Pasal aircond kereta lagi

Pagi ni dah pukul 312 pagi aku baru je lepas tengok bola Arsenal dan MU,walaupun pasukan kegemaranku Arsenal tumbang tapi puashati kerana gamenya ok gak.Dah lama gak aku tak update blog ni jadi pagi nie aku pun tulih le pasal aircond sekali lagi,tapi tak banyak mane le cuma nak kasi tahu korang pasal gas aircond yang selalu dan sesuai digunakan untuk kereta lama dan model baru.

Ada dua jenis gas aircond kereta yang selalu digunakan iaitu gas R12 dan R134A,R12 nie selalu digunakan pada kereta lama ataupun kereta yang dah lebih umur 5 tahun keatas,bukan tak boleh digunakan pada kereta model baru tapi tak berapa sesuai kerana kandungan dalaman gas tersebut.
R12 tu boleh membawa penyakit kepada sistem aircond kereta.Jika digunakan gak akan membawa kepada kerosakan compressor dan cooling coil,tapi yang lebih senang kena penyakit ialah compressor,macam kena H1N1 gamaknya terus demam compressor tu dan terus le kong.Jadi aku nasihatkan kalau ada nampak mekanik tuang gas R12 nie kat kereta korang tolong beritahu dia gas tu tak sesuai.Kadangkala mekanik dan kedai ada yang nak untung lebih tuang gas R12 nie sebab ianya murah dari R134A.

R134A pulak adalah gas yang sesuai digunakan pada kereta model baru zaman sekarang yang umur tak lebih 5 tahun dikeluarkan dan kalau kereta malaysia selalu digunakan pada kereta wira,perdana,waja termasuk kereta perodua dsbnya.

Kandungan gas warna hijau nie memang lebih ringan berbanding R12,jadi hati2 bila memilih gas aircond kereta.Kereta jepun kebanyakannya memang boleh gunakan R12 dan R134A tapi aku nasihatkan tuang R134A jika kereta korang masih baru supaya tak dapat penyakit pada compressor kalau dah dapat nanti bertambah sakit le poket korang sumer.

Sekian untuk kali ini semuga jumpa pada topik lain pulak.Jika nak tanye pasal kereta sila le tinggalkan komen nanti aku jawab bila ade yang tinggalkan komen,jadi selalu le lawat page nie ataupun bookmark je dan tengok ok.sekian wassalam.

Comments

Anonymous said…
nak tanya sikit....? bila enjin dihidupkan bacaan voltan diterminal bateri adalah 14vdc. bila tekan pedal minyak bacaan bateri turun kepada 12vdc.apa masalahnya? alternator ke? rectifier ke? atau bateri.? minta tunjuk ajar sy budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan....
sord87 said…
anonymous,
kebiasaannya bila enjin idling pada voltage 13.5 keatas,jika cas bateri turun sehingga 12 bermakna salah satu dari bateri atau alternator mengalami masalah.Untuk memastikannya cuba cabut salah satu kabel bateri dan liht penunjuk meter.ini bermaksud enjin berjalan menggunakan kuasa bateri sahaja,jika voltan masih kekal pada 12 bermaksud bateri tidak berdaya menyalurkan tenaga masuk dari alternator begitu juga sebaliknya.
Anonymous said…
Nak tanya ckit ni....?nape aircond keta saya kalu jalan ok,tapi kalu stuck kat traffic jem..tiba2 aircond jadi panas?mmg kompressor k ape?keta saya model myvi..
sord87 said…
saudara/saudari yg bertanya mengenai keta myvi,

Memang tidak dinafikan kompressor adalah masalah utama dalam sistem aircond akantetapi ada juga masalah lain yang boleh menyebabkan aircond tidak sejuk.Jika ini kali pertama keta tersebut menjadi demikian apa yang patut dilakukan ialah

1)Jika belting aircond yang kendur boleh menyebabkan aircond keta tidak sejuk pada waktu enjin perlahan

2)Tambahan lagi jika gas yang telah kurang.

