Bunyi pada brek kereta gear automatik

Pada post kali ini aku nak menyentuh sedikit tentang masalah yang selalu dihadapi pada kereta gear automatik.Masalah yang berpunca dari penjajaran yang terus membawa kepada kerosakan pada sistem brek sesebuah kereta.

Sistem brek sesebuah kereta banyak bergantung kepada sistem minyak brek,dan selalunya ia akan melibatkan angin dalam brek kereta dan brek pad.Ada sesetengah kereta yang memerlukan pembuangan angin dalam sistem brek atau secara praktikalnya melepaskan minyak brek dalam keadaan enjin sedang beroperasi.Terdapat dua masalah pada sistem brek kereta iaitu:-

1.Brek kereta tidak berfungsi dengan baik

Ini dilakukan jika brek tidak berfungsi dengan baik dan jarak brek dari kereta bila berhenti terlalu jauh.Operasinya amat senang iaitu dengan membuka saluran kecil minyak brek pada kebuk brek atau Brake housing dan buangkan minyak sambil brek dipam oleh pengendali yang lain.Ulang operasi ini beberapa kali sehingga brek terasa padat(Ini adalah cara lama)

Tetapi pada masa ini terdapat alat yang digunakan untuk tujuan ini dan hanya seorang pengendali terlibat dalam kerja ini.(lihat gambar)


Kebanyakan masalah ini akan terdapat pada kereta gear manual dan tidak terlalu kerap berlaku pada kereta gear automatik.

2.Brek berbunyi pada kereta automatik

Sistem jajaran atau wheel alignment banyak mempengaruhi bunyi pada sistem brek kereta automatik.Apa yang perlu dilakukan ialah membuat alignment dan balancing tayar untuk memberi ketepatan pada tayar dan seterusnya ialah menukar brek pad kereta supaya bunyi yang sama tidak berulang.

Fenomena ini selalu terjadi pada kereta automatik dan kebiasaannya pengguna kereta hanya membuat penjajaran tayar tanpa menukar brek pad dan bunyi tersebut akan terus ada jika pad tidak ditukar.

Untuk keselamatan dan corak pemanduan terbaik apa yang penting adalah mengekalkan kereta anda dalam keadaan lebih sempurna dari hari sebelumnya.

NOTA PENTING:-

Seringkali selepas menukar brek pad ,terdapat bunyi yang keluar dari roda.Masalah ini pula ada kaitannya dengan pelapik besi yang kadangkala tidak dipasang semula oleh mekanik,jadi sebagai pemandu pastikan anda memberitahu mekanik supaya meletakan semula pelapik besinya jika ada dan pastikan pula anda gunakan brek pad yang original kerana jika yang lain digunakan ketebalan pad tersebut amat diragui dan membuatkan bunyi tak menyenangkan terhasil.

Comments

cik vios said…
Salam,
nk tanyelah...kenapa kereta sy ada bunyi eeeek...bila sy mulakan pmanduan perlahan sambil tekan brek...selalunye bila membelok di parking lot la...tapi bila drive laju...tekan brek sikit @ habis takde bunyi...vios,baru servis kedua..
sord87 said…
Bila brek terdapat sedikit bunyi terdapat banyak kemungkinan diantaranya:-
1.keadaan alignment yang tidak sejajar
2.brek cekam(pad) yang telah haus
3.kesilapan pemasangan brek pad(ada antara klip yang tidak dalam kedudukan betul)
4.wheel balancing yang harus diseimbangkan.

nasihat saya jumpa mekanik tayar dan buat WHEEL ALIGNMENT SERTA BALANCING dahulu kemudian periksa brek pad dan segala yang berkaitn dengan cara pemasangan DAN jangan lupa isikan minyak brek pada tahap yang ditetapkan.
Anonymous said…
as'kum. Sy pkai proton wira sedan 1.5M. Msalahnya tekan cluth msuk gear 1 berbunyi kuat. Gear yg lain ok je. Smpi edjust cluth bg tggi kurg bbuyi. Seolah2 bbunyi mcm xhbs tekan cluth padahal gear lain xbyi pun.
Mekanik Kereta said…
saudara wira sedan 1.5m

Saudara boleh cuba tukar minyak gear dan kabel clutch serta mounting gearbox,jika masih terjadi demikian kemungkinan besar gearbox saudara bermasalah.
Salam En. Sord,

saya nak tnya psl masalah kereta saya, perodua viva 1.0 auto. bila enjin panas kereta jadi meneran, RPM naik dan speed jatuh. enjin still hidup, tapi kereta x nak bergerak. bila masalah ni jadi, saya re-start enjin...then boleh gerak a few meter je, pas tu mmg ssh nk gerak,..kereta mmg meneran dan enjin panas. adakah gear box saya rosak dan perlu tukar yg baru?
tolong email saya di

nasirah85@gmail.com

Terima kasih
Mekanik Kereta said…
saudari zhafrina,

jawapan telah diemailkan
jiey said…
Sy ada msalah kereta semput lepas tukar distributor recon. Adakah bkaitan dgn tuning engine?
Mekanik Kereta said…
saudara jiey,

Jika tiada masalah pada plug dan kabel ,terdapat juga distributor yang tak elok,dapatkan yang lain.
sofyezam said…
Assalam,

Saya mempunyai kereta Naza Suria dan menghadapi masalah:-

1) Brek kereta melekat dan kereta menjadi berat.

2) Berbau Hangit, tayar panas dan rim kereta panas.

3) Waktu pg sebelum kereta bergerak bila pedal brek ditekan brek dalam keadaan biasa...bila kerap menggunakan brek atas jln byk bonggol, apabila brek ditekan sedikit terus melekat dan bila minyak ditekan terasa berat (mengaum) dan menyentap.

4) Bila pedal minyak ditekan jarum RPM 3 @ 4...tp kelajuan kereta hanya 40 kilometer saja.

Saya telah menggantikan break pad, pam brek atas dan bawah, hose break pun ganti juga tapi masalah tetap tidak selesai..kereta menjadi berat seolah brek tu melekat...terutamanya waktu cuaca panas.

Harap Dapat Membantu.

Minta tolong emailkan jawapan anda di addafea@gmail.com

Terima Kasih.
Mekanik Kereta said…
saudara sofyezam

Masalah begini adalah masalah brek
piston yang tidak kembali ke asal ,apa yang saudara perlu lakukan adalah menggantikan brek piston disebelah mana yang melekat itu dan beritahu mekanik supaya mengosongkan minyak brek dan disi dengan yang baru.

