Menyelaraskan tappet kereta dan muzik

Menyelaraskan tappet adalah tidak mudah seperti mendengar muzik dari radio atau mendengar secara percuma dari banyak web seperti 4shared dsbnya. Enjin juga mengeluarkan bunyi yang juga melambangkan bahawa kita amat peka dengan bunyi dari sekeliling mahupun yang kita ingin dengar.Begitu juga dengan kereta yang kita pandu jika kita amati dengan sepenuhnya kita boleh dengar bunyi injap yang tidak sekata datangnya dari enjin kenderaan.Bunyi yang seakan-akan lari dari tune yang sepatutnya atau lebih senang, berlainan dari note yang seharusnya.

Keadaan ini akan terjadi bila terdapat kehausan pada rocker arm dan valve seat.Namun begitu tidak perlulah kita terus menukar sebatang rocker arm(batang silinder) kepada yang baru mahupun valve seat yang baru,cukup sekadar membuat penyelarasan supaya bunyi yang sumbang tersebut tidak ketara didengar dan menambahkan bingit bunyi bising kereta anda.

Apa yang diperlukan adalah sedikit pengetahuan dan cara-cara menyelaraskannya atau lebih senang dgn perkataan biasa adjust tappet.Walaupun penyelarasannya mudah pengetahuan awal adalah amat penting seperti alat yang perlu digunakan semasa kerja ini ingin dilakukan.Alat-alat seperti spanar bersaiz 12 dan 10mm,philip screw driver,tolok pelaras adalah wajib ada dalam menyelesaikan adjust tappet anda.

Cara-cara

1.Sediakan alat lengkap-philip screw driver,blade clerance(tolok pelaras),spanar bulat bergerigi bersaiz 12,10 dan 8mm
2.Setelah buka penutup silinder legakan semua tappet pada injap ekzos dan injap inlet
3.Gunakan spanar bergerigi dan mulakan pelarasan mengikut turutan 1432.(1432 bermaksud bila kedua injap tanpa kelegaan pada injap pertama selaraskan injap keempat dan begitu seterusnya pada 4 selaraskan 1 dan pada 3 selaraskan 2 dan pada 2 selaraskan injap 3.(lihat gambar)
4.Laraskan menggunakan tolok pelaras (blade clearance) pada saiz yang sesuai.Saiz tersebut selalu terdapat pada manual kereta .Sebagai pengetahuan kereta Malaysia biasanya pada saiz 15,10mm.10mm untuk injap inlet.
5.Hidupkan enjin setelah penutup silinder dipasang dan dengarkan lagaan injap,jika terlalu bising laraskan semula pada kadar yang lebih rendah .

Amaran:-Jangan terlalu rendah saiz pelarasan kerana ini mungkin menyebabkan enjin susah dihidupkan dan jangan sekali-kali laraskan pada kedudukan kedua-dua injap yang masih ada kelegaan,jika ini dilakukan piston anda mungkin pecah jika tidak dapat menahan ketukan.

Mudah bukan,memang mudah ,akantetapi ianya hanya untuk mereka yang tahu menggunakannya dengan langkah yang betul dan menjaga amaran serta keselamatan semasa melakukannya.Lakukan berhati-hati dan dapatkan nasihat dari mereka yang lebih arif jika anda pertama kali membuatnya.

Comments

zahidi said…
Salam
Saya pandu kelisa. Enjin kadang2 ada bunyi ketukan. Nak adjusr tappet. Tapi perodua cakap enjin kelisa tak ada tappet. Tapi guna 'shim' katanya. Minta suruh adjust supaya kurang bunyi tu. Tapi macam2 dia terang pasal shim tu, entah apa dia merepek tak faham, macam keberatan nak buat. Katanya kena buka enjin adjust shim tu. Betul ke macam tu?
Mekanik Kereta said…
saudara zahidi,

