Baiki enjin diesel(overhaul)

Enjin diesel  bekerja agak lain kerana ia tidak menggunakan plug(palam pencucuh).Ia bekerja secara pancitan minyak yang dibakar sebelum mampatan enjin menggunakan heater sebagai sumber api ,senang cerita bahasa mudahnya sebelum komponen enjin bekerja pembakaran dalam kebuk silinder(cylinder head )bermula.

Enjin diesel adalah enjin berkuasa rendah walaupun c.c dia besar kekadang mencecah 3000 c.c.Pecutan pun lembap le dahtu lambat nak jalan kerana ia tak guna plug(palam pencucuh).Tapi enjin diesel ni boleh bekerja kuat da sebab dia tahan tekanan kuasa tinggi.

Mengikut pengalaman aku enjin diesel tidak banyak yang boleh dibuat selain dari overhaul dan tukar enjin ,kerana kompnen-komponen dalaman yang agak mahal dan tidak tahan lama.Overhaul biasanya mekanik tukar:-

1.Minyak enjin
2.silinder head gasket
3.grind valve-atau cuci valve/tukar
4.piston dan ring
5.Liner(alas kebuk piston yang nipis)
6.alat pancitan diesel
7.enjin bearing
8.crankshaft bearing

Enjin diesel ni selalunya banyak asap hitam,disebabkan cara pembakarannya menggunalan pancitan tanpa plug jadi asap hitam banyak le sikit,tetapi boleh dikawal dengan melaraskan pancitan minyak atau bahasa mekanik "buang minyak".Ia boleh dilakukan semasa enjin hidup dengan buang minyak diesel dari injector perlahan-lahan dan jangan biarkan enjin berhenti .Terus buang minyak sehingga enjin stabil.

Untuk sesiapa yang nak baiki enjin diesel perhatikan juga larasan fuel pump supaya enjin dapat dihidupkan dengan senang.

wassalam

Comments

Anonymous said…
Nice Post. This record helped me in my university assignment. Thanks Alot
walter said…
macam mana kita nak tahu liner tu rosak atau tidak. adakah enjin petrol juga guna liner. terima kasih kerana membantu.
sord87 said…
salam walter,

bila kenderaan disel mengeluarkan asap hitam yang terlampau banyak dan enjin yang semput ia adalah tanda utama keadaan harus dioverhaul dan ditukar liner.liner rosak menyumbang sebanyak 80 peratus dari kerosakan tersebut.
Untuk pengetahuan enjin disel sahaja ada liner,enjin petrol tiada,lubang omboh(piston)enjin petrol hanya perlu di skim(canai) sahaja.
Anonymous said…
salam sord87,
boleh tunjuk cara nak buat "buang minyak" tu..?