Jika kedua ini berkeadaan elok barulah beralih kepada pemeriksaan kompressor aircond.Tetapi pada hemat saya masalah keta myvi saudara/i perlukan penambahan gas dan pengetatan belting aircond sahaja.
Anonymous said…
Salam... saya pakai kancil 850ex. soalan saya:

1. Ada x komponen Air Cond Filter di kereta saya yang berbentuk segi empat?bukan yang bulat di enjin tu. kalau ada di mana tempatnye ye?

2. Timing kereta saya akan tinggi sehingga 2 1/2 atau 3 bile mula2@pagi2 dihidupkan. Apabila panas pun kadang2 tetap tinggi, kadang2 rendah mcm biasa.kalau saya buka air cond baru rendah timing nye. saya tengok pemutar skru utk adjust timing kt bawah oil filter yg bulat tu dah paling rendah.xboleh nk adjust dah rasanye. ape masalah nye ye? boleh bgtau ape saya perlu buat?

Minta tunjuk ajar ye. Terima kasih wsalam...
sord87 said…
kepada saudara kancil 850ex,

1.Apa yang saudara maksudkan mungkin adalah cooling coil,yg memeng brbentuk segiempat,terletak di atas tempat duduk penumpang sebelah pemandu.(bawah dashboard)

2.Timing terlalu tinggi jika kancil 850ex ,saudara boleh adjustkan sedikit skru dibelakang karburator dan pusinbgkan sedikit arah lawan jam supaya idling(timing) lebih perlahan tapi jgn terlalu rendah kemungkinan kereta susah dihidupkan waktu pagi.
Spark said…
saudara bole ke rebiuilt balik com[ressor jenis denso
Mekanik Kereta said…
saudara spark,

apa jenis kompressor yang masih ada alatgantinya boleh dibina semula.cuba ke chipo auto aircond di puchong taman maju jaya,bawa kompressor kesana
Anonymous said…
saya ada kereta saga lame...kereta ni dah lame aircond die dihidupkan...satu hari tangansaya gatal...saya tekan suis aircond dalam keadaan enjin hidup...tibe-tibe meter minyak,meter suhu,lampu signal,lampu depan sume tak hidup...lepas tu saya matikan enjin...kemudian saya hidupkan semula tapi tak boleh start..tanda-tanda yang ditunjukkan sama macam bateri kong...tapi bateri tu saya baru tukar...boleh bagi jawapan tak???
Mekanik Kereta said…
saudara kereta saga lama,

Periksa alternator saudara,hidupkan enjin jika masih boleh dihidupkan dan cabut salah satu kabel bateri jika enjin masih hidup alternator tidak rosak begitu juga sebaliknya jika enjin mati alternator saudara telah rosak.Olehkerana keadaan serta merta yang dialami oleh alternator akibat pengurangan sumber kuasa setelah suis aircond dimatikan boleh menyebabkan alternator terbakar.dapatkan alternator yang baru untuk semua komponen berfungsi semula dengan baik.
encik said…
salam nak tanya...berkenaan suis aircond..,
perlu ke off kan suis aircond bila nak matikan ejin kereta...ataupun biarkan sentiasa on..samada nak matikan enjin kereta atau nak start..tq
Anonymous said…
assalamualaikom tuan..boleh terangkan mcmana proses memasukan minyak pemampat serta gas ke dlm system penyaman udara kereta..terima kasih.
Mekanik Kereta said…
saudara yang bertanya mengenai gas aircond,

Gunakan hose gas berwarna biru sementara enjin sedang dihidupkan pastikan buih putih pada gas filter hilang setelah menyalurkan gas aircond.Hos biru hendaklah dipasang pada pengalir gas ke cooling coil yang biasanya berwarna biru juga dan hose warna merah jarang digunakan tetapi jika ingin menggunakannya pastikan ianya dipasang dan dibuka setelah hose tersebut panas.jangan biarkan ia jadi panas.
Mekanik Kereta said…
saudara encik

sebaik-baiknya suis aircond dimatikan bila enjin dimatikan dan suis tersebut dihidupkan bila enjin telah hidup.Ini kerana penggunaan kuasa yang banyak ketika menghidupkan enjin boleh merosakan alternator saudara dan mungkin juga merosakannya samasekali.
Anonymous said…
salam saudara,sblm itu saya ingin mengucapkan slmt tahun 2012'saya tnya skit tentang cara penggunaan mesin vacuum dari mula hingga akhir.sekiranya begitu bolehkah penggunaan mesin mesin vacuum ketika ada gas ataupun smasa gas tiada,TERIMA KASIH kerana membantu.
Mekanik Kereta said…
saudara bertanyakan mengenai penggunaan vakum aircond.

