Penggunaan alat diagnostic dalam mengesan kerosakan enjin kereta

Olehkerana masa dan penggunaan komputer yang meluas maka sistem sesebuah kenderaan atau kereta telah diubahsuai dan dinaiktaraf supaya selari dengan peredaran zaman.Maka terhasillah komponen-komponen yang telah disambungkan terus kepada kotak komputer (ECU/ECM) yang diletakkan khas dibawah papan pemuka (dashboard )sesebuah kereta.

Penggunaan kotak komputer ini adalah untuk mempercepatkan lagi pengesanan kerosakan serta mengesan ketidakupayaan komponen kereta seperti bateri,alternator dsbnya.Alat yang selalu digunakan adalah alat diagnostic/OBD (On Board Diagnostic) yang disambungkan terus ke panel bateri dan panel khas yang disediakan didalam sesebuah kenderaan.

OBD yang disarankan oleh Mekanik blog ini,kereta Malaysia juga ada dalam senarai



Alat ini bertindak dengan menggunakan kod-kod yang disesuaikan dalam kotak komputer dan juga disambungkan terus kepada komponen-komponen sesebuah kereta.Alat ini amat senang berfungsi dan applikasinya seperti juga menggunakan komputer peribadi dsbnya juga terdapat sambungan usb dalam penggunaanya.

Akantetapi bukan semua kerosakan komponen dapat dikesan secara tepat oleh alat diagnostic,ini adalah kerana binaan komponen sesebuah kereta adalah begitu rumit dan sensitif dan banyak faktor seperti sistem pendawaian yang telah lusuh,kebocoran minyak hitam,suis rosak dsbnya boleh menyebabkan alat ini tidak dapat mengesan kerosakan seratus peratus.

Contoh terdekat walaupun kereta anda menyalakan lampu 'check engine' kadangkala ia tidak merujuk kepada kerosakan kotak komputer tetapi kerosakan kecil seperti fius terbakar,kekurangan minyak pelincir dan juga kebocoran saluran dan bukan semua kerosakan itu dapat dikesan secara terus oleh sesebuah alat diagnostic.Enjin yang mengalami gegaran bila dihidupkan dan kadangkala mati dikala idling adalah kerosakan yang boleh dirujuk terus kepada kerosakan kotak komputer bagi kereta mewah seperti Merceds Benz compressor,Toyota Alphard dll.

Ini adalah kerana penggunaan komputer adalah menyeluruh didalam kereta-kereta mewah tersebut dan jika anda adalah salah seorang pengguna kenderaan seperti ini adalah lebih baik jika anda dapat merujuk terus kepada bengkel2 yang terdapat alat diagnostic ini supaya kereta anda tidak mengalami kerosakan yang lebih teruk jika komponen yang tidak tepat dibaiki.

Comments

  1. Maaf terkeluar dari entri. saya nak tny. Bila menggunakan gear rendah. Bila menggunakan gear 1,2 dan 3, kereta saya berbunyi bising. saspek dari gear. Kenapa? Gear saya masuk air ke? Tetapi, adakala dia okay. tidak berbunyi. Kenapa ye.

    Banyak betul kereta saya rosak ni..:(

    ReplyDelete
  2. sord879/3/11

    cik nad,
    mungkin ianya dtg dari gear bearing,jika kereta kancil mmg pasti ianya dtg dari bearing clutch,jika tukar mungkin dpt hilangkan bunyi tersebut.

    ReplyDelete
  3. apis8/6/12

    Salam..sy ada keta toyota ln106..tp enjin dah guna 1kz..baru2 nie rpm tiba2 naik pegi 2 padahal sedang parking..pastu bila jalan rpm naik tp mcm xda power..dlm masa yg sama jg asap hitam keluar dgn byk..

    Dlm satu keadaan yg lain plak keta x kuat naik bukit..rpm x naik dan meter kelajuan jg x naik..then bila parking, enjin x mati wlupun dah kunci dah cabut..kdg2 jg lampu pd meter rpm mnyala..

    Apa sbnrnya mslh keta sy..selain itu bolehkah tuan jelaskan berkenaan kerosakan pada fuel pump, komputer box dan jg nozle..

    ReplyDelete
  4. saudara apis

    masalah asap hitam dan prestasi enjin menurun adalah masalah berkaitan manifold,karburator dan injektor.
    Manifold yang terdapat air akan menyebabkan asap hitam keluar dan seterusnya merosakan prestasi enjin.
    Servis karburator dan pastikan manifold tiada kekotoran atau air yang termasuk kedalamnya.

    Komputer box adalah kerosakan berpunca dari sensor yang tidak mendapat isyarat peor samada dari enjin atau rodn manakala kerosakan fuel pump biasanya menyebabkan enjin tidak hidup terus sehinggalah diganti fuel pump tersebut.

    ReplyDelete
  5. apis8/6/12

    Terima kasih atas penjelasan..

    Ptg td sy test keta sy wlu pun blum d repair..keadaannya dah normal semula..jeusteru itu sy dapati bhw rupanya keta sy x boleh d pecut melebihi 100km/j..apabila d pandu lbih dr itu maka masalah seperti enjin keta mati, asap hitam kluar dgn byk, dan rpm naik ktika parking..

    Bila dah rehatkan keta slama semalam maka keadaannya kembali normal..apa masalah keta mcm nie..?

    ReplyDelete
  6. saudara apis,

    Adakah kereta saudara kereta recon dan menggunakan karburator?jika kereta recon keadaan sistem minyak dibina berdasarkan keadaan suhu yang berubah2 mengikut musim,enjin juga demikian terutamanya sistem minyak karburator dsbnya.

    Jawapan saya masih sama saudara perlu servis karburator dan bersihkan ruang hose injektor(jika sistem injection) ,yg paling utama tukar air filter dahulu.

    Manifold yang sedikit masuk air juga akan mengering bila enjin panas,saya pasti keadaan asap hitan kereta saudara akan berulang lagi pada satu ketika dan biasanya bila cuaca yang lebih sejuk.

    ReplyDelete
  7. apis9/6/12

    Sy rasa mmg recon berdasrkan kpd bbrapa punat yg sdh x berfungsi misalnya punat utk memanaskan ruang dlm keta ktika cuaca sejuk sdh x d gunakan..baru setahun sy gunakan keta nie..enjin asalnya 2.8 xda turbo telah d tukar kpd enji 1kz 3.0 turbo..

    Pg td sy buka komputer box dan dapati ianya basah..setelah d keringkan dan d psg semula ianya jd normal semula..namun mslhnya muncul kembali selepas bbrapa ktika..masalah tu muncul apabila lampu merah pd rpm mnyala..ktika itu kuasa pecutan akan hilang..selepas matikan enjin beberapa minit kmudian hidupkan semula barulah ia jd normal smula..sy pun dah pening ngan keta nie..sy belinya krn x yakin ngan kualiti body keta2 baru nie cpt sgt longgar bila melalui jln2 d sabah nie..tp masalah lain plak yg xboleh nk settle..hehehe..:-)

    ReplyDelete
  8. saudara apis sabah,

    Jika kereta recon memang ada sensor untuk tidak boleh dipecut laju melebihi 100 km/j,saudara kena bawa ke mana2 w/syop untuk membuang sensor tersebut supaya sensor yang mengawal enjin dan sistem kereta tidak bertindak mematikan enjin pada kelajuan melebihi 100 km/j.

    Jika tidak saudara kena tukar komputer box tersebut kepada yang lain.

    ReplyDelete
  9. As.kom n salam lebaran. Sy guna kenari aero. Kete idaman sejak bujang..baru bli 2nd 9 bln. Dr luar cantik. Tp bila dh lama...abis duit gaji bulan2. Ptama..mslh ekon x abis2..cdg nk tlg kwn2.. pg la reper kt wsop dia..hbs 5rat lbh..x setel2 jgk..smlm p kdai cina kt sri serdang sebaris dgn kfc. Dia ceking katanya kondensor yg rosak..then span kt bwh dsbod dh repot..patutla angin luar masuk..kdg2 bila tkr volume ekon bunyi cut off betalu2.. dia ckp kalo nk setel dlm 600 bajet. Tkr kondensor + servis ygbwh dbod tu. Ok ke harga tu tuan? Yg kedua. Bila jln x rata kenari ni memekak..tanya org ckp bushing bwh. Tanya pomen ckp kenari bushing skli dgn lower arm. Kene tkr dgn lower arm. Betul ke tuan. N klo ade kwn2 dlm ni tau kedai bagus n X Kencing info la area serdang upm. Roger.