Terima ksih
Mekanik Kereta said…
saudara yang bertanya buang minyak,

Buka penutup injektor sekali sekala ketika enjin hidup.
Unknown said…
Salam. Nak tanya saya ada sebuah kereta storm masalah nya bila saya jalan terlalu lama enjin saya jd berasap bila tekan minyak jd lembab.piston ring dah tukar baru. Head baru.suhu panas x naik. Tp ia jadi bila enjin panas
Unknown said…
Salam.saya ada enjin storm . Masalahnya bila jln lama sikit enjin jd lembab dan berasap.piston ring dah head dah tukar baru.
Mekanik Kereta said…
@Mohd Azreykalau tak silap saya enjin storm menggunakan disel,jadi kalau disel bleeding minyak disel untuk buang angin adalah perlu untuk mengurangkan asap dan meninggikan prestasi.
Unknown said…
Salam ..nak tanya mengapa nissan frontier saya mengeluarkan asap putih..injin pick up lagi minyak hitam tak kurang..
Mekanik Kereta said…
@cumi cikiw/salam,kalau hanya bila pagi dan sekali-sekala keluar asap putih itu tiada apa-apa kerana ia hanya terlalu sejuk dan mengeluarkan wap yang banyak menjadikan asap putih akantetapi jika asap putih berterusan tak berhenti maknanya ada masalah pada piston ring samada ia haus atau patah
Unknown said…
Terima kasih en. Arsad...berapa agaknya kos untuk menganti piston ring tersebut..
Unknown said…
Salam..nak tanya dimana workshop en Arsad..
Mekanik Kereta said…
@cumi cikisama2 sebenarnya tukar piston ring dah termasuk dalam kerja2 overhaul dan kosnya adalah melebihi dari RM2000
Mekanik Kereta said…
@cumi cikiw/salam satu hari nanti saya umumkan bila saya dah operasi semula
Unknown said…
Terima kasih
Unknown said…
SALAM SY PKAI NISSAN FRONTIER BLER METER 60 KM SY GUNA GEAR 5 BLER TEKAN MYK KERETA JD SEMPUT2 NK BERGERAK SY TANYA MEKANIK DIA KATA BAR CELL btol kew cik nozle sy dah service
Mekanik Kereta said…
@Mamat Udiwslm,biasanya meter 60 tak boleh gear 5,tapi kalau semput maknanya perlu tukar air filter dan fuel filter
mamat said…
salam nk tanya kereta kawan saya nissan frontier..asal nye minyak habis kering..pastu lansung xboleh nk hidup da..skang ni dye kate fuel pump da rosak..nk tanye brape kos baik pulih atau tuka baru
Mekanik Kereta said…
@mamatwslm seeloknya tukar lain,kos termasuk fuel pump sekitar rm300
Unknown said…
Comminrail injin xmau hidup.bru siap ovrhaul.
Unknown said…
Injin commonrail xmau hidup.apa yg rosak
Mekanik Kereta said…
@Zack Ibrahimminyak kena banyak,gunakan cara pancing minyak,buka skru salur minyak dan buangkan minyak pada semua salur minyak sedikit2 dan kunci semula kemudian start
Mekanik Kereta said…
@Zack Ibrahimkalau marking cantik semua dipasang tepat ia akan hidup cuma pastikan cara bleeding angin dan minyak digunakan ,juga minyak mesti banyak dalam tangki
Unknown said…
Ok tq.sy da buat da mcn tu .tpi xnk hidup jga..miyak kne full tank ke .kuar tpi slow.da 4 pomen dtg tgk xblh bt jga.sy pm da pening
Mekanik Kereta said…
@Zack Ibrahimminyak mesti banyak atau setengah tank,marking pulley pastikan masa pasang betul2 tepat,pam dulu
Unknown said…
Sy br pakai ford ranger dlm 5bln.masalahnye, apabila tekan minyak sikit pn dh keluar asap hitam.tu belum tarik pikap utk memotong.apa masalahnye..
Mekanik Kereta said…
@harif pahsliBuat bleeding minyak injektor insyallah ok
Unknown said…
Nozole kotor
Unknown said…
Salam nk tanya kos overhoul nissan frontier brapa rm,,,,nk bg rasa mcm enjin baru,,,,,sbb bler lpas clutch bunyi krop2 mekanik kg kata bearing clutch
Mekanik Kereta said…
@Mamat Udiwslm,bering clutch bila ditekan tak bunyi ,bila lepas bunyi,kos tukar sekitar rm400
Unknown said…
Encik arsad mesti mekanik berpengalaman semua tahu,,
Mekanik Kereta said…
