Tips periksa kereta tanpa jumpa mekanik sebelum berjalan jauh
Belum terasa berpuasa tiba-tiba dah nak raya lagi ,mana tidaknya lebihkurang beberapa hari dan minggu saja lagi.Cerita pasal raya memang seronok dapat balik kampung,kalau kat kampung,macam-macam ada,ketupat,rendang,dodol,wajik,semua itu wajib,yang lebihnya ada ramai sanak saudara boleh jumpa kemudian ada marhaban pulak, tak terkira aktiviti banyaknya!
Raya-raya juga tapi sebelum sampai kampung tu nak kena periksa kereta supaya tak tersekat ditengah jalan,bagi yang ramai penumpang dalam kereta tentu banyak hal jadinya,.Jadi di sini aku nak bagi sikit tips sebelum memulakan perjalanan balik kampung ni supaya kereta tak sangkut di jalan.Sebenarnya kita boleh pastikan kereta kita dalam keadaan baik sebelum perjalanan selain daripada servis yang biasa buat ,ini adalah tips2 yang sangat baik dari mekanik khas untuk pengguna kereta :-
1)Bateri dan alternator
Rujuk post sebelum ini cuma satu aku nak tambah bila kereta sedang bergerak,masa pakai pergi mana2 tu,jika rosak bearing ada bunyi seperti geseran macam bunyi bila kita garu kat seseuatu benda seperti meja dsbnya,itu maknanya bunya bearing dah hampir rosak atau haus(bahasa enjin)
4)Asap kereta
Kita juga boleh pastikan kereta kita boleh jalan jauh atau tidak dengan bau asap kereta,iatu bila bau dia hangit semacam(bau macam getah terbakar) hati-hati kerana kereta itu ada sedikit pembakaran minyak dan angin yang tak sekata maknanya karburator mungkin problem atau fuel injection problem(sumbat atau kotor),perlu di servis.
5)Akhir sekali hose minyak,tak kira minyak apa minyak brek ,minyak power steering,minyak klac pastikan cukup dan yang paling penting segala hose penyambungan tak bocor.
Jika dah pastikan semua itu ok maknanya kita tidak akan berdepan masalah kerosakan kereta di tengah jalan selain dari kemalangan jalanraya.
Hati2 bila bawa kereta dan pastikan nyawa orang tersayang dalam kereta terjamin.
Wassalam
Raya-raya juga tapi sebelum sampai kampung tu nak kena periksa kereta supaya tak tersekat ditengah jalan,bagi yang ramai penumpang dalam kereta tentu banyak hal jadinya,.Jadi di sini aku nak bagi sikit tips sebelum memulakan perjalanan balik kampung ni supaya kereta tak sangkut di jalan.Sebenarnya kita boleh pastikan kereta kita dalam keadaan baik sebelum perjalanan selain daripada servis yang biasa buat ,ini adalah tips2 yang sangat baik dari mekanik khas untuk pengguna kereta :-
1)Bateri dan alternator
Kita pastikan enjin kereta dihidupkan dan cuba buka penutup air bateri dan pastikan ada sedikit gelembung udara keluar dalam bateri tersebut setelah kita tambah airnya.(Ingat bagi bateri yang airnya dibawah kepingan plumbum kena ingat dan berhati2 kerana bila tuang air pun bateri itu akan rosak juga bila-bila masa,cadangan aku lebih baik tukar.)
Alternator pulak,cuba buka salah satu penyambung tak kira panel positif atau negatif semasa enjin hidup,jika enjin masih hidup maknanya alternator masih dalam keadaan baik selain daripada putus belting.
2)Belting alternator,aircond dan power steering
Di sini untuk elak kerosakan kereta kita ditengah jalan,pastikan 3 belting tersebut dalam keadan baik iatu tiada bunyi pelik dan tiada lembaran benang keluar dari tepi belting tersebut ,caranya cuba perhatikan power steering dulu kemudian aircond dan alternator,caranya urut dia pelan-pelan atau raba belting tu pelan2 untuk pastikan tiada lembatran benang ditepi belting.Bunyi pulak bila enjin hidup pada peringkat permulaan tiada bunyi seperti bunyi pelik seperti bunyi kuda kat dalam tv tu,maknanya belting ok.
