Waja paling kerap alami masalah fuel pump sedemikian
Berdasarkan pengalaman beberapa tahun buka dan pasang enjin dan baiki kereta rosak,lama-lama tercatat juga statistik dalam benak kepala aku ni kekerapan kerosakan kereta waja.Mungkin disebabkan komponen yang agak kurang kualiti kereta waja selalu mengalami kerosakan fuel pump selain daripada selalu sangat kena tukar bateri .
Harga komponen tersebut dahlah mahal ,banyak pelanggan merungut bila bab kena tukar hrganya saja boleh mencecah lebih dari rm500,kalau nasib baik bolehlah dapat barang seakan-akan walau tak sama tapi buatan taiwan.Kalau yang original dah tentu tak lari dalam tangan mesti ada kurang2 rm500.
Entah apa silapnya alatganti waja ni jadi mahal,wallahualam.Banyak juga yang aku cuba tapi tak berapa nak muat di tempat bawah kerusi penumpang belakang waja. Fuel pump adalah alat paling penting sekali untuk sistem pancit minyak atau lebih dikenali sebagai fuel injection.
Memang aku tak nafikan waja adalah kereta yang paling elok dari Proton samada bentuk model,kelajuan,kestabilan,keselesaan dan banyak lagi cuma yang tak sedap alatgantinya yang agak mahal.Pesona pun tak kurang juga istimewanya cuma Pesona tu nampak sporty sikit jadi ramai pemuda yang menggunakannya ,nampak lebih bergaya le!
Jika nak kenal bagaimana simptom-simptom kerosakan fuel pump waja adalah seperti berikut:-
1)Tiba-tiba tidak boleh di hdupkan
2)Sesekali hidup terus mati
3)Tersenggut2 bila naik bukit
4)Kurang pick up bila begerak
5)Berbau minyak di enjin kereta
Jika ada tanda-tanda sedemikian ,korang kena lah hati2 sediakan duit dan kenalpasti bengkel terdekat,supaya senang bila dah rosak nanti.
Inilah rupa bentuk fuel pump yang mencecah rm500 keatas tu!
Harga komponen tersebut dahlah mahal ,banyak pelanggan merungut bila bab kena tukar hrganya saja boleh mencecah lebih dari rm500,kalau nasib baik bolehlah dapat barang seakan-akan walau tak sama tapi buatan taiwan.Kalau yang original dah tentu tak lari dalam tangan mesti ada kurang2 rm500.
Entah apa silapnya alatganti waja ni jadi mahal,wallahualam.Banyak juga yang aku cuba tapi tak berapa nak muat di tempat bawah kerusi penumpang belakang waja. Fuel pump adalah alat paling penting sekali untuk sistem pancit minyak atau lebih dikenali sebagai fuel injection.
Memang aku tak nafikan waja adalah kereta yang paling elok dari Proton samada bentuk model,kelajuan,kestabilan,keselesaan dan banyak lagi cuma yang tak sedap alatgantinya yang agak mahal.Pesona pun tak kurang juga istimewanya cuma Pesona tu nampak sporty sikit jadi ramai pemuda yang menggunakannya ,nampak lebih bergaya le!
Jika nak kenal bagaimana simptom-simptom kerosakan fuel pump waja adalah seperti berikut:-
1)Tiba-tiba tidak boleh di hdupkan
2)Sesekali hidup terus mati
3)Tersenggut2 bila naik bukit
4)Kurang pick up bila begerak
5)Berbau minyak di enjin kereta
Jika ada tanda-tanda sedemikian ,korang kena lah hati2 sediakan duit dan kenalpasti bengkel terdekat,supaya senang bila dah rosak nanti.
Comments
aku pernah kena masalah fuel pump waja ni... masa aku kena, fuel pump motor masih elok, cek punya cek wayar kat atas kepala fuel pump tu terbakar/putus... pergi kedai dia kata fuel pump tu rosak.. aku tak puas hati aku cek sendiri, nasib baik lah aku ada skit ilmu buka membuka part kereta.. heheh.. so aku wiring balik wayar yang putus.. selang setahun, aku kena lagi masalah fuel pump, kali ni masalah pada wayar yang sama, tapi kali ni bukan putus, tapi hangus terus platik sekeliling fuel pump tu.. dah takleh nak buat apa.. alih-alih tukar fuel pump baru. tapi aku test fuel pump lama tu, motor semua berfungsi dengan baik.. so kesimpulannya, fuel pump ni masalahnya sebenarnya pada wiring... hampeh betul.. kerana wayar seurat, melayan rm250 .. (fuelpum china mari lorrr)
kadang2 lampu kuning atau merah akan menyala untuk menandakan sesuatu,tetapi dalam hal saudari ada kemungkinan ia terjadi kerana masalah wiring dan mungkin juga terjadi sebab ada kesilapan kecil seperti terkena air pada wayar yang berkaitan.ia akan lebih ketara jika masalah wiring pada alternator,jgn risau akan lampu tersebut ia tak menyebabkan kereta saudari rosak hanya mungkin terdapat kesilapan kecil terkena air dan wiring yang rosak.
