-M
Lot 1382, Lorong Keramat 17
Off Jalan Keramat
54000 Kuala Lumpur
Tel: 03-42575005/42511144
Fax: 03-42565655
CB Motor Ehsan Jaya Sdn Bhd (HQ) 691137-D
No 217 Jalan 1
Taman Industry Ehsan Jaya
52100 Kuala Lumpur
Tel: 03-62771050
Fax: 03-62771060
CD Car Care Sdn Bhd (HQ) 678501U
No.7 Lorong 1/21 B
Taman Setapak
53000 Kuala Lumpur
Tel: 03-40248366/0193278888
Fax: 03-40247366
Fasline Auto Engineering Sdn Bhd (HQ) 666788 P
Yee Seng Godown 12
Lot 5746 4 1/2 Miles Old Klang Road
58000 Kuala Lumpur
Tel: 03-79830493
Fax: 03-79834973
Hoong Wai Auto Repairs Sdn Bhd (HQ) 708068-M
No 208, Jalan 1, Taman Industri Ehsan Jaya
Taman Ehsan Kepong
52100 Kuala Lumpur
Tel: 03-62774291
Fax: 03-62768998
Joo Auto Works Sdn Bhd (HQ) 577273-H
Lot 1217, Jalan Kampung Segambut Tengah
Segambut
51200 Kuala Lumpur
Tel: 03-62570889 / 62577748
Fax: 03-62582355
NHN Auto Services (Malaysia) Sdn Bhd (HQ) 689799-W
No.52, Jalan 3 /108, Taman Salak Jaya
Salak Selatan
57100 Kuala Lumpur
Tel: 03-79804166
Fax: 03-79804166
Rampai Auto Care Sdn Bhd (HQ) 700638-W
No.7 Lot 19, Jalan Usahawan 6
Kawasan Perusahaan Setapak
53200 Kuala Lumpur
Tel: 03-40241998 03-40211997 03-40213132
Fax: 03-40236133
Syarikat Bengkel Soan Huat Sdn Bhd (HQ) 141607-X
No.26, Persiaran Segambut Tengah
51200 Kuala Lumpur
Tel: 03-62570559,62577150
Fax: 03-62518835
Syarikat Thong Hing Motor Sdn. Bhd. (HQ) 102636-D
No. 557, Batu 3 1/2
Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
Tel: 03-62512828
Fax: 03-62513639
Warga Duta Sdn Bhd (HQ) 381747-D
No 55, Jalan 10/91
Taman Shamelin Perkasa, Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel: 03-92821170
Fax: 03-92821170
ZZ Workshop Sdn Bhd (HQ) 724380-D
No. 15 Jalan Raja Mahmud
Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
Tel: 03-2691 6566
Fax: 03-2691 6577
Adjuster
Century Independent Loss Adjusters Sdn Bhd (HQ) 114182-W
No. 7, Jalan 2/66, Jalan Kent 3
Off Jalan Semarak
54000 Kuala Lumpur
Tel: 03-2692 8188
Fax: 03-2698 1688
Maphilindo International Sdn Bhd (HQ) 11228-X
9th Floor, Menara Promet
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel: 03-27827888
Fax: 03-21421788
McLaren Saksama (Malaysia) Sdn Bhd (HQ) 14645-T
Suite 3.22, 3rd Floor, Plaza Prima
4 1/2 Miles, Jalan Kelang Lama
58000 Kuala Lumpur
Tel: 03- 7980 8186
Fax: 03- 7980 8131
Mestari Adjusters Sdn Bhd (HQ) 113788-X
No. 37, Jalan 1/116B
Kuchai Entrepreneurs' Park
58200 Kuala Lumpur
Tel: 603-79858585
Fax: 603-79858500
Jika tiada sesuatu barangan yang berbau masam termasuk ke dalam hose aircond dalam kereta bau masam hanya terhasil apabila terdapat kebocoran gas dari cooling coil.
Servis aircond tersebut untuk pastikan kebocoran dan kebersihan hose dalaman dan blower.Kos yang terlibat adalah kira2 rm200 sahaja.