    ReplyDelete
  10. @penjejak misteriw/salam

    1.mengenai a/cond hidup mati tu tukar suis cooling coil saja.kos tukar dan servis sekitar rm200


    2.Lower arm perlu tukar kalau bunyi kuat sebelah kanan tukar kanan.

    ReplyDelete
  11. Salam..nak tumpang tanya..saya ada satria 1.3 manual thn 2002..sejak beli secondhand hingga lah sekarang ni masalah lampu check enjin sentiasa tak settle.saya dah jumpa banyak
    mekanik tapi sama juga tak dapat settle.semua dah tukar trottle body dan 3 kali tukar..sensor enjin dan 4 kali..diagnostif kata sensor dan trotle body rosak tapi bila tukar sekejap je tak sampai sebulan buat balik..tolong beri pandangan..

    ReplyDelete
  12. @wazay nuadaw/salam,lampu check enjin tu perlu restkan,buka kabel negatif bateri dan pasangkan semula selepas seminit dan start enjin insyallah hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg ajar cara reset battery ialah cabut negatif cable slama 10minit bru pasang. Betulkah caranya ni ?

      Delete
    2. Tiada reset bateri,cara ini adalah untuk reset ECU (Engine Control Unit)

      Delete
  13. Slm.kereta saya bila masuk gear D dia akan tersentap seperti masuk ke gear 1.pomen kata masalah gear box.bila ditukar gear box second masih lagi terjadi.pomen kata masalah komputer box pula.saya blm beli lg computer box.apakah masalah sbnrnya.minta pnjelasan

    ReplyDelete
  14. @mohamad aminwslm,mesti tukar torque converter,jika gearbox saja ditukar torque lama masih digunakan ia tetap tak ok,insyallah ok bila torque converter ditukar,seperkara lagi shift solenoid dalam kotak autofilter juga perlu dipastikan ditukar

    ReplyDelete
  15. Slmt pagi..sya nk tya masalah kreta sya (viva) ialah signal, viper n aircond x bfgsi..tp klau engine panas kipas radiator ttp bpusing..sya sdh tukar fius tp masalah ttp sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi,flasher perlu ditukar untuk signal,wiper pula jika fuse telah diganti ia tetap tidak bergerak,perlu ganti motor wiper ataupun mekanikal wiper jika ia tidak boleh digunakan,manakala aircond perlu pastikan magnet clutch melekat pada pulley kompressor jika itu tidak berlaku perlu isi gas supaya ia bergerak seperti sediakala

      Delete
  16. selamat tghari, sy nk tanya masalah kereta.sy ade kereta kenari.bile jalan mendatar..dia bersenggut2..kat traffic light dia mati..bile hidupkan dia ok.dh 2 bengkel sy pergi..utk makluman trottel body mekanik dh cuci..tp masih sama.apa sbnarnya masalah dia ye.2tahun lepas baru ganti gearbox

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tngahari,tukar fuel filter dan distributor

      Delete
  17. Workshop kami menawarkan perkhidmatan Computerize Engine Diagnostic. Sistem ini sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan termasuk BMW,VOLVO,PORCHE dan setaraf dengannya. Sila kunjungi workshop kami di,

    No.6,Jalan Bpp 5/6, Pusat Bandar Putra Permai,
    43300 Seri Kembangan,Selangor.
    Hubungi kami di talian 011-3784 0747.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada mesin scanner secaond nak jual tak

      Delete
  18. Salam...

    Sy nak Tanya,alat diagnostic tu boleh menjadi kan sesebuah kenderaan jadi malfunction ke?sy pakai saga flx,kereta sy ok mcm biasa mula nya,lepas parking p kedai start kereta balik dah xhidup,kerap jgk msalah mcm tu,selalunya bila x hidup sy tekan button alarm lock,dalam 10sec on balik boleh start enjin running mcm biasa,Kali ni xboleh hidup,jd sy pon p bengkel cina yg berdekatan,pomen pon dtg dia start kereta boleh plak hidup,xde lampu alarm ape2 mnyala,kemudian dia cucuk alat diagnostic tu,tah ape dia adjust jd lampu alarm enjin warna kuning mnyla,enjin running,tp bila tekan pedal minyak, kosong mcm minyak tak naik.tak pernah jd mcm tu,soalan sy betul ke cina tu adjust?n boleh jd ke dia buat kereta sy tbe2 jd mcm tu.?sy rs mcm tertipu,dia cuma ckp throttle body rosak.bila sy ckp ada warranty dia terus cabut alat tu n ckp bwak p proton.apa pandangan tuan.sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam cabut negatif bateri 10 minit,pasang semula dan hidupkan enjin kira2 10 minit untuk resetkan ECU

      Delete
  19. Salam sy nk tanya pasal computer box sy rosak pstu sy cari kt kedai afkad sama tapi huruf lain contoh sy punya y2 tapi yg saya jumpa banyak sprti b6 yz dan macam lagi.. Bolehkah computer box tu sy guna atw apa pandangan tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,gunakan model yang sama dengan kereta saudara kerana soket juga berlainan untuk semua model kereta dan wiring dalamannya juga

      Delete
  20. Salam. Sy nak tnya , kereta sy lancer 1.5gli manual asyik tesangguk2 time jalan, timing up and down.. Distributer, tps, throttle body, fuel filter, spark plug , cable plug , segala jenis sensor yg mlibatkan ignitions ngan fuel pn semua da tuka. Tp tersangguk2 tu masih ade. Minta panduan.. Sy dah tkde idea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,semak dimana ada hose yang menggunakan actuator,gantikan actuator tersebut,pada hujung hose ke head cover dan ke throttle body

      Delete
  21. Boss...blh cek komputer jgk ke bila on aircond kereta gegar

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tapi selain FICD,idle sensor/stepper motor adalah punca utama gegar enjin ketika kemasukan aircond

      Delete
  22. Serena saya masuk gear D, bila tekan minyak terasa masuk gear, lps tu enjin terus mengaum, x masuk ke gear seterusnya. Mcm mana ya? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gantikan minyak gear dan autofilter serta speed sensor insyallah ok

      Delete
  23. Alhamdulillah sy dah ganti auto Filter dan minyak gear, cuma Blm ganti speed sensor. Nak ty, speed sensor tu revolution sensor ya? Dan speed sensor tu ada pd Gearbox ya? Brp agak2 harga speed sensor tu? Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dah ganti minyak dan autofilter,keadaan kereta kembali sediakala,tak perlu tukar speed sensor,kadangkala terjadi speed sensor tidak boleh membaca isyarat bertukar disebabkan minyak kotor.Revolution sensor ada sedikit lain dari speed sensor,kosnya kira RM300

      Delete
  24. As salam
    Saya nak tanya. Mohon bantu saya. Kereta saya sewaktu dipandu secara tiba² menjadi perlahan dalam jangka masa beberapa minit dan kembali kepada sedia kala selepas itu. Seterusnya pada satu pagi sebaik sahaja start kereta kereta saya terhinjut² dan saya pun matikan enjin kerana risau. Saya telah menghantar kereta ke bengkel terdekat dan dia telah menukarV Plug ,trottle body cleaner . Walaubagaimanapun setelah hampir seminggu saya memandu semula saya kereta saya secara tiba² menjadi lebih berat sewaktu memandu dan terhinjut - hinjut dengan lebih teruk sehingga perlu di tarik di tengah² highway.Mohon bantu beri pencerahan kerana saya telah banyak kehabisan untuk menyelesaikan kereta saya ini.Kereta saya Vios J ( manual) tahun 2012

