Pasal aircond kereta
Hari ini dah 2 hari dalam bulan Julai dan kebiasaannya bagi mereka yang makan gaji dan yang berprofession tinggi mungkin dah dapat gaji ataupun dah habis gaji dibelanjakan (he!he!).Tapi kalau bagi orang berniaga tentu pening pula, dah masuk bulan baru je nak kena bayar mcm2,supplier berderet mintak hutang jadi pokok pangkalnya dalam hidup ni ade saja yang nak kena diselesaikan.
Tapi hari ni bukan ini yang aku nak citer kat korang semua,hari ni aku rasa nak tulis pasal aircond kereta lah pulak.Aku ingat dah lama aku tak tulis pasal kereta ni jadi hari ni aku ambik kesempatan nak beritahu pasal AIRCOND kereta ataupun bahasa melayunya PENGHAWA DINGIN.
Prosesnya berbunyi macam nie ,gas yang ditabung di gas filter (botol aluminium hitam disebelah kiri atau kanan dalam enjin) akan disalurkan ke compressor,yang ni penting sebab gas akan melaluinya dan di 'compress' supaya gas tu jadi sejuk terus dilalukan ke condenser untuk melikatkannya, macam susu condensed milk tu le.Selepas semua kerja "press'dan"condensed' nie selesai gas tu akan disalurkan ke cooling coil untuk kerja terakhir iaitu penyejukan,dan dari situ le kita dapat gas sejuk yang keluar dari corong aircond dalam kereta korang tu.
Begitulah serba sedikit pasal aircond gas ni tapi tujuan aku tulis ni nak beritau selalu pengguna kereta akan hadapi masalah aircond tak sejuk dan berwap,jadi untuk kesenangan semua ada beberapa sebab ia jadi begitu:-
1)compressor tak berfungsi-samada masalah wiring atau compressor dah rosak
2)compressor takde minyak dan bering yang rosak
3)cooling coil bocor
4)condenser bocor
5)terdapat hose penyambungan yang bocor
6)gas filter yang dah lama digunakan.
Kesimpulannya dalam banyak2 sebab tu yang paling banyak sekali ialah compressor jadi compressor ni selalu bawa masalah paling tinggi,so kalau korang pi woksyop pastikan mekanik check minyak compressor ada, supaya ianya tak jam dan bukan korang tak tau harga yang paling mahal dalam komponen aircond ialah compressor jadi pastikan mekanik check compressor disamping sebab yang lain juga!
Pesan yang terakhir aku nak kasi tau ialah kalau tukar compressor pastikan mekanik servis cooling coil dan gas filter kalau boleh ditukar baru le sejuk macam kat Genting HIghland gamaknya dan jadi beku korang duk dalam kereta!
Setakat ini dulu la ya nantiku bawa citer lain pulak!
1.Compressor
2.Filter
3.Expansion valve
4.Fan clutch/Blades
5.Blower
6.Radiator/Condenser/Fan motor
7.Heater control valve
8.Heater core
9.Evaporator core
10.Hose Fitting
wassalam
Tapi hari ni bukan ini yang aku nak citer kat korang semua,hari ni aku rasa nak tulis pasal aircond kereta lah pulak.Aku ingat dah lama aku tak tulis pasal kereta ni jadi hari ni aku ambik kesempatan nak beritahu pasal AIRCOND kereta ataupun bahasa melayunya PENGHAWA DINGIN.
Kalau citer pasal aircond kereta ini ada 4 komponen utama iaitu compressor,condenser,cooling coil dan gas filter.4 komponen nie pulak ada fungsi masing-masing la pulak dan aku andaikan korang semua belum tau jadi aku kasi tau serba sedikit ya!.
Prosesnya berbunyi macam nie ,gas yang ditabung di gas filter (botol aluminium hitam disebelah kiri atau kanan dalam enjin) akan disalurkan ke compressor,yang ni penting sebab gas akan melaluinya dan di 'compress' supaya gas tu jadi sejuk terus dilalukan ke condenser untuk melikatkannya, macam susu condensed milk tu le.Selepas semua kerja "press'dan"condensed' nie selesai gas tu akan disalurkan ke cooling coil untuk kerja terakhir iaitu penyejukan,dan dari situ le kita dapat gas sejuk yang keluar dari corong aircond dalam kereta korang tu.
Begitulah serba sedikit pasal aircond gas ni tapi tujuan aku tulis ni nak beritau selalu pengguna kereta akan hadapi masalah aircond tak sejuk dan berwap,jadi untuk kesenangan semua ada beberapa sebab ia jadi begitu:-
1)compressor tak berfungsi-samada masalah wiring atau compressor dah rosak
2)compressor takde minyak dan bering yang rosak
3)cooling coil bocor
4)condenser bocor
5)terdapat hose penyambungan yang bocor
6)gas filter yang dah lama digunakan.