Saya ade sedikit masalah dgn kancil sy!! kancil 660 thn 2004.. pd hr Rabu bru nie,sy tukar drive shaft sebelah kiri,sbb mmg dh nmpk koyak pada getah cv-joint!! tp sekarang nie,biler sy belok ke kanan jer(jln brbonggol sedikit),ade bunyi "ketak"!! sy tak pasti ape masalahnyer,sedangkn drive shaft sebelah kanan sy dh tukar pd bulan january 2012,dan sy check dkt cv-joint sebelah kanan tue,takde nampak ape2 yg koyak...tolong sy...tq
Kadangkala terdapat cv joint recon yang tidak elok dan mengembalikan bunyi pada roda,ada juga terdapat cv joint yang tidak diletakan sempurna dan ada juga cv joint yang berada dalam rumahnya tetapi salah kedudukan dan cepat berbunyi.
Periksa semula dgn mekanik saudara.
Saya menggunakan kereta Citra 2008. Masalahnya aircond saya x sejuk dan bulan lepas saya telah tambah gas. Beberapa hari lepas tu aircond macam ada baru dan bila kita on ada bunyi yg kuat sekejap. Beberapa hari sebelum ni aircond x berapa sejuk, bau pun dah x ada. Semalam saya gi Johor aircond x berapa sejuk. Tiba-tiba aje bila on aircond pagi ni langsung x sejuk, cuma angin aje. Esok nak balik Melaka semula. Apa masalah? Berapa agaknya kos kompressor dll. Ada tak bengkel sekitar bandar Melaka yg ok kerana saya takut banyak bengkel yg tak telus lebih-lebih lagi bila customernya perempuan. Tolong saudara...
Masalah ini masalah bocor gas dan mungkin juga ada hose yang pecah dan belting aircond yang putus.
Kompressor juga mungkin ada masalah kerana bunyi selalu terhasil jika kompressor rosak.
Ada baiknya saudari servis dahulu,pastikan juga mekanik periksa keseluruhan termasuk kompressor,Kos servis sekitar rm150 dan kos tukar kompressor adalah rm 350.
Kawasan cheng banyak terdapat kedai aircond yang mahir.
Satu lagi, boleh ker saya on kan aircond dalam keadaan ini, adalah ia akan menyebabkan kerosakan peralatan lain.
tq
Boleh onkan aircond tak jadi masalah,komponen yang lain takan rosak samasekali
saya ada sedikit pertanyaan utk mazda astina 1.6 carb sohc.
1.ekon kereta saya pelik sikit.nak hidupkan hanya guna rotating suis fan blower tu je.temp setting pun xde fungsi.suhu dah kompom la tak sejuk mana.bolehkah keadaan ini dikembalikan semula kepada asal oleh workshop ekon?cthnya install semula yang tiada spt temp setting & on/off switch.
2.bila guna kereta pada waktu mlm, lampu kereta nampak mcm ikut pada rpm enjin.kalau tekan minyak, lampu akan lebih terang.tapi kalau lepas minyak, lampu sedikit malap.masa idle tu lampu mcm lilin yg ditiup angin sepoi2 bahasa.adakah berkenaan dgn masalah alternator?
3.kereta hamba dah rasa mcm underpower sgt la skrg.pickup dan top speed mmg teruk sgt.kereta iswara 1.3 pun selamba je potong astina 1.6...apakah kemungkinan yang mengakibatkan perkara begini terjadi?risau problem clutch plate :(
4.apakah punca gegaran pada stering apabila memandu pada kelajuan 100km/j?
..terima kasih tuan...
1.Tak jadi masalah bagi mekanik untuk menukarkan suis aircond kereta tersebut kerana masing2 mempunyai fungsi sendiri,temp/sensor suis dan on/off/ untuk kompressor.Semuanya adalah berbeza wiring dan penggunaan.
2.Alternator mazda biasanya akan mencapai tahap merendahkan terang lampu dan sepatutnya ditukar segera.