Minyak brek yang karat menyebabkan brek piston melekat .Digalakan juga membuat servis keatas semua brek piston.
Anonymous said…
salam...saya guna proton waja campro.masalahnya apabila lampu abs dan lampu hand brek menyala tak padam kalu drive jauh.saya pergi bengkel dan pomen kereta cuma servis sensor abs.tp masalah masih berlaku kalau drive jauh.jadi apa masalah yang sebenarnya?
Mekanik Kereta said…
saudara waja campro

Masalah sebenar masih terletak pada sensor,saudara perlu tukar suis handbrake pada handle dan sensor pada abs!
Anonymous said…
saya ingin bertanya....saya pakai waja 1.6,sejak seminggu lepas lampu hanbrake kereta saya asyik bernyala....apakah masalahnya??? dan berapakah kos untuk baik pulih???
Mekanik Kereta said…
saudara waja 1.6

Pada handbrek handle dalam kereta terdapat suis ,suis tersebt sentiasa tersentuh dan menyalakan lampu panel,periksa suis tersebut.
Unknown said…
salam... saya pemilik kereta sephia 1.5 tahun 1999. maasalah saya adalah brek saya berbunyi setiap kali saya tekan (semasa memandu). saya telah buat aligment, balancing, tukar brek pad, disc brek telah digrain semula. tetapi masih berbunyi semasa memandu seperti ada pergeseran. lagi satu, brek saya selalu macam melekat bila kerap tekan terutama semasa melalui banyak bonggol dan waktu panas. mohon maklumbalas
Mekanik Kereta said…
@Aku BahW/salam,masalah saudara ialah masalah Brek pump.Brek pum kedua2 belah roda perlu diservis dan kedua2 getah dalam perlu diganti kemungkinan juga ada bocor
lupih said…
Saya guna kereta exora bold auto. Masalahnya kadang2 adà bunyi kuat semasa memandu yg hany hilang bila brek. Saya da tukar brek, cakera,servis piston brek dan buat alignment tapi masih bunyi.
Mekanik Kereta said…
@lupihJika saudara pernah tukar brek pad dan pad tersebut bukan ori.sila dapatkan yang ori ada pelapik dari Proton insyallah ok
Unknown said…
Salam..sy pengguna viva 1.0..kereta sy ada masalah bunyi bila tekan brake..bila sy pegi wshop diorang ckp brake pad okay tapi sy kena tukar brake master pump..kereta sy baru guna setahun lebih..brake pad pon sy tak pernah tukar..ada probability ke brake master pump sy yang rosak? Ke wshop tu silap.
Mekanik Kereta said…
@Farah Aishahwslm,minta mekanik servis brek saja,bersihkan disc,brek piston dan bleeding semula,
Dee said…
Salam, sy drive atos prima auto. Bila tekan brek, ada bunyi sikit. Tp bila drive slow n tekan brek tak ada bunyi. Kenapa ye?
Mekanik Kereta said…
@Deewslm,brek pad dah nipis,tukar ,elakan dari guna pad yang tak original bila tukar dan jika ada pelapik besi pastikan ia dipasang semula oleh mekanik selepas ditukar.
dedek said…
Assalamualaikum..baru2 ini saya servis minyak brek(bleeding&replace) kereta honda city tahun 2010..apa yg saya perasan rim kedua2 bhgn depan menjadi panas selepas pemanduan biasa jarak 20-30km(sblm ini hanya suam2 shj). Tetapi tiada masalah membrek(mampatan brek ok)..adakah ini normal?
Mekanik Kereta said…
@dedekwslm,gunakan dulu,kdg2 bila guna getah baru pada housing ia agak ketat dan mencenkam,tapi jika selepas seminggu keadaan masih sama,periksa semula takut2 ada ruang minyak yang tersumbat
Unknown said…
Aslmkm. Sy baru membeli kereta proton tak sampai pun sebulan lagi. Kereta sy susah untuk masuk gear dan berbunyi. Kereta jadi tersengguk2. Saya terpaksa memulakan perjalanan sgt perlahan untuk masuk ke gear 1 dan 2. Sampaikan sy di hon oleh kereta belakang sy sbb lambat sgt bergerak. Gear reverse juga ketat dan tersengguk2. Apa yg sy perlu buat. T.ksh...
Mekanik Kereta said…
@el cintawslm,adjust kabel klac atau tukar klac pam bawah kaki
Unknown said…
Assalamualaijum. Nak tnye ape yg rosak. Kereta myvi 1.3, mula2 tekan brek x berfungsi. Lepas tu tekan lagi keluar bunyi angin dekat pedal brek. Apa yg rosak dan brapa kos baiki. Terima kasih
Mekanik Kereta said…
@Syakila Yaacobwslm,servis atau tukar pump pada pedal brek
Unknown said…
Saya ada kereta kancil 850 karburator...masalahnya apabila kereta hendak mula bergerak engine akan jerking dan kadang2 engine terus mati..saya dah service karburator tapi perkara ini masih berlaku...mohon jawapan boss....terima kasih
Mekanik Kereta said…
@fadzil mohd dinsalam,tukar distributor dan kabel plug insyallah ok
Unknown said…
Assalam,
kenapa kereta sy ada bunyi eeeek bila saya tekan brek dan membuat pusingan...saya dan tukar drive shaft ngn absorber tp bunyi tu tetap ada..kereta jenis vios 1st model.Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
@Naim Mohmadwslm,brake pad mungkin dah habis dan mungkin juga housing brake dah terlalu kotor termasuk discnya sekali
Unknown said…
assalam tuan. viva 1.0.

saya baru lepas tukar absober dan dapati lepas beberapa hari kereta saya ada bunyi mcm ada benda terangkat bila langgar bonggol dan semasa pjalann biasa. bunyi tu mcm di bahagian sama ada sit belakang atau dalam bonet belakang. saya ingat ada spanar atau barang2 yg besepah atau alas bonet tu terangkat, bila dah keluarkan semua barang, dan dah tindih alas dlm bonet tu masih ada lagi bunyi tu.
Mekanik Kereta said…
@Nur Faezawslm,ada kesilapan semasa memasang absorber belakang,minta mekanik periksa semula,saya rasa kedudukan spring tidak betul2 dalam kedudukannya
Unknown said…
Assalammualaikum. Saya nk Tanya.sy baru lepas service kereta ( manual) proton flx basic. Bunyi brek masih ada walaupun mereka telah menukar paddle brek. Adakah di sebab balancing tayar?
Mekanik Kereta said…
@sabrina rahmatwslm,kadangkala lapik besi tidak dipasang oleh mekanik,bunyi akan ada sebab longgar sikit,jika saudari lambat tukar brek pad sehingga disc calar bunyi juga akan ada.balancing tayar tidak menyebabkan bunyi itu.
Unknown said…
Asslm wbt.. wira 1.5 .
Sy baru tuka servo double layer dr model evo 3..master pump sy kekalkn pakai yg lama tapak sama dgn servo evo ..minyak baru dan bleeding dibuat di master pump dn tayar depan kiri kanan..kenapa pomen x buat di tayar blkg kiri dn kanan ye..adakh bole menjejaskn prestasi ketika mbrek kereta...t.kasih tuan..
Unknown said…
Assalm wbt tuan. Wira1.5
Sy baru tuka servo double layer dr model mitsu evo..
Master pump sy kekalkn dr model wira 1.5..pomen telah letak pelapik/washer sblm memasang master pump dgn servo..slpas tu minyak brek pun baru dan pomen buat bleeding di master pump dn roda depan kiri kanan...soalan sy..
Kenapa pomen xbuat skali di roda blakang kiri dan kanan kereta saya dan letak washer diantara pump dengan servo td..adakah boleh mjejaskn prestasi brek kereta sy...tkasih tuan..
Mekanik Kereta said…
@Fairuz Fairuzaidawslm,brek bleeding adalah atas tujuan untuk cengkaman yang baik dengan mengeluarkan semua angin secara bleeding.Jika pedal brek agak jauh baru brek mencengkam,brek bleeding perlu dilakukan ke atas semua roda
Mekanik Kereta said…
@Arsad mekanikwslm,kalau pedal brek jauh baru brek makan,perlu buat bleeding semua roda
Unknown said…
Salam saya nak tanya kereta saya honda jazz baru da lbh 20000km. Sejak-sejak ni bila brek ada bunyi eeekk. selalu pagi-pagi & kalau berhenti kat traffic light. Nak kena tukar brake pad ke?
Mekanik Kereta said…
@Noor Nazirawslm,brek pad dan disc kotor,periksa dan servis sudah memadai
Unknown said…
@Arsad mekanik ,saya pakai vios tahun 2011..masalah brake saya bila saya angkat brake ada bunyi 'eeeekk' kat brake belakang sebelah kanan..dah cuba tukar drum kiri ke kanan dan kanan ke kiri..mula-mula tu ok, lama kelamaan bunyi tu datanh balik. bila bawak check kat workshop dan buka brake tu semua depa cakap ok..bila pasang ja bunyi..harap tuan @Arsad mekanik boleh membantu, saya dah pening dah ni..
Mekanik Kereta said…
minta mekanik buat brek bleeding supaya ia lebih rapat
Unknown said…
Arsad mekanik...sy ada dua isu:

1. ada asap putih keluar dr celah2 tayar depan sebelah kiri. adakah ianya berpunca drp myk brake bocor? dan apa yg perlu sy cek n buat sekiranya confirm ada kebocoran myk brake?