shim tidak boleh diadjust,ianya adalah seekeping logam nipis yang digunakan untuk menyelaras ketukan,jika terdapat ketukan kuat shim tersebut haruslah ditukar dan carakerja tersebut seperti membuat adjust tappet.Bawa ke mekanik biasa dan minta tukar shim untuk pelarasan .
Anonymous said…
Salam.nak tya brapa saiz kelegaan inlet & exhaust utk kereta mazda 1.3 16v
Mekanik Kereta said…
saudara valve clearance,

saiz yang biasa digunakan adalah 0.3 mm untuk kedua2 valve inlet dan exhaust,tetapi mungkin saudara boleh mulakan dgn 0.5 dahulu
FEDO said…
bgaimana dengan kembara. Dia guna shim?
Mekanik Kereta said…
Kembara guna tappet saudara FEDO.
FEDO said…
oh. Terima kasih.
FEDO said…
mcmana kalau kembara kedengaran bunyi bar.
Mekanik Kereta said…
saudara FEDO,

bunyi bar yang bagaimana tu?
Anonymous said…
S1M..
ukuran teppet utk kancil nya berapa? dan adakah ia di adjust mengikut urutan 4321 atau 123 atau 321 tau apa2la..
Mekanik Kereta said…
saudara SIM,

ukuran biasa adalah 15 10.turutan untuk laraskan masih sama utk semua kereta 1432.

apa2lah?
Anonymous said…
Saudara sord87
Nk tnya cara yg btul utk plarasan tappet.. Mcm saudara ckap 1432 tp da pmen yg ckap 1342 dan ada yg ckap psing cam puly bg btul mark dan adjus tappet intake 1 & 2 xzos 1 & 3 pas tu psing cam puly setengah psingan adjus intake 3 & 4 xzos 2 & 4.. Ag 1 adjus tpet pada klegaan intake 0.20 mm xzos 0.25 mm bg enjin prton 12v.. Yg mna btul dan tepat??
Anonymous said…
Saudara sord87
Nk tnya cara yg btul utk plarasan tappet.. Mcm saudara ckap 1432 tp da pmen yg ckap 1342 dan ada yg ckap psing cam puly bg btul mark dan adjus tappet intake 1 & 2 xzos 1 & 3 pas tu psing cam puly setengah psingan adjus intake 3 & 4 xzos 2 & 4.. Ag 1 adjus tpet pada klegaan intake 0.20 mm xzos 0.25 mm bg enjin prton 12v.. Yg mna btul dan tepat??
Mekanik Kereta said…
dua- dua cara pun boleh,cuma kena pastikan bila keadaan 'on the rock' iatu bila dua rocker arm berada pada kedudukan pegun adjust yang tidak pegun(tidak bergerak atau mempunyai kelegaan.