Pasangkan semua hose kuning,biru dan merah pada kedudukannya ketika gas masih ada,hidupkan mesin dan biarkan selama 30 minit.Meter akan naik dan tutupkan hose biru dan tutupkan mesin,biarkan selama 30 minit lagi untuk melihat kebocoran.Jika tiada bocor meter tidak turun dan saudara telah selesai proses vakum aircond.
Anonymous said…
I'm now not certain where you are getting your information, but great topic. I needs to spend some time finding out more or understanding more. Thanks for excellent info I used to be on the lookout for this info for my mission.
My blog ; Lejla.si
Mekanik Kereta said…
The originality of all the info stand still as it is.It is all from my experience ,anyone may copy and paste this and write a review on this but t do not think anyone who had no experience directly to automotive field can come up with this kind of information.

You just made a good credit that would be considered as a compliment.TQ
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Mekanik Kereta said…
thanks for compliment,this is my first time to hear we can repair our credit,i need to digg more on your site!
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
When some one searches for his necessary
thing, so he/she needs to be available that in detail,
therefore that thing is maintained over here.
Take a look at my website - executive coaching test
Anonymous said…
Ahaa, іtѕ faѕtidiouѕ discuѕsion about thіѕ ρieсe of wгiting at this ρlacе at this blog,
I haѵe read all that, sο now me аlѕo commenting at
this plаce.
My web blog :: Modelling
Anonymous said…
Great info. Lucky me I ran across your blog by accident (stumbleupon).
I've book marked it for later!
Also visit my website ... amazing site
Unknown said…
alo..

nk tanya..
1) kt mana kedudukan air cond filter kereta waja campro 1.6? saya dh bukak kt dash board tp x nampak plak benda 2..ada org kata kereta waja xde air cond filter, btl k?

2) ada kesan dkat air cond x kalau kita buang air filter? kesan kt compasor or cooling oil k.or yg berkaitan dengn machine..sbb kalau buang air filter, air cond lg sejuk walaupon udara x bersih..hehe

tq
Mekanik Kereta said…
saudara hanif,

1.Kalau tak silap saya hanya waja campro saja ada a/cond filter

2.Dulu memang tak guna a/cond filter,cuma sekarang pembuatan cooling coil telah dimajiukan dengan menambah a/cond filter,maknanya tak pakai pun tak apa cuma kotor sikit kot.
Anonymous said…
At this time it appears like Expression
Engine is the top blogging platform out there right now.
(from what I've read) Is that what you are using on your blog?
Also visit my website - cat hairball
Anonymous said…
Aloha nak tanya ni, saya guna saga blm, kalau air cond on, compressor berterusan on, sampai angin tak boleh keluar, cooling coil penuh ais mungkin, temperature adjust switch palinng minima dah.
Mekanik Kereta said…
saudara aloha.

maslah ni kena tukar cooling coil sensor yang duduk kat dalam cooling coil.Jika tak tukar begitulah jadinya kompressor takan cut off automatik.
Anonymous said…
Hi there i am kavin, its my first occasion to commenting anyplace, when i read this paragraph i thought i could
also create comment due to this good paragraph.
my web page > hookah lounge in Orlando
Anonymous said…
I wanted to thank you for this fantastic read!

! I absolutely enjoyed every little bit of it.

I've got you book marked to check out new things you post…
Here is my web blog :: contractor in Orlando fl
Mekanik Kereta said…
Hi kavin,I open this blog for any question on automotive repair,but your link seems no harm to my posting,I'll make an exception but if this link start ruinning my traffic I have to delete this.
Mekanik Kereta said…
hi there from Orlando