2. selepas drp kejadian di atas, ada foremen sukarela telah menggantikan brake caliper yg asal kpd yg baru (dikhuatiri xori)
dan telah menyebabkan bunyi eekkk ekk yg sgt kuat semasa sy melepaskan brake perlahan2 ketika gear di posisi D4 utk memulakan perjalanan(kereta myvi auto). knp eyh? (sy rase seakan2 ditipu sbb nya foremen tersebut ada mntk duit rm1.2k utk charge repair n tuka caliper sebelah kiri shj)

boleh x email kn sekali maklum balas arsad kt email sy

heru.mie44@gmail.com

tenQ arsad
Mekanik Kereta said…
Minyak brek yang terkena pada bahagian panas akan keluarkan asap dan berbau,Brek piston saja yang akan keluarkan minyak jika ia bocor ,masalah ini amat bersamaan dengan brek piston yang bocor mungkin sebab getah pecah.

2.Pada brek caliper juga terdapat getah piston ,getah ini juga boleh diganti dan piston boleh dibersihkan,sebaiknya dilakukan ,bunyi akan hilang sendirinya jika minyak tidak meleleh lagi dan ia betul2 bersih dari semua minyak yang terpercik ke brek pad.

3.Kos buat ini semua tidak mencecah rm500
Unknown said…
Salam arsad mekanik

Saya baru tukar brake pad satria neo 1.6 auto.msalah bunyi kdengaran apabila memandu dijalan lurus ataupon masa membelok.

Soalan saya
1-apakah puncanya?
2-piston agak keras.adakah normal atau abnormal?
3-perlukah grinder pad brake baru?
4-bagaimana cara menukar minyak brake?
Mekanik Kereta said…
wslm,pastikan brek pad original digunakan dan apa saja lapik besi yang ada sebelum ini pomen tak tertinggal.Biasanya bunyi tersebut akan ada bila lapik tak dipasang semula.Piston keras sikit itu biasa sebab pad baru masih tinggi.

3.Tukar minyak brek perlu buka semua longgarkan hose minyak pada roda dan sembur keluar minyak dari master pump atau longgarkan skru master pump,masuk minyak baru dan pastikan bleeding minyak brek dibuat semula
Anonymous said…
Assalamualaikum encik.sy nak tanya,sy pakai viva 1.0 standard auto.
Sy nak tanya.
Sy dah tukar brek pad bru.Tapi lepas drive sy ada terhidu bau hangit di tayar depan sebelah kanan.and kadang2 bila drive dan sy tekan brek ada bunyi.
And stu lagi,kereta sy ni x pernah tambah minyak brek.ke memang tak perlu?sbb SC ckp sy xda minyak brek?
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu periksa semula mungkin ada bocor sedikit pada brake pump,semua kereta ada minyak brek,periksa tangki kecil bertutup hitam dalam enjin betul berhadapan kedudukan pemandu
maNz said…
Salam...saya nak tanya..saya baru beli almera baru..tetapi brake bising ketika kereta mula bergerak atau bila saya lepaskan brake untuk memandu secara perlahan2..apa.masalah ye..
Mekanik Kereta said…
wslm,ada gesrean pada brek disc samada kasar atau penuh dengan karat,perlu ke servis centre kerana masih dalam warranty,perlu bersihkan brek disc dan pad
Galian Trading said…
Salam En Arsad, saya pkai Proton lama.. Masalh brek depan sebelah pemandu ada bunyi bergesel... Break pad dah tukar.. Kdang2 ada bau hangus pada kawasan brek sna.. Apa masalh klau mcm ni tuan? Skrg takut bwa kereta 2, sbb brek bergesel dan ada bau hangus..
Mekanik Kereta said…
wslm,brek caliper perlu diservis,getah piston mungkin koyak dan ada kotoran karat dan mencengkam terus tanpa membalik semula,mesti servis brek caliper
Unknown said…
Assalamualaikum..
berkenaan bunyi bila brek..bila sy brek ada bunyi (mcm bunyi spring)..agak2 apa masalahnya yer?
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa brek pad mungkin habis
Unknown said…
Assalamualaikum. Saya ada kereta kancil 660 manual. Setiap kali start engine dan nak reverse, saya menghadapi masalah tayar bahagian depan seolah2 tersekat. Nak reverse tak lepas kena tekan minyak sikit dan engine macam nak mati. Bila dah boleh reverse kereta ada keluarkan bunyi 'takkk' yang kuat dari tayar hadapan Apa punca dan solusi yang boleh saya lakukan? Terima kasij
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu tukar bering roda hadapan,ada yang ketat samada sebelah kanan atau kiri
Unknown said…
salam bos,
saya baru angkat vios 1st model. ada masalah brek. bila sy brek sikit mcm kt simpang/bonggol/mula pemanduan akan ade bunyi.bila brek banyak,tak ada bunyi. bunyi mcm sangkut.grekk grekk~~~ sy dh lay brek drum, tp still ada bunyi lg. mohon membantu bos. thank you bos.
Mekanik Kereta said…
wslm,dah jawab dah ni!ada yang bergesel antara housing brek dan pad,perlu diperiksa teliti
Unknown said…
Assalamualaikum, saya ada pakai kereta jenis nissan altima..saya nak tanya kenapa kereta saya bila saya biarkan enjin hidup lama tak berjalan brek melekat bila saya jalan jauh brek elok tak melekat
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu servis brake caliper,getah housing caliper mungkin ketat atau lusuh dan juga minyak brek yang amat kotor
Unknown said…
Salam. Saya guna kereta kelisa gx.saya nak tanya kereta saya keluarkan bunyi macam dari bonet kereta, macam ada benda yang bergerak dan keluarkan bunyi benda tu menujah ke depan(mcm kita letak tayar @ brg kat belakang bonet tanpa disusun dengan baik,bila break semua barang tu akan menujah-inertia). Mula2 saya ingat sebab tayar spare kat belakang kereta tak fit tapi bila atur kedudukan tetap juga mengalami masalah yang sama. Adakah ianya ada kaitan dengan absorber? Atau spring?
Unknown said…
Aslmlkm..sy ada pkai viva 1.0 tp mslh yg sy hadapi,bila brake dia brbunyi ''ketak''.hehe.sy bru tkar brakepad,brakepump,brakelining tp bunyi tetap xhlang.agknye mslh apa ye?
Mekanik Kereta said…
wslm,ada lapik pada pad brek,kadang2 ia tertinggal semasa tukar brek pad,minta mekanik periksa
maNz said…
Salam...saya baru pakai almera auto 2 bulan..pada bulan pertama...brek kereta saya ada bunyi 'krek'ketika melepaskan brek...dah cek dgn servis center hanya habuk...selepas servis pertama..bunyi tersebut masih ada tambah dengan bunyi nyaring ketika brek (squeal noise)..dah hantar cek..jawpn masih habuk dan dah dibersihkan..selang sehari selepas itu datang bunyi ketiga...bunyi kasar ketika brek.. .
Mekanik Kereta said…
wslm,tujahan mungkin terjadi sebab absorber mounting,ada juga kemungkinan spring telah beralih dalam kedudukan absorber mounting.
Unknown said…
terima kasih atas penerangan En. Arsad. Ianya memang banyak membantu. Teri,a Kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu servis semua termasuk housing brake,caliper
Unknown said…
Mengikut pengalaman clutch l set system perlu diganti...
Masalah selalu terjadi pada gear l atau gear undur...maaf jika silap..sbb dah kena tq..:)
Mekanik Kereta said…
betul, tukar plate dan bering lebih baik
Org susah said…
Salam bro..saya ada 2 masalah..
Kereta kancil enjin auto L2s turbo.
1.Semasa memandu apabila sya ingin mem'brake'slalunya kat trafik light kereta akan bgegar mcm nak mati..slalunya trpaksa tukat gear pgi N bru x bgegar..
2.Semasa memandu dan on aircond..apabila nak berhentikan kreta slalunya kat trfik light..pastu tukar gear pgi N..rpm enjin akan turun naik..x steady..tpi klu aircond off tiada pla kejadian seperti ni berlaku..
Mohon nasihat drpd pakar..
Mekanik Kereta said…
wslm,