Jika bunyi fuel pump sahaja,crank pun tak boleh,itu masalah bateri weak,sila periksa penyambung bateri,kot2 ada yang tak lekat.Tak boleh jugak ,kena ganti bateri.
pertama sekali, saya mmg taktau apa-apa langsung psl wiring kereta.hehe
pagi ni,kereta waja saya tak boleh start.time crank ada bunyi.then engine hidup,bila tekan minyak je trus die mati.kemudian dah takleh nk hidup langsung.
after 1 hour, try balik start.alhamdulillah hidup,tp bila tekan minyak,mati balik.jadi benda yang sama macam pagi td.
so..
1. saya punya fuel pump problem ke ?
2. byk gak baca dlm forum,mostly wiring fuel pump problem, ada diagram n cara untuk troubleshoot die x ?
mmg biasa fuel pump problem utk waja.Wiring diagram tak ada,tapi kalau nak cuba gak,buka seat blkg dan periksa wayar yang bersambungan ke fuel pump.Salah satunya bila test mesti ada api.Gunakan car test light.
http://www.2carpros.com/images/articles/tools/test_light/test_light.jpg
Biasanya wayar negatif berwarna hitam kehilangan kuasanya,masukan kuasa negatif baru pada body kereta.
Jamgam masukan kuasa negatif pada wayar yang ada api bila cuba dgn test light,short circuit mungkin berlaku
Jika rasa susah untuk mencuba,keluarkan saja fuel pump tersebut dan gantikan dgn yang baru!
Masalah saya, waja saya mati enjin tiba2.. tengah bawak kat high way pun mati...panik gile. Saya dah tukar fuel pump, cam sensor, distr coil...ok le Sekejap. Skrg ni buat hal balik...mati enjin. Start balik ok...kadang2 mcm 3 selinder je jalan. Dah le tu waja auto susah sikit nk ram enjin. Kena N kan gear. So apa pnyakit nye.
Saya dah tuka mcm2.. bateri, fuelpump, cam sensor, distr coil.. tapi kdg2 penyakit mati enjinnya kena lagi. Tengah laju kt highway pun tiba2 mcm minyak x naik...dan mati boleh enjin. So, nak tahu ape kena buat?
Biasanya kereta bila mati ketika bergerak adalah disebabkan minyak habis atau api yang tidak berdaya bertahan untuk pembakaran.
Saya rasa ruang pembakaran terlalu banyak karbon dan menyebabkan enjin akan mati.
Saudara harus membersihkan semua komponen injection,servis fuel injection ataupun gunakan carb cleaner untuk bersuhkan ruang injection supaya semua karbon dapat dicairkan.
Jika dahulu top overhaul dilakukan untuk membersihkan ruang pembakaran,seperti kebuk,silinder,injektor,piston dsbnya tetapi sekarang car b cleaner boleh dimanafaatkan.
top overhaul adalah yang terbaik.
Bro sord87,
Terima kasih atas nasihat dan adakan blog ni. Kes saya mengenai masalah mati enjin tu, saya rasa dah ok bila periksa semula wayar hitam kat sit blkag. Saya dapati wiring hitam nie kat fuel pump soket kat bklag sit driver puncanya. So, bila saya tukar dgn cut dan sambung semula wayar yg baru...alhamdulillah, belum ade problem senguk2 atau enjin mati. Thanks to all yg kasi pendapat dlm blog bro sord87 ni.
fullset enjin mounting.
kete i selalu bateri habis, klu x start 3 hari, bateri terus habis walaupun dah tukar baru.
apas kemungikanan masalah nya?
pomen kata altenator rosak kot?
sekian,
AwI
Pastikan dahulu semua lampu bumbung,lampu depan,belakang,brek dan radio serta apa saja yang menggunakan bateri dipadamkan termasuk power window motor setelah enjin dimatikan barulah saudara akan tahu kemana cas bateri tersebut hilang.Power window motor akan berbunyi perlahan dan berterusan mengalirkan keluar cas bateri jika sambungan wiring yang salah.
Bateri yang baru/masih elok boleh bertahan sehingga seminggu dan lebih walaupun kereta tidak dihidupkan.
Cas bateri tidak boleh mengalir keluar melainkan terdapat mana2 alat pada kereta yang bergerak walaupun suis telah dimatikan.
Fungsi alternator hanya mengecas semula jika enjin bergerak dan tiada kena mengena langsung untuk aliran cas bateri keluar.
sy juga nk bertanya..
baru bli waja thn01 auto. masalah ni agak pelik sket..
start engin ok..
bila jalan rpm stuck kat 2 x bleh naik lg bila bw biasa..kn tekan lebih biar rev tinggi br blh shift cam normal.
bila dalam top gear tetiba je rpm akan drop dgn sendiri nya.
apa ye agaknya?
masalah gear dan rpm yang tidak stabil ni adalah masalah dalaman gearbox yang tidak berfungsi baik.
Saya MdHilwan
Saya nak bertanya mengenai masalah yg saya alami berkenaan Proton Waja saya.
Hari tu, saya isi minyak fulltank, tiba2 bau minyak merebak satu kereta. Saya ingatkan saya tak tutupkan penutup minyak. Bila saya berhenti, minyak kereta keluar dari tangki dekat tu Fuel Pump(penutup) bawah tempat penumpang belakang.
Soalan saya, adakah benda tu(FuelPump) yg rosak.