Even though I open this blog for comment but it doesn't mean I will approve any link especially from same person but as a blogger too I would like to advice ,it is not a traffic healthy to your blog to leave your webpage link at any different language.It may ruin your link and also your visitors trust.
Unknown said…
Salam Bro.. Nk tompang tanya la..
saya pakai keta waja..sekarang ni air cond die jdk pelik r..kalo baru stat keta pas 2 bukak air cond, die akan keluar mcm haba je..pas 2 kalo dh 3-5 minit baru ada rasa sejuk, die kene tgg mcm kene sentap ckit baru kua gas air cond..ape prob die ye, gas dh nk abis atau ad prb lain..tq
Mekanik Kereta said…
saudara muhammad hanif,

masalah ini adalah masalah sensor cling coil.Tukar sensor tersebut.
Anonymous said…
adakah compressor tidak berfungsi apabila blower relay rosak???
Mekanik Kereta said…
@Anonymouskompressor tetap berfungsi walaupun blower relay rosak
Unknown said…
Kereta waja saya.air cond tak sejuk.
1-gas aircond dah tambah.kejap je sejuk dalam 2 ke 3 hari je.
2-filter dah tukar kejap je sejuk.
»adakah valve rosak atau coling
coil bermasalah
»atau compresor kong.
3-dah check kat kedai tiada kebocoran di kesan.APAKAH MASALAH YANG AIR COND SAYA ALAMI
Mekanik Kereta said…
@Suwardi Baharuddinservis a/cond tersebut,tukar valve dan kesan jika ada bocor pada sambungan pada valve atau cooling coil,jika ia masih tak sejuk tanda2 tersebut lebih menjurus kepada rosak kompressor
Unknown said…
salam...klau ada air mnitik mse nga benti kete knapa ye? ada kaitan ngan aircond gak ke?
Mekanik Kereta said…
@shud adaw/salam shud,air akan menitik pada 2 tempat saja iaitu disebelah kiri bawah kereta dan sebelah kanan.
Kiri adalah air a/cond dan kanan jika water pump dah rosak.
Anonymous said…
cities you pre-select, depending on your own time zone.

The G Shock technology has been around since 1983,
so it can be tried and tested and certainly stands up
to task. Kikuo Ibe, and the timepiece was intended to absorb
the shocks and turbulence of any sport or outdoor activity.


my blog post casio g-shock analog digital Chronograph military mens watch aw591ml 1a
Ibnu Ahamad said…
Salam,
Ada x sape2 yg tgh baca komen ni tau mana specialist air cond utk land rover. Byk kali dah kena tipu. Pomen kata boleh buat tapi rupa2nya xboleh buat. Mohon share lokasi sape yg tau. Terima Kasih.
Mekanik Kereta said…
@Ibnu Ahamadw/salam saya sarankan saudara Ibnu Ahamad buat di Chipo Auto Taman Maju Jaya Puchong bersebelahan Puchong Perdana,insyaallah ok.
Unknown said…
Asalamualaikum.
Mohon bantuan..
sa ada 2 masalah a.cond ni..
Baru2 ni sa repair a.cond 1set smua skli ganti...last2 bila bak test
1)Wayer supply karen untuk compreser x hidup,bila cek wayer suppy dekat atas botol2 tu ada juga karen...Pomen tu cakap,box hitam yg dekat bawa d.board tu rosak..Bila da ganti pn still sama juga,lepas tu pomen tu bagi direct wayer dri atas botol tu terus ke compreser...
Xda apa masalah kh bagi direct mcm tu? dan
D mna sebenarnya masalah karen xda tu?
Baru ni baru tukar enjin ke JBDET,Ada kaitan ke dgn ni masalah tu?
2)Bila enjin parking On aircon,enjin pndai mati..Bila kereta bejalan Ok juga x mati,cuma ada terasa mcm sangkut2 masa begerak tu.. D mna masalahnya tu?
Belting ari tu pkai saiz 2280 masa pasang ketat,2,3 hari da longar belting tu..
untuk compressr l9 jipun gas apa yg sesuai r12,r13 atau keduanya bole?
mohon sangat2 bantuan yg berpengalaman atau pernah mengalami mslh mcm ni..tq..
Mekanik Kereta said…
wslm,

1,wiring kompressor bermula dari relay ,jika tiada supply perlu tukar relay atau susur wiring pada relay dan menjadikannya aktif semula,wiring terus begitu perlu diletakan fuse kerana kompressor perlukan rintangan yang tinggi kerana ia cepat panas.Api yang hilang boleh dikesan dari relay dalam kotak fuse.ianya tiada kaitan dengan tukar enjin.

