Posts

Showing posts from 2012

Teksi dan penggunaan NGV

Image
Salam, Teksi begitu sinonim dengan penggunaan NGV (Natural Gas vehicle) di Malaysia. Mengapa agaknya hanya teksi yang banyak dikaitkan dengan penggunaan NGV? Ini kerana gas tersebut adalah bahan bakar yang murah berbanding petrol atau disel. Rata-rata teksi di Malaysia mahupun di dunia menggunakan bahan bakar ini untuk beroperasi setiap hari terutamanya teksi-teksi penumpang Lapangan Terbang.

Kereta baru atau kereta terpakai?

Image
Salam, Secara keseluruhannya kereta memang menjadi pilihan berbanding kenderaan lain seperti motosikal dan bas sebagai alat pengangkutan. Walaupun pada abad ini terdapat kemudahan pengangkutan awam yang lebih teratur seperti LRT,MRT,keretapi penumpang,bas dan teksi tetapi kereta masih utuh sebagai pilihan utama ramai orang ,bukan saja sebagai pengangkutan malah sekarang kereta telah dihiaskan sebagai daya tarikan yang mencerminkan gaya,keunggulan dan kekuasaan. Kereta hibrid pula jadi pilihan masa kini seperti jenama Tesla manakala Suzuki Jimny memonopoli pilihan jeep import sekarang.    Bagi peniaga kereta pula,jual kereta bukan mudah lebih-lebih lagi kereta terpakai kerana kereta baru telah menjadi pilihan pengguna akibat kenaikan harga dan kos penyelenggaraan yang agak tinggi. Gaya,keunggulan dan kekuasaan adalah ciri utama dalam memberikan suntikan dalam pemilihan kereta tidak kira baru ataupun kereta terpakai.

EP90 dan SAE140

Image
Salam Sejahtera, Terdapat dua jenis minyak gear yang digunakan untuk gearbox atau kotak gear.Sepertimana umumnya kotak gear memainkan peranan utama dalam pengendalian gerigi gear untuk bergerak ataupun menukar gear. Secara khususnya pula kotak gear adalah pengendali utama dalam memberikan keupayaan kepada pergerakan roda dan bukannya sebuah kereta. EP90 adalah minyak gear manual EP90 

Air mineral untuk radiator kereta

Sepertimana ramai yang mengetahui air mineral adalah baik untuk kesihatan tubuh badan dan berjaya mengekang kemasukan banyak penyakit untuk tubuh.Air mineral yang asli adalah air yang diambil dari bawah tanah sekitar kedalaman 320 kaki dan disuling. Kajian juga menyatakan bahawa kandungan asas seperti kalium,magnesium,sodium,potassium chloride dan sulphate adalah kandungan asas dalam air mineral. (rujuk tulisan Dr.Zubaidi di drzubaidi.com)

Dimana letaknya pin tukaran pada gearbox auto.

Dalam video dibawah terdapat satu pin berbentuk gerigi dan mempunyai cangkuk yang dimasukan kedalam gerigi gear.Pin tersebut banyak menyebabkan peralihan gear yang tidak elok,kadangkala beralih dengan sendiri disebabkan pin yang rosak atau haus.Ini boleh memberikan ketidakselesaan dalam pemanduan. VIDEO DI SINI

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Hari ini genap 7 hari kita meraikan kemenangan ramadan 1433 hijrah ,esok mungkin juga ramai yang meraikan hariraya 6 hari berpuasa dalam bulan Syawal.Selamat hari raya! Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.

Satay atau sate

Image
Di dalam industri automotif dan mekanikal di Malaysia terdapat banyak komponen-komponen kereta dan alatan yang dipanggil dengan berbagai nama.Olehkerana acapkali digunakan ia telah menjadi satu trend bagi semua kedai alatganti dan bengkel sahaja yang menggunakannya secara meluas sesama mereka. Walaupun begitu perkataan-perkataan ganti nama bagi komponen-komponen atau alatganti tersebut telah digunakan juga antara penjual dan pembeli alatganti kereta dan kenderaan di Malaysia ini.Ia semakin merebak dan menjadikannya satu perkataan gantinama yang mudah dan senang difahami untuk mereka yang faham sahaja dan selalu berkunjung ke bengkel-bengkel  kereta dan kedai-kedai alatganti baru dan juga lama yang selalu dipanggil kedai POTONG.

Mengapa gasket silinder terbakar apabila enjin panas

 Overheating atau kepanasan melampau adalah keadaan dimana enjin mengalami kepanasan yang melebihi dari sepatutnya.Tahap kepanasan enjin adalah dikawal supaya berada pada satu tahap sejuk untuk enjin beroperasi seterusnya.  Jika terjadi overheating meter penunjuk suhu enjin akan berada lebih dari setengah ataupun berterusan bergerak sedikit demi sedikit ke tanda merah pada meter suhu. Prestasi enjin akan terus menurun dan seterusnya menjadi tersangat panas sehingga enjin akan berhenti sendiri.Penunjuk suhu tidak boleh melebihi dari had minima ,jika melebihi had tersebut ia adalah diklasifikasikan sebagai overheating (kepanasan melampau).

Menjimatkan petrol secara teknikal

Image
Petrol adalah bahanapi utama dalam menggerakan enjin secara keseluruhan,tanpa petrol enjin ibarat burung tanpa sayap,tidak berdaya untuk pergi jauh.Petrol bukan sahaja bahan bakar utama kenderaan malah ia juga berfungsi sebagai pencerna kepada sistem api kenderaan supaya ia dapat terus bergerak dan menceriakan pengguna kenderaan tersebut.