Kedua, kenapa minyak meter reading tak penuh( naik)
Jika fuel pump rosak enjin kereta pun takan hidup,tetapi jika kereta masih hidup seperti biasa ini bermakna penunjuk meter dalam tangki minyak telah rosak.
Ini juga menyebabkan metet pada panel tidak bergerak naik atau turun.Tukar penunjuk meter minyak atau biasa dpanggil FUEL FLOAT.
Periksa jga hose fuel pump jika terdapat kebocoran
saya baru beli waja th 2004 masalah saya ialah bila saya ingin memecut kereta saya tersenguk senguk apakah masalah yang saya alami harap saudara dapat memberi apakah masalah dengan kerata saya
saya fauzi
saya mempunyi kereta waja th 2004 masalah saya ialah bila ingin menekan minyak kerata saya tersenguk senguk apakah masalah dengan kerata saya harap saudara dapat mengenal pasti apakah punca masalahnya .
saya fauzi
masalah saya ialah kerata waja saya ialah bila ingin menekan minyak ketika begerak kerata saya tersenguk senguk apakah punca masalah kereta saya
Masalh tersebut akan terjadi bila
1.Plug terlalu kotor
2.Fuel filter yang kotor
3.Air filter yang kotor
4.Distributor rosak
Periksa keadaan komponen tersebut.
soalan anda sama dengan fauzi sila rujuk apa yang telah dijawab .
sy m.firdaus,sy pakai kereta waja tahun 2001..masaalah yg saya alami,apabila acorn dibuka bunyi sprt kekk..keekkk..pd enjen,apabila tekan clutch bunyi tu senyap..tp bila x buka acorn x plk bunyi tu...apakah punca masalah itu...
bunyi tersebut adalah bunyi pada bering kompressor,olehkerana enjin jadi sedikit perlahan bila aircond dihidupkan bering yang bermasalah akan mengeluarkan bunyi sedikit ,tamhan lagi jika belting kendur.
adakah harga berpatutan untuk tukar bearing pulley a/c compressor saga 1991 model dengan harga RM 180 termasuk gas?? (bengkel kat hulu kelang selepas masjid al-ridhuan)
terima kasih
Pada saya harga tersebut agak biasa kerana gas sahaja kira2 rm30 dan bering pulley pada kompressor sahaja modalnya kira2 rm80 dan mekanik mengambil upah kira2 rm70 kerana terpaksa membuka kompressor dan menanggalkan puley yang agak susah dan ketat dan kadangkala terpaksa menggunakan puller untuk menariknya keluar.
saya ingin bertanyakan mengenai masalah kereta saya..petang semalam saya bawa kereta sambil pasang aircond, sedang sy drive tiba2 kereta saya tersengguk2. saya berhenti,selepas beberapa minit saya punya sistem kereta jadi macam kacau.alarm tiba2 bunyi, pastu jam pada meter dashboard reset balik ke 0. saya targer bateri sebab bateri kereta saya memang dah low dan saya planning nak tukar baru nanti. saya pergi kedai tnya tentang ni, pomen kereta mintak saya tukar plug.plug saya da tukar sebelum ni, then dia mintak saya tukar fuel filter. saya ingat nak tukar arini fuel filter, tapi bila saya nak start kereta terus xkeluar lampu pada meter dashboard. saya tunggu lama2 dan try start semula, lampu ada tapi xboleh start.lama lepas tu alarm tiba2 bunyi. saya da bukak bateri dan bercadang nak tukar esok, hopw en. sord87 lehbagi cadangan bagi penyelesaian ini, terima kasih..
apa yang saudara sangkakan memang benar,bateri saudara perlu ditukar,tanda2 yang saudara sebutkan semuanya merujuk kepada bateri yang telah rosak.
Saudara kena periksa semula wiring fuel pump,adakalanya kesilapan pada wiring yang bersentujhan akan menyebabkan enjin mati tiba2.Biasanya wayar negatif yang tersentuh body akan membuatkan enjin mati,periksa semula fuel pump.
terimakasih kerana puji blog ni.Masalah fuel pump saudari adik tu boleh dibawa kew/syop semula,dimana pun tak mengapa,jika saudari adik baca komen di atas ada juga pengguna yang mengalami kerosakan wiring pada fuel pump sahaja.Masalah wayar negatif pada fuel pump boleh dibetulkan tanpa tukar fuel pump banyak kali dan menambahkan kos lagi.
Saya tak pasti kereta saudara ni kereta apa samada gunakan karburator atau fuel injection.
Jika karburator saudara boleh adjustkan setting minyak supaya rendah sedikit.
Seperkara lagi pastikan distributor cap tidak retak atau pecah.masalah api yang tersekat seperti kepala lkabel pecah,penutup distributor retak atau pecah,kabel koyak dan apa saja wayar berkaitan api dari distributor yang pecah akan menyebabkan tersenggut begini.
Selain dari itu distributor yang hampir rosak juga akan menyebabkan terjadi begini.
Jika digunakan untuk jalan jauh memang boleh tetapi ada lebih baik saudara periksa dahulu pecah atau retak seperti disebutkan atau terus tukar distributor jika tidak pecah atau retak.
http://m.hahasale.com/index.php/images/3394.jpg (distributor wira)
distributor berbentuk begini,kosny sekitar rm 100-250
waja campro enjin lama dan yang baru waja campro cps
CPS banyak menggunakan elektronik dalam sistemnya,jika rasa tak selesa dengan banyak elektronik lebih baik pakai enjin campro saja kerana kuran masalah dari segi elektroniknya.