2.enjin sangkut bila aircond masuk adalah sebab wiring yang terus,perlu jumpa pomen wiring untuk aircond supaya wiring terus tersebut dibaiki,gas r12 adalah untuk kereta lama dan kebanyakannya sekarang kereta menggunakan r134A
Unknown said…
Terima kasih sbb respond dgn cepat...
Ooo...
Enjin mati bila on a.cond masa parking N terasa mcm sangkut2 seperti semput berpunca dri waring terus ke compreser lh mksd nya?
Dri baiki a.con ari tu,belting pkai dlm 3 hari mcm tu da longar..
Mekanik Kereta said…
belting longgar perlu periksa tensioner atau komponen2 yg bersangkutan dengan belting aircond
Unknown said…
Menarik..terima kasih..
Untuk elak enjin mati bila ON a.cond,kena ubah wayaring secara terus tu lh mksd nya kn?
Unknown said…
Salam tuan...
Sya sda cek relay,relay ok..Supply dekat atas botol tu ada,cuma yg d compreser tu yg xda?
Mnta jasa baik tuan,srba sedikit untuk kenal pasti masalah ni..terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,jika ada bermakna wiring tersebut adalah dari drier terus ke kompressor
Unknown said…
Sya kurang fhm tuan..
Mksd nya kena tarik wayar dari drier terus ke kompreser lh mksdnya?
Unknown said…
Sya kurang faham sdkit tuan..
Mksdnya kena ambil karen dri drier trus ke compreser kh?
Mekanik Kereta said…
ambil karen dari relay,kompressor direct ke relay,drier ada 2 wayar,satu api satu negatif,kompressor pun sama
Unknown said…
Jika sa ambil karen dri suis AC,tarik 1 wayar dri on/off suis trus ke compreser...
Ada kh langkh ini baik tuan?
Mekanik Kereta said…
kurang baik kerana suis akan panas,litar sebenar adalah dari relay,bateri ke relay kemudian tenaga disalurkan ke cooling fan,receiver drier dan kompressor
Unknown said…
Ok.
Atas drier ada 2 wayar...salah 1 wayar,mengikut kawalan dri suis..
So melalui wayar tu kena buat lop 1 trus ke compreser?
Atau potong trus wayar dri drier tersembut dan sambung wayar trus ke compreser?
Unknown said…
Salam tuan...
kereta sy jenis ford leser taun 1992.
1. masalah econ sy bila on kadang2 blower jer tp gas x jalan.. bile ketuk kat box area cooling coil bawah dash board baru dia akn berjalan.

2. Econ sy kejap sejuk dan kejap panas. Dlm perhatian sy cut off econ sy tempoh dia agak lama x seperti normal. Contohnya sejuj 10 saat dan cut off 15 saat.. bukan ke normal sejuj lebih lama dr cut off.? Minta penjelasan tuan.. terima kasih..
Mekanik Kereta said…
wslm,

1dan 2 masalah ini perlu tukar cooling coil sensor kerana ia tidak berfungsi dengan baik,cut off akan kembali seperti biasa dan akan mengikut seperti pada suis panel
Mekanik Kereta said…
Dari relay satu wyar terus ke kompressor,relay tersebut ada dalam fuse box dalam enjin
Unknown said…
Ok..Noted..Terima kasih..
1)Ada kh dgn cara ni,aircon brfungsi dgn normal juga?
2)Ada kh Normal piping a.cond,sejuk hingga berwap dan menitis kn air ?
Hingga ada yg yg menitis ngam2 dekat pully compreser?
Mekanik Kereta said…
pintasan bypass memang akan ada kesan sampingan pada komponen.