Kesimpulannya dalam banyak2 sebab tu yang paling banyak sekali ialah compressor jadi compressor ni selalu bawa masalah paling tinggi,so kalau korang pi woksyop pastikan mekanik check minyak compressor ada, supaya ianya tak jam dan bukan korang tak tau harga yang paling mahal dalam komponen aircond ialah compressor jadi pastikan mekanik check compressor disamping sebab yang lain juga!
Pesan yang terakhir aku nak kasi tau ialah kalau tukar compressor pastikan mekanik servis cooling coil dan gas filter kalau boleh ditukar baru le sejuk macam kat Genting HIghland gamaknya dan jadi beku korang duk dalam kereta!
Setakat ini dulu la ya nantiku bawa citer lain pulak!
1.Compressor
2.Filter
3.Expansion valve
4.Fan clutch/Blades
5.Blower
6.Radiator/Condenser/Fan motor
7.Heater control valve
8.Heater core
9.Evaporator core
10.Hose Fitting
wassalam
Comments
saya ada cara utk tambah lagi sejuk econ keta kita, sy cadangkan guna voltan stabilizer ori-charge! econ keta makin sejuk, jimat minyak, tambah pickup, lampu terang, bunyi audio power..x perlu pakai power M..
nak tahu pasai ori-charge ni, sila ke web :
http://www.ori-charge.webs.com
ada cadangan kedai mane utk servis aircond yg bagi harga berpatutan sekitar kl/pj
tk
Chipo auto aircond,taman maju jaya puchong.
aircond panas walaupun semua komponen berfungsi kebiasaanya kerana kipas kondenser yang kurang kuat berpusing,sila periksa kipas aircond saudara.
KWN PAKAI KANCIL 660 STANDARD...
COMPRESSOR BRAND SANDEN....
BILA ON AIRCOND PICKUP XDA, MINYAK LAJU KWN TRY NAK TUKAR COMPRESSOR BESAR DENSO..MECHANIC ADVICE COMPRESSOR BESAR TU RECON PAKAI TAK LAMA SO KWN BERCADANG NAK CARI YNG ORI..APA NASIHAT BRO PLAK TUK MENINGKATKAN KUALITI ECON, PICKUP KERETA AND PRESTASI ENJIN
pickup kereta bergantung hampir keseluruhan kepada enjin dan komponen,dari plug sehingga ke clutchplate
Memakai kompressor dengan lebih tinggi hanya menyekat kekuatan enjin untuk memusingkan piston kompressor.
Adalah lebih baik jika saudara gunakan distributor elektronik untuk enjin,guna plug bosch,tukar fuel filter dan adjust tappet dan juga memastikan semua hose kecil yang bersambung ke karburator,FICD dan distributor adalah tidak keras atau bocor.gantikan jika bocor.
Perhatikan hasilnya.
Saya pernah diberitahu oleh rakan di Johor Bharu mengenai sebuah kedai baiki aircond AZ auto cool dan aksesori di Johor Bharu,tetapi saya tidak berkesempatan mengunjunginya mungkin saudara boleh cuba baiki aircond saudara di situ.
kos tampal atau tukar cooling coil adalah dikira sebagai servis aircond iaitu dianggarkan dibawah rm200
knpe ea kipas kejap on kejap off..setiap kali sya bwk g wkshp 2 @ 3 ari pas tu x bgerak balik...tolong encik..sya da fed-up..duit da abis asyik repair tang tu gak..apa maslhnya ye..
knpe ea kipas kejap on kejap off..setiap kali sya bwk g wkshp 2 @ 3 ari pas tu x bgerak balik...tolong encik..sya da fed-up..duit da abis asyik repair tang tu gak..apa maslhnya ye..
Jika kipas aircond yang saudara maksudkan sila periksa sensor berada pada cooling coil.
2 soalan sebenarnya
1)Jika carpet sebelah penumpang basah,itu adalah kerana hose yang sepatutnya mengeluarkan air aircon keluar samada tidak dipasang atau tidak disalurkan ke lubang luar
2)Air radiator berkurang tiada kena mengena dengan aircond,Jika berkurang yang banyak ada kemungkinan radiator bocor atau kipas radiator yang tidak berfungsi.
Bila fan dan kompressor beraksi,RPM akan jatuh kira2 100 radius/minute dan menjadikan kereta bergegar sedikit.Untuk baikinya:-
1.Periksa semua hose kecil berdekatan air filter,enjin dan komponen a/cond pada body kereta.Jika pecah tukarkan,jika tercabut masukan semula.
2.FICD supply adalah alat untuk menaikan RPM setelah kompressor berfungsi,ianya biasa terletak pada body kereta berdekatan wiper.Tukar alat tersebut jika cara 1. tidak berkesan.