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,kereta jadi berat ada kena mengena dengan gearbox,tukar dan flush minyak minyak gear.pastikan juga mekanik periksa kedua2 belah drive shaft dalam

      Delete
  25. Salam,kereta myvi sy 1.5 ada masalah rpm naik tinggi smpai 5k..kerap terjadi bile tengah bawak lagi2 masa tukar gear 2 ke 3...time rpm naik tinggi tu kereta jalan sendiri tanpa tekan minyak...bile nak tukar gear 3 masa tekan clucth rpm akan naik tinggi..bila lepas clutch..die jalan sndiri tanpa tekan minyak..sy baru tukar clutch plate..mcm mana nk settle masalah ni ye...dh bnyk tmpat sy pergi check diagnose pkai computer..tpi xdpt detect masalah..pergi SC pon x bole buat ape2...sebab time diagnose tu..monitor tunjuk.engine running ok..xde code error...time nak jadi tu..air cond akan rase panas..mintak tolong pendapat tuan..sy dh buntu x tau nk hanta bengkel mne lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,reset dulu cabut fuse ECU 30 minit dan pasang semula ,hidupkan enjin dan cuba,jika ia masih jadi ,perlu semak mekanik clutch plate jenis apa yang digunakan ,jika ia kurang sesuai RPM akan terus-terusan tinggi

      Delete
  26. As Salam Tuan,

    Saya pakai kereta waja tahun 2001. masalah sekarang bila saya bawa kereta tiba-tiba naik lampu enjin dan enjin mati. sy try stat balik ok blh jln dan perkara ini berulang berlaku balik. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,camshaft sensor tidak bekerja,buat scanning OBd2

      Delete
    2. Asalamualaikum. Tumpang tanya ye. Siang tadi Kereta saya ada masalah rpm naik turun walaupu ketika berhenti di traffic light. Enjin dah bunyi pelik seperti enjin hilux. Selepas tu enjin bergegar n terus mati. Saya bukak bonet tngok tangki simpanan air (yg plastic tu) dah berasap n terbelah dua. Saya sentiasa check dan pastikan air radiator sentisa full sebelom start enjin. Ini dah kali kedua berlaku selepas saya tukar ECU baharu. Kali pertama berlaku semasa saya panaskan enjin dan terdengar bunyi tangki air tu meletop. Sebelom saya tukar ECU baru perkara ni x pernah lagi berlaku kpada saya. Enjin juga x mati selepas sy offkan kunci sehinggakan makanik yg baiki kereta sy tu terpaksa buat satu lagi suis tambahan untuk matikan enjin. Alarm juga kadang² tidak brfungsi. Sy perasan Perkara ni semua brlaku selepas sy tukar ECU baru. Betulke Masalah ni berpunca daripada ECU tersebut?. Perlukah saya buat diagnosis?. Sy mnggunakan Estima supercharger first model.

      Delete
    3. Waalaikumsalam,enjin menjadi terlalu panas dan ada sebahagian sistem air yang berfungsi sekali sekala,ini semua ada kaitan dengan ECU,sebaiknya lakukan diagnose seperti saudara katakan,ada kemungkinan terdapat kesilapan dalam ECU dan patut dilakukan remapping

      Delete
  27. Sy pkai Kereta Honda.. Kereta sy Kdang2 mati sendiri waktu berjln...
    Sblom mati dia bunyi krikkkkk dkt bawah dashboard... Msalah apa ye... Lampu check Enjin akn mnyala Bla dh bwk Kereta Agk lma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soket ECU mungkin longgar,apabila ia longgar sambungan kuasa akan hampir putus,check engine akan menyala

      Delete
  28. Salam, kereta lancer gt 2.0 2009, gearbox cvt rosak, da tukar gearbox cvt lancer 2nd hand..sebaik sahaja tukar gearbox, kereta bergegar terasa sehingga ke dashboard. keadaan lebih teruk bila start enjin ketika sejuk/pagi. gegaran juga terasa lebih ketika rpm 1000-1500 semasa N atau D.apabila RPM naik ke 2000, gegaran berkurang. gegaran terasa berkurang bila enjin dah panas selepas 30min bawa kereta..walaupun begitu, ketika bawa laju, gegaran berkurang tapi terasa enjin tidak smooth..pertukaran gear still lancar, tiada sentakan. bila tanya semula kedai gearbox, die cakap gearbox ok, masalah enjin mounting..bila pergi bengkel mitsubishi, enjin mounting masih elok (sebelum tukar gearbox takde masalah gegar ni pun, so saya pun tak rase masalah pd mounting)..check diagnostic, takde error code, idling ok..da tukar spark plug baru, still sama.. apa kemungkinannya tuan mekanik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada masalah lain selain ini tapi tidak mengapa cuba gunakan minyak gear cvt yang lebih baik seperti jenama castrol atau pennzoil

      Delete
  29. Salam.. nk tye.. adakah satria thn99 da tkr enjin 4g91 termasuk wiring semua.. boleh ka cek pki diagnostik tersebut? Xsilap soket nye 12pin.. problem semasa bl enjin sejuk xboleh tekan pedal lebih akan jd semput,kene tekan skit² utk berjalan..mslh bl naik bukit enjin xcukup panas akan jd kene men pedal slow² br de pressure.. cuaca hujan lg mslh kene panas enjin lama br stabil.. cuaca panas ok pns enjin dlm 3-5minit boleh berjalan dgn lancar.. enjin sejuk kene tol2 panas br ok.. trotle body da tkr,plag n cable pn da tkr.. pe punca tersebut ye tuan?
    Tima kasih sudi membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,servis karburator sudah memadai,setting semula

      Delete
    2. maaf,setting semula throttle sensor

      Delete
  30. merujuk pada permasalahan saya sebelum ini, selain kereta/enjin bergegar tiada masalah lain, kereta pun tak pernah accident..
    saya menggunakan minyak cvt original mitsubishi yg disyorkan mitsubishi di pusat servis authorized mitsubishi..harga rm 350++..

    bole dapatkan penjelasan, mengapa kereta/enjin bergegar pada spesifik rpm 1000-1500 terutamanya ketika enjin sejuk? gegaran berkurang bila rpm lebih 2000 atau kurang drpd 1000 dan gegaran juga berkurang setelah enjin panas selepas 30min...adakah torque converter bermasalah? minta pencerahan dari Tuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enjin jika RPM tinggi melebihi 1000 akan bergegar,ini kerana nisbah campuran minyak dan api tidak pada kadar sepatutnya,biasanya akibat kotoran banyak dalam throttle,fuel pump kotor,fuel filter kotor,plug banyak karbon.akantetapi apabila tukar gearbox kemudian gegar adakalanya akibat torque converter ketika dipasang ia ditekan masuk begitu juga dengan gearbox,apabila ia ditekan dengan kuat untuk memasukkannya semula ia akan menyebabkan gegaran pada enjin,perlu rujuk semula mekanik yang buat

      Delete
  31. Assalammualaikum tuan,saya pengguna kereta BM E46
    masalah kereta ni,bila start ia bergegar dan kadangkala mati,ada le 2 3 kali start..lepas tu ok le..masa jalan pun takda masalah,,semua ok..cuma setiap kali start enjin aje le

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,terdpat kotoran dalam fuel filter dan fuel pump

      Delete
  32. Assalamualaikum tuan..sy gne kreta wira xli 1.6 auto..krta ni bmslh..bile ade ptukaran gear 1-2,2-3 akn ade sentakan yg kuat..gear lain ok je..kdg2 sentakan tu xde,tp enjin mengaum bile nk masuk gear tsebut..ape puncanye dan kos baikpulih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,enjin akan mengaum jika tiada isyarat untuk bertukar terutamanya jika sensor solenoid shift rosak,perlu tukar

      Delete
  33. As Salam...kete sy satria neo cps
    Bile gear 3 atau 4 rpm kalo taeik smpai 5 stay 6 isyarat check engine nyala ..knp ye...terima Kasih didahulukan