2.kalau sampai berwap itu sehingga ada air menitis bermaksud ada sambungan yang tak sempurna samada pada cooling coil,atau condenser
Unknown said…
Sambungan x sempurna bermaksud,sambungan dri piping ke kondenser atau cooling coil?
Seperti liking kh tuan?atau kelongaran pada sambungan?
Mekanik Kereta said…
ye la tu longgar atau leaking
Unknown said…
1 Noted
2.Ada kh dgn pintasan bypass ni,proses cut off maC berfungsi seperti biasa atau x?
Mekanik Kereta said…
bypass boleh tapi ada kesan sampingan seperti jika api diambil dari tempat yang tak sepatutnya akan menyebabkan komponen yan g terlibat kurang kuasa oleh itu ia akan menjadikan sedak enjin
Unknown said…
Salam tuan..
Baru pagi tdi sya check a.cond sya sbb masalah...1)Paip a.cond b"air,comprser kadang2 berbunyi n
2)enjin begegar shnga injin mati selepas berenti jalan dalam 100km..
Pomen tu kata,a.cond semua ok,Cuma compreser x pndai cut smpai cooling coil berais n menyebabkan udara panas...
N paip yg beair tu tanda compreser bfungsi dgn baik kata pomen tu...
Pomen ni cadangkan untuk pasang thormastat n mengambil cos dalam rm280..
Betul kh apa yg pomen ni cakap?
X berapa faham dgn fungsi thormostat...
Mekanik Kereta said…
wslm,pergi kedai aircond tukar cooling coil sensor,insyallah cut
Unknown said…
Sa bru tukar cooling coil sensor....
Cuma wiring sya bypas dri drier...
Unknown said…
Masalah sa xpndai cut..
Pomen cadangkan sa pkai timer start,sa pn xtw apa benda tu..Yh d pasang d bahagian cooling coil dan mempunyai supply terus ke compressr untuk membolehkn nya cut kata pomen tu...Betul kh ada brg mcm tu n brfngsi mcm 2?Dan memakan baget rm280 untuk harga brg tersebut...
Mekanik Kereta said…
cooling sensor mesti lalu suis baru boleh cut
Unknown said…
salam.. sy mgunakan kereta saga lame (ex-teksi), nak tanye, boleh ke kite tukar gas aircond, dgn gas yg dgunakan oleh kereta2 moden skrg?

lagi 1, aircond kereta saga sy tak sejuk mcm kereta yg ad skrg.. mksud sy, klau on aircond, org depan je yg rase, org belakang tak brape nak rase aircond..raseny blower da ckup kuat.. ad tak care2 ntuk buatkan satu kereta rase aircond tu? or mmg kete lame cmtu?
Mekanik Kereta said…
wsalam,boleh gunakan dari r16 ke r134a tapi sebaiknya tukar kompressor dan kondenser dulu untuk menikmati sejuk lebih baik
Unknown said…
Salam..sy nak tanya..jika AC yg mengunakan gas r12 di tukar kepada gas r134 tanpa sebarang pengubahsuaian pada AC, boleh kah ia nya dilakukan dan adakah kesan sampingan kepada AC tu? Tq..
Mekanik Kereta said…
wsalam,kesannya ialah aircond kurang sejuk melankan tukar compressor yang menggunakan gas134A
Unknown said…
Assalamualaikum...boleh ke masukkn gas r22 untuk digantikan dengn r12..
Mekanik Kereta said…
wslm,hanya kompressor untuk gas yang sesuai boleh digunakan jika dicampur kompressor akan rosak
Unknown said…
askm..
nak tumpang bertanya ni..
macam mana kita nak tahu ek..
kereta kita pakai gas jenis apa..
sebabnya kereta beli second model wira..
tapi onour lama dah tukar enjin 4g91..
pada masa yg sama onour lama jugak dah pernah tukar compraser and tabung gas..
tu kemuskilannya bang..
ada gak saya risik2 kawan2 dia cakap tengok pada tabung gas..tapi x ada lak tulis apa2..pasal gas kat situ..
tolong bang bagi idea mcm mana nk cek selain hantar ke kedai..thanks bang.askm
Unknown said…
asakm bos..
tumpang tanya..
kalau kereta kita pakai gas r12..boleh ker kita nak tukar gas r134a tanpa tukar comprase.sbnya saya x tahulah kereta saya pakai gas apa.
Mekanik Kereta said…
wslm,kalau dah guna R12 teruskan jangan tukar sebab kompressor akan terus rosak dan bocor jika gas dicampur2,isi gas dikedai aircond saja bukan woksyop biasa
Mekanik Kereta said…
wslm,