@Mamat Udioverhaul frontier sekitar rm5000 ,kalau bunyi hanya setakat tekan dan lepas klac memang problem klac tapi kalau tekan miinyak pun bunyi maknanya problem enjin
Unknown said…
Jarang2 mekanik brani brani tukar ,,nt sy cri la pomen ,memang tkan clutch bru syap,,lpas clutch bunyi slalu,,,
Unknown said…
Encik arsad,,,kereta nissan frontier sy nh ada masaalah plak,kluar asap putih,,,byak msalh la ,,,,tp kreta msih gagah,,,kreta sy nh lasak ckit sy buat pungah klapa
Mekanik Kereta said…
@Mamat Udisalam,buat overhaul tukar piston ring dan engine bearing,beban yang banyak mencepatkan piston ring dan bearing haus.
stam said…
Encik Arsad, berapakah kos tukar cylinder head dan head gasket nissan frontier? Jika enjin block crack masihkah ada harapan dibaiki?
Mekanik Kereta said…
@stamkosnya sekitar rm2000,retak blok boleh dibaiki tapi jarang ada kedai mesin yang buat
Unknown said…
Kos service fuel pump brapa encik arsad
Unknown said…
Sy tanya mekanik dia ckap dkat 1k ,
Mekanik Kereta said…
@Mamat Udibanyak tukar part dalamnya memang boleh sampai 1k
Unknown said…
Cik arsad pernah overhoul frontier ,,,sy nk taw enjin rasa mcm baru kew,sbb ada yg bgtaw overhoul susah nk jadi betul2 baik tukar enjin katanya
Mekanik Kereta said…
@Mamat UdiApa2 enjin pun risiko overhaul adalah tinggi dan ia adalah cabaran untuk mekanik kerana perlu lebih teliti disebabkan menggunakan alatganti yang baru.Tukar enjin pula cepat dan risiko kerosakan semula juga adalah sama kerana enjin tekah digunakan sekitar 5 tahun keatas
Unknown said…
Sy lama pakai frontier,klu overhoul tukar piston x mau ye 5k..paling kurang 11k.tukar enjin dlm 5k.tapi bnyak.part lama ke pakai balik.fuel pam pun kena pakai yg lama.bab enjin dari luar wayar fuel pam x sama..sy pakai frontier dah 5 kali overhoul..pomen x berpengalam.nasihat sy trs anta ke pomen nissan..
Mekanik Kereta said…
@Wan Supian0193716023 hasbullah overhaul
Unknown said…
Wan Supian brapa ribu skali overhoul nk pkai 4×4 kna beli yg bru lain kaLi,,,,,susah nk jmpa mekanik yg betul2 mahir 4×4 ,kalau hbis 5k rasa mcm enjin bru xpe,tkot2 bnyi mkin kuat,,,,,,yg sy punya pg2 masa nk bgerak asap mcm pgwai kshatan sembur nyamuk,,,,,kejap jew dlam 10 mnt bgerak hlangla asap
Mekanik Kereta said…
@Mamat Udibleeding minyak ,buka injector sekali sekala dan tutup semula,insyallah asap tiada lagi
Unknown said…
As salam..en Arsad workshop kat mana
Unknown said…
Saya pakai kereta Toyota Land Cruisher 4000 cc. Bila berjalan mengunakan gigi/gear 3 dan 4 akan mengeluarkan asap hitam ketika naik bukit. Apakah sebabnya.
Mekanik Kereta said…
banyak angin dalam diesel,buat bleeding injector
Unknown said…
Mslh sy pulak..paip turbo kempis masa tkn myk..nk kna tkar ape ye?knpa jd mcmtu
Mekanik Kereta said…
tukar hose yang kempis tersebut kerana ada bocor pada turbo
Mekanik Kereta said…
baiki turbo juga
Unknown said…
Assalamualaikom... sy baru beli nissan navara 2nd, enjin sy ada bunyi mcm tepet longgar ( kereta iswara).. bole sy tau ape masalah ny, atau enjin diesel mmg bunyi mcm tu..
Mekanik Kereta said…
wslm,buat bleeding minyak supaya enjin jadi lebih stabil
Unknown said…
Salam tuan..van mitsubishi diesel saya ade masalah..tiap2 hari kene pam minyak..bru blh start...kdang sampai bateri kong x blh start..
Mekanik Kereta said…
wslm,fuel pump kena setting semula
Unknown said…
Tuan blh tolong setting..
Mekanik Kereta said…
hantar ke machinery set guna mesin lagi tepat
Unknown said…
Salam..nissan urvan bas semput dan enjin mcm nak mati klu drive dlm 80kmj...apa masalahnya...boleh tolong bg nasihat...
Mekanik Kereta said…
wslm,buat bleeding minyak diesel pada injector,insyallah ok
Unknown said…