3)Bearing
Alternator pulak,cuba buka salah satu penyambung tak kira panel positif atau negatif semasa enjin hidup,jika enjin masih hidup maknanya alternator masih dalam keadaan baik selain daripada putus belting.
2)Belting alternator,aircond dan power steering
Di sini untuk elak kerosakan kereta kita ditengah jalan,pastikan 3 belting tersebut dalam keadan baik iatu tiada bunyi pelik dan tiada lembaran benang keluar dari tepi belting tersebut ,caranya cuba perhatikan power steering dulu kemudian aircond dan alternator,caranya urut dia pelan-pelan atau raba belting tu pelan2 untuk pastikan tiada lembatran benang ditepi belting.Bunyi pulak bila enjin hidup pada peringkat permulaan tiada bunyi seperti bunyi pelik seperti bunyi kuda kat dalam tv tu,maknanya belting ok.
3)Bearing
Rujuk post sebelum ini cuma satu aku nak tambah bila kereta sedang bergerak,masa pakai pergi mana2 tu,jika rosak bearing ada bunyi seperti geseran macam bunyi bila kita garu kat seseuatu benda seperti meja dsbnya,itu maknanya bunya bearing dah hampir rosak atau haus(bahasa enjin)
4)Asap kereta
Kita juga boleh pastikan kereta kita boleh jalan jauh atau tidak dengan bau asap kereta,iatu bila bau dia hangit semacam(bau macam getah terbakar) hati-hati kerana kereta itu ada sedikit pembakaran minyak dan angin yang tak sekata maknanya karburator mungkin problem atau fuel injection problem(sumbat atau kotor),perlu di servis.
5)Akhir sekali hose minyak,tak kira minyak apa minyak brek ,minyak power steering,minyak klac pastikan cukup dan yang paling penting segala hose penyambungan tak bocor.
Jika dah pastikan semua itu ok maknanya kita tidak akan berdepan masalah kerosakan kereta di tengah jalan selain dari kemalangan jalanraya.
Hati2 bila bawa kereta dan pastikan nyawa orang tersayang dalam kereta terjamin.
![]() |
Elakkan minyak hitam sekotor ini |
Wassalam
Comments
Saya nie memang tak tahu apa pun tentang kereta nie
Ada hari tu saya, bawak kereta, saya lupa pula nak turunkan hand brake,
kereta sy jenis auto, tp sy letak kat D, keta tu tetap jalan...
masa saya nak parking tu, tiba-tiba ada bau terbakar
saya pun tak tahu,mungkin saya lupakan turunkan handbrake masa dalam perjalanan kot
mcm mana erk?
apa yang saya patut buat?
terdapat 2 sistem kerosakan yang akan menyebabkan perjalanan enjin tidak lancar.
1)sistem minyak
2)sistem api
Jika keadaan minyak atau segala komponen yang berkaitan dengan sistem minyak petrol dalam keadaan baik sudah baran g tentu sistem api atau pembakarn enjin terdapat masalah.Masalah seperti:-
1)plug yang terlalu lama dan telah kotor
2)karburator yang kotor dan perlu diservis
3)Distributor yang telah sampai had dan harus diganti
4)Kabel plug yang rosak dan api tidak sekata
5)Contact point yang rosak dan salah penyelarasan
(jika menggunakan contact point sepert kereta kancil)dan,
6)Minyak hitam yang telah masuk keruang enjin dan perlu top overhaul.
Sekian muga ini dapat membantu saudara dan kereta saudara.Terimakasih kerana bertanya.