Biasanya atas kompressor ada tag tanda untuk guna gas apa samada R12 atau R134A
Unknown said…
Assalamualakum tuan.. mintak tuan buat group kat fb boleh.. :)
Unknown said…
Assalamualaikum tuan.. kalau pomen dah masuk r12.. pastu klo nk tkar balik r134a.. nak kena tukar cmprssr je ke? Atau kne buat flushing kt pipe aircnd semua.. hri tu pomen tu ckp dia masuk r12 sbb r134 prssure tggi.. asl mmg guna r134.. enjin kelisa
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,group apa lagi tu? Page kerosakan kereta juga telah ada ,klik gamba FB di blog saya ini
Mekanik Kereta said…
Waalaikumsalam,R12 adalah gas yang berat dan mencemarkan sepatutnya teruskan menggunakan R134A jika diganti biasanya kompressor tidak bertahan lama,tukar gas saja tak perlu tukar kompressor
Unknown said…
Assalamualaikum.. nissan vannette sy guna 2 blower & 2 kondenser sandwich.. sistem gas adalah r12. Skrg nii di maklumkan gas r12 sudah tiada lagi.. jika hendak gunakan gas R134a.. apakah boleh terus masuk gas tersebut atau pun memerlukan pengubahsuaian pada kompreser & kondenser.. atau semua komponen tersebut harus ditukar dgn sistem yg sesuai dgn penggunaan gas R134a. Mohon pencerahan.
Unknown said…
Trime kasih tuan..
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,tak perlu tukar apa2 boleh terus masukkan gas
As salam. Saya menggunakan kereta exora bold tahun 2013. Dah 3 mggu nie air con kete sy dah x sejuk. Minggu lps ada pegi bgkl air con check totally dah 0%. Apa perlu sy buat sama ada terus isi gas atau benarkan bgkl check keseluruhan sistem air con sama ada bocor atau tidak. Disebabkan kekangan bajet, abg ipar sarankan isi shj gas dahulu. Berkenaan gas adakah perlu isi gas R12 atau R134a... Mohon pandangan dr pakar.... Tq
Mekanik Kereta said…
wslm,isi dulu boleh tiada masalah jika belum ada bajet,isikan dengan gas R134A
Unknown said…
Assalamualaikum, kereta jenis MB W124 230E tahun 1986, menggunakan R12, saya nak tanya, kebanyakan kedai aircond dah tiada R12, Encik sarankan tukar sistem aircond ke R134a atau flush out gas R12, pastu just masukkan gas R134a. Ataupun kena tukar R134a kompressor dulu untuk convert sistem? Ataupun macam mana pandangan encik berkenaan masalah ini.

p/s: sekarang ni ada masalah leak, minyak compressor dah terkeluar, mungkin compressor masih okay
Mekanik Kereta said…
waalaikumsalam,terus masukkan juga boleh ,flush dulu sebaiknya ,terus masukkan gas 134a
Arturo said…
Salam tuan. Saya dah buat flushing dan top up gas.pada awalnya sejuk. Tapi keesokan harinya kembali panas. Adakah sebab kebocoran gas? Semasa aircond sejuk, ada bau wangi mungkin dari gas top up tu. Terima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,gas bocor dan kurang akan berhentikan terus magnet clutch dari melekat dan berpusing sekaligus aircond tidak sejuk. Kondenser mudah bocor dan perlu diperiksa
Arturo said…
Selain kondenser, apakah kemungkinan cooling coil boleh bocor? Atau pun compressor? Terima kasih
Mekanik Kereta said…
cooling coil juga boleh bocor manakala compressor amat kurang bocor gas melainkan melalui hose yang bocor
ojak said…
salam tuan, sy pakai wira enjoyed n 4g91, aircond sy ada leaking nampak minyak aircond kat paip masa sy tgk bwh kete, dah bawak kedai aircond dia bgtau compressor bocor dan suggest tukar keseluruhan piping dan masuk compressor denso Malaysia sbb compressor Mitsubishi tak tahan lama kos 650, ada pomen bgtau pasang compressor 4g63 tukar atas dan pulley asal kos 400 lebih, bleh suggest mana lebih baik? compressor bocor xbleh baiki ke? trima kasih
Mekanik Kereta said…
wslm,Kompressor hanya ada kedai2 tertentu saja yang boleh baiki. Kompressor jenis Sanden,Denso dan Daikin adalah antara terbaik yang banyak digunakan dalam kereta Malaysia,juga baik dan mudah didapati manakala jenis mitsubishi jika ingin gunakan boleh,tiada masalah cuma perlu modify mounting, Pada saya jika ada jenis Sanden ia paling baik digunakan.