Saya dah buat bleeding, tp masih bunyi juga...apakah sebab lain yg bole jd bunyi mcm tu?... bila sy remp sampai rpm 3000 ke atas bunyi ny semakin kurang...
Mekanik Kereta said…
ada kemungkinan engine bering pada camshaft sudah haus dan rocker arm jadi longgar
Unknown said…
Berapa anggaran kos utk baik pulih kalo masalah mcm tu?
Mekanik Kereta said…
sekitar rm3000
Unknown said…
Ok terima ksh
Unknown said…
salam.. mungkin ramai yg berkata ranger xlt 2.5 tahun 2000 tak cukop power nak redah offroad, jika saya upgrade enjin, gearbox n tukar taya lipan berbaloi kah dri segi kos buat atau tukar shj truck baru?
Unknown said…
jika tukar turbo lebih besar dri yg asal adakah pickup ranger xlt 2,5 saya akan lebih baik atau perlu modified lain spt enjin n gearbox
Mekanik Kereta said…
akan jadi lebih baik
Mekanik Kereta said…
wslm,Berbaloi
Unknown said…
baik syukran..
Unknown said…
salam tuan arsad, nak tanya any recomendation bengkel sekitar bangi atau kajang yg terbaik utk buat overhaul ford ranger 2.5 saya, dah teruk benar enjin ni, xde pickup langsung,asap hitam yang terlalu byk, dan ade leaking minyak hitam, nak naik bukit parking dekat rumah pon dah mcm kura kura,
Mekanik Kereta said…
wslm,cuba tanya mekanik 0193716023
Unknown said…
Assalam tuan...nak tanya kos overhaul ford ranger lama version signal kunibg agak2 berapa ye???thanks...(head crack n minyak hitam dah naik atas n leaking teruk)
Mekanik Kereta said…
wslm kos barang kira2 rm 2500 dan upah adalah rm1500
Unknown said…
Salam tuan.sy nak tanya.bila lori keluar asap putih dan kuasa enjin lemah.apa perlu sy buat.kami dah ganti fuel filter.hose minyak dah tukar.tp asap still sama.adakah fuel pump rosak.atau kena buat overhaul
Mekanik Kereta said…
wslm,buat bleeding minyak injektor dulu sehingga asap kembali normal,jika masih tidak boleh bermakna engine bering dah haus perlu overhaul dan ganti liner
Unknown said…
salam boss.. minta cerahan ttg clutch slip pd ranger sy.. bila tekan minyak lebih spt d hiway ada rasa kosong bila tekan pedal minyak, tuk pengetahuan sy bru tuka turbo baru n buat sistem ekzos straight pipe 3inch
Mekanik Kereta said…
wslm,Buat bleeding klac insyallah ok
Unknown said…
Slm boss.. apa masalah klu invader keluar minyak enjin bila bawa 100km keatas melalui hose sebab yg biasa ke turbo tp aku dah cabut? Dan menyebabkan minyak enjin kurang...
Mekanik Kereta said…
wslm,masalah oil pump mungkin sumbat
Unknown said…
alhamdulillah selesai prob.. clutch cover yg prob, bru sedap nak maintain gear 5 panjat hiway kt bukit tinggi..
soalan lain, boleh terangkan bagaimana nak kuatkan bunyi turbo melalui pipe ekzos.. saya pakai straight pipe stainless steel 3 inci, atau perlu tukar paip besi sahaja
Mekanik Kereta said…
tukar paip besi lebih baik
Unknown said…
ok bos.. kos yg tak mahal sya ok lagi nak buat huhuu, minta pandangan tuan ttg remove turbo silencer ring! ada lihat di youtube. ada effect jangka masa panjang kaa bagi turbo n enjin?
Mekanik Kereta said…
tidak kerana ring tersebut hanya sebagai penyenyap
Unknown said…
salam.. antara piping dengan guna hose(jenama samco) yg mana lebih bagus untuk salur intercooler turbo? dan anggaran kos untuk ranger xlt lama
Mekanik Kereta said…
wslm,guna jenama lebih baik,anggaran kos sekitar rm400
Unknown said…
Salam. Sye bercadang nk beli ford Ranger tahun 2004 seken.kegunaan jln sawit hari2+jln jauh sebulan sekali...sesuai ke? Ape yg patut sye amik berat mase nk tgk Kt used car/direct owner.tq
Mekanik Kereta said…
wslm,kenderaan pikap 4x4 begini adalah kenderaan lasak,ia amat sesuai.baca post saya ini untuk lebih tahu tentang pemilihan kereta terpakai