Kebarangkalian kereta baru mengalami kerosakan memang ada dari kecil hinggalah kepada kerosakan besar.Pengeluar kereta seperti Proton dan Perodua sering terlibat dalam masalah ini,ianya bukanlah bermaksud kereta Malaysia tiada kualiti cuma kadangkala kesilapan terdapat di bahagian kawalan kualiti sesebuahh pengeluar kereta.
Akantetapi kebanyakan kerosakan adalah di bahagian suspension seperti skru yang kurang ketat,penggunaan alatganti yang kurang sempurna seperti absorber,arm dan drive shaft.Tetapi ini amatlah jarang terjadi,begitu juga dgn enjin kereta,kepanasan melampau boleh juga berlaku kerana sesebuah alatganti yang tidak begitu sempurna.
Kerosakan demikian amatlah JARANG berlaku dan ianya berkemungkinan 1 dalam berpuluh ribu kereta baru sahaja.Saya pernah mengalaminya cuma ianya memang tidak membahayakan jika saudara terus merujuk terus kepada pengedar jika kerosakan demikian dihadapi.
kebiasaannya jika tiada kebocoran pada body kereta ,ianya dtg dari kotak cooling coil aircond yang tidak berada pada kedudukan yang betul,periksa dan betulkan dan mungkin juga hose tertanggal dari kotak tersebut dan air aircond yang sepatutnya keluar telah bertakung didalam kereta.
1- Apakah punca ia terjadi? Adakah kebarangkalian air hujan memasuki ruang-ruang yang bocor?
2- Workshop manakah yang sesuai dan disyorkan untuk diperbaiki?
Terima kasih!
Air yang bertakung pada tayar spare adalah dari getah sekelilking bonet kereta saudara yang telah keras ataupun telah tidak berfungsi dengan baik.Anda boleh tukarkan senbdiri,dapatkan getah tersebut dari kedai aklat ganti dan tukarkan.Muga ini dapat membantu.
Alternator saudara tidak rosak cuma wiring penyambungan yang tidak betul,periksa semula dan betulkan wayar lampu dan bateri.
Tidak mengapa jika saudara telah tukarkan filter tersebut,bagi kancil 660 terdapat satu filter minyak dibawah kereta berdekatan tangki minyak disebelah kiri pemandu,tukarkan filter minyak tersebut juga supaya perjalanan minyak lebih lancar.
rujuk post ini http://kerosakankereta.blogspot.com/2010/04/kerosakan-kereta-kereta-kancil-yang.html
saya ada proton saga flx manual, baru 4hari dapat. then 1st day bawak sy trlupe nak trunkan handbrake. dalam 15km jgk. then sampai ade bau trbakar. mber cakap its ok, tp jgn slalu sbb lame2 boleh rosak.
mslhnye mlm tu still ade bau lg. cume bau dy xtrlalu kuat. ayh sy cakap tu bau enjin yang tngah panas.
ade ape2 effect x ye? sy risau :(
-gadis-
Jangan khuatir,ia tidak akan merosakan apa2,hanya brake shoe saja yang jadi nipis sedikit,bau hangit tersebut akan hilang perlahan-lahan,tiada kena mengena dgn enjin langsung,enjin saudari tak rosak,hanya kenalah beringat jangan jadikan perkara ini amalan ia akan memudaratkan handbrake kereta saudari.
Saya ada terdengar tetapi tidak pernah mencuba berkenaan bahan kimia seperti gam yang digunakan untuk sedikit pecah pada blok enjin.Ada juga terdapat welding cast iron yang boleh melakukan kimpalan pada enjin blok.Pengimpal tersebut hanya boleh jumpa dikedai-kedai mesin disesetengah tempat,seperti yang saya tahu di taman sungai besi.
Pertama, apabila saya melakukan belokan terutama sekali apabila masuk simpang saya terdengar bunyi seperti ada skru yang tidak ketat. =="
Kedua, apabila saya ingin ganti gear kadang2 tu terasa keras nak masukkan gear. Contohnya, apabila bergerak saya nak naikkan gear daripada gear 1 ke gear 2. (kereta manual) adakah ini masalah biasa ataupun terdapat kerosakan ? Tetapi perkara ini jarang2 berlaku, mungkin dalam sekali dua. sebab, saya masih baru dalam driving kereta. Yela, kot2 saya tak cukup tekan clutch ke ape ke. haha apapun, apakah pandangan encik mengenai perkara ini ?