Saya rasa hampir sama kot ,bezanya cuma enjin saja.
Periksa kipas radiator samada berpusing atau tidak.Masalah begini hanya akan timbul bila air jadi panas sebab terdapat komponen penyejukan seperti kipas dan water pump yang tak bekerja dengan baik.
saya nak bertanya mengenai stepper motor waja..
brapakah jarak free play alat tersebut kerana sy baru periksa sendiri ianya buka n tutup setakat 1-3mm?
jarak sebegitu adalah jarak yang biasa ,tiada jarak langsung bermakna ada yang rosak pada stepper motor tersebut
Biasanya orang tukar throttle body.saya tak pasti dengan stepper motor waja mungkin saudara boleh bertanya dikedai alatganti.Bawa sampel,mungkin kena order dalam 3-4 jam baru dapat.
Periksa alternator dengan mencabut satu kabel pada bateri,jika enjin mati ini bermakna alternator ada problem.
Pastikan alternator dibaiki dulu jika rosak.
Jika ia masih berulang ada kemungkinan rosak pada wiring salah satu dari radio,alarm atau lampu bumbung.
enjin sy bile lepas jalan, sy padam suis, lepas tu sy nk start balik enjin, lampu kt meter semua xada, saya usik pd kepala bateri baru ada nyala, apa masalahnye ye?
Kepala bateri yang tak rapat akan mengumpul keladak putih biasanya menjadikan ia tak rapat pada bateri dan seterusnya tidak mengalirkan cas untuk menghidupkan keseluruhan ignition termasuk panel meter,tuangkan air panas untuk bersihkan keladak tersebut.
Utk pengetahuan saudara bateri adalah komponen paling penting utk ignition,jadi ia semestinya bersih dari kotoran,keladak dan karat bateri .
kereta sy mengalami bunyi seperti bearing pecah pada tayar belah kanan.tp bila bawa ke bengkel,pomen xleh detect problem..pomen ckp smua ok.sy guna adjustable.tp hanya belah kanan je yg bunyi.ada cara x nk tau adjustable rosak?sbb majoriti adjustable mmg keras.bunyi tu kdang2 je bunyi..
Adjustable hanya banyak berguna bila semua bush pada roda danarm dalam keadaan baik,jika tidak ia akan menjadikan bunyi lebih ketara.
Tukar semua bush getah yang berkaitan jika ingin terus menggunakan adjustable.Bush seperti di lower arm depan dan pemegang belakang.
Ingin kepastian mengenai bunyi macam ketukan di bawah sebelah roda kiri dan kanan kereta waja.
Lower arm,rack end,tie rod end, stabilizer link semua dah tukar. Sampai tak tau nak tukar apadah?
Tukar keta Jesus kot?
Minta khidmat nasihat. Thanks
Bunyi kerosakan pada lower arm hanya bila langgar bonggol atau bump tapi jika bunyi tersebut berterusan berlaku walaupun pada jalan lurus ia adalah bunyi drive shaft dalam yang haus.
Berikan saya gambaran tepat bunyi tersebut.
Waja selalu hadapi masalah fuel pump.Periksa di w/syop mengenai wiring negatif fuel pump waja yang selalunya tidak elok.
saya pening dgn wira 1.5 manual injection saya..2 foremen x boleh pastikan apakah masalahnya..
masalahnya bila mula2 nak bergerak undur), berbunyi kr gek gek...lepas tu semasa memandu bunyi pula krr krer krerr dlm bhg bawah enjin.. cuma sy dapat kesan apabila ia berbunyi ketika kereta sedang bergerak saya tekan clutch ia senyap.. apa yg rosak tu ..?
Clutch bering saudara rosak atau haus,tukar clutch bering wira tersebut.
Clutch bering akan berhenti berbunyi kuat bila clutch ditekan adalah tanda kerosakan clutch bering
Masalah ataupun kesilapan begini adalah masalah gearbox,terdapat komponen yang tidak berfungsi baik dlm gearbox,saudara perlu ke pusat servis proton untuk periksa.
Periksa semula fuel pump ,terdapat getah pada kedudukan fuel pump jika ia senget atau tak tetap kedudukannya minyak akan keluar atau meleleh begitu juga dengan 2 hose keluar dan masuk pada fuel pump.
apakah faktor2 yg menyebabkan fuel pump rosak.??kereta waja saya dh 3 kali fuel pump rosak...bru pki 4 bln...
3 kali? yang biasa berlaku adalah kesilapan wiring yang bersentuhan berdekatan fuel pump.
Menukar baru kadangkala tidak menyelesaikan masalah wiring ini,minta mekanik periksa sekitar wiring fuel pump ,minta mekanik pastikan tiada yang putus atau bersentuhan sesama sendiri,minta juga mekanik periksa soket penyambung jika pecah atau terbakar minta mekanik gantikan.
tuning enjin salah satu cara untuk menstabilkan RPM,jika ketika turun bukit RPM jatuh banyak ini adlah masalah enjin dan perlu lakukan sesuatu seperti tukar plug,air filter dan tuning.