1.turbo bocor-ganti seal
2.throttle body kotor-servis
Khazwan said…
assalamualaikum.. kereta axia auto baru setahun lebih guna, masalah saya:
1) bila tekan pedal brek ada bunyi angin keluar.
2) rpm akan naik sampai level 2, walaupon dalam keadaan idle (gear P)
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu buat bleeding brek untuk 4 tayar.
2.Rpm perlu distabilkan Throttle perlu dibersihkan,air filter tukar
mummY daniSha said…
salam en arsad....sy guna nissan almeera....brake berbunyi sejak sebelum 5000km lg...sampai sekarang dah 30000km masih berbunyi...setiap kali komplen,servis centre suma cuci brake....pernah tukar brake pad sekali...servis brake rm 200....tp still bunyi lg...boleh advise x....rasenya almeera mmg problem brake....ramai yg kena...rase menyesal beli almeera
Mekanik Kereta said…
wslm,bunyi brek kadang2 sebab bergesel bila ditekan,bergesel bermaksud bergesel dengan housing brek pad dengan dis,walaupun sedikit tapi bunyinya nyaring,perlu minta mekanik luar periksa
mummY daniSha said…
sy dah pergi service centre lain....dia kata kena skim brake...sy mintak claim warranty tp dia kata brake disk x problem..dia kata kalau brake disk problem akan gegar bila brake..betul ke? dan betul ke brake bunyi kena skim brake? thanks ye
Mekanik Kereta said…
memang takde masalah dengan disc dan lain2,maksud saya pomen tu kena periksa betul2 ada yang bergesel saja
Unknown said…
Assalamualaikum, sy nak tanya. Sy baru tukar halfcut enjin mira turbo L6 auto dr enjin asal kancil 850manual. Sy sgt keliru yg enjin mira baru sy guna sangat2 kuat makan minyak petrol drpd dulu. Adakah mmg enjin mira L6 ni kuat makan minyak secara normal mcm ni atau ada sesuatu masalah yg buat minyak petrol kereta sy kuat makan? Mohon jasa baik tuan arsad mekanik bagi pendapat......
Unknown said…
kalo reverse bunyi ktak2 ad kaitan dgn brake ke ? tp trjadi apabila berada dlm keadaan selepas parking aje..
Mekanik Kereta said…
wslm,enjin auto sedikit kuat minyak dari manual tambah2 lagi enjin turbo,jika ingin mengurangkan penggunaan minyak sedikit tambahkan wayar ground dari enjin kebody kereta supaya cas2 elektrik dialihkan untuk mengurangkan kepanasan enjin
Mekanik Kereta said…
drive shaft dah rosak,pastikan bunyi dari kiri atau kanan,tukar mana yang bunyi tersebut
Unknown said…
Aslmlkm.sy pengguna viva 1.0...mslh yg sy hadapi ialah stiap kali brake,akan brbunyi ktak2..bunyi yg dihasilkn agak kuat.sy dah tkar brake pump,brake lining,brakepad,driveshaft tp knape msh brbunyi ye..da 4kali sy p mekanik ntk mslh yg sama.harap cik pomen dpt membntu
Mekanik Kereta said…
wslm,ada bergesel antara housing dan pad
rose772 said…
Assalamualaikum..sy pengguna almera VL auto sejak sept 2015,dah servis kali ketiga ( 10Km)..masalah yg timbul :
- lepas 5 bulan bearing tayar belakang bunyi berdengung.baru je 3 hari hantar servis centre n tukar bearing.( belah kanan ).tapi sekarang ade bunyi tayar pulak ( mcm mengaum ) macam kita naik trak askar.kenape yea?tayar xbagus atau masih ade kaitan dgn bearing lagi?FYI almera tayar continental.
Unknown said…
Assalam, vios2005, caliper baru, fitting kit baru, brek pad masih tebal, rotor baru....masalahnya bila tekan brek akan bunyi "tok" dan "squeak"...caliper ganti yg ada getah berbanding yg lama tiada getah. Bila undur bunyi squeak akan keluar...terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,jika brake pad guna original insyallah ok sebab bila guna yang local atau bukan original ukuran kadangkala sedikit lain jadi caliper tidak mengelakan dari bergesel sebab longgar walaupun hanya beberapa mm
Mekanik Kereta said…
wslm,ada kaitan dengan bering lagi ,perlu periksa semula,pastikan mekanik periksa teliti ada setengah bering belakang tidak boleh dikunci dengan ketat
Ena said…
Assalamualaikum..