Ketiga, semasa saya start enjin kereta, bunyi tersebut timbul dan apabila saya on air-cond bunyi itu jadi senyap sedikit tetapi apabila saya keluar daripada kereta, saya mendengar bunyi tersebut. adakah ini masalah air-cond ataupun ?
Kereta : perodua kancil, 850cc. Manual. =)
1.Belok ada bunyi biasanya drive shaft yang dah lusuh dan rosak bunyi spt tak,tak,tak begitu.Belok kanan bunyi drve shaft kanan rosak dan begitu juga sebaliknya.
2.Gear kancil jika keras,susah masuk kerana kabel gear yang dah keras,tukar kabel gear dan pastikan minyak gear cukup.
3.Bunyi yang datang bila start enjin biasanya hanya pada belting yang longgar dan bering adjuster a/cond yang ketat atau hampir rosak.Periksa bering getah adjuster dan ketatkan belting.
1. APABILA MENGAMBIL SELEKOH, KERETA SAYA BERBUNYI UMPAMA MELANGGAR GARISAN BELANG PADA JALANRAYA. TAK KIRA KE KIRI ATAU PUN KANAN.
2. KELUAR ASAP PUTIH SETIAP KALI START ENGINE..
bila ambil selekoh saja berbunyi,masalah drive shaft luar,jika straight pun berbunyi masalah drive shaft dalam.
2.Kereta yang mengeluarkan asap putih sekata perlu dioverhaul,tetapi asap putih yang sedikit dan sekejap2 adalah masalah minyak dan angin pada karburator atau fuel injector
Saya nk tanya, smlm sy bwk kereta kancil, tiba2 sy terdengar bunyi sumthing mcm ada besi jatuh dr bawah kereta di bahagian dekat dengan tayar belakang kanan. sy ternampak di cermin sisi kanan, ada besi panjang lebih kurang 20 cm, tengah melantun atas jalan, tp sy x sure sama ada besi tu jatuh dari kereta saya ataupn sy terlanggar besi yg ada atas jalan sbb masa tu jalan tak rata dan tak terasa mcm langgar besi.
Boleh, sy tahu masalah nya? Terima kasih byk2 :)
Semalam sy bwk kete kancil, then tiba2 ada bunyi sumthing kat bahagian belakang kereta, then sy ternampak dr cermin sisi tu ada besi tengah melantun kat atas jalan, sy x sure sama ada besi tu jatuh dr bwh kereta ataupn sy terlanggar besi yg ada atas jalan, tp masa bwk kereta x rasa mcm langgar besi sbb jalan x rata.
besi tu lebih kurang 20 cm panjang dan sy nampak besi tu berdekatan tayar belakang bahagian kanan, sebelum besi 2 melantun atas jalan, ada bunyi mcm besi tu terkena pada bumper.
boleh sy tahu masalah nya dan adakah besi itu memang jatuh dari bawah kereta.
TQ
Tiada terdapat besi panjang berukuran 20 cm pada mana2 bahagian kereta samada di depan atau belakang kereta.
Mungkin besi dari jalan ataupun ada besi tersangkut pada bahagian belakang bumper kereta saudara.
.
1) nak tanye pendapat anda, kereta saya temperature makin naik nak dkat merah, then saya anta kdai, tukar radiator fan motor (rm180), hose complete ( rm180), coolant (20).. total rm380, itu harga standard ke?
2) aircond saya xsejuk, dah cek gas smua ok, kompressor rosak katenye, agak2 brape kos dan mcm mana nak tau kompressor rosak or problem laen?
utk mkluman, saya guna perodua kancil ex850
fan motor kancil dan hose=rm320 agak mahal juga,waja fan motor pun sekitar rm150 sahaja dan dua hose atas dan bawah untuk radiator rm180 pun agak mahal,kos sebenar utk hose sahaja kira2 rm100 sahaja.
