Penggunaan alat diagnostic dalam mengesan kerosakan enjin kereta
Olehkerana masa dan penggunaan komputer yang meluas maka sistem sesebuah kenderaan atau kereta telah diubahsuai dan dinaiktaraf supaya selari dengan peredaran zaman.Maka terhasillah komponen-komponen yang telah disambungkan terus kepada kotak komputer (ECU/ECM) yang diletakkan khas dibawah papan pemuka (dashboard )sesebuah kereta.
Penggunaan kotak komputer ini adalah untuk mempercepatkan lagi pengesanan kerosakan serta mengesan ketidakupayaan komponen kereta seperti bateri,alternator dsbnya.Alat yang selalu digunakan adalah alat diagnostic/OBD (On Board Diagnostic) yang disambungkan terus ke panel bateri dan panel khas yang disediakan didalam sesebuah kenderaan.
OBD yang disarankan oleh Mekanik blog ini,kereta Malaysia juga ada dalam senarai
Alat ini bertindak dengan menggunakan kod-kod yang disesuaikan dalam kotak komputer dan juga disambungkan terus kepada komponen-komponen sesebuah kereta.Alat ini amat senang berfungsi dan applikasinya seperti juga menggunakan komputer peribadi dsbnya juga terdapat sambungan usb dalam penggunaanya.
Akantetapi bukan semua kerosakan komponen dapat dikesan secara tepat oleh alat diagnostic,ini adalah kerana binaan komponen sesebuah kereta adalah begitu rumit dan sensitif dan banyak faktor seperti sistem pendawaian yang telah lusuh,kebocoran minyak hitam,suis rosak dsbnya boleh menyebabkan alat ini tidak dapat mengesan kerosakan seratus peratus.
Contoh terdekat walaupun kereta anda menyalakan lampu 'check engine' kadangkala ia tidak merujuk kepada kerosakan kotak komputer tetapi kerosakan kecil seperti fius terbakar,kekurangan minyak pelincir dan juga kebocoran saluran dan bukan semua kerosakan itu dapat dikesan secara terus oleh sesebuah alat diagnostic.Enjin yang mengalami gegaran bila dihidupkan dan kadangkala mati dikala idling adalah kerosakan yang boleh dirujuk terus kepada kerosakan kotak komputer bagi kereta mewah seperti Merceds Benz compressor,Toyota Alphard dll.
Ini adalah kerana penggunaan komputer adalah menyeluruh didalam kereta-kereta mewah tersebut dan jika anda adalah salah seorang pengguna kenderaan seperti ini adalah lebih baik jika anda dapat merujuk terus kepada bengkel2 yang terdapat alat diagnostic ini supaya kereta anda tidak mengalami kerosakan yang lebih teruk jika komponen yang tidak tepat dibaiki.
Penggunaan kotak komputer ini adalah untuk mempercepatkan lagi pengesanan kerosakan serta mengesan ketidakupayaan komponen kereta seperti bateri,alternator dsbnya.Alat yang selalu digunakan adalah alat diagnostic/OBD (On Board Diagnostic) yang disambungkan terus ke panel bateri dan panel khas yang disediakan didalam sesebuah kenderaan.
OBD yang disarankan oleh Mekanik blog ini,kereta Malaysia juga ada dalam senarai
Alat ini bertindak dengan menggunakan kod-kod yang disesuaikan dalam kotak komputer dan juga disambungkan terus kepada komponen-komponen sesebuah kereta.Alat ini amat senang berfungsi dan applikasinya seperti juga menggunakan komputer peribadi dsbnya juga terdapat sambungan usb dalam penggunaanya.
Akantetapi bukan semua kerosakan komponen dapat dikesan secara tepat oleh alat diagnostic,ini adalah kerana binaan komponen sesebuah kereta adalah begitu rumit dan sensitif dan banyak faktor seperti sistem pendawaian yang telah lusuh,kebocoran minyak hitam,suis rosak dsbnya boleh menyebabkan alat ini tidak dapat mengesan kerosakan seratus peratus.
Contoh terdekat walaupun kereta anda menyalakan lampu 'check engine' kadangkala ia tidak merujuk kepada kerosakan kotak komputer tetapi kerosakan kecil seperti fius terbakar,kekurangan minyak pelincir dan juga kebocoran saluran dan bukan semua kerosakan itu dapat dikesan secara terus oleh sesebuah alat diagnostic.Enjin yang mengalami gegaran bila dihidupkan dan kadangkala mati dikala idling adalah kerosakan yang boleh dirujuk terus kepada kerosakan kotak komputer bagi kereta mewah seperti Merceds Benz compressor,Toyota Alphard dll.