2.0.2/.25 atau 15/10mm adalah mempunyai kelegaan kecil jika lebih dari itu tappet akan berbunyi.Ramai yang bermula dari kelegaan 15/10 mm.
Unknown said…
Salam.saya nak tahu cara nak ejas tepet dari 1432 bleh terangkan dari mula hingga siap.tlong ya.tq
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Mekanik Kereta said…
@TAJUL ANUAR ANUAROn thge rock bermaksud valve 1 dan 4 tiada kelegaan bila pusingkan pulley silinder head,bila jadi gitu selaraskan tappet 3 dan 2 yang ada kelegaan,begitulah seterusnya bila 3 dan 2 on the rock selaraskan tappet 1 dan 4
Unknown said…
Engin 4g93 naj edjust tappet sama jugak ke..nak buat sendiri xberani pulak kang lain jadinya....
sy xpandai pasal kete ni..
Mekanik Kereta said…
@Roy Aris Palilahsama!minta mekanik adjustkan kalau banyak bunyi ketukan
Unknown said…
Saya dah tukar cylinder head dari 4g92 ke 4g93. Berapa valve clearance intake and exhaust. Dalam o/h manual proton .20 / .30. Yang mana lebih sesuai. T/kasih.
Mekanik Kereta said…
@Unknownmasih sama 20,30
Unknown said…
mau Tanya cara adjust vall kancil 660 mcm mna...? sifu2 sekalian ajar dlu... org Susah...
Mekanik Kereta said…
tappet boleh adjust,valve tak boleh
Unknown said…
As Salam en. Saya memiliki kenderaan 4x4 menggunakan enjin mitsubishi storm diesel turbo. Boleh saya tahu pelarasan utk enjin ini.sekian terima kasih
Mekanik Kereta said…
wsalam,enjin diesel diselaraskan juga ketika enjin panas,gunakan kaedah yang sama seperti tulisan di atas,jika 6 silinder aturan firing order adalah 1,5,3,6,2,4,mulakan dengan no 1
Unknown said…
Ok cik..terima kasih
sesattt. lanunn said…
Assalamualaikum..admin tumpang tanya,4g93 mmg enjin tepet ke?sakit telinga klau nak start,dgr dri mulut org sekeliling mmg enjin nie jenis mesin jahit.adr ape2 efect ke klau x buat tepet tu?
Mekanik Kereta said…
wsalam,kalau belum inigin ajust tappet lagi,boleh bertukar ke minyak yang lebih pekat seperti minyak mineral 20w50 dari bardahl gred sg untuk mengurangkan bunyi atau castrol.Untuk pengetahuan kos adjust tappet dibawah RM100,
sesattt. lanunn said…
Sebelom nie sy pkai eneos 10w40,x jd masaalah ke kalau sy bertukar ke 20w50?myk yg sifu ckp tu 'bardahl' mane2 kedai adr jual x?ke kedai yg terpilih sj..last soalan,gred 'sg' tu ape sifu..maaf sy btl2 bdk baru..
Mekanik Kereta said…
tak jadi masalah ,minyaka ada tertulis SG,SAE dll,gunakan yang tertulis 20w50 SG
jeson polimin said…
Salam. Macam mana mau tau yg injap tu suda lega atau belum ya?
Mekanik Kereta said…
wsalam,bial tiada bunyi tappet lagi bermakna sudah ok
Unknown said…
Salam saya baru je tukar valve seal engine 4g13 masa proses keja tu saya buka rocker arm dan bila pasang balik engine tak hiduk jadi saya adjust kesemua tappet la cuba start senag je hiduk Tapi kejap kejap mati bunyi ketukan kuat sangat apa yang harus saya lakukan sekarang minta tolong sangat
Unknown said…
Bunyi ketukan kuat sangat
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu adjust semula tappet ikut bacaan sebenar
Mekanik Kereta said…
adjust semula tappet
Unknown said…
Aslmkm...brapa plarasan tappet untuk perodua rusa Dan firing order...tq.
Mekanik Kereta said…
wslm,firing order 1342 manakala tappet masih pada 10mm inlet dan 15mm untuk exhaut,jika hydraulic perlu ganti shim saja
Unknown said…
Terima kasi atas tunjuk ajar yg bermakna
Unknown said…
Salam tuan..kereta chevrolet captiva 2010 sy bila start enjin bunyi agak kuat.selang 5min bunyi senyap..itu petanda perlu adjust tappet ke?
Unknown said…
Salam admin... Nk tanya kalau enjin 3 piston mcm kancil... Bacaan firing order berapa 132 atau 123?? Nk mula adjust dari piston berapa?? Nk kene tgok overlap mcm mne??
Mekanik Kereta said…
wslm,132 ,mula dari satu dan dua,adjust 3
Mekanik Kereta said…
wslm,chevrolet guna shim tiada tappet,tak perlu buat apa2
Unknown said…
sy pkai engin viva baru overhoual.dh ukur shim...kdai pomen yg wt...tapi engin sejuk.xdgr sngt bnyi shim...bila engin panas sngt lg kuat bnyi....sbb pa.....skrg pkai minyak engin 10/30
Mekanik Kereta said…
Jika ia bunyi shim ,shim ada ukurannya jika ia tidak sekata ia akan bunyi kuat,gunakan dulu sehingga seminggu ,mungkin ia akan berkurang
Unknown said…
Bos..kereta kncil nk adjust tepet mcm mna..
Mekanik Kereta said…
ada 3 valve ,letak valve 1 dan 3 pada "on the rock" adjust no 2,letak 2 dan 3 'on the rock' adjust no 1 ,begitu seterusnya
Unknown said…
Saiz sesuai 15 / 10 ke utk kncil tuan..lgi 1..bila valve 1 dan 3 dlm keadaan on the rock dan slesai adjust valve 2..tpi dlm msa yg sama valve 1 atau 3 trdapat kelegaan wlupon dlm keadaan on rock..perlu ke sy adjust valve 1 dan 3 trsebut..
Unknown said…
Bos..saiz utk tepet kncil brapa pling sesuai..dan bila valve 1 dan 3 on the rock dan trdpat kelegaan pda salah stu valve 1 dan 3..mcm mna perlu adjust jugak ke..atau biarkn dan adjust valve 2 shaja..
Mekanik Kereta said…
ketiga3 mesti adjust,ikut saiz untuk inlet dan ekzos
Mekanik Kereta said…
adjust semua
Unknown said…
Salam...nk tnya ada x minyak threatment yg dpat kurangkan sikit bunyi shim..coz dh 3 bulan overhaul.camne nk buat ye.. Asap putih xde tp minyak enjin berkurangan
Mekanik Kereta said…
wslm,Engine oil treatment banyak ada di pasaran dan jenama juga banyak seperti STP,Castrol,Shell dsbnya.Minyak enjin berkurang jika valve seal tidak ditukar.Proses top overhaul mesti dilakukan pada head
Unknown said…
maksud saya bunyi valve. adakah distributor perlu laras atau jarak tapet dkt?
Mekanik Kereta said…
adjust semula tappet saiz tappet tidak tepat
zam ajuli said…
Kancil 3 cylinder. Bermakna firing order dia 132 ka mcmna cikgu
zam ajuli said…
Kancil 3 cylinder. Bermakna firing order dia 132 la kan cikgu.
Kancil boleh ejas tappet pakai cara on the rock method tak.ataupun cuma firing order sahaja terpakai utk kancil. Tq cikgu
Mekanik Kereta said…
olehkerana tinggal satu jadi 132
Mekanik Kereta said…
boleh ejas sama saja
Unknown said…
Salam..chef adjust tappet kancil pusingan MCM mana chek
Mekanik Kereta said…
wslm,pusing pulley camshaft pada on the rock dimana terdapat 2 rocker arm valve berhenti,adjust yang mana tidak berhenti
kHaLiFaH_ALLAH said…
Salam Tuan,