https://mekanikkereta.blogspot.my/2012/12/kereta-baru-atau-kereta-terpakai.html
Unknown said…
saya menggunakan ford ranger 2.5 XL thn 2011, bila cruising enjin terasa berat dan kuat makan minyak dan kurang pickup
Mekanik Kereta said…
perlu ganti minyak gear dan autofilter
Unknown said…
Salam chip....sy pkai engine 2L-te turbo...engine baru overhaul,bila start waktu pagi ada asap putih dan timing engine x stabil...tp bila da panas bru asap putih 2 hilang n engine kembali stabil.
Mekanik Kereta said…
wslm,gunakan dulu sehingga 2 minggu,kadangkala mekanik cuci komponen dengan disel dan kesannya asap putih,bila disel habis kering asap putih akan hilang dan RPM akan stabil
Unknown said…
Salam.sye mnguna mitsubishi storm engine 4d56t. Msalah kreta sye tiade pickup dn top speed cume 110km/j.kteta pon ssah nk start time sejuk dn panas heater plug dh tukar.idling rmp ok..harap dpt mmbantu..
Mekanik Kereta said…
wslm,ada masalah pada ignition terutamanya ignition coil ,ada plug yang tidak bekerja penuh
Unknown said…
gear oil sudah tukar, clutch mula terasa sedikit keras , kereta masih kuat makan minyak..ford ranger 2011 2.5 xl (manual)
Mekanik Kereta said…
klac pump bawah kaki penumpang perlu diganti supaya ia tidak keras,beban yang bertambah akibat kerasnya sistem klac boleh juga menambahkan penyebab penggunaaan minyak
manh13 said…
salam, storm model 2003, baru servis fuel pump, sebulan selepas mula ada masalah utk hidupkan, biasanya 1 kick pasti hidup. Asap hitam pulak terus menerus keluar setiap kali pedal d pijak. Asap putih dan semput tiap pagi bila start. apakah cadangan tuan
Mekanik Kereta said…
wslm buat bleeding injektor dulu
Unknown said…
Salam
Maaf ye nak tanya ..sbb sye ni pompuan xfaham sngat bab2 kte ni
Mistsubisi storm sye knpe ye lampu hijau dia menyala(liplap)
Sye bawa g wayaring dia cakap nak bongkar dulu bru tahu...(xda jawaban pasti)
Dia cek2..buat sikit2 ok dh..tapi pandu laju sikit hidup balik
Mne satu rosak ye.
Mekanik Kereta said…
wslm,reset dulu cabut negatif bateri ketika enjin padam kira2 10 minit dan sambung semula ,hidupkan enjin dan biarkan 10 minit,lihat hasilnya
Unknown said…
Salam tuan, nak tanya ni..lori saya sdh wat top overhall,da tkr gasget bru. Setelah siap pasang, mc naik panas lg .. water pump mc ok lg dan terlalu byk asap hitam..
Mekanik Kereta said…
wslm,buat bleeding injektor boleh kurangkan asap hitam dan panas enjin
Unknown said…
Assalam Tuan... saya mempunyai sebuah lori Inokom HD5000 AD3 thn 2011. Baru2 ni lampu minyak enjin menyala. Bunyi enjin kasar. Foreman ckp kena buat overhaul sbb bearing dah kluar bunyi. Soalan saya berapakah anggaran kos yg terlibat sekiranya lori itu di overhaul nanti.
Mekanik Kereta said…
wslm,jika termasuk tukar liner kos mencecah rm5000
Unknown said…
Assalamualaikum tuan, saya mempunyai van kia pregio 2.7 diesel. masalah van ni bila nak start engine, battery mcm tak cukup power, ganti kn dengan battery n70 baru, pun problem still sama. ada penyelesaian tak?
Mekanik Kereta said…
wsalam gantikan alternator ampere yang lebih tinggi volt
Unknown said…
Assalam tuan..saya nak tanya tuan..kereta isuzu d-max saya 3000cc diesel saya mengeluar bunyi yg kasar macam bunyi lori..tuan tahu masalah enjin itu tuan?..
Mekanik Kereta said…
wslm,ada masalah sensor pada hose air filter,jika ada gantikan
reza said…
Assalam tuan...isuzu invader bila start enjin waktu pagi nak jalan pandai mati perlu pump ac pump bila da jalan 5 6km ok tak mati kenapa ya tuan
Mekanik Kereta said…
wsallam,fuel pump tak ok,perlu servis atau tukar fuel filter
Unknown said…
Salam tuar arsad,
Sy nak bertanya ni sy punya lori 3tan
Izuzu enjin 3.5cc. Sy da susu wat kat pomen seperti
- top overhoul/ tkr gasget baru
- service radiator
- water pump mc elok Lagi