Saya pengguna Viva auto 1.0. Maaslah kereta ni selepas buat major servis tiba-tiba jadi berat. Bila tekan minyak lebih engin bunyi mengaum. Bila brek, kereta berasap bau hangus. Brake pad baru saja ditukar. Saya ke pusat servis semula. Katanya brake jammed dan perlu tukar disc. sedangkan sebelum servis kereta dalam keadaan baik. Mereka memberi tempoh seminggu utk dapatkan spare part. Dan bagi saya jangka masa tu adalah lama. Saya ke bengkel biasa. Dan brake pad di pasang semula serta di buat skimming. disc masih dalam keadaan baik. Tp on the road hari ni brek berbunyi nyaring dan kadang2 halus. Boleh tuan mekanik jelaskan apa yang patut saya lakukan? Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,getah brek housing berkemun gkinan sudah lusuh,perlu tukar kerana ia tidak lancar dan menyebabkan ia melekat sekali sekala
Unknown said…
Sya pengguna myvi auto. Sya baru tukar brek pad minggu lepas tetapi berbunyi setiap kali saya brek terutamanya apabila kenderaan telah jalan jauh. Bunyi makin lama makin kuat apabila menuruni bukit dan apabila kereta di slowkan...terdengar bunyi spt tayar bergesel. Mohon bantu.tq
Mekanik Kereta said…
Bunyi mungkin berlaku jika disc telah tercalar akibat lambat menukar brek pad akantetapi ini akan hilang setelah lama digunakan cumanya brek pad akan cepat habis akibat disc yang calar tersebut
Unknown said…
Assalam. Saya pengguna myvi auto 1.3, sejak dua hari ni saya rasa kereta saya lambat. Bawak 80kmj terasa macam 60kmj, rasa macam brake pad melekat. Nak laju pun macam susah. bawak 90kmj tapi rpm dalam 2.5 gitu. Boleh email saya jugak jawapan dia m.arifin2991@gmail.com. terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,servis brek ganti getah caliper,minyak brek juga terlalu kotor
Yon said…
Assalamualaikum. Sy baru beli kereta nissan sentra b14 thn 1995 yg baru ditukar enjin sama dan cc yg sama. Masuk Puspakom, gagal 9x kerana brek blkg tak seimbang. Dah tukar brek piston 2x dan brek shoe 3x, masih juga gagal. Tgk brek shoe makan tak sekata. Drum tiada calar. Adakah bleeding dapat mengimbangkan semula brek? Brp anggaran kos bleeding? Tq.
Mekanik Kereta said…
wslm,bleeding mesti dilakukan seperti yang saudara kata,kos bleeding sekitar rm30 sebelah roda dan perlu dilakukan untuk kesemua 4 roda
Unknown said…
Assalamualaikum wbt..mahu tnya,kereta saya dmax auto...break kereta saya pandai datang2 break tdk berfungsi,lagi2 jalan jauh...break mcm mau terlepas,,sdh tukar pad break baru,sdh tukar rotor disc..dmax auto...mcm cengkaman break terlepas selepas jalan laju lalu tekan break tiba2...
mr kay said…
As salam.Saya pakai viva manual. tayar belakang pecah dan bunga tak ok, jadi tukar dua2 tayar belakang,dan tayar baru letak depan, tayar lama pindah ke belakang. tukar skali dengan brake pad dan ada buat allignment. tapi sekarang bila drive, gear 1 ok lagi, bila accelerate gear 2 ke gear 3, ada bunyi geseran tapi kejap je. apapunca bunyi tu? sebab sebelum ni tak jadi camni.
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu buat bleeding brake untuk kempat2 roda
Mekanik Kereta said…
wslm,mungkin brek disc ada sediikit calar,bunyi akan hilang perlahan-lahan
Unknown said…
boleh tak nak tanya berapa harga kalau tukar brek? sebab haritu naik kereta sewa, tayar belah kanan berasap, tauke cakap brek cengkam kuat sangat. harap boleh bantu sebab takut kena tipu. terima kasih.
Mekanik Kereta said…
Tukar brek pad dan servis housing adalah sekitar rm200 sahaja tetapi jika brek pad kereta mewah dan continental harga mungkin bertambah
Unknown said…
salam..... sy pakai kia spectra 1.6
masaalah sy brek cepat panas di sebelah kanan dan brek akan mula melekan,pemanduan sy menjadi pelahan bila sy bawa terlalu lama. bila sy matikan engin dan sejuk kan brek, brek akan jadi seperti biase. sy sudah cube buka dan servis piston, menukar getah dan pad baru tetapi masih tiada perubahan... mohon email ke ap_felton90@yahoo.com.
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu buat bleeding brek empat2 roda
Unknown said…
Assalamualaikum En. Arsad..
Saya pakai persona auto 2007..
Bila sy drive, mcm ade bunyi pintu x rapat dekat belakang sebelah kiri.. benda ni akan jd bile drive da lama sikit and tiap kali tekan break atau tekan minyak.. da pg check kt dalam pintu kot2 ade tercabut ape2.. tp xde ape2.. yg cek tu ckp may be absorber or break. Boleh tuan bg pencerahan? Bersama kos yg mungkin akan dikenakan..
Mekanik Kereta said…
wslm,absorber mounting dah lusuh perlu diganti,kos tukar rm300
viva auto said…
assalam tuan..sy nk tanye,brek dpn viva auto sy bunyi cit cit cit berdesing camtu..smlm sy dh tkr brek pad..then pg td wife sy ckp bunyi lg ms membrek..ape mslhnyer yer?..10q so much..
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa semula diwsyop yang buat tersebut,ada gesel kemungkinan hujung brek atau pelapik
Zakrul@Wira said…
Assalammulaikum Tuan,
Sy pengguna wira 1.5 auto, masalah saya :-
1. Bila bawa orang dewasa 3 orang dibelakang kereta dah mula sagat. (195/55 r 15)
2. Kereta bila melalui jalan tak rata atau bonggol bahagian hadapan kawasan tayar akan ada mengeluarkan bunyi macam besi berlaga.
3. meter cable, speedometer gear kit, pun dah tukar tapi masalah bila meter berjalan akan mengeluarkan bunyi plastic bergesel.
4. kalau wira 1.5 auto tukar gearbox 1.6 auto atau 1.8 auto boleh ke minta pendapat.
5. tolong tuan beri cadangan bagi pengubah suaian sistem ekzos sesuai untuk kereta wira 1.5 auto bersama butirannya (pick up ada long pun ada).
Sekian Mohon Pencerahan Segera;
Zakrul@Wira said…
Lagi satu masalah, bunyi angin masuk dari kawasan cermin hadapan, seolah2 cermin tingkap dibuka sewaktu memandu dalam lingkungan pemanduan 80 km/h sedangkan semua cermin sudah ditutup , atau ada masalah pemasangan cermin hadapan.
Mekanik Kereta said…
wslm,

1.spring absorber perlu diganti,telah lembut
2.lower arm bush dan tie rod end dah lusuh
3.pasang tak kemas,gerigi tak masuk atau kedudukannya tak kemas
4.boleh tak jadi masalah
5.pakai 2.5″ piping + 2.5″ straight flow bullet + 2.5″ straight flow muffler
Mekanik Kereta said…
ada masalah getah cermin depan biasanya gam cermin keras dan mula terlerai ,angin boleh masuk
Zakrul@Wira said…
berkaitan dengan ekzos yang bahagian parts belakang diaorang suggest pakai muffler s-flow ok ke? tuan.
Zakrul@Wira said…
Biasanya berapa kos nak repair benda tu
Mekanik Kereta said…
betul guna s-flow
Mekanik Kereta said…
kos kira2 rm400
derk said…
Assalam tuan.
Sy owner persona 2012.probs bile tekan brek kereta,bunyi terhasil.dan bunyi sreeekk..dr bwh pun ada jgk.boleh sy tau apa mslhnya dan anggaran kos?