    ReplyDelete
  34. Saya pakai proton preve cfe auto..masaalah sekarang mudah tersengguk apabila hendak mula jalan terutama tempat traffic light berbukit. Saya syak RPM kereta ni rendah..keadaan normal RPM 750 apabila masuk gear D ia turun RPM 600 , boleh ke RPM proton preve cfe dinaikan ke RPM 850 @ 900...kalau boleh macamana caranya..? Terimakasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat tuning berkomputer jika ada masalah pada throttle sensor ,RPM akan kembali semula tidak stabil,pastikan plug ditukar sebelum buat tuning

      Delete
  35. Salam saya nak tanya. Viva 850. On kunci lampu check enjin tak nyala. N kereta boleh start tp tak boleh hidup. Boleh jadi computer box rosak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ECU rosak,periksa soket ECU dan fuse serta relay dalam enjin

      Delete
  36. assalamualaikum, saya nk tnya masalah kereta saya ni. sebulan lebih xhidup kn enjin. bila nk hidupkn enjin xboleh nk start. on kete boleh. semuanya xde masalah, lampu dpn bkng, aircon,radio,meter semua ok. bateri saya pkaikn bateri baru xnk hidup jgk. kenape?? encik tahu x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,minyak kotor,plug kotor,selebihnya baca disini
      https://mekanikkereta.blogspot.my/2016/09/setelah-sekian-lama-ditinggalkan-dan.html

      Delete
  37. assalamualaikum, saya pkai kereta alza 1.5
    masalah kereta saya skrng ni. enjin kereta xnak hidup. bila on kereta semua xde masalah lampu radio meter aircon ok. tp dkt meter keluar AT dan minyak kete ada tulis erro .
    nk start enjin xboleh. encik tahu x masalah sbb apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,AT adalah tanda auto transmission bermakna ada masalah pada minyak gearbox,periksa paras minyak gear atau tukar minyak gear auto dan autofilter

      Delete
  38. Salam. Nak tanya. Kereta sy viva tahun 2007. Enjin kereta banyak kali mati. Biasa jadi kalau dekat bonggol jln.Lepas tekan brek and then nak tekan minyak dia terus mati. Start balik ok hidup balik. Then selang seminit jadi lagi. Pernah jugak jadi time nk masuk tol. Lepas tekan brek enjin trus mati. Kelam kabut start enjin balik. Kadang2 jadi seminggu sekali. Kdg2 selang sehari. Tak tentu. Throttle body dah tukar baru. Tp tak selesai jugak. Knapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ganti relay fuel pump dan camshaft sensor

      Delete
  39. salam tuan ... ada masalahkah pada system kenderaan kita sekiranya guna OBD auto lock n mirror fold system??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tidak kerana ia banyak digunakan

      Delete
  40. Salam,saya nak tanya...setiap pagi bila saya start kereta lepas tu die ade bunyi krek krek seolah-olah bunyi mcm kita pusing kunci masa enjin sudah hidup. ape masalah kereta saya ni ye ? saya pakai vios 2009 auto...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bunyi dari belting luar dan tensioner yang perlu diganti

      Delete
    2. assalam..... nak tya kreta serena c24 saya mengalami masalah bunyi enjin tak stabil masa parking,bunyi jadi tinggi rendah bila sy tekan pedal minyak pada rpm 1500. bila mula bergerak pula rpm mencapai 1500 dia akan jadi tersenggut2 mcm angin tak lepas dan pada masa itu dia akan mengaum kemudian bila tekan minyak lebih lagi baru dia pergi.dia jadi tak de power. nak naik bukit pun jadi tak kuat. apakah punca masalah ini. mohon penjelasan.

      Delete
    3. wslm,fuel injector kereta ini sumbat,gantikan keempat2 fuel injector seta fuel filter dan dijangka masalah ini selesai. Plug juga perlu ditukar,thrttle body pastikan diservis supaya hanya angin bersih untuk combustion,in sha allah

      Delete
  41. Salam encik....ade 1 lagi masalah...kereta saya ni bila langgar bonggol, ada bunyi mcm spring katil lama..itu kenape ye ? absorber ke ?

    ReplyDelete
  42. Salam, nak tanya. saya pakai kereta persona. Baru2 ni kereta masuk bengkel sebab gasket terbakar. tapi enjin masih hidup masa hantar dekat bengkel.lepas tukar gasket, minyak hitam & plug tempreture tak naik. tapi enjin susah nak start dan bila masuk gear D dekat trafic light enjin macam bergegar. tak smooth nak bawak. boleh saya tau apa masalah kereta saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu periksa semula diwsyop yang buat saada mereka telah pasang semula sambungan suis minyak hitam dan suis temperature.Enjin yang gegar akibat ketat timing belt,minta mekanik perbaiki

      Delete
  43. Salam. Nak tnya.. Saya pakai honda city. Bila bawa slow kereta akan jd terhinjut2. Sekejap2 ja.. Pastu ok semula. Skg lampu check enjin pula menyala. Apa masalah kereta saya tu ek admin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada masalah pasa sensor terutamanya sensor O2,buat scanning dan pastikan sensor mana yang terlibat

      Delete
  44. Assalamualaikum Tuan,
    Terima kasih kerana mewujudkan blog ini. Sangat berguna dan bermanfaat.
    Seperti rakan2 lain, kereta saya juga ada masalah yg belum dapat dikenalpasti. Saya guna perdana tahun 2008, baru guna 3 tahun (guna 90,000km dah). Sebelum ni tak ada masalah cuma tukar bateri dan timing belt. Baru2 ni masa tgh running 80/90 kmj, tiba2 sentap. 5-6 kali jadi. Gear tak drop, enjin pun tak mati. Macam missfire. Sampai bengkel, pomen test tiba2 je ok. Pomen suggest cuba tukar fuel filter sbb tak pernah tukar. Mula2 ok, tapi dalam setengah jam lepas tu jadi lagi. Sebelum ni (2 tahun lepas) pernah diagnose sensor problem. Saya belum tukar lagi sensor sbb tak nampak problem. Mungkin Tuan ada pengalaman boleh dikongsi.
    Terima kasih.

    Nur Amin b. Abdullah
    Gelang Patah, Johor.
    FB: Nur Amin Abdullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,masalah sentap begini memang berkaitan dengan api,gantikan plug coil.Plug coil yang kotor dan pecah boleh mengundang gangguan api ketika enjin bekerja

      Delete
  45. Assalamualaikum
    Saya nak tanya... saya pakai kereta gen2 tahun 2004.. baru2 ni kereta sy Tiba2 tak bole start... bila sy usik dekat bahagian kotak fius dia bole hudup balik.. sampai satu hari kereta sy trs tak bole hidup.. sy terpksa towing pergi bengkel... bengkel tu check fuel pump / plug / starter semua okay,, last2 dia tukar relay fuel pump.. sy da tak tgk dia buat masa tu sbb sy balik tggl kereta.. datang2 je dah bole start kereta tuu... tp keeseokkan hari masih tak bole start juga.. Sbb bateri dah kong sbb sebelum ni smggu sy tggl sbb xley start.. sy pun tuka bateri... lps tuka bateri still tak bole start lps tu org bateri tu cuba tgk dkt fius fuel pump dekat dalam kotak fius tu.. bila dia cabut fius tu tukar yg spare punya terus bole start.. so sy ingat masalah da selesai.... tapi esok tak bole start lg.. sy pun ikot cara org smlm buat la sy cabut dan pasang balik fius fuel pump tu.. terus boleh start.. lps tu sy trs bawa pergi wiring tapi still tak dapat detect punca masalah saya... wiring kata kereta sy okay.... tapi masalah yg sama sy hadapi lagi sampai tahap mati dekat traffic light... sy kena buat bnda yg sama.. usik fius fuel pump baru bole start balik..... sy berharap sgt2 tuan dapat membantu sy... banyak wang sy habis tapi masih tak dapat selesaikan mslh... saya dah tak tahu nak wat apa lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,masalah tempat tinggal fuse longgar ini biasa berlaku untuk kereta proton,sebaiknya saudara tukarfuse yang lain yang lebih baik

      Delete
    2. Saya dah tinggal keta sy kat bengkel ptg td.. sbb dieorg kata nk test bawa... sbb xdpt detect mslh sy tu... pastu td bengkel call kata masa dieorg test bawa ada mati enjin masa naik bukit so dieorg kata fuel pump problem... pening sy fikir... klo btoi xpe... klo slh lagi... sy tak reti pasal bnda cmni.... boleh saya tahu bengkel awak dekat mana????