Tapi enjin Mc Panas Lagi setelah buat apa yg pomen arahkan..
jalan 20km meter cepat naik
Tapi bila bhenti kan enjin
Meter panas akan turun perlahan2
Air radiator xkurang waktu persiksa air radiator.

Lagi tuan, bila start enjin pertama keluar asap putih.. tapi mula2 saja lah, bila da bjalan lori asap hitam terlalu banyak keluar dari exzos.

Tuan, apakah maksud bleeding minyak injektor.. kurang faham

mohon pencerahan terima kasih.
Masalah lori saya xpernah selesai.
Mekanik Kereta said…
wslm,lori diesel selalunya jika panas kerap berulang perlu tukar liner berlaianan dengan enjin petrol,tapi boleh cuba lepaskan injektor sekali sekala supaya angin hilang dalam fuel pump disel untuk hilangkan asap hitam.
tambahkan kekuatan kipas juga boleh dicuba tetapi bagi saya tukar liner adalah paling baik
reza said…
Anggaran servis fuel pump berapa tuan... Fuel filter da tukar tp masih sama
Mekanik Kereta said…
disel,agak mahal kira2 rm500
Unknown said…
assalamualaikum... sy nk tnya skit mslah enjin lori ni (enjin mitsubishi 6 D 16 Turbo ).. biasanya apa masalah bila mnyk hitam kluar mllui exzos smpi bsah hjung exzos tu...
Mekanik Kereta said…
wsalam,bila minyak hitam sehingga keluar ke ekzos bermakna enjin telah menyedut minyak hitam keatas dan bertakung atas piston sebaiknya lakukan overhaul,tukar liner dan piston oil ring serta engine bearing
waklal said…
Assalam tuan, nak tanya berapa kos untuk ganti fuel injecter kereta toyota hilux Sr th 2003?
Mekanik Kereta said…
wsalam rm300
Unknown said…
Salam Tuan,nak tnya brapa kos baiki/ganti mslh cmpression nissan frontier..tetiba enjin mati tgh jln...tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,masalah compression adalah overhaul.kosnya sekitar RM8000
amek said…
Aslmkm tuan.servis fuel pump perlu tukar part ke?mitsubishi storm saya semput2 teruk apabila pickup dan asap hitam banyak keluar..berapa kos servis fuel pump dan dimana?saya area subang
amek said…
Aslmkm tuan..kereta saya mitsbshi storm mengeluarkan asap yg banyak dan semput..apa perlu sya lakukan..servis fuelpump ke?berpa kosnya ye?
Mekanik Kereta said…
wslm,ada yang perlu tukar juga.Jika kuasa kurang dan semput servis adalah paling baik.Di Taman Perindustian Puchong dan Taman Sungai Besi ada wsyop servis diesel fuel pump
Mekanik Kereta said…
Kos sekitar rm800-1000
Unknown said…
Assalamualaikum tuan,