Unknown said…
Tumpang Tanya tuan .. van ford econovan 1.4 guna gas apa ye
Mekanik Kereta said…
guna r12
Unknown said…
Maaf bertanya kenapa kereta bila pasang aircond jer, tekan minyak macam takde respon. Kalau tutup aircond die ok jer jalan macam biasa.
Mekanik Kereta said…
bila aircond hidup beban bertambah kerana enjin ingin pusingkan pula magnet kompressor dan RPM akan naik untuk tampung beban tersebut,FICD atau throttle sensor atau stepper motor untuk enjin karburator perlu dibaiki supaya enjin RPM naik untuk tampung kemasukan aircond,jika alat tersebut rosak enjin akan dalam keadaan sangat tidak kuat untuk bergerak
Click_of_Death said…
kereta saga 1991 guna gas lama. baru ni letak gas baru kat kedai aircond sbb workshop biasa tak berani nk letak. tapi sejuknya kejap ja mcm 2 bulan ja kot

lagi 1, setting sejuk ada 4. tapi no 1 dan 2 tak kluar apa. angin pun xde. no 3 dgn 4 br boleh rasa aircond. kenapa ye? pomen tua tu ada la cakap knp. tp tak paham pun. dia kata nnt ada part yg boleh panas. yg paham dia suh tukar compressor 1k+
Mekanik Kereta said…
kereta 1991 kompressor sanden atau daikin memang guna gas R12 gas lama,jika dah diisi gas baru,biasanya kompressor akan terus rosak dan perlu tukar kompressor yang memang guna gas baru,boleh cuba isis semula gas R12 tapi tiada jaminan ia boleh elok semula.
Manakala angin yang tak keluar tu perlu tukar blower resistor,inshaallah ok semua keluar
Hairul said…
Boleh kah tuan rekemen bengkel yang boleh merepair kerosakan ini, setakat ini saya gagal mencari bengkel yang boleh membaiki kereta saya.
Mekanik Kereta said…
cari bengkel aircond kalau saya rekomen cuma di wah auto puchong taman maju jaya selangor
Wirahijau said…
Salam tuan..wira aircond Denso,resistor control nak sambung dekat mana?ECU Denso tiada,yg ada sensor cooling coil dan soket ECU Denso..wiring dashboard dah tukar ke wiring Lancer panel aircond manual tapi sy masih lg guna panel aircond wira original..dan suis aircond wira yg dekat meter tu nak sambung ke mana?tolong bantu dulu tuan,tengah kusut skrg ni,tq..
Wirahijau said…
Salam tuan..wira aircond Denso,aircond dah guna termostat peti,soket dekat filter drier pun tak ada pasang,skrg nak kembalikan sistem aircond ke sistem original..masalah skrg,thermo amplfier Denso dah tak ada,yg ada hanya soket connecter thermo amp dan cooilng coil sensor..resistor control Lee dekat panel aircond pun dah tiada..suis aircond plak yg dekat meter tu dah tak tau nak sambung ke mn..wiring dashboard dah tukar ke wiring Mitsubishi Lancer yg guna panel aircond manual tapi masih lagi guna dashboard asal wira,panel aircond pun masih guna wira..harap tuan dapat berikan diagram tuk saya lakukan pembaikan semula sistem wiring aircond wira ni..
Mekanik Kereta said…
wslm,sambungannya ialah dari dari soket connecter thermo amp dan cooling sensor terus ke wiring di dashbod tanpa lalu amplifier sebab dah tiada , juga sambungan resistor terus ke panel di dashbod tapi laluan tu mungkin jadi direct cuma tambahkan relay dan fuse untuk elakkan dari litar pintas
Mekanik Kereta said…
dah jawab baca dibawah

Pos Popular

Masalah dan tanda-tanda gearbox rosak dan auto transmisi

Tanda tanda pada komponen aircond kereta yang rosak

Kesan-kesan buruk ke atas enjin apabila isyarat sensor lemah

Pelarasan enjin