Ini adalah kerana penggunaan komputer adalah menyeluruh didalam kereta-kereta mewah tersebut dan jika anda adalah salah seorang pengguna kenderaan seperti ini adalah lebih baik jika anda dapat merujuk terus kepada bengkel2 yang terdapat alat diagnostic ini supaya kereta anda tidak mengalami kerosakan yang lebih teruk jika komponen yang tidak tepat dibaiki.
Comments
Banyak betul kereta saya rosak ni..:(
mungkin ianya dtg dari gear bearing,jika kereta kancil mmg pasti ianya dtg dari bearing clutch,jika tukar mungkin dpt hilangkan bunyi tersebut.
Dlm satu keadaan yg lain plak keta x kuat naik bukit..rpm x naik dan meter kelajuan jg x naik..then bila parking, enjin x mati wlupun dah kunci dah cabut..kdg2 jg lampu pd meter rpm mnyala..
Apa sbnrnya mslh keta sy..selain itu bolehkah tuan jelaskan berkenaan kerosakan pada fuel pump, komputer box dan jg nozle..
masalah asap hitam dan prestasi enjin menurun adalah masalah berkaitan manifold,karburator dan injektor.
Manifold yang terdapat air akan menyebabkan asap hitam keluar dan seterusnya merosakan prestasi enjin.
Servis karburator dan pastikan manifold tiada kekotoran atau air yang termasuk kedalamnya.
Komputer box adalah kerosakan berpunca dari sensor yang tidak mendapat isyarat peor samada dari enjin atau rodn manakala kerosakan fuel pump biasanya menyebabkan enjin tidak hidup terus sehinggalah diganti fuel pump tersebut.
Ptg td sy test keta sy wlu pun blum d repair..keadaannya dah normal semula..jeusteru itu sy dapati bhw rupanya keta sy x boleh d pecut melebihi 100km/j..apabila d pandu lbih dr itu maka masalah seperti enjin keta mati, asap hitam kluar dgn byk, dan rpm naik ktika parking..
Bila dah rehatkan keta slama semalam maka keadaannya kembali normal..apa masalah keta mcm nie..?
Adakah kereta saudara kereta recon dan menggunakan karburator?jika kereta recon keadaan sistem minyak dibina berdasarkan keadaan suhu yang berubah2 mengikut musim,enjin juga demikian terutamanya sistem minyak karburator dsbnya.
Jawapan saya masih sama saudara perlu servis karburator dan bersihkan ruang hose injektor(jika sistem injection) ,yg paling utama tukar air filter dahulu.
Manifold yang sedikit masuk air juga akan mengering bila enjin panas,saya pasti keadaan asap hitan kereta saudara akan berulang lagi pada satu ketika dan biasanya bila cuaca yang lebih sejuk.
Pg td sy buka komputer box dan dapati ianya basah..setelah d keringkan dan d psg semula ianya jd normal semula..namun mslhnya muncul kembali selepas bbrapa ktika..masalah tu muncul apabila lampu merah pd rpm mnyala..ktika itu kuasa pecutan akan hilang..selepas matikan enjin beberapa minit kmudian hidupkan semula barulah ia jd normal smula..sy pun dah pening ngan keta nie..sy belinya krn x yakin ngan kualiti body keta2 baru nie cpt sgt longgar bila melalui jln2 d sabah nie..tp masalah lain plak yg xboleh nk settle..hehehe..:-)
Jika kereta recon memang ada sensor untuk tidak boleh dipecut laju melebihi 100 km/j,saudara kena bawa ke mana2 w/syop untuk membuang sensor tersebut supaya sensor yang mengawal enjin dan sistem kereta tidak bertindak mematikan enjin pada kelajuan melebihi 100 km/j.
Jika tidak saudara kena tukar komputer box tersebut kepada yang lain.