      Delete
    3. fuel pump boleh jadi jika wiring kena minyak atau air ia mudah tersekat enjin,biar pomen periksa dulu,in sha allah tak jadi lagi

      Delete
    4. Salam.kereta sy wira injection manual 1998.masalahnye,gear 2 sy mcm gear 4,xde power.mohon pencerahan n anggaran kos.

      Delete
    5. wslm,buat tuning,ganti spark plug,fuel filter,air filter dan plug coil

      Delete
  46. Salam,nk tanya,kereta sy wira 1998 injection manual.masalahnye gear 2 sy kadang2 mcm gear 4,mohon pencerahan n brape anggaran kos

    ReplyDelete
  47. Saya mempunyai kereta persona manual. Masalahnya kereta boleh start tapi bunyi memanjang sahaja enjin tak blh hidup. Hantar kat pomen dia reset pd komputer box dan enjin blh dihidupkan. Pomen britahu starter takda masalah. Jila berlaku lgi kena tukar komputer box. Adakah komputer boz sya memang bermasalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika terdapat gangguan pada sensor,kereta sukar dihidupkan,sebaiknya gantikan knock sensor yang berkemungkinan ada masalah

      Delete
  48. Assalamualaikum. Kereta saya persona manual. Sewaktu start hanya bunyi start memanjang tetapi enjin tidak blh hidup. Bila panggil pomen dia reset pd komputer box dan enjin blh dihidupkan. Dia beritahu jika masalah berulang kena tukar komputer box. Adakah komputer box sya bermasalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumasalam,Ecu sukar terbakar melainkan ada masalah bila pemasangan bateri,sebaiknya tukar knock sensor untuk pesona ini supaya senang baca isyarat untuk hidupkan enjin

      Delete
  49. Assalamualaikum...saya ada nissan serena..sudah 5 bulan tak start...saya dah tukar bateri baru dan bawa ke bengkel...mekanik tukar plug,wire plug dan distributor box...selepas tukar tu semua kereta tersengguk2 dan enjin mati tengah jalan...bila tanya mekanik ckp ecu problem...btol ke ecu problem??.. Berapa kos utk repair tu sume??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,crankshaft sensor problem,kos sekitar RM400,perlu ganti

      Delete
  50. Salam sejahtera.. saya ada sebuah kereta ln106.. menggunanakan enjin 1kz.. saya baru sahaja overhaul.enjin tersebut.. tetapi masih juga mempunyai masalah.. air kurang dari radiator.. pergi ke tangki air spare. Apa kah masalah enjin tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sejahtera,air akan ditendang semula ke tangki spare jika laluan penyejukan tidak baik bermakna air cepat kotor,thermostat tidak baik,hose yang kotor dan karat serta water pump yang tidak kuat berpusing akibat karat,pastikan juga kipas radiator serta motornya dalam keadaan baik juga

      Delete
  51. Salam boss.sy kerta dr manual ke auto..tapi dah tukar engine jd berat dan mengerang.knpa ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bila tukar ke auto,perlu pastikan drive shaft betul2 muat ke dalam gearbox dan boleh bekerja dengan baik,seperkara lagi perlu nyahaktifkan wiring lama supaya tiada kesan2 aliran arus elektrik statik yang tinggal dan speed sensor gearbox auto dapat berfungsi dengan baik

      Delete
  52. Salam tuan,
    Sy nk tanya berkenaan masalh nissan almera sy, baru2 bila sy tukar gear dr P ke R dan dr N ke R dia mcm tersentak (agak kuat) pastu bila kita drive kereta jd berat dan kita boleh rasa dia mcm tukar gear...bila kita drive lama sikit baru ok, bw p nissan mereka kata masalah gearbox n suggest tukar gearbox. Baru ni kereta jd sush nak start, kena cuba 3-4 kali br mau. Tuan rasa apa masalah kereta sy ye? Boleh tak cdg kan apa yg perlu sy buat selain dr tukar gearbox sbb faham je la nak tukar gearbox pun kosnya bukan sikit. Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar minyak gear yang lebih baik dan tukarkan juga sensor solenoid shift

      Delete
  53. Salam.. Kete sy peugeot 207 bulan 12 haritu keluar warning "battery charging fault" tak lama lepas tu warning ABS n braking fault smpai la kena berenti sbb STOP warning keuar. Tukar alternator 2nd on the way balik kl dr kedah jd balik benda yg sama. Lepas tu kat kl repair alternator lama n kete ok. Guna dlm 2bulan jd balik. Check dgn mekanik katanya alternator 2nd yg sy beli masa rosak kat kedah takde masalah so baruni tukar pulak ke alternator tu tp kete ok dlm 2jam je then jd balik masalah yg sama. Ape masalah sebenarnye ye. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,reset ECU dulu dengan cabut fuse ECU selama 30 minit dan pasangkan semula,kemudian hidupkan enjin dan cuba seperti biasa.Keadaan dimana alternator gagal tidak berlaku ,ia adalah keadaan dimana ECU tidak dapat membaca isyarat dengan baik,kemungkinan ECU rosak juga ada

      Delete
  54. assalam nk tnya berkenaan kereta hyundai accent 2005 ,masalh bila nk hidupkan enjin . bila nak hidupkan ad mcm bunyi benda yg kuat mcm ada bergesek lepastu kerta takleh nk hidup . kdng kdng boleh hidup mcm lma sikit tinggal ssh nk hidup . kdng keqeta tu kena tolak sikit baqu boleh hidup . yg pelik bilA nk hidupkan enjin bunyi kuat rasa mcm bunyi dekat starter moto .. apa msalah boss ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,wslm,jika kereta terpaksa ditolak sekali sekal untuk hidup,ia ada masalah pada starter lebih2 lagi jika ada bunyi kuat seperti saudara katakan,ia bunyi yang datang akibat starter pemusing yang lambat masuk semula k ekedudukannya dan bergesel dengan flywheel,perlu servis atau tukar starter

      Delete
    2. terima kasih boss

      Delete
  55. Assalam, saya ada kereta Naza Suria KIA picanto,, sbelom nie pernah tukar gear box,, skarang jadi lagI rosakkan bila starting nak jalan masuk gear,, mula2 tekan minyak kosong lepastu baru masuk gear... pergi check komputer,, xde detect pape.. RM60 harga.. standard harga brape yeee... lagi satu,, brape yee harga standard utk gear box kreta saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,harga standard scanning sekitar rm60-80.harga sekitar rm3000

      Delete
  56. assalamualaikum tuan, sy pengguna myvi 1.3 auto.. kereta saya mempunyai sentakan yang kuat apabila tukar gear n ke r dan n ke d. Sewaktu pemanduan keadaan penukaran dari gear 1 ke 2, 3 ke 4 tidak menentu. Terkadang dari gear 3 drop ke gear 2. Saya da tukar minyak gearbox, dan auto filter serta oil treatment, nampak perubahan sedikit tetapi dari gear 3 ke 2 seakan meraung barulah gear akan beralih. Apakah kemungkinan kerosakan ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,ini masalah solenoid shift sensor,sebaiknya tukar semua keempat2 sensor solenoid tersebut,in sha allah ok

      Delete
  57. Assalamualaikum. Saya memandu kereta honda city 2007 auto. Sebelum ni simbol 'check enjin' pernah menyala. Tapi sekarang dia dah x menyala. Masalahnya..enjin kereta saya boleh mati dgn tiba2 ketika tengah memandu. Biasanya berlaku bila saya on aircond kereta. Seramnya tu Tuhan je yg tahu..lebih teruk klau musim hujan. Apa punca masalah ni sebenarnya ye tuan? Saya biasanya tutup aircond, radio & tiada charger yg digunakan sebelum tutup enjin. Mohon pencerahan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,camshaft sensor dan crankshaft sensor ada masalah ,perlu ganti,enjin telah jatuh RPM pada kadar terlalu rendah dan mati.