3.Kuasa pecutan/speeding banyak bergantung kepada enjin dan clutch plate yang baik.Enjin harus diselaraskan ketahap rpm 1000,oil filter dan plug serta jkarburator yang elok.Servis karburator mazda tersebut.Untuk memeriksa samada clutch plate k atau tidak masukan ke gear 4,tarik hand brake dan lepaskan clutchperlahan2,jika enjin cenderung untuk mati atau terus mati clutch plate masih baik begitulah sebaliknya.
4.Gegaran pada steering adalah kebanyakannya disebabkan oleh tayar,balancing,alignment dan tie rod end serta lower arm.Periksa yang berikut.
Waja taun 2002 auto nape ekon belah penumpang kurang sejuk ?? N karpet belah penumpang slalu basah walhal saya da servis cooling coil, hos pn da extend kasi panjang.., tq bang
Ini adalah kesilapan yang biasa dilakukan mekanik,hose penumpang yang tidak dimasukan semula sempurna dan kotak cooilng coi yang tidak diletak betul serta ditampal dengan baik.Rujuk semula kemekanik yang melakukan kerja tersebut.
Saya menggunakan kereta spectra tahun 2006.Kereta saya mengalami masalah Air Cond di mana apabila air Cond di on hanya terasa angin sahaja.Sebelum itu terdapat bunyi di bawah Dash Board,mekanik telah membuat pemeriksaan dan mengatakan masalah berpunca dari cooling coil yang bocor.2 opsyen di beri sama ada tampal tetapi tidak diberikan jaminan akan elok atau ganti sebiji cooling coil yang baru dengan kos semua sekali RM 580.00(termasuk minyak,gas dan upah)Adakah harga itu berpatutan atau ada ke makanik lain di sekitar Putrajaya yang kos lebih rendah.
terima kasih
jika tampal cooling coil,kos tidak melambung tinggi mungkin sekitar 100 sahaja untuk tampal cooling coil.Tampal boleh tahan sehingga 2 tahun atau lebih.
Alatganti kia spectra memang agak mahal dan biasanya bocor akan ditampal sahaja.
Ada lebih baik saudara berkunjung ke bengkel diluar putrajaya seperti di seri kembangan atau puchong
saya guna kereta wira 1.5. soalan saya:
1. apabila aicond di 'ON' selepas 10-15 minit akan keluar bunyi screeeeeettttt.Bunyi tersebut agak kuat (mcm brek kecemasan) Bunyi tersebut akan hilang selepas aircond di 'OFF'kan. pada masa yang sama juga kuasa enjin akan drop.
minta nasihat tuan apakah jenis kerosakan yang berlaku, adakah ianya kompressor.
terima kasih
Masalah ini berpunca dari bering kompressor,bering tersebut harus ditukar.
Prestasi enjn akan menurun jika berat tarikan pada enjin bertambah,bering kompressor yang tidak lancar menyebabkan RPM drop dan kuasa enjin berkurangan
Saya mempunyai kereta kancil auto, apabila air cond dihidupkan terdapat bunyi sentakan di sekitar belting dan bunyi tersebut berterusan sehingga menyebabkan kereta saya bergegar.
dan apakah asalahnya jika kereta dipandu perlahan meter tempature akn naik dan turun selepas kereta dipandu laju?
sentakan bila aircond dihidupkan tetap ada untuk semua kereta,cuma apa yang menyebabkan gegaran adalah biasanya jika timing terlalu rendah.
Timing adalah sekitar RPM 900-1000 dan akan meninggi sedikit bila aircond dihidupkan.Dapatkan bantuan mekanik untuk periksa hose dikedua FICD dan distributor diaphrgm jika pecah gantikan dan jika FICD tidak berfungsi tukarkan ia dengan yang lain kosnya sekitar rm 100 sahaja.
Dan jika sentapan terlalu kuat belting yang longgar haruslah diadjust dan jika ketat pula perlu dilonggarkan sedikit dan bering adjuster pula pastikan ia tidak pecah atau rosak pada guli2nya.
