Penggunaan flasher relay dalam lampu signal
Banyak posting sebelum ini mengenai kereta aku postkan berkenaan kaedah yang aku rasa terlalu sukar untuk di nilai oleh pengguna baru kereta walaupun ianya sangat penting.Dalam post kali ini aku nak perkenalkan satu relay yang berfungsi mengawal kelajuan signal belok kiri dan kanan dalam sesebuah kereta.
Alat ini dipanggil 'flasher relay' ataupun pengimbas signal.Kerosakan signal jarang diperhatikan oleh pengguna kereta kerana ianya tidak melibatkan enjin kereta berhenti ataupun tidak bergerak.Ianya cuma melibatkan signal belok kiri dan kanan yang kelihatan terlalu laju dalam kerlipan yang kelihatan pada panel dashboard meter pemandu.

Kerlipan pada dashboard pemandu akan kelihatan signal berkelip secara laju kira-kira 20-30 kerlipan sesaat sesekali digunakan berbanding 5-8 kali kerlipan dalam sesaat.Ini adalah disebabkan terdapat kerosakan pada flasher relay yang selalunya terletak di panel fuse bahagian depan bawah kaki pemandu.Ianya amat mudah dikeluarkan dan dilekatkan kembali dengan yang baru bila terdapat kerosakan sebegini pada kereta.
Kedudukan flasher relay ini pada kebanyakan kereta ialah dibawah dashboard sebelah pemandu iaitu diatas pedal minyak bagi kebanyakan kereta jenama Proton dan Perodua.manakala kebanyakan kereta Honda ianya terletak di bahagian enjin sebelah kiri didalam ruangan kotak fuse didalam enjin.Alat ini boleh digantikan sendiri oleh pengguna kereta dan kebiasaannya kedudukan relay ini bersebelahan dengan relay air cond kereta.
Apa yang diperlukan ialah flasher baru,hanya tanggalkan yang lama dan cucukkan yang baru pada wiring relay tersebut.Relay tersebut kebiasaannya berpanel elektrik tiga dan ianya dalam bentuk bulat .
Flasher ini adalah berlainan dari relay biasa ,relay biasa mempunyai 4 atau 5 kaki dan ada tanda berbentuk nombor pada kakinya.

Comments
sya guna proton wira 1.5
masalah sekarang lampu signal kecemasan kiri kanan menyala tetapi bila signal tidak menyala apa masalahnya tuan
TQ..Tuam
Kereta gen 2 saya ,bila buka signal kanan dia mati sendiri walaupun suis masih on.
Adakah suis signal rosak?
2. Bila nail bukit , kereta x pikup .. tersenguk senguk
3. Ada bau pada bahagian tayar , mcm bau minyak ..
4. Kekadang brak berbau hangit ..
Terima kasih ..
2.tukar fuel filter dan servis injector
3.periksa minyak brek ,piston brek mudah bocor
Masalah Gen2 2005 saya bila on kunci lampu kecil depan dan panel hazard light menyala bila on kunci. Yg lain semua berfungsi seperti biasa. Kereta boleh bergerak mcm biasa. Ada yg pernah alami masalah sama mcm saya x. Mcmna nk solve problem ni ya.
Saya nak tanya berkenaan kereta viva manual tahun 2009...lampu kecemasan tiba2 menyala dlm keadaan kereta telah dimatikan. Kemudian dia berhenti menyala seketika dan menyala semula.. Bila enjin dihidupkan pun masih menyala. Tak guna alarm pun menyala.. Dapatlah encik membantu masalah saya ini.. Terima kasih.
Kete sya i10 2010...masalah yg sya hadapi, footbrake sya x bleh buat auto lock utk pintu, kena lock manual... Nk bkak pun kena manual jgak. Biasa off enjin pintu akn auto bkak... Tp bila lps off enjin, nk lock Kete boleh guna remote.
Pastu kdg2 terjd, double signal bleh nyala sendiri masa drive Tp x lama, dn kdg2 signal kanan bunyi laju.. Adakah ini ada kaitan dgn relay atau ecu
Terimakasih ats prhatian tuan😊
Boleh tahu di mana kedudukan flash relay bagi proton exora cps m-line tahun 2010 sebab bila cari bawah dashboard x jumpa
biasa hidup sendiri tanpa tkn suiz
Bokeh tahu di mana kedudukan flash relay utk kereta exora auto cps mc b-line 2010.
Saya sudah cari bawah dashboard tapi tak jumpa&boleh tahu bagaimana bentuk falsh relay tersebut
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,