2.Jika tiada bocor pada mana2 komponen selain kompressor dan tak sejuk yang amat ketara itu adalah masalah kompressor.Selain dari itu kompressor juga boleh diperiksa melalui alat tekanan gas.Koos kompressor kancil850 adalah kira2 rm300 sahaja.
assalam...kipas luar (a/cond) kereta saya (merc 190E)tidak berpusing semasa suiz a/cond dipasang....tapi apabila digerakkan dengan tangan barulah ia berfungsi..
maslah begini adalah masalah motor kipas,jika inginkan yang elok gantikan motor tersebut.
Ingin saya bertanya, jika masalah dengan fuel injector / throttle body, boleh kah ianya di baiki dan bolehkah juga kedua bahagian ini di servis?
Terima kasih
throttle body memang boleh dibaiki begitu juga dengan fuel injector.
saya ingin bertanya
kereta kancil sy tiba2 CEL light dia menyala.. so apa problem berkaitan wiring enjin ataupun minyak hitam kurang tolong bantu tq
Cuba saudara cabutkan kepala bateri negatif kira2 5 minit dan pasangkan semula,jika CEL light itu masih ada bermakna ada komponen yang perlu diperiksa.
1.Tambahkan minyak minyak hitam jika kurang
2.Tambahkan minyak brek jika kurang
3.Pastikan semua kipas aircond dan radiator berpusing elok
4.Pastikan enjin tidak panas
5.Pastikan minyak enjin tiada menitik bila parking
6.Pastikan semua fius berada pada tempatnya dengan kukuh,tekankan jika tak kukuh
7.Pastikan bila enjin dibasuh ,mana2 komponen yang tidak ditutup keringkan airnya terutama pada distributor.
Biarkan CEL menyala utk sehari dua,jika ia padam ada kemungknan air kena pada wayar.
masalah ini banyak berlaku kepada kereta proton.Jika bunyi tersebut berlaku pada roda ia adalah disebabkan alignment yang tidak sempurna ,jika dibiarkan tayar akan makan sebelah.Banyak kereta proton jadi demikian kerana tekanan pada bering hadapan,tapi tidak membahayakan.
2.Hasil pemeriksaan mendapati enjin mengalami leaking pada head.Adakah kemungkinan keadaan ini akan mengurangkan compression dalam silinder dan seterusnya mengurangkan kuasa enjin kereta?
3.Clutch saya menggunakan sistem hidraulik.masalahnya disini ialah pedal clutch terasa amat berat setelah memandu seketika.Semasa mula-mula berjalan ok je clutch tu.Masalah ni dah penah tanya pada beberapa pomen.Tapi mereka pun confius jugak.Setahu saya sistem clutch hidraulik adalah lebih lembut berbanding sistem menggunakan kabel kan tuan.
1.Enjin tidak mati bermakna clutch plate masih elok.
2.Leaking tidak mengurangkan kuasa,kuasa mungkin hilang sebab terlalu banyak karbon pada piston.Cuba guna decarbonizer dahulu.
3.clutch berat mungkin minyak hidraulik kotor dalam hose.Minta pomen bleeding master pump.
Di sebelah atas absorber tersebut ada permukaan pipih yang muat untuk spanar berbentuk lengkuk,masukan spanar tersebut setelah memasukan spanar berbentuk bulat pada skru.
Pusing skru arah lawan jam untuk buka sementara spanar diatas dipegang kuat supaya absorber tidak ikut berpusing.
saya nak mtk nasihat berkenaan absorber kereta.saye pengguna saga flx manual.semasa hantar kereta buat allignment, tauke kdai ckp tyr belakang dah keluarkan bunyi dengung bila jalan. setelah lihat, didapati permukaan tyr tidak rata, ia jd berbonggol. kenapa boleh jd mcm tu ye? tauke kedai bgtau, punca dia mungkin dr absorber y dah rosak. adakah itu penyebabnya ataupon tayar dah expired? tp, kereta tu belum pun sampai setahun kami beli. n, adakah sc proton akn masalah ini dicover under warranty proton? absorber + tayar.
terima kasih~
-sharuddin-
Masalah tayar bonggol tiada kena mengena dengan absorber.