      Delete
    2. Sebaik enjin mati..dia masih boleh boleh dihidupkan dan berjalan macam biasa. Kalau saya ganti camshaft & crankshaft sensor tu.. berapa anggaran kosnya ye tuan?

      Delete
    3. Terima kasih atas penjelasan dan bantuan tuan. Semoga memberi penjelasan kepada pemilik kereta lain yg menghadapi masalah seperti saya juga.😊

      Delete
  58. Salam bang.. Tahu tak mana2 workshop yang boleh buat scan/diagnos kereta area lembah klang? Boleh bagi cadangan.. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,on board diagnostic (OBD scanning) dimana2 workshop di Lembah Kelang ada

      Delete
  59. Assalamualaikum..
    Kereta gen2 sy ada masalah.. ke empat2 tingkap xboleh naik/turun.. fius xda masalah..
    Bila buka pintu secara manual, hanya pintu sbelah driver yg lock naik/turun.. biasanye keempat2 pintu akan naik and trun lock..
    Klu guna remote xda masalah, kesemua pintu akan lock..
    Panel suis power window x berfungsi.. begitu juga dgn adjust side mirror pd panel, xberfungsi..
    Guna suis pada pintu lain pon masih xboleh naik/ turun cermin..
    Xda sebarang bunyi..
    Bantu sy.. buntu memikirknnye..
    Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,Periksa semula fuse terutamanya dibawah dasbod pemandu,pastikan tiada masalah kerana aliran untuk kuasa power window tidak dikongsi dengan lain2 ,begitu juga dengan side mirror,masing2 ada fuse sendiri.Panel suis yang tidak berfungsi adalah akibat kuasa bateri hilang biasanya akibat fuse putus.

      Delete
  60. Hello bos..sya pengguna kenderaan isuzu dmax 3.0 manual tahun 2008..yg mana comp box dia ada didalam bonet enjin..masalah sya skrg,apabila sya start kenderaan di waktu pgi ia akan hidup tp bila kenderaan dimatikan ia akan susah nak hidup semula melainkan mengambil masa yg lama iaitu keesokan paginya..sya suda ke pusat kenderaan biasa utk scan comp box tp masalahnya alat scan itu tidak dapat membaca comp box sya..namum begitu kenderaan sya tidak akan mati sendiri ketika sedang berjalan melainkan sya matikan..jadi apa masalah pada kenderaan sya dan apa yg patut sy buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. comp box kereta ini telah rosak,ada part dalamannya yang terbakar,perlu gantikan comp box tersebut

      Delete
  61. Assalamualaikum, nk tanya la utk kepastian, sy pakai kereta wira 1.5 tahun 2000. skang ni kereta sy susah utk start n bila drive, enjin tekan minyak, enjin mcm drop, komponen pun sy dh tukar..
    1. plug (still sama)
    2. Cable plug (still sama)
    3. Petrol pump (still sama)
    4. Adjust tappet (still sama)
    5. Cuci trohttle body (still sama)
    6. grind valve (still sama)
    7. komputer box rosak (perlu dibaiki)
    perlu ke check setiap 7 komponen ni utk masalah kereta sy ni? komponen no.7 ada kaitan ke n mmg senang rosak ke?

    ReplyDelete
  62. Assalam,

    Sy mnggunakan vios tahun 2004. Ptg td kwn sy try bersihkan aircond kete sy dgn menyembur aircond waxco kedlm keempat2 saluran aircond yg trdpt dlm kete kerana mngalami kesukaran utk membuka blower & penapis udara. Bgaimanapun, msa sy hndak kluar sy dapati lambang engine & o/d menyala. Sy telah reset smula dgn membka battry slama 15 minit dn memasangnya semula & lmbang engine telah tiada, Yang tinggal hnyala lambang o/d. Tp, lmbang trsbut lama kelamaan mati dgn sndri smasa sy truskan pemanduan. Bgaimana pun, smasa sy memasang aircond, sy x dpt mrasa aircond & automatik lambang engine kluar smula. Soalan sy, adakah smua ini berpunca drpda penyemburan aircond waxco secara terus kedlm sluran aircond?kerana smasa sy check bwah dashbord sblah penumpang ada cecair yg mengalir. Adakah ianya akan myumbang kepada mslh besar? Mnta encik bg sy solution apa yg perlu sy buat utk mngatasi mslh ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,semburan telah mengenai sensor cooling coil memang ada kaitan jadi gunakan kaedah reset ECU untuk hilangkan lambang check engine dengan mencabut fuse ECU selama 30 minit

      Delete
  63. Assalamualaikum Tuan...
    Sy baru beli krita VIOS 1.5E mei lepas. Masalahnya bila kluar simpang agak lambat nak lajak wlaupun krita menggunakan 7 speed & dual vvt. Rasa mcm ada yg sangkut bila tekan pedal minyak. Masa jln perlahan time long Q pd speed paling rendah ada bunyi mcm rantai yg ditarik terhenjut2 pula tu. Hrp dpt penjelasan dari Tuan...wsslm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,jika ada masalah henjutan pada enjin ia ada kena mengena dengan keadaan roda yang tidak elok bermakna saudara perlu buat alignment dan balancing serta periksa camber pada roda,jika enjin stabil kedudukan pusingan roda yang terganggu selalu menjadikan keadaan terhenjut ketika membelok atau menaiki bukit

      Delete
  64. Assalammualaikum encik, kereta saya hadapi masalah tidak boleh dihidupkan langsung. Dah panggil mekanik periksa bateri & arus elektrik semua dalam berkeadaan baik & bila cek comuter box mekanik dapati key box saya bermasalah dan harga dianggarkan sekitar rm1000 ke bawah. Boleh encik komgsikan pandangan encik atas apa masalah yamg saya hadapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,jika ada blinking pada semua isyarat panel ataupun isyarat check engine tiada ketika knci pada ON ,crankshaft sensor perlu ditukar dahulu sebelum tukar ECU box atau computer box.

      Delete
  65. Salam Tuan,ni masalah kereta axia saya

    1. Bila buka aircond,enjin bergegar & bunyi kuat. Komputer boleh detect ke Tuan ?

    2. Haritu ada masalah aircond. pomen kata magnetic clutch kena tukar. Dan dh tukar pastu okay skejap then aircond tk kluar balik. Lepas sebulan jadi blk.

    3. Pastu pergi bengkel lain, katanya ada bocor. Jadi tukar tube gas.

    4. Tapi Sekarang ni saya tak tahu apa masalah yang sebenarnya. Aircond kluar tak kluar balik, lepastu kalau buka aircond enjin masih bergegar.