Selain itu jika seperti gear tkr sendiri walaupun RPM stabil ini adalah juga kerana minyak gear yang kurang,bocor atau tidak elok dan terlalu lama tidak ditukar.
ada satu penanda paras minyak gear atas gearbox auto,tarik dan keluarkan,boleh periksa ketika enjin panas atau sejuk,tambah jika kurang.
Minyak gear yang elok dari castrol.
Sy nk tnye harga fuel pam waja ni..
Cap ayam = Rm....?
Ori= Rm....?
Tq
cap ayam sekitar rm150
ori rm350
masalah skrg bila dalam gear D tetiba lampu N akan menyala berkelip dan gear akan drop..tolong saya kenapa
Masalah shift gear biasa terjadi sebab minyak gear bocor,minyak gear dan auto filter yang kotor.
Tukar auto filter dan minyak gear,pastikan gasketsekeliling kotak filter tak bocor.
Fuel pump denso baru tukar sebulan, tetiba meter minyak terus K.O tak naik sampai sudah.padahal dh isik sampai terkeluar-keluar dah..
problem ni ada kaitan dgn fuel pump ke? ataupun apa masalah sebenar? mntak tolong tunjuk ajar. terima kasih..
minyak tak naik semua masalah fuel pump,periksa fius di kotak enjin dan dibawah kaki driver,cari fius fuel ,jika terbakar tukarkan.
TQ bagi tips, akan cuba check fuse.
Klau x boleh jugak kena hantar bengkel la gamaknyer kan..terbang la lagi..
Kena periksa kat mana ada minyak ger bocor,auto filter pun kena tukar bila tukar minyak gear,guna minyak gear penzoil.
tak mengapa,itu cuma masalah meter pada panel meter,alat tersebut boleh dibetulkan.Jumpa mekanik.
Saya jat pemilik waja 1.6 manual dan ada bebrapa maslah mengenai kete sy ni.
1. RPM kadang2 drop dan kadang sampai enjin mati ketika hendak berhenti.
2. Speedometer meter x berfungsi, camna nak settle. Fius ke?
1. RPM kdang2 drop sampai 500 dan kekadang tu enjin mati terutama waktu nak berhentikan kete.
2. Speedometer x berfungsi. Apa perlu sy check.
Terima kasih..
1.RPM yang drop adalah sebab stepper motor pada throttle body,saya rasa utk waja kena tukar satu throttle body dan pada throttle body ada stepper motor.
2.Tukar speedometer kabel.
kereta saya Waja 1.6 auto. masalah kereta saya adalah apabila saya memandu pertukaran gear seolah-olah tidak lancar. ada rasa macam mengenjut-enjut. masalah ni akan hilang seketika apabila saya cabut wayar bateri dalam masa setengah jam atau lebih kemudian pasang balik. selepas 3 hari masalah ni akan datang balik. saya dh cuba hantar beberapa bengkel, tapi masalah tu ok sekejap je. berdasarkan pengalaman saudara2 apa sebenarnya punca masalah kereta saya ni? apa yang perlu saya buat untuk mengatasi masalah kereta saya ni.. pendapat saudara2 sangat saya hargai dan saya dahulukan dengan terima kasih.
Masalah mengenjut tidak lancar ni masalah kurang prestasi enjin yang mengurangkan kekuatan untuk gearbox dan biasa berpunca dari plug yang cepat hitam sebab karbon dari kabel plug,plug dan air filter juga disebabkan oleh pecah wayar api (jika ada).
Masalah ini boleh diatasi dengan tukar kabel plug ,plug dan air filter
Ini masalah throttle body,sebaiknya tukar throttle body.Boleh juga menggunakan repair kit untuk servis throttle body.
Saya ada masalah dengan waja saya tahun 2005. Bila drive kat jalan tak rata ada bunyi krek..krek.. panjang kat dashboard kanan. bunyi macam besi bergesel tapi bila jalan cantik bunyi tu hilang.. lagi 1 bila drive dalam 110km/h ada bunyi angin masuk kat sebelah driver... apa masalah nya ye? TQ
Periksa skru dashboard dihujung driver ada skru longgar,sebab tu bunyi gesel besi.
2.Ada getah pada sebelah bawah kaki driver yang menutup kabel speedometer,psangkan semula jika tercabut.angin masuk dari situ.
2.Window regulator boleh rosak jika terbelit atau motor rosak
Masalah saudara saya rasa hanya relay dan fuse yang rosak,baiki sekitar rm100 sahaja.
Tuan Blogger,
Saya Che Mad empunya proton waja tahun 2001 (premium)1.6 auto.
1. Dua Minggu lepas kereta terkena banjir tp tak teruk sgt.Saya pun jemur kereta kerana karpet basah.Lepas tu bila saya on lampu,kedua-dua lampu besar dan lampu high beam tidak hidup tapi lampu kecil hidup kedua-duanya.Lepas sehari kemudian saya cuba semula lampu besar high beam hidup dan yg satu lagi masih tidak hidup.Sehari kemudian pula kedua-duanya mati sampai sekarang.