Bhjj
1.mengenai a/cond hidup mati tu tukar suis cooling coil saja.kos tukar dan servis sekitar rm200
2.Lower arm perlu tukar kalau bunyi kuat sebelah kanan tukar kanan.
mekanik tapi sama juga tak dapat settle.semua dah tukar trottle body dan 3 kali tukar..sensor enjin dan 4 kali..diagnostif kata sensor dan trotle body rosak tapi bila tukar sekejap je tak sampai sebulan buat balik..tolong beri pandangan..
No.6,Jalan Bpp 5/6, Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,Selangor.
Hubungi kami di talian 011-3784 0747.
Sy nak Tanya,alat diagnostic tu boleh menjadi kan sesebuah kenderaan jadi malfunction ke?sy pakai saga flx,kereta sy ok mcm biasa mula nya,lepas parking p kedai start kereta balik dah xhidup,kerap jgk msalah mcm tu,selalunya bila x hidup sy tekan button alarm lock,dalam 10sec on balik boleh start enjin running mcm biasa,Kali ni xboleh hidup,jd sy pon p bengkel cina yg berdekatan,pomen pon dtg dia start kereta boleh plak hidup,xde lampu alarm ape2 mnyala,kemudian dia cucuk alat diagnostic tu,tah ape dia adjust jd lampu alarm enjin warna kuning mnyla,enjin running,tp bila tekan pedal minyak, kosong mcm minyak tak naik.tak pernah jd mcm tu,soalan sy betul ke cina tu adjust?n boleh jd ke dia buat kereta sy tbe2 jd mcm tu.?sy rs mcm tertipu,dia cuma ckp throttle body rosak.bila sy ckp ada warranty dia terus cabut alat tu n ckp bwak p proton.apa pandangan tuan.sekian.
Saya nak tanya. Mohon bantu saya. Kereta saya sewaktu dipandu secara tiba² menjadi perlahan dalam jangka masa beberapa minit dan kembali kepada sedia kala selepas itu. Seterusnya pada satu pagi sebaik sahaja start kereta kereta saya terhinjut² dan saya pun matikan enjin kerana risau. Saya telah menghantar kereta ke bengkel terdekat dan dia telah menukarV Plug ,trottle body cleaner . Walaubagaimanapun setelah hampir seminggu saya memandu semula saya kereta saya secara tiba² menjadi lebih berat sewaktu memandu dan terhinjut - hinjut dengan lebih teruk sehingga perlu di tarik di tengah² highway.Mohon bantu beri pencerahan kerana saya telah banyak kehabisan untuk menyelesaikan kereta saya ini.Kereta saya Vios J ( manual) tahun 2012
Saya pakai kereta waja tahun 2001. masalah sekarang bila saya bawa kereta tiba-tiba naik lampu enjin dan enjin mati. sy try stat balik ok blh jln dan perkara ini berulang berlaku balik. tq
Sblom mati dia bunyi krikkkkk dkt bawah dashboard... Msalah apa ye... Lampu check Enjin akn mnyala Bla dh bwk Kereta Agk lma
Tima kasih sudi membantu
saya menggunakan minyak cvt original mitsubishi yg disyorkan mitsubishi di pusat servis authorized mitsubishi..harga rm 350++..
bole dapatkan penjelasan, mengapa kereta/enjin bergegar pada spesifik rpm 1000-1500 terutamanya ketika enjin sejuk? gegaran berkurang bila rpm lebih 2000 atau kurang drpd 1000 dan gegaran juga berkurang setelah enjin panas selepas 30min...adakah torque converter bermasalah? minta pencerahan dari Tuan...
masalah kereta ni,bila start ia bergegar dan kadangkala mati,ada le 2 3 kali start..lepas tu ok le..masa jalan pun takda masalah,,semua ok..cuma setiap kali start enjin aje le
Bile gear 3 atau 4 rpm kalo taeik smpai 5 stay 6 isyarat check engine nyala ..knp ye...terima Kasih didahulukan
masalah kereta saya skrng ni. enjin kereta xnak hidup. bila on kereta semua xde masalah lampu radio meter aircon ok. tp dkt meter keluar AT dan minyak kete ada tulis erro .
nk start enjin xboleh. encik tahu x masalah sbb apa?
https://mekanikkereta.blogspot.my/2016/09/setelah-sekian-lama-ditinggalkan-dan.html
Terima kasih kerana mewujudkan blog ini. Sangat berguna dan bermanfaat.