Tayar yang benjol adalah sebab tayar itu sendiri samada expired atau tayar itu sudah lusuh-periksa tarikh pembuatan pada tayar.
periksa semula di Proton ,keadaan roda belakang memang selalu berdengung danini banyak disebabkan oleh ketidakselarasan handbrake pada disc,minta mekanik selaraskan handbrake supaya kedua2nya sama mencengkam.
Tiada barang yang perlu ditukar untuk selaraskan handbrek.
-sharuddin
sy baru beli kereta dan x pandai sgt bab2 kereta ni...boleh x encik buatkan video bagaimana nak servis kereta sebelum pjalanan jauh atau servis yg remeh yg kite sbg pemandu kereta kena tahu...sbb sy name2 tu pn x familiar...hehe...
Saya sarankan saudara baca semua post saya dan baca juga semua komen dari pengunjung,jika banyak saudara lawat dan baca saudara boleh jadi lebih pandai dari saya satu hari nanti.
Lihat video yang saya sediakan kat sini.
http://kerosakankereta.blogspot.com/search/label/video%20eksklusif%20%20baiki%20kereta
Mohon nasihat dan pandangan.
Kereta Kelisa saya, tahun 2001, 2nd owner. Kereta kuat makan minyak. Apakah masalah tersebut? tekanan tayar ok. Kereta baru beli dari used car.
Terima kasih banyak-banyak.
Mohon nasihat dan pandangan.
Saya 2nd owner, Kelisa 2011.
Kereta kuat makan minyak. Kenapa ya?
Tekanan tayar semuanya ok sudah.
Terima kasih.
ada jual kat sparepart dan kedai potong
Perlu tukar plug,air filter,fuel filter.Tukar minyak hitam ke minyak hitam duckham ada treatment.
kadangkala terdapat bunyi pada tayar yang digunakan,cuba tukar dulu tayar tersebut atau gunakan tayar yang lain,jika ia masih berbunyi,saudara perlu buka drum belakang untuk lihat kedudukan brek shoe dalam drum.Ada kalanya geselan berbunyi walaupun ianya hanya sedikit.
sy pki kereta perdana v6..
ada ada modified cket kereta 2 la.
hr 2 aircond keluar ad=sap n dah x sejuk.. igtkan sbb dah habis gas so just tambah gas jela dan isi minyak stering..
skunk ni bila bawak kereta kat selekoh mesti ada bunyi.. mcm tayar berlaga dengan body.. kalau bawa lurus pon bunyi enjin kuat..
kenapa ye?
ada kata sbb stering rack?tgk pada jwpn bro kat atas mcm masalah drive sharp? kalau nk repair berapa kos ni semua? just check dulu la...
terima kasih
2.Bunyi bergesel biasa jadi jika kompressor yang dimodified terlalu panjang dan bila membelok ia akan berlaga sedikit dengan body enjin.
Periksa semula kompressor yang dimodified tersebut.
Sy skrg guna kereta honda city '04 idsi 2nd hang
1. Kereta ade bunyi bergema @ berdengung bila start bergerak dgn speed 20km/j. Lagi laju speed lagi kuat bunyi nya. Bunyi tu datang dari area belakang. Tayar masih banyak bunga.
2. Kereta saya kadang2 jerking @ tersekat2 bila start nak accelerate & kadang2 jerking time speed 80km/j. Sy pernah service tukar minyak auto & spark plug tapi hanya mampu bertahan 2 minggu sahaja.