Pandu perlahan atau laju tidak akan menyebabkan temperature naik,cooling sistem adalah bahagian yang lain dari aircond.
saya ada pertanyaan utk myvi 2009
bile saya on air cond dan putar tombol angin kpd 1, air cond rasa tp x sejuk tp bile putar ke no 2, baru betul rase sejuk air cond.
tadi saya ke bangi dan bertanya kan harga utk servis air cond, adakah berbaloi dgn harga rm380?
terima kasih banyak tuan
untuk myvi 2009, bile on air cond saya putar tombol kipas angin ke no 1, air x terasa sgt, bile saya putar ke no 2, baru betul2 terasa sejuk.
tadi saya ke bangi, tanya harga utk servis aircond, rm380 tuk myvi berbaloi x? bukan ape tuan, takut kena tipu je
terima kasih :)
Servis yang biasanya harga mencecah ratusan ini terdapat komponen yang ditukar seperti cooling coil.
Olehkerana sejuk hanya pada nombor 2 ini adalah kerana blower yang kurang kuat ,kerosakan pada RESISTOR,tukar alat tersebut akan memudahkan perjalanan blower untuk jadi lebih kuat angin dan seterusnya menyejukan kereta.
Saya ada soalan. Dlm pertengahan bulan 8 sy ada pergi baiki aircond kereta kenari saya kat 1 kedai ni. Dia dah tukar compresser, condenser, receiver drum, flushing system, gas n cup oil n dis hose. Skali ngn servis n workmanship semua skali kena rm640.. Balik tu ok. Lpas tu esoknya rosak lg. Sy hantar semula. Lpas tu dah ok. Sbulan lpas tu motor aircond tak jln. Tp kadang2 je. Saya baru hantar tadi kat kedai tu semula utk kenal pasti knape aircond tak function. Tp mase saya hantar kereta kat situ aircond tu ok. Lpas tu dia ckp blower rosak n kena tukar. Saya argue dengan dia, kalau blower rosak knape kadang2 aircond tu ok. Saya tak puas hati n suruh dia pasang je semula. Saya taknak tukar. Tapi dia kate dia dah pecahkan blower tu utk kesan problem so nak taknak saya kena tukar jugak. Kalau tak tukar,, aircond tak function. Saya mintak dia tukar dgn blower 2nd dgn harga rm70. Otw balik, saya tak sampai rumah lagi paip aircond kereta meletup n kereta berasap. Saya dah bawa semula ke kedai tu n org tu suruh saya tukar paip aircond pulak. Saya mohon pendapat daripada encik.
Tekanan dari kompressor terlalu kuat sehingga memecahkan paip dan aircond juga tidak berfungsi dengan baik.
Kompressor ada masalah walaupun hose telah diganti tidak menjamin masalah tidak akan berulang.
Periksa kedua2 hose ke dalam kereta,pegang dan rasa ketika aircond dan enjin dihidupkan ,satu dari hose berasa sejuk dan satu lagi berasa panas,jika kedua2nya sejuk masalah aircond saudara masih sama.
Jika kedua2nya ada sejuk dan panas aircond adalah baik ,cuma kompressor yang tidak mampu memampatkan gas untuk jadi sejuk dan tekanan tersebut menyebabkan hose panas dan pecah.
Jika masalah terjadi lagi pindah ke w/syop lain untuk membaikinya.
kos servis blower dalam rm50 ,sendiri pun boleh buat.
1.Buka 3 skru kotak bulat warna hitam bawah dashboard sebelah penumpang depan
2.Cabutkan semua soket yang berkaitan.
3.Keluarkan blower dan bersihkan
4.Dah siap,bersihkan juga kotak rumah blower,lap dengan kain
5.Pasang semula skru dan soket yang berkaitan tadi.