Seperti rakan2 lain, kereta saya juga ada masalah yg belum dapat dikenalpasti. Saya guna perdana tahun 2008, baru guna 3 tahun (guna 90,000km dah). Sebelum ni tak ada masalah cuma tukar bateri dan timing belt. Baru2 ni masa tgh running 80/90 kmj, tiba2 sentap. 5-6 kali jadi. Gear tak drop, enjin pun tak mati. Macam missfire. Sampai bengkel, pomen test tiba2 je ok. Pomen suggest cuba tukar fuel filter sbb tak pernah tukar. Mula2 ok, tapi dalam setengah jam lepas tu jadi lagi. Sebelum ni (2 tahun lepas) pernah diagnose sensor problem. Saya belum tukar lagi sensor sbb tak nampak problem. Mungkin Tuan ada pengalaman boleh dikongsi.
Terima kasih.
Nur Amin b. Abdullah
Gelang Patah, Johor.
FB: Nur Amin Abdullah
Saya nak tanya... saya pakai kereta gen2 tahun 2004.. baru2 ni kereta sy Tiba2 tak bole start... bila sy usik dekat bahagian kotak fius dia bole hudup balik.. sampai satu hari kereta sy trs tak bole hidup.. sy terpksa towing pergi bengkel... bengkel tu check fuel pump / plug / starter semua okay,, last2 dia tukar relay fuel pump.. sy da tak tgk dia buat masa tu sbb sy balik tggl kereta.. datang2 je dah bole start kereta tuu... tp keeseokkan hari masih tak bole start juga.. Sbb bateri dah kong sbb sebelum ni smggu sy tggl sbb xley start.. sy pun tuka bateri... lps tuka bateri still tak bole start lps tu org bateri tu cuba tgk dkt fius fuel pump dekat dalam kotak fius tu.. bila dia cabut fius tu tukar yg spare punya terus bole start.. so sy ingat masalah da selesai.... tapi esok tak bole start lg.. sy pun ikot cara org smlm buat la sy cabut dan pasang balik fius fuel pump tu.. terus boleh start.. lps tu sy trs bawa pergi wiring tapi still tak dapat detect punca masalah saya... wiring kata kereta sy okay.... tapi masalah yg sama sy hadapi lagi sampai tahap mati dekat traffic light... sy kena buat bnda yg sama.. usik fius fuel pump baru bole start balik..... sy berharap sgt2 tuan dapat membantu sy... banyak wang sy habis tapi masih tak dapat selesaikan mslh... saya dah tak tahu nak wat apa lg...
Sy nk tanya berkenaan masalh nissan almera sy, baru2 bila sy tukar gear dr P ke R dan dr N ke R dia mcm tersentak (agak kuat) pastu bila kita drive kereta jd berat dan kita boleh rasa dia mcm tukar gear...bila kita drive lama sikit baru ok, bw p nissan mereka kata masalah gearbox n suggest tukar gearbox. Baru ni kereta jd sush nak start, kena cuba 3-4 kali br mau. Tuan rasa apa masalah kereta sy ye? Boleh tak cdg kan apa yg perlu sy buat selain dr tukar gearbox sbb faham je la nak tukar gearbox pun kosnya bukan sikit. Terima kasih tuan.
Kereta gen2 sy ada masalah.. ke empat2 tingkap xboleh naik/turun.. fius xda masalah..
Bila buka pintu secara manual, hanya pintu sbelah driver yg lock naik/turun.. biasanye keempat2 pintu akan naik and trun lock..
Klu guna remote xda masalah, kesemua pintu akan lock..
Panel suis power window x berfungsi.. begitu juga dgn adjust side mirror pd panel, xberfungsi..
Guna suis pada pintu lain pon masih xboleh naik/ turun cermin..
Xda sebarang bunyi..
Bantu sy.. buntu memikirknnye..
Thanks.
1. plug (still sama)
2. Cable plug (still sama)
3. Petrol pump (still sama)
4. Adjust tappet (still sama)
5. Cuci trohttle body (still sama)
6. grind valve (still sama)
7. komputer box rosak (perlu dibaiki)
perlu ke check setiap 7 komponen ni utk masalah kereta sy ni? komponen no.7 ada kaitan ke n mmg senang rosak ke?