nak tnaye pendapan tuan, saya gune Proton Saga 1996 1.3. Enjin baru lepas Top Overhaul, bile memandu, mase tekan minyak dengar bunyi loceng dr enjin, die akan berbunyi hanya mase kite tekan minyak samada nk memotong ataupun nak amik speed. bile maintane xde bunyi. adekah ini disebabkan olet tepet juga dan bagaiman cara untuk mengatasi masalah ini termasuk juga kosnya. Harap tuan dapat membantu, Terima Kasih dan wassalam.
Mekanik Kereta said…
wslm,bunyi loceng tersebut biasanya akibat minyak hitam yang kurang.Oil pump perlu ditukar suapay flow minyak dalam enjin lebih baik
kHaLiFaH_ALLAH said…
terima kasih atas nasihat. boley tuan share location bengkel tuan? Susah nak cari mekanik yg berpengalaman mcm tuan sekarang nie..
Unknown said…
salam. saya pengguna chery easter 2009 enjin mitsubisi.
kebelakangan ni tepet saya berbunyi.. la ni makin kuat sikit.. kata mekanik mahal nk betulkn.kena tukar barang dlm enjin. apa ntah. saya pn x ingat namanya. tpi saya ada google satu product minyak katanya guna tu jer tepet dh berhnti bunyi.. betul ker..
Unknown said…
salam..satu lg soalan. apa yang menyebabkan tepet berbunyi. dan bagaimana kaedah untuk menjaganya..
Mekanik Kereta said…
wslm,geseran banyak jadi clearance pada tappet membesar dan perlu diadjust,cara untuk mencegah ialah tukar minyak hitam secar berkala,in sha allah ok
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan minyak jenis 20w50 boleh kurangkan bunyi,adjust tappaet kos sekitar rm100
Anonymous said…
Satu blog yang bermanafaat,say Nak tanya,apa masalah kalau minyak enjin bercampur dengan air?
kereta saya kancil.660.air sampai di valve dan turun sampai di tangki minyak enjin(warna minyak seperti campuran kopi dan susu)
Mekanik Kereta said…
ada saya tulis di sini
https://mekanikkereta.blogspot.com/2015/06/bagaimana-air-bercampur-dengan-minyak.html
Unknown said…
Pagi saya pengguna kancil 850 masaalah engine berasap tpi kurang budget ada cara lain ka untuk mengurangkan asap terutama naik bukit dan pertanyaan kedua edjust valve guna berapa MM dan mna yg di edjust yg dibawah sekeru atau di bahagian kemshaft..terima kasih Cigu
Mekanik Kereta said…
pagi kembali
enjin akan banyak asap putih saja jika piston ring haus,kalau begini perlukan overhaul
jika enjin berasap juga tetapi tiada putih berterusan boleh gunakan kaedah servis throttle body atau karburator