Tq tuan!boleh email sy di de_veil@yahoo.com

Jasamu dikenang
Mekanik Kereta said…
wslm,brek pad nipis dan bergeser dengan disk dan berbunyi,ganti pad brek dan canai disc jika perlu
Unknown said…
As'salammualaikum... sy nk tumpang tanya. Sy pakai viva (a) 1.0. Last service x silap sy bfore raya thn lps. Skrg sy de perasaan bila tgh panaskan kete, de bunyi mcm gegar kt belakang kereta. Bila start jalan xde bunyi. Bila dlm keadaan statik de bunyi tp xkuat sgt mcm ms panaskan kereta. Knp ye?
Unknown said…
salam bos, sye owner mywi(m)1.5 thun 2013,brek sye ad prob skit bos, ble tekan brek tuh kdng2 brek terasa bnyi agak kasar, kdng2 mcm biasa je,, kebiasaan berlaku apbla bwk kereta tlalu lme, sye da skin dish tkr pad dish. baru ni ad buat bleeding n tkr myk skli. pada awl nye ok je da lbh 3hari jdi blik.. mohon batuan bos
Mekanik Kereta said…
wslm,buat service brek,getah housing mungkin terlalu ketat atau bocor,brek tak mencengkam kuat dan terus berbunyi
Mekanik Kereta said…
wsalam,

servis/tukar minyak hitam adalah setiap 5000 km umtuk minyak mineral gred sae/sg 20w50 manakala 10000 km untuk minyak hitam semi dan fully sintetik.
Jika belum dilakukan,lakukan segera,tukar minyak hitam,oil filter,autofilter dan kalau boleh minyak gear auto dan autofilter
Unknown said…
Salam tuan.myvi extreem 1.5 auto.30k milage.masalah brek tak berfungsi walau tekan smpai rapat ke lantai.ada kluar bunyi dr bhgian enjin.pernah brek emergncy sblum ni dan bunyi yg sama kluar.minyak brek masih pada level ok.mohon bantuan tuan.
Mekanik Kereta said…
wslm,tukar pad brek dan servis housing brek/caliper,tukar getahnya dan bleeding semula,pastikan master pump juga ditukar
Unknown said…
As Salam..sye nak tanye.. Sye owner nissan grand livina 1.6 auto. Baru2 ni bile sye kuar parking, tekan break n masuk gear ade bunyi "TUK" la.agak kuat juga. hanya jadi bile sye nk mulakan pemanduan untuk kuar dr parking je... ape yea masalahnye.mohon bantuan tuan..
Mekanik Kereta said…
wslm,periksa mounting gearbox yang berkemungkinan telah pecah
Unknown said…
untuk tukar mounting gear box kos dalam berape yea tuan.. Bahaya ke kalau sye drive hr2 g kerja...
Mekanik Kereta said…
2 mounting dalam rm300,tak bahaya
Unknown said…
Salam tuan...sy guna kereta naza suria auto...sejak sebuln ni kereta sy ada masalah..apabila sy drive dan tekan minyak sehingga speed 40kmh dan 60kmh jarum RPM naik sehingga 4 dan bunyi mengaum pd bahagian depan kereta...dan sejak 2 hari lepas masalah kereta sy bertambah teruk apabila ketika baru tekan minyak antara speed 0-20kmh kereta rasa berat nak bergerak dan jarum RPM naik sehingga 4 dan juga bunyi yg kuat pd bahagian depan kereta...tetapi bila guna gear reverse rasa smooth jer...adakah masalah ni berpunca dr gearbox atau sistem brek?utk info sy br lps tukar brake pad 2 minggu lps dan tukar minyak hitam dgn oil filter...dan balance utk tukar minyak gear masih ada 3k lbh lg...skrg kereta ni sy tak berani bawa takut mati di tgh jalan...sy harap tuan dpt bg jawapan sblm sy panggil pomen kereta utk cek kereta ni pd hujung minggu ni...terima kasih tuan...-:)
Mekanik Kereta said…
wslm,pastikan minyak hitam sesuai dan bukan yang lain dari minyak hitam dimasukan begitu juga dengan atf,pastikan minyak gear auto cukup2 untuk gearbox
Unknown said…
Tq encik atas respondnya. Sy akan segera service. nk tanya lg 1 encik, kalo kita break de bunyi mcm bergesel.bila berjalan de bunyi halus je geselnya. Cuma bila break geselnya spt kasar.kalo mcm tu Kita nk kena tukar apa yerk? Boleh ke jalan jauh dlm 10km? Sbb tempat service kete dlm 10 ke 15km dr rumah sy...tq encik
Unknown said…
Serta kosnya encik
Mekanik Kereta said…
Tukar brek pad,kosnya sekitar rm200
assalam tuan, sy nk mohon nasihat tuan. saya baru membeli honda city (brand new). da hampir 2 minggu dan bacaan distance adalah 1800km.

masalah saya sekarang ialah. apabila kereta saya cecah speed 131km/h. ada bunyi yang tak menyenangkan iaitu bunyi berdenggung... woongggg wongggg wonngggg..

bunyi semakin ketara bila speed makin laju. saya da bawa ke service centre tapi diorg cakap everythg ok. dan diorg takboleh nk test kereta saya pada kelajuan melebihi 120km/j kerana melanggar polisi syarikat.