    Mohon tunjuk ajar & penjelasan Tuan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah kompressor,tukar kompressor dan servis aircond,FICD tukar

      Delete
  66. Salam..sy nk tanya selepas tukar oil seal dekat geax box kereta myvi 1.5se auto saya gear 4 dengan reverse x boleh guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,pressure yang kuat dari dalam gearbox,jika oil seal dipasang kukuh dan tidak bocor gear mudah masuk akantetapi jika sukar ada kesilapan bila pemasangan dapatkan auto transmission treatment sedikit membantu

      Delete
  67. Asslmulikum sya pnguna krta viva elit 1.0 mslh krta sya pndai mati tba2 tp bule stat blik tp radio jam reseylt blik. Smlm dia mati lagi ngm2 tngh nak parking lpas tu try stat blik dh tak dpt stat sperti btry lowbet dn tdi p
    Pgi sya try stat di hidup mcn biasa dn kompresser aircon pula tak pungsi. Apa mslahnya tu ya tuan mna tau tuan berpnglmn . ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,saudari perlu tukarkan crank sensor yang agak lemah penerimaan isyarat

      Delete
  68. Selamat petang,

    Saya baru beli kereta myvi 1.3 secondhand. Bila saya bawa 70km/jam lampu AT menyala. Bila bawa ke Perodua servis mereka kata torque converter dalam gearbox dah rosak. Tetapi bila call mechanic, dia kata mungkin minyak gear box dah kurang.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat petang,antara sebabsebab gangguan pada gearbox ialah isyarat speed sensor yang tidak penuh,manakala secara parktikalnya gangguan kepada gearbox ialah apabila minyak gear bocor dan kurang.Dalam masalah saudara jika setelah ditambah minyak yang kurang tersebut,pastikan kebocoran dimana2 sekeliling gearbox diperiksa setelah itu sebaiknya tukar speed sensor dan resetkan semula ECU dengan cabutkan negatif bateri kira2 10 minit ketika enjin dimatikan

      Delete
  69. Assalam..kete sy myvi1.3se tahun 2009 ada masalah tersengguk sengguk masa bawak slow..bila dah laju kereta jalan okey..tp kalau lepas tempat corner@lepas naik bonggol,kereta akan tersengguk..sy dah pergi workshop..dia tukar plug,tp still sama..masalah ni jadi lepas sy tukar minyak hitam,minyak gear dan auto filter..harap tuan dpt membantu..

    ReplyDelete
  70. wslm,saudara perlu periksa injector minyak ,ada sumbat ataupun kuasa apinya kurang dan sebabkan minyak naik sedikit saja untuk pembakaran

    ReplyDelete
  71. Selamat tahun baru tuan..saya ada toyota vigo...tahun 2013 punya...nak tanya..apa masalah kalau lampu ABS sentiasa menyala....dan apa yang perlu tukar..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat 2019,sensor ABS terletak pada absorber,jika isyarat nyala ia tanda sensor tersebut ada masalah,gantikan sensor ABS tersebut

      Delete
  72. Salam.sy nk tanya,saya pakai wira 1.5 injection.mmc.masalah saya,kereta sy bila nk start bunyi kasar seperti mengeram.bila jalan,ok tp bila nk memotong,drop gear,kereta xde power.naik bukit pun x larat.walaupun bukit tu x tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,injector dikhuatiri sumbat,periksa dan ganti jika ia rosak

      Delete
  73. Assalam tuan,
    Saya guna Myvi 1.3 auto.
    Lampu simbol "check engine" tiba2 menyala.
    Pegi bengkel, mekanik check guna alat komputer utk diagnos problem, kena caj rm50.
    Katanya ada problem kat Ekzos Sensor, tp katanya still bleh guna lama lg kereta w/p x buat ape2.
    So sy kena tukar ke xyah Ekzos Sensor tu ye?
    If tukar yg baru, biasanya berapa harganya ye..?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  74. Salam tuan... Sy pakai kereta alza th2013. . Dlm perjalanan tiba2 lampu cheak injin keluar.. Sy berhenti dan matikan enjin. . Bila start semula da kembali ok. . Adakah enjin sy bermasalah.. Sbb sy nk jalan jauh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,lampu check engine akan menyala jika mengesan gangguan keroakan pada enjin,jika ia keluar kadangkala juga akibat kekotoran atau air akibat basuh kereta,sebaiknya reset ECU bila jadi demikian.Baca post saya REset ECU

      Delete
  75. wslm,lebih baik tkar kosnya rm200

    ReplyDelete
  76. Assalamualaikum, saya pakai kereta wira 1.5 sedan, masalahnye, bateri bru, tp tak boleh start dan senyap je, bila ON kunci, lampu enijn sj yang nyala, bila ON signal dan double signal, masih lg menyala. cuma tak boleh start, adakah starter yang masalah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,starter connection tidak benar2 ketat akibatnya hilang negatif ke body untuk ignition/start,sebaiknya periksa sambungan starter dan lebih baik tambah wire relay yang ada terdapat dikedai alatganti untuk mudahkan start

      Delete
  77. Assalamualaikum, sy pakai Wira 1.5 sedan tahun 2000, dua hari lepas kereta x boleh start, bateri masih baru, Bila ON kunci, lampu check enjin sj yg nyala, bila nk start senyap je, lampu signal masih lg berfungsi. sy ada ketuk2 sikit pada starter, bru boleh hidup, adakah masalah starter saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,jika ketuk starter bergerak ia memang masalah starter yang telah kurang kuasa

      Delete
  78. Salam... saya nak tanya.. 2 bulan lepas temperature kereta saya naik sampai simbol heat tu bernyala.. lepas tu hantar kedai kata ada bocor.. da tukar paip yang bocor tu.. still jugak panas,sampaikan air di tangki simpanan tu menggelegak macam kena masak.. hantar ke kedai cek lagi kata hose dia sumbat kena service.. then lepastu temperature da x panas tp still air dalam tangki tu mendidih.. hantar kedai dorang kata itu perkara biasa.. then saya biarkan saja mcm tu dan terpaksa cek air setiap kali jalan.. sbb air dalam tangki cepat kering.. mcmtu la seharian kerja saya.. 5-7 km kena isi air lagi sbb tangki kering.. baru2 ni pulak simbol check engine tu bernyala pulak.. bila saya stop di tepi jalan dan matikan injin then start semula simbol tu hilang.. bila jalan 1km mcm tu simbol tu bernyala lagi.. bila bernyala saja saya matikan injin dan start semula simbol tu hilang.. begitu la setiap kali.. so saya nak buat mcm na tu ya? aa masalah dan boleh x bagi pandangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kereta ini perlukan top overhaul,gantikan head gasket kerana ia telah pecah sejak mula ia overheat/panas.

      Delete
    2. masa 1st overheat tu mekanik tu da minta saya tukar gasket..

      Delete
    3. jika tak tukar ,enjin akan tetap berterusan begitu dan tiada kesudahan panasnya walau komponen2 lain ditukar

      Delete
    4. saya da tukar gasket tu.. tp masih panas... bezanya cuma skrg ni simbol heat tu da x keluar dan air cepat kering saja.. tmpat saya tinggal dan tmpat kerja hanya 2 km saja.. so pergi dan balik hanya 4 km saja.. tp air boleh kering..

      Delete
    5. kalau dah tukar tapi masih panas maknanya sili nder head tersebut ada retak,perlukan silinder head yang lain,tukar head adalah digalakkan

      Delete
  79. assalamualaikum boss. kereta saya viva 850 thun 2014 lampu enjin menyala..selalunya kos untuk diagnostix brpa yer

    ReplyDelete
  80. Salam saya ingin bertanya apa pnyebabnya kereta myvi saya meter rpm rendah 2 dan 3 sahaja sedangkan meter kmj dah 90 ke 100..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,RPM adalah revolutions per minute iaitu dikira berberapa kali pusingan crankshaft ikut minit,jika rendah ia bermakna pusingan lambat berbanding minit,jika inginkan lebih oil pump perlu tukar dan throttle body perlu bersih dari kotoran

      Delete
  81. salam bang..kerrta waja knpa ya..mati tiba2..x tntu matinya..dimsa drive pn mti, msa pnaskn engin pn mati..kdg3 brlku 2 mgu skli ..kdg2 1hri 2 3 kli mati..dh lbih 2 bln mcm ni..check engine x myala..fuel pump dh tukar bru,relay fp dh tukar,wayar2 ke fp dh check,cam sensor dh try yg bru..smuanya blum setel la bamg..dh 3 4 pomen x jupa2 pykitnya..dh scan pn x dpt detet pykitnya..tq bng

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar crank sensor inshaallah baik

      Delete
  82. Salam. Lampu check engin nyala kdg2 x. Dah buat servis throttle body tapi lmpu nyala balik.Problem apa? Kreta alza auto 2015, 30000km.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar crank sensor,in sha allah ok

      Delete
  83. Salam,Sya ada satu kereta model Peugeot 207. Masalahnya ialah,bila masuk gear D, dia akan menyentak dari gear 1 ,gear 2.. boleh minta pandangan Tuan..apa punca masalah tersebut. Tq