6.Dah selesai-cuba hidupkan suis kereta dan a/cond
7.Dah hidup semula tapi bersih dan kuat.
sy pakai kancil 850.. masa bukak ekon dia berbunyi creeettt mcm tu. then keluar asap kt hood depan..
ape yg rosak? berapa agak2 kos nk baiki?
gas aircond dah bocor ,asp gas yang saudara nampak pada hood, kemungkinan ada hose yang dah pecah disebabkan kompressor rosak atau tiada minyak pelincir.
kos baiki jika tukar kompressor dan hose pecah sekitar rm350-400
dimanakah lokasi bengkel tuan.. kitami@gmail.com.. Gen2 (A)air cond kereta x sejuk.. bila ON/OFF suis sejuk sekejap.. lepas tu hilang.. mohon nasihat.. :)
Jika tumpah pada ruang angin sejuk keluar ,hose boleh dibersihkan.
suhu yang terlalu sejuk telah beku pada cooling coil.
pastikan sensor suhu diganti jika anda lakukan servis aircond dimana-mana.
Periksa bateri ada cas ke tidak,ambil satu wayar (jangan terlalu ecil) sentuhkan antara 2 bateri jika ada api kuat bateri masih ok,jika tiada api kuat alternator saudara dah rosak dan tidak mengecas semula bateri.
Masalah ini hanya masalah bateri dan alternator.
itu problem kompressor.
kompressor sekitar rm250 dan kos baiki sekitar rm100
sy mpunyai kancil 1994 dgn enjin l5 na.masalah aircond tak brapa sejuk dn panas apabila bhenti atau bgerak plahan dlm trafik jam.sy dh bwa ke bengkel n pomen kata kompressor rosak.kos baiki sbyk rm500 krn kompressor l5 ssh nk dpt dn mahal.
1.boleh ke sy ganti dgn kompressor yg lain,mcm kompressor kancil ke,kelisa ke,l2 ke?.
2.bleh ke sy ganti kompressor shj dulu tnpa tkar cooling coil,hose,dsb?ada mjejaskn enjin atau sistem aircond x?
Harap dpt pnjelasan.tq tn.
tak jadi masalah untuk tukar ke jenama atau model yang lain mahupun dari kereta lain asalkan pemegang muat dan tidak mengganggu perjalanan belting kompressor tidak menjadi nasalah untuk tukar.
Kompressor hanya alat untuk memampatkan gas menjadi sejuk,pembuatannya juga tidak melebihi dari penggunaan untuk kereta.
and kalau hose tu cuci, brp ye?
Cuci hose saja sekitar rm100
sy punya nissan sentra...baru jer 2 bln servis aircond ..dah x sejuk balik..corong angin belah driver ok sejuk tp yang belah penumpang dia keluar angin jer. Kalau tghari lagila panas angin tuh..
Masa dtg servis dulu tu mekanik kata semua komponen ie cooling coil, compressor sume ok..cuci kotoran jer. Lps sy dtg balik..katanye paip ada bocor..samada ganti satu batang atau welding pun boleh..
Mohon pendapat bro..tq
acond wira 1.5 tak sejuk.kipas/kompresor sentiasa berpusing tak ada on/off.paip menjadi panas.pomen check,coolling/kondeser/paip ok.Gas ada kurang sikit..dia suspek kompresor rosak,betul ke?
(kompresor recon pakai dlm 3 thn)
masalah kipas/kompressor pusing terus adalah sebab sensor pada cooling coil rosak,ganti sensor berwarna hitam tersebut.
boleh x kita DIY tukar temp. sensor kaler hitam aircon wira 1.3? payah x?
jika panel tutup angin luar tak berfungsi mungkin sebab sangkut.
Bahagian mekanikal tersebut selalu sangkut,kena periksa.
Perdana V6.
2.Masukan semula jika getah penutup wayar tercabut,juga jika getah pada cermin hadapan ada terbuka ,lekatkan kembali.
Saya pakai nissan sunny 130y..
sebelum ni mmg hadapi masalah sejuk aircond tak tahan lama dan tak boleh kawal suhu.
tapi baru2 ini, aircond kereta saya berbau seperti besi hangit dan juga tinggal angin sahaja,
harap saudara boleh suggest cara untuk menyelesaikan masalah ini dan berapa kos untuk setiap barang2 dan servis. Terima Kasih
kos servis campur barang sekitar rm200 jika tidak tukar kompressor dan hose.
Kos kompressor rm250.Ada bocor gas pada kereta tersebut.Kompressor juga mungkin telah bocor.
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,