mohon sangat nasihat tuan.tqvm
Mekanik Kereta said…
wslm,kalau bunyi berdengung dari roda ia bunyi bearing,jika berdengung pada sekeliling kereta maknanya ada kedudukan tambahan seperti visor dsbnya tidak sekata,tidak mungkin bunyi datang dari enjin
Unknown said…
Assalammualaikum . Saya nak tanya , kadang kala bila sye tekan brek mcm ada gegaran geseran di pedal .. Pastu mlm tadi tekan brek still ada rasa geseran siap bunyi lagi .. Apa masalah eh ?
Mekanik Kereta said…
wslm,brek pad dah abis dan mungkin telah menggeser pada disc, perlu tukar pad segera
Unknown said…
Salam. Saya nak tnya. Saya dri sabah dan seorang pelajar ums. Jalan raya d ums ni byk bukit. Kebykannya mmg byk bukit. Saya bawa kereta kembara auto tahun 2003. Satu minggu sya bawa ok ja. Tpi ada satu hari ni masa saya bawa lepas jalan ada satu bukit tu, tiba2 kereta enjin berat ja dan bila pijak brek dia trus melekat. Yg plaing risau, tekan minyak berabis pun kereta lmbt gerak dan enjin asyik mengaum ja. Meter pun 40-60 saja. X naik2 biarpun da lajak. Saya dpt hidu juga seperti bau haus d tyr. Adakah gearbox bermasalah atau mcm mana? Mohon bantu saya dan respon dgn segera. Saya seorang pelajar perempuan yg masi belajar pasal kereta ni. Untuk makluman, bukit d ums tu 10% saja. Sekian terima kasih. Jawapan dari pihak encik boleh juga email saya fazeerab@gmail.com
Unknown said…
Salam. Saya dri sabah dan pelajar ums. Saya ingin tnya masalah kereta saya. Saya bawa kereta kembara auto tahun 2003. Dalam seminggu saya bawa kereta ok saja. Tapi ada satu hari tu kereta tu tiba2 mcm berat dan brek kalau pijak trus melekat. D ums kebykn jalan raya berbukit. Dan bukit tu 10% la. Lepas saya naik satu jalan berbukit tiba2 kereta mcm berat biarpun da lajak hbis. Meter tunjuk 40-60 saja. Saya risau takut2 kalau gearbox ka yg rosak. Dan pada masa tu juga saya dpt hidu mcm bau hangus d tayar. Saya mohon jwpn dripada pihak tuan apa masalah kereta saya ini. Adakah gearbox bermasalah? Maklumla saya bru mau belajar2 pasal kereta. Saya mohon cepat drpda respon tuan supaya hati saya lega dan boleh buat keputusan tuk hntr servis kereta. Sekian terima kasih. Jawapan dri pihak tuan boleh email saya di fazeerab@gmail.com
Mekanik Kereta said…
wslm,ganti minyak auto dan autofilter untuk mengekalkan gearbox supaya tidak rosak terus,periksa brek dan master pump yang berkemungkinan bocor
Unknown said…
Hai..sy nak tanya...kenapa lampu handbrake dan lampu ABS saya asyik menyala dan tak padam2? Apa yg rosak ye...dan kalau kena repair di kedai berapa kosnya? Terima kasih.
Haja said…
Salam sy nk tanya kenapa ade bunyi knocking bila tekan brek and gear masa tu pada tanda D.. Bile rverse parking tekan brek tkde plak bunyi tu.. Bantu saya yg naif pasal kereta ni
Mekanik Kereta said…
wslm,pin pemegang atas gearbox mungkin longgar
Mekanik Kereta said…
hai,saudara perlu tukar suis handbrek dan sensor abs jika ada yang rosak,kos baiki sekitar rm400
virus said…
SALAM SAYA GUNA VIVA 1.0 AUTO,,,, BRAKE BELAKANG KADANG2 JEM,,, BILA TEKAN MELEKAT,,, BILA BAWAK LAMA2 ,, BRAKE JADI OK BALIKK,,, BILA XBAWAK 2 ATAU 3 HARI ,, MELEKAT BALIK,, TP MELEKAT XKUAT,,, BLH JALAN MCM Biasa
Mekanik Kereta said…
wslm,ganti piston brek dan brek shoe!
Unknown said…
Salam. Brek sy berbunyi berdesing seperti besi bergesel bila sy tekan brek keluar dr garaj pd awal pg.tp bunyi tu hilang semasa pemanduan.ada 1 kali sy ikut jalan berbukit bunyi tu keluar lg n bila sy bnyk tekan brek time jam bunyi tu keluar lebih kerap.tp bunyi tu hilang bila sy off enjin dn rehatkn kereta. Esk2nya sy guna kereta ok saja tnpa bunyi. Adakah tu normal bila brek panas? Or brek pad sy dh haus? Tp bulan jan tahun ni sy baru tukr brake pad.
Mekanik Kereta said…
wslm,agak biasa bila lepas tukar brek pad,brek tersebut berbunyi,ini kerana kebanyakan brek pad yang dipasang bukan yang original jadi saiznya agak kurang dari yang asal,jadi ia akan berbunyi,ada juga yang kadangkala pelapik tidak dipasang semula ketika menggantikan brek jadi ia juga akan berbunyi,jika inginkan tiada bunyi brek pad yang ori saja mesti digunakan
azrie said…
Salam tuan..nak minta ilmu sikit,kereta saya saga flx auto..bila saya tekan brek smasa kreta dlm keadaan perlahan..ada kluar bunyi..sya ada tukar pad baru pun tetap jga ada bunyi..apa sebenarnya masalah kreta saya ni tuan?atau lining brek blakang pun perlu d tukar?
Mekanik Kereta said…
wslm,pengalaman saya mengatakan bahawa pad brek jika ingin ditukar baru pastikan ia yang ori kerana kebanyakan pad brek mengeluarkan bunyi selepas ditukar akibat spesifikasi pad tersebut yang tidak bersesuaian walaupun ia nampak sama,mungkin kurang saiznya beberapa milimeter dari yang ori. tetapi berlainan jika pelapik brek tidak dipasang pula bunyi memang akan terus berlaku
Unknown said…
Salam tuan. Boleh saya tahu kenapa bila saya break dia mcm ada bunyi kasar. Ada yang kata break saya berpasir dan ada yang cakap breakpad. Tapi break saya mcm biasa masih berfungsi seperti biasa. Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,kalau disc dah calar akan ada sentiasa bunyi kasar tersebut,perlu skim disc untuk licinkan semula tetapi jika tidak diskim bunyi akan hilang apabila ia dimakan habis oleh brek pad
Syahrulfaizal said…
Assalamualaikum,

Sy pengguna saga blm SE 2010, masalah sy hadapi, brek sebelah kiri keluarkan bunyi nyaring masa tekan brek terutamanya waktu perlahan, kemudian bwk pegi workshop pomen ckp brek pad tebal lagi, buat skim, tapi lepas tu masih berbunyik, apa yg harus sy repair dan lakukan

Yang kedua, lampu handbrake menyala, dah check minyak brek cukup, mgkn suis rosak?

Mintak pandangan tuan dan sy ucapkan terima kasih atas tunjuk ajar
Mekanik Kereta said…
wslm,tukarkan brek pad kepada yang original Proton ,jangan gunakan jenama lain selain Proton untuk brek pad,suis handbrake bawah pemegang perlu ditukar insyallah ok
Tucson2008Auto said…
Assalammualaikum,
Saya memandu kereta Hyundai Tucson model 2008 Auto. Ada 2 pertanyaan meminta pandangan tuan:-
(1) Alternator pernah diganti carbon brush & sudah service 2 bulan lepas. Battery kereta baru. Namun baru-baru ini warning battery & brake kadang2 kelip2 ketika memandu. Walaupun cuma sekejap, namun setiap hari kedua2 warning itu ada keluar. Sudah check battery, masih 13.9. Apa yang perlu diganti?

(2) Brake kereta keras & bergegar apabila ditekan kadang2. Apabila memandu, steering seakan ligar atau lari padahal sudah alignment & chamber complete. Pedal terasa gegar kadang2. Part apa yang perlu diservice atau diganti?
Mekanik Kereta said…
wslm,

1.Minta mekanik Periksa soket alternator atau ganti soket alternator dan pastikan kepala bateri tak kotor dan longgar

2.Brek ketat keras akibat dis yang tidak rata dan bergegar,gantikan bering roda untuk roda yang breknya bergegar
Unknown said…
As salam tuan,

Saya menggunakan kereta vios auto 2nd tahun 2010.
Masalah saya, bila saya kalih gear reverse akan ada bunyi "ktak". Dan setiap kali nak reverse akan rasa gegaran.

Boleh saya tahu punca dan penyelesaiannya?

terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wslm,mounting gearbox mungkin pecah perlu diperiksa teliti dulu sebelum mengalih tumpuan kepada torque converter
AJIRUN said…
Assalamualaikum...Mohon pencerahan berkenaan issue brake hadapan berbunyi ketika paddle brake ditekan masaalahnya sebelum tukar B.pad dan disk bunyi tu dah ada bila dah tukar pun masih ada bunyi dtgnya dari tayar sebelah kanan...issue brake tak makan tiada cuma bunyi tu agak kurang selesa didengar...kereta yg saya gunakan skrg adalah Kancil 860
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu lakukan skim disk untuk hilangkan bunyi geseran
Unknown said…
Aslmlkm encik makenik.sy pengguna viva 1.0.mslh yg sy hadapi ialah,bunyi geseran pd tayar seperti bunyi brake mengejut smasa pemanduan..m0h0n resp0n encik makenik.
Unknown said…
Assalamualaikum..sy ada myvi tahun 2008.nak tanya pendapat mekanik kereta..kereta sy bila nk bergerak ada bunyi krukk..krukk..masa sy tukar tayar 1 bulan yg lepas,mekanik tu cek,katanye lower arm dgn drive shaft ok,cuma absober depan sy bocor..sy dh tukar,tapi lepas seminggu bunyi tu ada balik..sy pegi balik kedai yg saya tukar tayar aritu..mekanik tu cek,dia tukar caliper pin yg oversize katanye...hilang tu bunyi sekejap..lepas beberapa hari bunyi balik..
Mekanik Kereta said…
wslm,saya rasa ada karat pada bering housing ,saudara sembur banyak WD40 pada skru tengah roda atau paling mudah sembur sekeliling disc tengah,jika masih berbunyi saya rasa perlu buka dan lihat karat tersebut dimana dan perlu dibersihkan
Mekanik Kereta said…
wslm,skim disc insyallah ok
Unknown said…
Selain dr karat dkt bearing housing?sbb bunyi tu ada kala hilang..tp skrg asyik bunyi..masa langgar bonggol pun bunyi..
Mekanik Kereta said…
jika bunyi demikian tetap ada walaupun saudara tukar dah lower arm bermakna ia ada kena mengena dengan kedudukan dan karat dalam roda
Salam. tumpang tanya, kereta sy MYvi auto baru masuk setahun, tak smpi 7000KM lg, mslh kereta sy brake akan berbunyi sekiranya sy dh bwk kereta dlm stgh jam, atau lebih senang bila dah panas. Masa sejuk takde bunyi langsung, bila dh panas bunyi kuat. Kenapa boleh jadi mcmni ye? TK
Mekanik Kereta said…
wslm,pemegang brek mungkin bergesel apabila ia panas,perlu diperiksa oleh mekanik secara terperinci
S.Q said…
salam tuan..sy pengguna kia spectra ada masalah dgn sistem brake sy.. bila sy tekan lama sikit padel brake tu akan jd keras.. da brake tidak mencengkam..apa masalah tu ye tuan..harap tuan dapat membantu
Mekanik Kereta said…
wslm,ada masalah pada brek piston pada roda kemungkinan sumbat dan terlalu kotor perlu diganti untuk kedua2 roda
S.Q said…
terima kasih tuan kerana beri pandangan.. tp sy pergi ke bengkel pomen ckp sebo sy prob.. adakah benar? sy terasa mcm ade angin semasa menekan padel menjadikan ia seperti liat utk menekan pedal.. klau prob pd brek piston adakah 2 roda sahaja yg ade brek piston utk ditukar? da dlm lingkungan berapa kos nya?.. erima kasih tuan
Mekanik Kereta said…
Kalau ada angin kososng bila tekan pedal ini masalah servo pump,lain dari masalah brek piston,brek piston boleh nampak adakesan minyak kehitam2man pada roda jika ia ada masalah
S.Q said…
servo brek utk kia spectra tahun 2009 jenis double layer ke single?
Amalrossete said…
salam tuan.. saya pengguna myvi 1.3. tuan setiap kali saya menggunakan brek.. ada bunyi ketak2.. kenapa ya kereta saya xsampai 300000km lg.. mohon penjelasan dan berapa kos untuk baiki. boleh emel sy di amalcherose@gmail.com atau whatsapp sy di no 012 5866465 terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,saya rasa brek pad ada masalah samada ia habis selah atau kedua2nya sekali
Unknown said…
Salam encik..masalah sy ni ada bunyi kat tayar bila tekan brek..selalunya bila kereta baru nk gerak je bunyi..bila da jalan lama dah tak bunyi dah..so far brek makan je..sy pakai honda city yg baru, xsampai 30k km..kalau kena tukar apa2 berapa kos selalunya ya? Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,brake pad mungkin telah nipis perlu diganti dan servis brake caliper housing supaya lebih bersih dari habuk dan kotoran,kos sekitar rm400
Unknown said…
salam saya pengguna viva auto 1.0. nak bertanya... brek selalu bnyi seolah mcm angin ditayar hadapan bila kdaan perlahan sprti jem. setakat ini.. brek msih mencengkam tayar lagi.apa yg perlu dibaiki? dan brpa kosnya? tq
Mekanik Kereta said…
wslm,perlu buat bleeding minyak untuk dan servis brek supaya tidak berpasir dan kotor habuk
Unknown said…
kalau minyak brek dot 4 sesuai or x untuk viva 1.0 ni?
Mekanik Kereta said…
semua minyak brek sesuai tetapi jika pada penutup tertulis dot 3 sahaja sebaiknya jangan guna dot 4
Unknown said…
Salam tuan,sy pengguna kereta waja,masalah nya bila brek,pedal hampir sampai ke lantai dan ada bunyi angin.minyak brek dah tukar dan tiada kebocoran..apa masalahnya.harap tuan dpt membantu..tk
Mekanik Kereta said…
wslm,dalam keadaan ini bleeding minyak hanya sedikit membantu kerana getah-getah dalam master pump perlukan penggantian dan mungkin juga pecah
S.Q said…
salam tuan off topic skit..sy pengguna kia spectra tahun 2009. skrg sy bru menggunakan minyak enjin mach 5 15w/40..sebelom ni difahamkn owner lama menggunakn minyak enjin syntium 800.. adakah betol tindakan sy? bole ke sy menggunakan syntium 800 blk? n minyak enjin apekah yg sesuai dgn kereta sy?
Mekanik Kereta said…
wsalam,boleh gunakan tak jadi masalah,minyak semi juga masih sesuai untuk kereta lebih 5 tahun jika ia tidak mengalami bocor gasket yang teruk
S.Q said…
klau sy nk tukar ke minyak semi iaitu syntium 800 gred apekah yg sesuai? dan perlukah sy flush engine oil sy dlu sebelum menukar ke minyak semi?
Mekanik Kereta said…
gred SG amat sesuai,tak perlu flush,cuma buang minyak lama dan tukar itu saja
S.Q said…
terima kasih tuan.. kereta sy mmg x de leaking tuan boleh tuan sugges kn minyak syntium 800 bersiri berape atau minyak hitam lain yg sesuai dgn kereta sy?.. terima kasih byk2 atas cadangan n pandangan tuan..
Mekanik Kereta said…
syntium 800 10w40 atau mach 5 15w40
Unknown said…
Assalamualaikum tuan.
Disini saya ingin meminta bantuan anda.kereta saya viva 660 manual.saya ada mengalami masalah bunyi bising pada tyr hadapan seolah olah mcm ada benda melekat kt brake. Bunyi bising bedengung.dia pandai datangx2, sekejap ada sekejap tiada. Biasa dya berbunyi bila kelajuan rendah. Sudah 3 kali tukar brake pad tp msh berbunyi jgk. Harap tuan dapat membantu saya.terima kasih.


Fazil.ajiel@gmail.com
0198735817
Unknown said…
Salam..sy pengguna saga flx 1.6..lampu brek kadang2 menyala..bila brek hilang dan nyala balik selepas lepas brek..sebab apa ek?..pastu bila lampu brek nyala kereta jd agak lembap. Tp kalau xnyala kereta ok ja..Harap tuan dapat bantu.
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu gantikan suis dibawah pedal brek
Mekanik Kereta said…
wsalam,jika berdengung ia bukan bunyi brek ia bunyi yang datang dari bering roda yang rosak
Unknown said…
Assalamualaikum Tuan,

Disini saya ingin meminta bantuan anda

Saya memakai avanza 1.3(A) 2006, masalah saya pada pedal brake terasa kurang lancar apa bila d tekan... d tekan kali kedua ok dah...

dan sekiranya saya ingin tukar brake pad... bran bendex atau compact, mana 1 yang tuan rekomenkan?
Mekanik Kereta said…
wsalam,brand compact lebih baik
Unknown said…
Assalamualaikum tuan... Sy pakai kereta myvi 1.5 ... Sy dah tukar break ped bru.. Tpi bunyi pda break masih ad.. Bunyi mcm besi sma besi bergesel..bila kreta ingin berhenti break bunyi kuat.. Ap yg rosak?
Mekanik Kereta said…
wsalam,disc brake mungkin telah calar perlu kan skimming disc,pastikan juga bila tukar pad gunakan yang original kerana selain dari jenama perodua spesifikasinya mungkin tidak tepat dan sama
S.Q said…
This comment has been removed by the author.
1 – 200 of 423 Newer Newest

Pos Popular

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Kesan-kesan buruk ke atas enjin apabila isyarat sensor lemah

Pelarasan enjin