2.Setting tappet baca tulisan saya di sini
https://mekanikkereta.blogspot.com/2011/10/menyelaraskan-tappet-kereta-dan-muzik.html
Unknown said…
salam boss mcm mne ye adjust tappet waja mmc
Mekanik Kereta said…
wslm,kaedah masih sama,
Unknown said…
Salam tuan sy nk tnya..kreta hyundai getz enjin bunyi mcm 4x4 smua dh tukar codrod dh tukar piston dh tukar tepet pn dh tukar tp ttap same bunyi nye ape perlu tukar lgi tuan..
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar ekzos sensor atau O2 sensor,insha allah kurang bunyi
Alsabah Hattaie said…
Assalaamu'alaikum tuan
Saya belum berapa faham mau ejas rocker arm iswara..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,no saya 0173023492
Unknown said…
Assalamualaikum sy nk tnye..jika tappet berbunyi atau rocker arm haus akn effect pd part enjin yg len kew jika di biarkan?
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,jika tappet berbunyi ia tanda ketidakseimbangan pada gerakan ketika valve ditekan dan keluar akibatnya enjin juga ada getaran dan akibatnya prestasi enjin juga jadi kurang. Untuk kesan jangka panjang tappet yang tidak diselaraskan akan akibatkan bocor minyak di atas permukaan piston dan jangkahayat enjin untuk top overhaul jadi lebih cepat
Unknown said…
Salam tuan.kereta viva lepas grind valve perlu ke adjust valve.sbb x guna shim xda roker arm.mohon pencerahan
Mekanik Kereta said…
wslm,tak perlu,pasang saja elok2
Teruteru said…
Kereta waja tahun 2005.. dh tukar fuel pump baru.. still x hdup.. makenik kta mslh wiring.. tu pun dh buat.. jln cm biasa tp utk 2 mggu je.. trus wt hl lg.. kete x hdup..
Mekanik Kereta said…
Tukarkan camshaft sensor inshallah ok
Unknown said…
Askum...sy pakai hyundai getz 1.4...apabila sejuk jer enjin ad bunyi ketik² bnyak kali...tapi lepas 5minit lepas tu da senyap...ape mslah tu erhh bosskur...
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,oil pump berkemungkinan telah lusuh dan akibatnya minyak lambat disebarkan ke seluryh enjin lebih2 lagi bila enjin sejuk,boleh juga guna engine treatment untuk sementara,sebaiknya ganti oil pump
Ajit said…
Sape tahu kt mana jual shim tappet kelisa bhg exzoz 0.25mm
Mekanik Kereta said…
cari di kedai alat ganti,buka page saya tajuk alatganti untuk beberapa kedai di lembah klang sahaja

Pos Popular

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Kesan-kesan buruk ke atas enjin apabila isyarat sensor lemah

Pelarasan enjin