Sunday, August 30, 2009

Pasal aircond kereta lagi

Pagi ni dah pukul 312 pagi aku baru je lepas tengok bola Arsenal dan MU,walaupun pasukan kegemaranku Arsenal tumbang tapi puashati kerana gamenya ok gak.Dah lama gak aku tak update blog ni jadi pagi nie aku pun tulih le pasal aircond sekali lagi,tapi tak banyak mane le cuma nak kasi tahu korang pasal gas aircond yang selalu dan sesuai digunakan untuk kereta lama dan model baru.

Ada dua jenis gas aircond kereta yang selalu digunakan iaitu gas R12 dan R134A,R12 nie selalu digunakan pada kereta lama ataupun kereta yang dah lebih umur 5 tahun keatas,bukan tak boleh digunakan pada kereta model baru tapi tak berapa sesuai kerana kandungan dalaman gas tersebut.