Sy mnggunakan vios tahun 2004. Ptg td kwn sy try bersihkan aircond kete sy dgn menyembur aircond waxco kedlm keempat2 saluran aircond yg trdpt dlm kete kerana mngalami kesukaran utk membuka blower & penapis udara. Bgaimanapun, msa sy hndak kluar sy dapati lambang engine & o/d menyala. Sy telah reset smula dgn membka battry slama 15 minit dn memasangnya semula & lmbang engine telah tiada, Yang tinggal hnyala lambang o/d. Tp, lmbang trsbut lama kelamaan mati dgn sndri smasa sy truskan pemanduan. Bgaimana pun, smasa sy memasang aircond, sy x dpt mrasa aircond & automatik lambang engine kluar smula. Soalan sy, adakah smua ini berpunca drpda penyemburan aircond waxco secara terus kedlm sluran aircond?kerana smasa sy check bwah dashbord sblah penumpang ada cecair yg mengalir. Adakah ianya akan myumbang kepada mslh besar? Mnta encik bg sy solution apa yg perlu sy buat utk mngatasi mslh ini. Terima kasih.
Sy baru beli krita VIOS 1.5E mei lepas. Masalahnya bila kluar simpang agak lambat nak lajak wlaupun krita menggunakan 7 speed & dual vvt. Rasa mcm ada yg sangkut bila tekan pedal minyak. Masa jln perlahan time long Q pd speed paling rendah ada bunyi mcm rantai yg ditarik terhenjut2 pula tu. Hrp dpt penjelasan dari Tuan...wsslm
1. Bila buka aircond,enjin bergegar & bunyi kuat. Komputer boleh detect ke Tuan ?
2. Haritu ada masalah aircond. pomen kata magnetic clutch kena tukar. Dan dh tukar pastu okay skejap then aircond tk kluar balik. Lepas sebulan jadi blk.
3. Pastu pergi bengkel lain, katanya ada bocor. Jadi tukar tube gas.
4. Tapi Sekarang ni saya tak tahu apa masalah yang sebenarnya. Aircond kluar tak kluar balik, lepastu kalau buka aircond enjin masih bergegar.
Mohon tunjuk ajar & penjelasan Tuan. Terima kasih
Pgi sya try stat di hidup mcn biasa dn kompresser aircon pula tak pungsi. Apa mslahnya tu ya tuan mna tau tuan berpnglmn . ?
Saya baru beli kereta myvi 1.3 secondhand. Bila saya bawa 70km/jam lampu AT menyala. Bila bawa ke Perodua servis mereka kata torque converter dalam gearbox dah rosak. Tetapi bila call mechanic, dia kata mungkin minyak gear box dah kurang.
Terima Kasih
Saya guna Myvi 1.3 auto.
Lampu simbol "check engine" tiba2 menyala.
Pegi bengkel, mekanik check guna alat komputer utk diagnos problem, kena caj rm50.
Katanya ada problem kat Ekzos Sensor, tp katanya still bleh guna lama lg kereta w/p x buat ape2.
So sy kena tukar ke xyah Ekzos Sensor tu ye?
If tukar yg baru, biasanya berapa harganya ye..?
Terima kasih.
Kereta saya j3nis perodua myvi lagi best 1.5 auto tahun 2011. Masalah kereta saya ialah bila masuk gear D4,tekan minyak, kereta jalan,tapi gear 1 je la memanjang. Tak tukar 2, 3 dan seterusnya. Nak reverse(R) pun takde masalah. Tapi bila masuk gear reverse tu kereta akan ada sentakan 'affect'. sekarang kereta tersadai kat rumah. Tapi selepas 4@5 hari kereta tak jalan, saya ada cuba start engine dan test run. Starting tu nampak gaya ok, kereta bole tukar sampai max gear. Mcm masalah dah hilang. Tapi selepas 2@3 round saya bawa pusing kawasan rumah, dia jadi balik seperti symptom yg saya nyatakan di atas. Satu lagi saya perasan, bila gear ni buat 'gila', apa yg saya perasan indicator 'AT' akan menyala kat bawah meter RPM.
Untuk pengetahuan tuan, saya baru saja service gearbox bulan march 2019 baru2 ni dan tukar gearbox filter sekali. Sebagai info tambahan, sy notice mcm prob ni jadi selepas saya cuci kereta, cuci enjin sekali. Tak pasti ada kena mengena ke tak!??
Mohon nasihat kepakaran tuan apa masalah kereta saya sebenarnya dan apa yg bole saya buat?
dpt beri sedikit pencerahan tq..
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,