2. Baru 3 bln tukar penutup tangki air kerana bocor beserta serta service.Tapi sekarang air cepat panas.
3. Aircond tidak berfungsi bila kereta berhenti.Bila cek kipas tak berpusing tapi bila kerata berjalan kipas berpusing dan aircond ok.
Pohon bantuan tuan. Sekian,wassalam.
Berkenaan lampu tu saya dah cek semua fius yang semuanya masih elok.
Periksa kotak hitam dalam enjin,tekankan semua relay,supaya kedudukaknya elok.
Biasa terjadi begitu untuk kipas radiator dan lampu,ada kemungkinan wayar berdekatan fius bawah kaki driver kena air jika ada peniup angin sembur sedikit untuk keringkan wayar bawah kaki driver.
Cuti sekolah ni saya hendak buka semua karpet kalau panas bolehkah saya jemur kereta itu?.
wassalam.
kereta waja yang saya gunakan mempunyai masalah susah nak start. bunyi crank ada tp x enjin xnak hidup. kereta saya 2 minggu x start so battery weak dan rosak. dah ganti battery baru dan 'reset battery', dah isi minyak tp meter x naik, alarm sistem xder mslh, throtle dah servis x mslh tetap x solved...so adakah masalah ini disebabkan fuel pump rosak jg? ataupun ada kaitan dengan sistem keselamatan proton atau "computer box"...kereta waja model 2003...tk
kebiasaannya waja akan mengalami kerosakan fuel pump bila lama tak start,keluarkan satu kabel dari plug,masukan plug lain dan sentuhkan pada body enjin,jika api pada plug ada ,dah tentu fuel pump yang rosak,minyak tak naik.
Saya rasa masalah yang sama cuma ada kemungkinan kedudukan kotak cling coil telah menakung air dan menyebabkannya tidak habis dibuang dan meleleh dari regangan hose penyambung air keluar,periksa semula dan minta mekanik perbetulkan kedudukan kotak ciling coil supaya air aircond habis keluar bila bertakung.
2.Saudara perlu juga perhatikan adakah waktu hujan saja air banyak bertakung pada carpet,jika demikian getah pintu saudara telah haus dan perlu ditukar,itupun jika air yang bertakung bukan datang dari a/con
sy bru je pakai waja second 2003mt.mslh sy brkenaan fuel pump meter.meter minyak berfungsi semasa baru start enjin shja.tu pun bila paras myk lbh dr spruh.meter myk tu hye brtahan x smpai seminit lps start enjin.pomen srh sy tkr fuel pump.brkenaan enjin xde mslh,semua brfungsi dgn baik..solution ape yg prlu sy buat?
jika meter minyak ada masalah saudara boleh tukar meter minyak tersebut dapatkan dari alatganti kereta.
2.Fuel pump tiada kena mengena dengan meter minyak jika enjin hidup tanpa masalah
tuan, sy bercadang nk pakai waja auto 2nd...sy xpandai pasal kereta...so nk mintak nasihat tuan,,,apa yg perlu sy chek masa nk bli keta 2...t.ksh
1.Periksa enjin,buka penutup minyak enjin,minyak enjin berbau hangit jika enjin sudah sampai tahap perlu di overhaul
2.Jika boleh test drive pusingkan keseluruhan roda semasa corner,bunyi ketukan kuat bila membelok d/shaft dah rosak.
3.Power stereng akan berbunyi jika dipusing ketika enjin hidup bermakna ada bocor power stereng
4.Periksa tayar untuk lihat bunga tayar,kesan tiada bunga pada tepi tayar memberi makna alignment/balancing tidak elok
5.Stereng yang terlalu mudah bergoyang ketika membelok adalah kerana rod dan tie rod end yang dah lusuh
6.Pusingkan stereng ke penghabisan ketika enjin hidup,saudara boleh lihat minyak menitik atau gris terpancut2 pada tepi tayar jika terdapat komponen bocor atau rosak
7.A/cond bila dihidupkan tidak bunyi berdesir,jika berbunyi demiki an ia menandakan kompressor yang semakin sampai had perlu tukar.Periksa suis suhu a/cond berbunyi ketika enjin hidup dan kipas a/cond berpusing elok.
8.Pastikan tanya penjual bila kali terakhir tukar timing belt,servis minyak hitam,tukar autofilter dan air filter serta plug
9.Lampu brek,signal,lampu dalam kereta,radio dan suis alarm berfungsi jika dihidupkan
10.Kerusi depan dan belakang tidak bergoyang bila duduk dan semua pemegang untuk selaraskan kerusi boleh digunakan.
maklumat dan panduan ini amat berguna kpd sy...semoga allah merahmati tuan...terima kasih sekali lagi..
wassalam
Waja Auto....
Setakat ni problem dier antaranyer...
1. miyak melimpah bila isi penuh
--> tukar host yg menghubungkan muncung tangki ke tangki. kos krg dari rm100...