Ini bukan untuk curi kereta

Pada ketika kita sibuk dengan aktiviti-aktiviti seharian ada kalanya kita lupa dan tertinggal kunci kereta di dalam kereta. Kecuaian ini sering terjadi dan menjadikan satu masalah yang rumit bila memikirkan bagaimana hendak mengambil kunci kereta sedangkan pintu telah terkunci dari dalam samada secara automatik mahupun manual.

Penggunaan spanar torque dalam top overhaul enjin kereta

Torque wrench adalah alat yang digunakan untuk mengetatkan dan menguncikan bolt dan nut atau skru mengikut tahap dan kadar yang sesuai untuk sebuah komponen engine kereta.  Pada kebiasaannya semua skru,bolt dan nut dikunci dan diketatkan menggunakan kaedah spanar biasa yang berbunga dan bergerigi samada bulat atau bunga.Manakala skru yang pipih pada permukaannya dikunci menggunakan spanar philips biasa. 

Tie rod end

Image
Tie rod end dan steering rack adalah dua komponen roda yang mempunyai bebola yang berupaya bergerak dan mengikut arahan membelok ke kiri dan ke kanan.Tie rod end bertindak kebanyakannya sebagai pemegang kepada banyak komponen roda seperti pada lower arm dan u stand.

Mengapa masih terasa hentakan

Image
Masalah hentakan yang kuat pada roda adalah masalah yang mengaitkan banyak penghubung antara beberapa komponen roda seperti ball joint,tie rod end,u stand,bush,absorber,spring dan absorber lining.  Masalah hentakan dan bunyi bising pada roda yang melibatkan suspension banyak dipertanggungjawabkan kepada absorber walaupun pada hakikatnya hentakan dan bunyi bising sebenarnya melibatkan banyak komponen roda yang lain seperti yang disebutkan tadi. 

Sistem kawalan minyak karburator

Hanya dua sistem minyak enjin kereta yang terdapat pada masa sekarang iaitu sistem karburator dan sistem injektor yang digunakan dalam pembakaran enjin.

Pelarasan enjin

Pelarasan enjin ataupun biasa dipanggil (engine tuning) adalah mengenai pelarasan minyak dan api dalam pembakaran supaya ia bertindak mengikut kadar yang betul dan seterusnya menstabilkan RPM. Jika didalam sistem karburator pelarasan begini dilakukan secara manual dengan menyelaraskan skru minyak dan angin pada karburator serta sedikit pelarasan pada api melalui distributor.

Penggunaan thermostat pada sistem air kereta

Image
Salam, Aku rasa ramai yang dah mengetahui penggunaan thermostat dalam sistem air sesebuah kereta.Tertarik dengan soalan pengunjung blog ini yang bertanyakan mengenai kenapa thermostat digunakan dalam air sesebuah kereta maka wujudlah post ini bagi menjawab ketidakpastian pengguna mengenai thermostat.

Penyelesaian DIY ketika hujan

Terimakasih kepada semua pengunjung blog kerosakan kereta ,semuga hari-hari yang dilalui bertambah elok,sihat jasmani dan rohani.Di waktu keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ini  kadangkala  cerah dan kadangkala hujan hingga dinihari malahan ada juga cuaca hujan sehingga keesokan harinya.

Kesan dari makan minyak hitam

Image
Salam kepada semua pengunjung, Dalam post yang terdahulu ada dinyatakan bagaimana pelarasan tappet dapat menghalang bunyi ketukan yang kuat dan juga bagaimana top overhaul dapat mengembalikan enjin kereta seperti sediakala. Semak video yang disertakan ini

Tukar contact point

Image
Gong Xi Fa Cai Dibawah ini adalah video dari penulis blog mekanik kereta yang hanya disiarkan di Youtube mengenai menukar contact point dengan cara yang betul.Contact point atau pin sesentuh adalah punca utama kereta mendapatkan percikan api  yang disalurkan kepada plug kereta untuk pembakaran.Walaupun penggunaan distributor elektronik yang meluas tetapi masih banyak lagi kereta yang masih menggunakan pin sesentuh ini seperti kereta kancil,nissan vannette dsbnya  LIHAT VIDEO DARI MEKANIK KERETA DI YOUTUBE      Kebiasaannya jika contact point ini dipasang tidak tepat kereta tersebut akan mengalami letupan kecil bila berjalan dan sukar dihidupkan .Jika anda mengalami masalah demikian sila jumpa mekanik yang arif supaya ianya dapat diselaraskan dengan tepat.Tepat bermaksud clearance yang benar dan sesuai untuk keadaan kereta tersebut. Begitu juga dengan penggunaan distributor elektronik jika mengalami engine yang kadangkala stabil dan kadangkala tidak serta sukar dihidupkan pasti

Bagaimana servis aircond dilakukan

Selamat Tahun Baru 2012, Ramai yang menyangka bahawa servis aircond saja akan menjadikan kereta nempunyai suhu sejuk yang cukup menyejukkan dalaman kereta.Olehkerana banyak kemusykilan dan pertanyaan kenapa aircond kereta tidak sejuk walaupun ia telah diservis maka wujudlah post ini untuk menjelaskan lebih terperinci mengenai apakah sebenarnya servis aircond.