Kereta Nissan Frontier sy tahun2005 br lpas tukar enjin model sama, dlm 2blan lpas, skrang minyak itam msuk dlm radiator. Minyak dr mana ye? Da cek oil cooler baru2 ni, pomen ckp bukan mslah tu.. Die pening da, surrender angkat tgn xtaw mslh ape. Ade org ckp kene top overhaul. Agak2 dlm berapa ye kos kalo Top overhaul? Ade suggestion pomen terror bab frontier x tuan?
Mekanik Kereta said…
wsalam,oil pump perlu ganti tak perlu top overhaul.
Unknown said…
Assalamualaikum tuan.. Kereta frontier sy tiada pikup dan susah nak dpt top speed.. Nak naik smpai 110km/j pon ssah. Asap hitam pon byk bila sy press minyak, tmbah2 lagi ketika sy drop gear utk memotong.. Apa masalah kereta sy ye tuan.. Harap tuan dpt membantu.. Frontier sy tahun 2005.. Terima kasih.
Mekanik Kereta said…
wsalam saudara perlu servis throttle body dan juga ganti tabung ekzos yang penuh dengan kerak karbon
Unknown said…
Salam tuan..sy baru beli navara 2nd..masalah sekarang kereta keluar asap hitam banyak dan hilang kuasa..pomen syorkan tukar fuel filter..selepas tukar..esoknya kereta da xboleh hidup..start lepas tu hilang power..
Mekanik Kereta said…
wsalam,perlu tukar injekter kerana pancitan minyak tak sempurna untuk dihidupkan
deehanin said…
Salam..tuan, lori sy xboleh hidup..sy dh tukar pum minyak..dh buang angin..dh pncing dgn petrol..api smua ad..tp xboleh hidup juga..
Mekanik Kereta said…
wsalam,minyak kena banyak,api perlu betul2 kuat jika kurang coil mungkin ada masalah
Anonymous said…
salam tuan...navara SE baru je tukar clutch plate dgn wheel bearing...tp kadang2 msuk gear 3 or 4 enjin semput...kenapa ya?
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar plug dan air filter
Unknown said…
Salam tuan..saya ada mitsubishi storm l200 suda buat top ovhol..tpi masi ada minyak kluar dari wisgeat ka apa tu yg mcm topi2 dkat turbo apa masalah dia bnyk minyk enjin kluar sampai kurng minyak enjin...
Mekanik Kereta said…
wsalam,top overhaul tidak kemas dan minyak naik keatas,apa yang boleh dilakukan adalah dengan meletakan semula gasket head cover sebaiknya untuk mengelakan minyak berlebihan naik keatas permukaan dan disedut ke air filter
Unknown said…
Salam bos.klau sy nk overhaul enjin lori isuzu elf 3tan brpe kosnya.lg1.bila sy bwk lori tu minyak tak kuat la.blh tkan separuh je.
Unknown said…
Brpe kos buat overhaul lori isuzu 3tan.
Mekanik Kereta said…
wslm,enjin berat ,fuel pump perlu diservis dan liner perlu ditukar ,kos overhaul kira2 RM8000
Mekanik Kereta said…
sekitar rm8000
Unknown said…
sallam nk tanya kereta nissan frontier saya kluar minyak mlalui turbo,kna tkar turbo atau bleh service
Mekanik Kereta said…
wslm,turbo boleh dibaiki
Unknown said…
Salam, kereta saya isuzu invader baru lepas repair general overhault..masalahnya keluar asap biru ...apa masalah ya ..mohon sgt jwpnnya..tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,asap banyak dipengaruhi oleh bahan cucian komponen seperti diesel dan bahan kimia yang lain,jika diesel asap putih akan terhasil selepas overhaul,jika bahan kimia rendaman juga berkemungkinan asapa akan membiru beserta putih,sebaiknya gunakan seminggu dua dulu,asap akan kembali sediakala
Unknown said…
oo...lupa nak bagitau kereta tu kurang pick up..x kuat.
Mekanik Kereta said…
piston mungkin calar atau patah masa overhaul perlu periksa semula
MNPA Trainers said…
Salam tuan, tumpang tanya.. Kereta sy hilux 2.5 taun 2010..tekan minyak rapat tp 110-120km/h saja xboleh lebih..adakah masalah diesel pump atau masalah lain
Mekanik Kereta said…
wsalam,buat bleeding minyak ,lagi baik kalau dapat servis fuel pump dan periksa injektor yang lemah
MNPA Trainers said…
Terima kasih tuan
Anonymous said…
Salam..nak tanya br beli navara d40 tahun 2010...bile rem minyak ade kuar bunyi macam wisel...(masa test beli xde kuar bnyi tu)..bile jalan pun sama akan kuar bunyi mcam wisel kuat...pas tu makin hari makin lama ada plak hal, kadang2 bile kereta jalan, tekan minyak mcam kosong..kurang power..ni tngh cari jlan penyelesaian...ade x kenal pomen area bandar saujana putra, puchong atau yang berdekatan? Tq
Mekanik Kereta said…
wsalam,NZ garage auto di taman mas buat 4x4
Nazril said…
Salam tuan nak tanya berapa kos servis diesel fuel pump nissan navara?
Mekanik Kereta said…
wslm,kira2 RM800
Hassan said…
Salam,nak tnya klau tsalah isi mnyak petrol dalam hilux,brape kos utk baiki ye
Mekanik Kereta said…
wslm,rm300 untuk cuci tangki
Hassan said…
Tp prasan tsilap isi tu msa hilux tu dh bgerak dlm 20km n mati tepi jalan.klau kes cmtu kos baiki tetap sama or lain?
Mekanik Kereta said…
boleh ,,fuel filter mesti tukar,insyallah ok
Hassan said…
Fuel filter brape hrganya?maaf bnyak bertanya,sy tknk ditipu oleh bengkel nnti bkaitan dgn hrga
Hassan said…
Tq bro,sangat mmbantu
Unknown said…
en arsad nk tanya pasal nissan frontier ada kawan sarankan untk lebih pick up ,kita kna seting balik fuel pump ,dia cuba test kreta yg bru lpas seting fuel pump ,memang ringan mcm kreta bru dan kos seting mencecah 2k,,,,lg untk ringan kna tkar tabung exzos yg bwah body btol kew encik ,mohon pandgan
Mekanik Kereta said…
btul,fuel pump untuk diesel perlu diservis dan diset semula untuk kesan yang lebih baik,juga tabung ekzos yang penuh karbon jika ditukar adalah lebih memberikan kesan pecutan dan bunyi enjin yang lebih sempurna
Unknown said…
berapa harga set blik fuel pump,jika ring piston patah kereta memang lembab kan ,kereta sy nh msh pick up dan kelajuan msh mcecah 160km ,cuma bler di atas bukit dia jd lembab ckt,dia ada keluar myak di turbo adakah asap putih to brpunca dri turbo,asap putih sdkt shj