    ReplyDelete
  84. wslm,masalah sentakan dan apa jua masalah gearbox berpunca pada awalnya dari minyak gear yang dibiarkan kotor,gantikan sebanyak 2 kali atau flush minyak gear dan gantikan juga shift solenoid sensor dalam kotak minyak gearbox

    ReplyDelete
  85. Assalamualaikum tuan.kreta kembara dvvt auto saya,ada masalah lampu o/d off b'kelip bila kreta jalan melebihi dalam 60km/jam dan bila kreta d pandu melebihi 75km/jam dan ke atas,dengan sendirinya gear drop ke 3,klu ikut kod kelipan menunjukan.kecepatan lock-up tidak bersesuaian...minta bantuan tuan apa masalah kereta sya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,speed sensor ada masalah ,sebaiknya gantikan input dan output sensor ,in sha allah baik seperti sediakala

      Delete
  86. Assalamualaikum tuan,

    Kereta saya j3nis perodua myvi lagi best 1.5 auto tahun 2011. Masalah kereta saya ialah bila masuk gear D4,tekan minyak, kereta jalan,tapi gear 1 je la memanjang. Tak tukar 2, 3 dan seterusnya. Nak reverse(R) pun takde masalah. Tapi bila masuk gear reverse tu kereta akan ada sentakan 'affect'. sekarang kereta tersadai kat rumah. Tapi selepas 4@5 hari kereta tak jalan, saya ada cuba start engine dan test run. Starting tu nampak gaya ok, kereta bole tukar sampai max gear. Mcm masalah dah hilang. Tapi selepas 2@3 round saya bawa pusing kawasan rumah, dia jadi balik seperti symptom yg saya nyatakan di atas. Satu lagi saya perasan, bila gear ni buat 'gila', apa yg saya perasan indicator 'AT' akan menyala kat bawah meter RPM.

    Untuk pengetahuan tuan, saya baru saja service gearbox bulan march 2019 baru2 ni dan tukar gearbox filter sekali. Sebagai info tambahan, sy notice mcm prob ni jadi selepas saya cuci kereta, cuci enjin sekali. Tak pasti ada kena mengena ke tak!??

    Mohon nasihat kepakaran tuan apa masalah kereta saya sebenarnya dan apa yg bole saya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,cuci enjin boleh juga sebabkan sensor tidak bekerja baik terutamanya speed sensor output serta input atas gearbox.Kebiasaan rosak begini berpunca dari speed sensor yang gagal,perlu gantikannya jika tidak kembali pulih

      Delete
    2. Salam tuan, saya mempunyai toyota hilux sr turbo, masaalah saya hadapi apabila enjin tngh rning, lampu check anjin menyala, lbh kurang 30 saat enjin akn stop.. Blh tuan beri sedikit pencerahan.. Harao dpt membantu tq.

      Delete
    3. wslm,masalah sensor camshaft ,perlu diganti

      Delete
  87. Salam tuan, saya mempunyai toyota hilux sr turbo 2004,masaalah yg saya hadapi semasa enjin sdng rnning lampu check enjin menyala dlm 30 saat enjin akn stop.. Harap tuan
    dpt beri sedikit pencerahan tq..

    ReplyDelete
  88. Salam bang..nk tnya cket...sy pakai kenari...wayar ignition coil x de api...yg no 2..wayar ignition coil yg lain ok jer.... kemudian cek la kat kdai yg ade komputer..dia ckp kompuuter box yg rosak..kene ganti...tol ke..tkot tipu jer...klu komputer box yg rosak..mesti smua wayar x berfungsi....mcmner tu bang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,distributor ada masalah ,perlu tukar

      Delete
  89. salam..sy myvi 1.3 time jalan kereta tiba2 mati...start blik hidup n jalan mcm biase..time paking pn enjin tiba2 mati ..ape punca ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada masalah pada idle sensor,adakalanya minyak tidak naik sehingga throttle,servis throttle body

      Delete
  90. Maaf bang boleh saya bertanya,sebuah kereta isuzu trooper menggunakan mingak petrol,,ketika sedang membawa tiba2 minyak keluar bila saya hantar ke kedai mereka menyuruh menukar computer box (ecu) adakah bila ditukar trus tidak menjejaskn komputer box yang baru??

    ReplyDelete
  91. Salam bang..nak tanya..kereta isuzu trooper..check kedai dia ckap computer box problem..then sy cari company box baru no siri smua sama..sy tukar yg lama dgn yg baru kereta hidup..tapi knpa kluar dkat meter CHECK ENGINE ..ad ap2 yg bermasalah ke bang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,reset ECU,cabut negatif bateri 10 minit,pasang semula ,biar enjin hidup 10 minit juga

      Delete
  92. Salam,saya nak tanya kereta jenis proton waja..bila tengah drive enjin tiba2 mati..sudah pergi bengkel tukar macam2 barang tapi still jadi perkara yang sama..kadang2 nak start balik pun susah kene start banyak kali..apa masalah sebenar nyer ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,cam sensor dan crank sensor ada masalah ,perlu gantikannya

      Delete
  93. Salam....sy nak tanya lampu engine menyala,sebelum itu lampau CVT ada menyala dan meter rmp tiba² naik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,periksa minyak cvt,jika kurang tambahkan dan jika bocor pastikan ia tidak lagi bocor

      Delete
  94. Lampu cek enjin pajero (m) petrol thn 2002 menyala.. terjadi slps balik dari bengkel tukar plug. Perjalanan balik hujan lebat. mohon nasihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sensor yang mekanik telah langgar dan keadaannya tidak kemas ,cabut sensor O2 atau sensor MAP dan pasangnya semula dengan kemas

      Delete
  95. salam tuan.saya diberitahu hilux saya rosak kerana komputer box nya dah salah diusik oleh mekanik sblm ni. so hilux tu memerlukan komputer box baru. berapa kosnya dan kat mane nak cari..tolong bos

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kalau tak silap sekitar rm800,di selangor dan kuala lumpur

      Delete
  96. Salam tuan, sy ada kereta toyota seg ae 101..masalah kereta saya bila enjin sejuk sy start mudah hidup..tp bila sy drive jauh enjin dah panas and tutup enjin..bila nak start masa enjin panas enjin tak hidup..bila jumper sekali start ja terus hidup..apa pndpt tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,enjin terlalu panas dan menyukarkan solenoid starter untuk hidupkan enjin kerana lemah,apabila ditambah dengan jumper kuasa lebih dan enjin mudah dihidupkan,perlu tukar solenoid starter

      Delete
  97. Assalamualaikum...,Saya Azhar Bin Abdul Ghani,saya menggunakan kereta Toyota Hilux tahun 2012.Semalam kereta saya mengalami masalah enjin berbunyi dengan kuat,pedal minyak tak berfungsi, boleh saya tahu apa masalahnya?saya dah pun mencari mekanik yang ada set komputer box untuk mencari masalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,ini masalah APPS Accelerator Pedal Position Sensor yang bersangktan dengan isyarat lemah ke ECU untuk penggunaan pedal minyak dan seterusnya enjin

      Delete
  98. Assalamualaikum. Maaf lari topik. Sy nk tanya berkenaan motor ego sy. Semasa motor tgh bergerak lampu enjin menyala. Apakah puncanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,lampu enjin yang menyala adalah masalah sensor.cabut negatif bateri 10 minit pasang semula,jika ini tidak berjaya hilangkan lampu enjin ia tanda enjin moto ego tersebut panas sedikit

      Delete
  99. Salam tuan saya memakai kereta kembara ada masalah apabila on ac rpm drop jatuh sampai enjin mati .apa masalah ni tuan .sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah FICD,perlu baiki atau tukar FICD yang tidak berfungsi

      Delete
  100. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika ada buat top overhaul,ini tanda ada terdapat goyang pada camshaft,minta mekanik periksa semula ,jika kedudukan atau cam rod dan rocker arm tidak selesa kedudukannya ,gegaran akan tetap ada

      Delete

Post a Comment

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.

Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,


Pos Popular

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Reset ECU/ECM.Throttle Body.Fuel Pump dan Alarm

Pelarasan enjin