Posts

Showing posts from 2011

Sumber kuasa untuk enjin

Olehkerana kita ni tinggal dalam Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa jadi pada mereka yang menyambut hari natal Selamat hari Krismas yang akan menjelang pada 25 haribulan december ini,dan pada mereka yang bercuti pada 25 dec ini Selamat bercuti dan hati2 bila memandu. Sumber kuasa adalah amat penting dalam sesebuah kereta mahupun kenderaan.Sebuah kapalterbang,kapal selam,keretapi,jentolak,robot,mesin malah manusia memerlukan sumber kuasa untuk menjalankan aktiviti2 seharian.   Dalam sebuah kereta sumber kuasa utama adalah bateri,olehkerana bateri menjadi sumber kuasa utama dalam menghidupkan enjin jadi bateri adalah elemen terpenting dalam sebuah kereta.Tidak dapat dinafikan sekarang kereta berbentuk hybrid menggunakan hampir keseluruhan sumber kuasa dari bateri. Dalam penjagaan bteri sebuah kereta terdapat beberapa kaedah penting yang harus diikuti oleh pengguna kereta supaya bateri tersebut akan tahan lama dan dapat menyambung hayat sekurang-kurangnya 2 tahun melepasi tempoh ja

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Terimakasih yang tak terhingga kepada pengunjung dan pertanyaan yang diajukan semuga anda semua diberkati Allah seadanya. Olehkerana pertanyaan mengenai aircond kereta amat banyak jadi disini blog kereta mengambil peluang ini  menyenaraikan komponen-komponen aircond yang selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yang selalu dijumpai untuk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dalam menangani kerosakan pada sistem aircond.

Waja paling kerap alami masalah fuel pump sedemikian

Image
Berdasarkan pengalaman beberapa tahun buka dan pasang enjin dan baiki kereta rosak,lama-lama tercatat juga statistik dalam benak kepala aku ni kekerapan kerosakan kereta waja.Mungkin disebabkan komponen yang agak kurang kualiti kereta waja selalu mengalami kerosakan fuel pump selain daripada selalu sangat kena tukar bateri . Harga komponen tersebut dahlah mahal ,banyak pelanggan merungut bila bab kena tukar hrganya saja boleh mencecah lebih dari rm500,kalau nasib baik bolehlah dapat barang seakan-akan walau tak sama tapi buatan taiwan.Kalau yang original dah tentu tak lari dalam tangan mesti ada kurang2 rm500.

Menyelaraskan tappet kereta dan muzik

Menyelaraskan tappet adalah tidak mudah seperti mendengar muzik dari radio atau mendengar secara percuma dari banyak web seperti 4shared dsbnya. Enjin juga mengeluarkan bunyi yang juga melambangkan bahawa kita amat peka dengan bunyi dari sekeliling mahupun yang kita ingin dengar.Begitu juga dengan kereta yang kita pandu jika kita amati dengan sepenuhnya kita boleh dengar bunyi injap yang tidak sekata datangnya dari enjin kenderaan.Bunyi yang seakan-akan lari dari tune yang sepatutnya atau lebih senang, berlainan dari note yang seharusnya.

Bagaimana menukarkan spark plug proton exora

Menukarkan spark plug sebuah kereta adalah tidak semudah yang seperti kita lihat ianya dilakukan oleh mekanik kereta.Ini adalah kerana susunan plug dan kabel mestilah betul supaya bila enjn dihidupkan ia tidak berfungsi pada nisbah yang tidak betul.Oleh sebab itu kabel plug kereta dibuat supaya ukurannya tidak sama antara satu sama lain. Sebagai pengetahuan ukuran kabel plug melambangkan kedudukan yang tepat yang harus diikuti bila menukarkan spark plug sebuah kereta.Turutan 1342 mengikut arah jam adalah turutan pada distributor bermaksud pada kedudukan 1 distributor adalah untuk plug nombor 1 dienjin kereta dan begitulah seterusnya bermula dari plug yang berdekatan dengan timing belt atau timing chain. Turutan 1342 adalah dari distributor coil samada yang menggunakan contact point ataupun jenis elektronik. Harus difahami juga dalam aktiviti automotif plug 1 adalah yang berdekatan dan palng hampir dengan timing belt atau timing chain. Spark plug boleh dibuka dengan menggunakan al

DIY eksklusif video bagaimana melakukan servis kereta

Salam, Rangkaian video dari admin blog kerosakankereta ini adalah video ekslusif bagaimana melakukan servis kereta (DIY), yang dihasilkan untuk membantu dan memudahkan serta memberi pelajaran bagaimana servis kereta dilakukan.Video eksklusif 6 siri ini memperlihatkan alat yang sesuai untuk membuka dan mengunci alatganti seperti oil filter dan skru minyak hitam di bawah engine.

Penjajaran roda dan Penyeimbangan Tayar (alignment and balancing)

Aspek keselamatan adalah perkara amat penting sekali dalam pemanduan,tambahan lagi bila tiba musim perayaan seperti hariraya .Ramai yang nak berhariraya bersama sanak saudara dikampung dan tak kurang juga yang berhariraya bersama-sama sahabat handai,rakan taulan ditempat-tempat yang jauh dari tempat bermastautin dsbnya. Pada tahun 2009 aku pernah sentuh aspek keselamatan sebelum memulakan perjalanan jauh menaiki kereta tetapi hanya sekitar keadaan enjin,brek,hose dan belting.

Penggunaan alat diagnostic dalam mengesan kerosakan enjin kereta

Olehkerana masa dan penggunaan komputer yang meluas maka sistem sesebuah kenderaan atau kereta telah diubahsuai dan dinaiktaraf supaya selari dengan peredaran zaman.Maka terhasillah komponen-komponen yang telah disambungkan terus kepada kotak komputer (ECU/ECM) yang diletakkan khas dibawah papan pemuka (dashboard )sesebuah kereta. Penggunaan kotak komputer ini adalah untuk mempercepatkan lagi pengesanan kerosakan serta mengesan ketidakupayaan komponen kereta seperti bateri,alternator dsbnya.Alat yang selalu digunakan adalah alat diagnostic/OBD (On Board Diagnostic) yang disambungkan terus ke panel bateri dan panel khas yang disediakan didalam sesebuah kenderaan. OBD yang disarankan oleh Mekanik blog ini,kereta Malaysia juga ada dalam senarai Alat ini bertindak dengan menggunakan kod-kod yang disesuaikan dalam kotak komputer dan juga disambungkan terus kepada komponen-komponen sesebuah kereta.Alat ini amat senang berfungsi dan applikasinya seperti juga menggunakan komputer