2. rpm x menentu kejap ok kejap tak lbh2 time aircond on --> servis throote body dan buat tune engine kat proton sc... kalo x leh jugak throotle body kene repair... biaser rosak kat stepper motor dier... tp org biaser tukar baru terus satu set throotle body tu.... kos rm600 ke rm1500 (kalo kat proton)
3. Fuel pump.... simptom awal kereta semput2.... then mula jd berat mcm x jalan cukup pinston... peringkat kritikal.... sesuka hati dier akan berhenti tgh2 jalan....
fuel pump punyer harga rm500 ke atas...
kesimpulan byk prob dekat bhg innjection petrol shj... so far yg lain tu x la teruk sgt... mcm kete lain jugak... kos utk repair masalah ni pun bwh 3,000 overall.... 10 tahun sekali... tp x kan nak pakai sampai 20 thn kan....
so pemilik2 waja.... stanby la sejumlah ni untuk merawat sistem injection waja kesayangan anda...
masalah ini masalah housing d/shaft yang dah longgar biasanya d/shaft dalam kat gearbox,jika tukar ,tukar sebatang(dalam dan luar) ,jika belok kanan maknanya sebelah kanan.
kos sekitar rm 350 sebatang
mengekalkan prestasi kereta adalah dengan menukar minyak hitam,oil filter,air filter ,fuel filter,plug dan minyak gear tepat pada waktunya.
Kegagalan berbuat demikian menyebabkan karbon berkumpul dan mengurangkan prestasi enjin dan memerlukan top overhaul untuk kembali asal.
Penjimatan juga demikan selain dari mengekalkan keadaan roda yang ringan dan mengurangkan beban dalam kereta,menukar air filter dengan kerap dan membersihkan ruang kotak filter(basuh air dsbnya) adalah cara terbaik menjimatkan petrol kerana udara ruang pembakaran yang bersih membantu minyak mengalir pada kadar yangt sedikit dan kekal sebegitu tanpa menggunakan kuasa tambahan untuk membakar petrol.
nak tanya macam mana untuk menukar motor power window pada kereta waja?....
terima kasih
Terima kasih
ada lebih baik jangan skim lagi flywheel,saudara dapatkan gearbox yang lain,sebab flywheel yang dibaiki tidak akan bertahan lama.
Cluth jtertanggal dari flywheel dengan mudah dan tidak mencengkam adalah masalah yang sebenar.
2.fuel pump kancil sebelah kanan(jika lihat lepas buka bonet enjin) dalam enjin berwarna emas.
bolehkah kalau ditukar sahaja flywheel yang baru untuk waja campro manual...dan berapakah harganya...terima kasih dengan bantuan tuan
gearbox potong sekitar rm2000 dan baru mencecah rm5000.
2.boleh tukar flywheel ,kena cari kedai gearbox
skimming ni biasanya hanya machinist saja yang boleh mengukur ketepatan dan berapa banyak kali telah diskim menggunakan alatan machinist.
Tetapi dengan mata kasar ia nampak seakan2 nipis dan kedudukan plate bergoyang dan sedikit longgar,
2. Apakah tnda2 krosakan TCU?
Jika slip gear atau susah masuk,gear lompat adalah kebanyakannya transmission solenoid problem.
saya ingin bertanyakan mengenai masalah kereta waja saya.....alarm kereta selalu berbunyi... selepas lebih kurang setengah jam alarm kereta ,kadang2 x menentu waktu..
Selain dari bateri remote alarm tersebut yang habis alarm juga berbunyi jika bateri kereta tersebut hampir lemah.
1) lampu gear R menyala bila kereta bergerak (D), kadang2 bila signal menyala pun lampu R hidup gak.. g kat proton check ECU ok ( bro pakai je dulu, ok ni) pesan pomen tu..
2) kadang2 berbau petrol, terutama bila baru lepas isi minyak ( tak tau sama ada masalah ni berkaitan dgn masalah pertama
tq.
masalah saya..
1. lampu gear R menyala semasa dalam mode D, dah g proton service ECU ok (katanya la, siap bole suruh pakai je) baru2 ni bila bagi signal lampu R pun ikut berkelip2.
2. bau petrol yg agak kuat terutama lepas isi, hos minyak ok tak bocor..
tq
1.suis untuk lampu pada gear terletak bawah panel,ada kemungkinan connection tersebut ikut sekali bergerak ketika masukan gear,perlu periksa connection soket pada panel gear.
2.kedudukan fuel pump terletak dibawah seat penumpang belakang waja,minta mekanik buka kerusi belakang lihat getah sekeliling fuel pump,betulkan kedudukan jika tak rapat.
Clutch pump dah bocor,tukar clutch pump sekitar rm200
Kereta tahun 2001, Auto MMC.
Radiator Baru tukar. Top overhaul dah buat.( Ganti valve 4 batang )
Masalah bila kereta bergerak or dalam keadaan idle, Tidak On a.cond..selang 15 mnt temperature enjin akan naik..tetapi biler On a.cond temperature normal xda naek or turun. apakah masalahnya? minta tnjuk ajar..terima kasih
Pada kebiasaanya sensor coolant pada hose tidak berapa elok,dapatkan sensor coolant yang lain.
saya syahril.
saya nak tanya, saya ada waje thn 2001 auto. masalah saya meter minyak langsung tak naik. kira2 dah setahun jugalah meter minyak tak naik. tapi kelancaran pada kereta takde masalah, tak pernah mati tgh jalan.
adakah feulpum rosak atau pun cuma wiring pada feulpum sahaja.
tolong bantu saya.