So mohon jasa baik tuan utk penjelasan masalah sy nie. Tq
1.Bearing roda belakang mungkin rosak,kena periksa
2.Ini masalah throttle body yang kotor,servis throttle body dan tukar air filter dengan kerap.
Mohon bantuan..
Sy pakai civic sr4 enjin d15 manual.sy menhadapi masalah gearbox leak.slepas sy turun gearbox dn test dgn memasukkn minyak gear penuh2 tetapi tiada punca kebocoran..adakah disebabkn seal dlm gear box atau gearbox ade crack?oil seal flywheel dan oil seal driveshaft sudah ditukar.Harap saudara boleh membantu.
dah pernah hantar bengkel tp pomen kate dah tukar spin coupling tp masalah yg sama masih berlaku..
Saya bukak bonet dan tgk penutup radiator tu terbukak. Air berkarat dalam tu. Saya tgk spare tank masih ada air. Then saya tgk bawah mcm ada leaking minyak.
Boleh saya tau apa yg terjadi dan adakah enjin saya rosak teruk?
Saya nak tanya dan minta pendapat dari tuan berkenaan masalah lori pickup daihatsu hijet saya...
Roda belakang sebelah penumpang menjadi berat spt jammed... Dah hantar kat pomen(area jb) pomen dah check semua yg berkaitan brake x ada masalah, bearing juga x ada masalah...
Pomen kata, axcle shaft gelong/bengkok... Dah tukar, tapi masalah masih sama... Terasa berat masa memandu, roda belakang sebelah penumpang je... Dan rim juga agak panas spt brake jammed tapi brake tak jammed, piston brake, clip brake, spring dan pad brake dah tukar baru juga.. Bearing pun tukar baru.. Masalah tak selesai...
Mengikut pengalaman tuan, apakah masalah sebenar kenderaan tersebut?
Sy ada kemusykilan berkenaan kereta sy mengeluarkan bunyi bising ketika mula start terutamanya ketika enjin sejuk.namun bunyi akan hilang selepas enjin telah panas.boleh tuan berikan kemungkinan punca?
Saya ingin bertanya, kereta Kancil saya tahun 1995 (Auto). Bulan Jan 2018 ni, 4 kali belt alternator putus. Semua belt ni dipasang di kedai baiki kereta yang berlainan. Apa puncanya ye?
Tuan ade bengkel kereta ke?
Masalah bunyi kat blkg belah kiri, da pegi check katanya cable handbrake belah kiri putus kat tgh2. Bole jadi ke? Makin laju kereta berjalan, makin kuat bunyi, ketak ketak ketak ketak. Langgar lubang lagi kuat bunyi macam ada benda longgar. Kereta wira 1.5 auto. Tq.
1)bila bunyi mcm berdecit/bergesel something masa start kereta . Bunyi tu masa nk start sahaja (time pulas kunci)
2) baru tukar gearbox dlm seminggu . Tp lpas 3 hari lampu check engine menyala pulak.
-Dia tak menyala sentiasa, just menyala masa start kereta.. lepas dah jln agak jauh ,bila parking & start kereta semula, lampu check engine tu dah xda.
3) Kadang2 bila baru start kereta, dia semput2 mcm nak padam.
4) kereta kurg power, tekan minyak habis2 pun tak laju. Kurg pickup
5) meter temperature taknak naik
Kereta CRV 2003
Ada kemungkinan tak masalah2 ni berpunca mechanic tak tune balik computer box ?
Jika masalah berpunca drpd benda lain, Mohon jasa baik tuan bantu saya beritahu anggaran kos utk setiap mslh tu. ..
Kalau setakat blh selesai dgn bawak tune semula computer box syukur la. Duit dah habis byk dah ni.
Terimakasih byk tuan hanya Tuhan sahaja dpt membalasnya.
1.starter kereta ini sangat kotor,boleh servis
2.ada masalah sensor,yang pastinya speed sensor output dan input tidak bekerja dengan baik,boleh digantikan
3.Boleh cuba tuning ECU atau reset ECU ,jika tidak membantu speed sensor perlu tukar
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,