Mekanik Kereta said…
sekitar rm500 ke rm1000,asap putih sedikit,tubo bocor seal
Hafezul Rahman said…
Salam tuan..saya ada toyota prado tz 3000cc..masalah dia bila start kadang ada bunyi macam piston tersentak..bila hidup asap macam fogging nyamuk..bila jalan asap kurang sikit..bila stop di traffic light,asap macam fogging balik..then bila jalan jauh dalam 30km air kering..boleh tahu apa masalah dan apa perlu di buat?
Mekanik Kereta said…
wsalam,asap putih tandanya piston ring haus dan perlu ganti,air kering pula perlu ganti gasket head dan waterpump,perlu buat overhaul,ganti engine bering juga
Anonymous said…
Madalah wisel setel. Tp yg semput tu, ape ye masalahnye..? Scv?
Unknown said…
hello bos,lori 1 tan isuzu sy ada masalah asap putih kalau start bila2 masa,biar pun pagi atau sdh berjalan 4 jam..tp masa jalan memang normal asap hitam..bila berhenti hidupkan injin ada asap putih nipis,tp bila start memang susah,kalau sdh start tebal asap putih..apa masalahnya tu tuan?
Tumpang tanya,, masalah saya ni van nissan urvan dah buat top overhaul, lepas tu van ssh start,, minyak diesel kat tangki kotor,, dah cuci tangki, tukar filter pun masih susah nak start,, 3hari lepas cuci tangki, bila saya check semula, minyak diesel tu kotor balik... dah pening ni... tolong2 dulu tuan...
Mekanik Kereta said…
buat bleeding minyak pada injektor untuk kurangkan angin supaya ia lebih mudah dihidupkan
Mekanik Kereta said…
masalah semput ,buat bleeding injektor ,jika ada injektor yang bermasalah ia mudah dikenalpasti,tukar air filter dan plug
Mekanik Kereta said…
Hello Cony,kalau masalah asap putih semakin banyak dan tebal itu tanda piston ring yang haus dan perlu diganti akantetapi jika nipis dan sekali sekala ,buat bleeding injektor untuk buangkan angin supaya asap tidak hitam dan bercampur putih
Tq tuan... yg minyak dlm tangki kotor berulang tu apa sebab ya tuan??
Mekanik Kereta said…
tangki telah menghakis kotoran,ganti tangki
Unknown said…
Salam, en. Arsyad. Nak tanya KIA previous 2.7 susah hidup,maw byk kali stat. Lepas tukar bateri kelmarin ok dah. Tpi pagi ni dah xble hidup lagi, crank sampai bateri habis cas suda.
Unknown said…
Sekian
Mekanik Kereta said…
wsalam,fuel pump perlu ganti
Mekanik Kereta said…
ganti fuel pump
As salam, En. Arsyad kereta sy model Nissan frontier. Kenapa kereta bila bawak semput-semput dan takdak power?. Pomen kata fuel pum problem dan kosnya melebihi 2000. Adakah kos itu benar?
Mekanik Kereta said…
wsalam,tukar dulu kabel plug tengok macamana!
Unknown said…
Salam en.Arsyad. kete sy model isuzu dmax 3.0 4jj1. Masalah: minyak hitam dan asap banyak keluar dari breather hose. kalau tekan minyak pecut paling laju pun dapat 130km/j sj. turbo dah servis tapi masalah masih sama.
Mekanik Kereta said…
wsalam,buat bleeding injector.mengurangkan asap dan meninggikan prestasi
Unknown said…
tadi ada ke bengkel. tauke tu kata kena overhaul semua. kos RM5000-RM6000. betul kah kos overhaul mcm tu?
Mekanik Kereta said…
betul ditambah dengan kos liner dan komponen overhaul yang tinggi untuk model isuzu
Unknown said…
As salam tuan..bengkel tuan di mana?ade kenal mn2 bengkel diesel di gombak..
halzey said…
salam tuan.. kebiasaanya berapakah gaji mekanik untuk overhaul kereta diesel..? kereta saya jenis mazda fighter.. gaji mekanik sahaja barang saya sediakan.. terimah kasih tuan..
Mekanik Kereta said…
wslm,upah kira2 RM3000
Mekanik Kereta said…
wsalam,maaf tiada
Unknown said…
Tuan,apa pandangan tuan mazda bt-50 2.2L manual Dari segi engine performance dibandingkan isuzu dmax 2.5 manual.. Dari segi senang cari part, senang baiki kalau rosak & ketahanan engin? Terima kasih..
Unknown said…
Tuan punya bengkel di mana yer
Mekanik Kereta said…
Isuzu Dmax terdapat banyak masalah dari segi barang dan juga gearbox,mazda bt-50 lebih baik ,mudah dan barang senang dapat.Enjin Mazda lebih baik dari segi lasak dan ketahanan
Unknown said…
Assalamuallaikum, tuan mana bengkel yv benar2'pandai tetang enjin diesel sbb dah 2 bengkel saya buat sama shj kerosakan nye..tetap jadi jugak..isuzu dmax saya tiba2 timing naik sendiri dan keluar asap hitam yg banyak..so far pomen cakap fuel pump..
Mekanik Kereta said…
wsalam,minta pomen buat bleeding injekter dulu jika masih sama asap hitam banyak,fuel pump perlu servis tetapi bleeding akan mengurangkan asap hitam kadar segera
Unknown said…
Salam tuan hilux sr 2003 tiada power memotong dgn naik bukit .nozzle injector dh servis.fuel filter baru tp masih sama.cuma fuel pump blm servis
Mekanik Kereta said…
wsalam,servis fuel pump insyallah ok
Unknown said…
Hello tuan, saya ada ford ranger 2.5m 2004. Masalah kereta ni kadang2 rpm drop ke 0 dan idle enjin jd tdk stabil serta kluar asap hitam, bila tekan minyak rpm ok balik biarpn enjin sdh panas. Lps tu penggunaan diesel sgt kuat tp cara pemanduan ttap sama. Mohon solusi dr tuan.
Mekanik Kereta said…
hello,buat bleeding injektor,periksa juga samada injektor ada yang tidak bekerja dengan baik atau sumbat
Unknown said…
Isuzu trooper diesel turbo intercooler apakah masalah bila saja engine hidup engine true rest sendiri tnpa Henri tpksa sya tutup engin
1 – 200 of 654 Newer Newest

Pos Popular

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Kesan-kesan buruk ke atas enjin apabila isyarat sensor lemah

Reset ECU/ECM.Throttle Body.Fuel Pump dan Alarm

Pelarasan enjin