TQ
masalah ini biasa terjadi,ini disebabkan oleh fuel pump saudara yang berhenti sebab wayar yang tidak betul kedudukan dan mungkin terkena minyak ketika membelok,buka fuel pump pada seat belakang dan ketatkan soket dan kedudukan wayar penyambung pada fuel pump.
Petrol float atau fuel float terletak dalam tangki minyak,tukar alat tersebut,dapatkan alat tersebut dikedai alatganti.
Bateri weak dan alternator yang tak berfungsi akan ada tanda sebegini.
adakah berlaku masalah pada fuel pump?
masalah pada cam positon sensor?
masalah gear box?
plug? distributor? cable plug?
tq admin...
tukar kabel plug adalah lebih baik.
T.kasih
Masalah saya ni baru berlaku hari ni...masa tengah jalan tetiba kereta waja campro CPS saya ni jerking macam habis minyak...tapi dalam 2 saat lepas tu macam minyak petrol masuk balik and kereta berjalan seperti biasa...paling kerap berlaku bila kereta naik bukit...kereta bila dimatikan and start balik memang senang...takde masalah susah nak start pun...saya dah tukar fuel filter...dah masukkan injector cleaner dalam tank and dah pakai minyak 97 tapi masalah ni dtg juga...adakah ini masalah fuel pump?
Masalah saya ni baru berlaku hari ni....masa tengah bergerak tetiba je kereta waja campro CPS saya ni tersenggut-senggut (jerking) tapi dalam 2 saat lepas tu kereta okey semula dan ia berterusan berlaku...paling teruk bila naik bukit seolah2 minyak langsung tak masuk....saya dah tukar fuel filter tapi masalah ni berlaku juga...kemudian saya masukkan injector cleaner ke dalam tangki petrol and pakai minyak ron97 and masalah jerking ni macam dah selesai tapi kereta pulak rasa macam takde power, berat and engine agak mengaum...adakah ini masalah fuel pump? Untuk makluman, kereta memang amat senang dihidupkan tidak kira masa panas atau sejuk...
saya wan pengguna waja 2002, tayar depan waja saya ni asyik berbunyi bila lalu jalan x rata atau langgar bump.baru2 ni saya da tukar drvi shaft, streering rack.bunyi datang dari kiri dan kanan sepeerti ada benda yg longgar.ape benda yg nak tukar asal bunyi tu hilang?
semlm sy dh hntr waja ke proton service centre utk tkar mounting dn tkar minyak gear. masalah kereta sy, gear N berkelip2 msa tgh drive. pomen kata hanya tkar minyak yg kotor.. tpi pgi tdi msalah itu msih berlaku.. apa masalah sbenarnya?? tq
kereta waja sy ada masalah bila enjin dihidupkan waktu pg enjin akan hidup sekejap saja lepas tu enjin akan mati balik bila dihidupkan enjin seakan bergegar dsn semput apa masalah enjin kereta sy tu . tq
Auto filter ada x pada waja campro auto?
2.Auto filter ada pada semua kereta automatik.
saya hasbullah.
harap tuan boleh bagi tunjuk ajar pada saya dan pembaca yg mempunyai masalah yg sama.
kereta waja auto tahun 2002. problem dia adalah air dalam tangki air sentiasa kering. kalau jalan dalam 300 km sure kena tambah dekat 500 ml,hari-hari pun kena cek.pernah on the way,meter temp naik,bila berhenti dan tambah air ok balik. Tangki air baru servis, water pump baru tukar,mana-mana water leaking tidak kelihatan.
Beberapa pomem cakap kena tukar gasket head. betul ke?
atau lain-lain pandangan tuan..
terima kasih
2.Akantetapi jika apa yang saya sebutkan diatas tidak berlaku, tetapi meter tetap menunjukan panas dan air sentiasa mengering thermostat terpaksa ditukar dan air harus dflush atau dibuang keseluruhannya dan gantikan dengan air baru dan coolant yang lebih berkualiti seperti coolant nissan atau mercedes.
Ini kerana Waja mempunyai sistem pusingan kipas aircond dan radiator yang menggunakan sistem switch dan pembuatan enjin demikian pada pengalaman saya tidak baik berbanding wira.
4.lakukan apa yang saya sebutkan di no 2. adalah jalan penyelesaian yang boleh digunakan setakat ini.
Dr apa yg syg thu..waja mggunakan gearbox dgn sistem invecs ii dr mitsubishi,apakh yg dmksdkn dgn invecs ii?
Ia sebenarnya automatik yang lebih selamat
terima kasih tuan
saya akan cuba nasihat tuan
jazakallah hu khairan kathira..
Jika melanggar bonggl bunyi seperti terhentak itu tandanya lower arm rosak.
Masalah saya pd keta waja l sy ialah bila start engin..dalam 3 sec mati..start n trus mati..sy pegi check computer..ada tulis timing sensor..sblm ni sy ada ganti pully..yang lama bergoyang..pastu grand sharpe keta saya ada makan cikit..sy dh tukar timing sensor yang baru..tp tetap sama jugak..minta admin bg jalan utk keta sy..sy dh pening..modal byk dh kuar..tpi keta xelok2..
Nak tanya, Saya pakai Kereta Waja auto o1, Meter minyak dah x naik walaupun minyak penuh. antar bengkel katanya feulpump & meter elok.
2.Tukar blower motor sekitar rm200
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,