3.Pastikan juga spark plug dan air filter baru digunakan untuk mencegah kesan2 kecil sampingan dan memburukan lagi gegaran enjin.
pasal spark plug aku tak check lagi. tapi kipas saya tu mcm tak balance la bila pusing.. mcm ada bengkok. mmg macam tu ke cikgu.
kipas ni kalau tak bagus ada effect ke suruh body kereta tu gegar cikgu.
satu lagi,kalau kipas tu dh pusing,tak pandai nak henti2 la pula. mmg standard kelisa ke cikgu..
tolong cikgu.. tq..
kipas bengkok mungkin dah lama pakai ada bengko sikit kot,tapi kalau sebab kipas gegar enjin sehingga RPM jatuh itu tak mungkin kerana RPM jatuh hanya pada masalah tertentu sebab timing yang rendah.
Kipas tak berhenti pusing mungkin mekanik saudara son dah wiring direct untuk kipas aircond jadi kipas akan terus berpusing tanpa menggunakan relay.
Kipas aircond ada relay dan kipas radiator juga gunakan relay periksa relay tersebut.
Relay letak dkt fuse box samada dalam enjin sebelah penumpang atau dibawah kaki pemandu
Semua kotak fius ada petunjuk pada penutupnya dan semua komponen adalah menggunakan relay,tiada yang diwiring terus-menerus,jadi apabila salah satu komponen seperti kipas rosak ia samada kipas itu rosak ataupun relay rosak.Begitu juga dengan komponen yang lain.
Jumpa mekanik untuk periksa belting dan pulley adjuster aircond.Kos tukar sekitar rm 150.
Jika bunyi macam tu memang tiada gas langsung dan memang bocor ,bocor tersebut mungkin besar sebab tu ia binyi bising ,biasanya cooling coil bocor dan mungkin telah tercabut dari pegangan.Periksa di w/syop.
kira2 rm300-350.
harga rm100 harga biasa ,paling murah pun mungkin rm80 sahaja.
A) apabila menambah kelajuan, mendaki, memotong akan bunyi bising mcm geseran pada enjin@gearbox bila pedal minyak tekan habis terutama bila pasang aircond.lambat pickup.da lama sikit baru ok jalan mcm biasa.
B) bila berhenti pasang aircond bunyi bergegar kuat sangat kat enjin. tapi bila tekan clutch, bunyi tu hilang.lepas bunyi balik.
apa msalah saya n bro ada bengkel x?senang anta kat bro untk cek..
Bunyi tersebut adalah bunyi bering clutch,ini adalah masalah biasa terjadi pada kancil dan viva.
Turun gearbox dan gantikan bering tersebut.
saya guna kembara auto 1.3cc, saya nak buat servis radiator enjin & radiator aircond.biasanya utk keberkesanan p& prestasi kenderaan, yang mana perlu diberi keutamaan servis dahulu, radiator enjin @ radiator aircond ?
TQ atas respon tuan.
Saya rasa apa yang saudara maksudkan adalah servis radiator kerana terdapat hanya satu radiator sahaja untuk sebuah kereta,hanya kipas sahaja yang kadangkala terdapat 2 yang berbeza satu enjin dan satu aircond.
Untuk servis radiator untuk mengembalikan sejuk enjin lebih baik servis radiator saudara dengan bahan kimia dikedai radiator berdekatan selain daripada flush radiator yang boleh dibuat sendiri.
Jika tiada masalah kebocoran,habuk,pulley,minyak dan clutch pada kompressor serta komponen lain juga baik,gas yang saudara isi mampu bertahan melebihi 2 tahun atau lebih.Ada yang sehingga 5 tahun baru mengisi gas semula.
saya guna KEMBARA 1.3 EZ auto, sistem aircond kereta salah satu faktor overheating tak? maaf jika salah, sekadar tambah info. kembara standard saya, ada radiator & kipas radiator.depan radiator ada kondenser aircond. boleh tak kalau saya tambah depan kondenser aircond itu ? ada foremen sarankan..betul ke tak, itu yg saya tanya tuan..tujuan apa erkk ..TQ
Enjin kembara menggunakan satu kipas dan satu belting,olehsebab itu jika terkurang kekuatan salah satu komponen seperti kipas atau water pump ia cepat mengundang overheating.
Servis radiator,tukar water pump biasa dilakukan kebanyakan pemilik kembara untuk masalah overheat,jarang sekali yang menambah kipas untuk aircond kerana ia mengundang lebih masalah terutamanya mengurangkan prestasi enjin juga wiring yang tidak tersusun.
saya guna KEMBARA 2002 auto 1.3 EZ.
saya ade tukar radiator baru minggu lepas, bila agaknya nak servis radiator lepas ini ? ikut bulan ke mileage ?
soalan ke-2, sistem aircond saya juga ade buat servis ; coil, tukar pipe, drier, servis condenser. bila masanya kena buat servis lepas ini ?
soalan ke-3, kipas saya (belakang radiator) versi kembara ini HC-EJ cuma satu sahaja, ader saranan dari foremen tukar kipas jenis kembara DVVT. mtk pandangan tuan blog..
Sekian, terima kasih.
1.Jika enjin tak panas,kipas berjalan elok,air tangki simpan tak kurang ini maknanya sistem penyejukan bekerja dengan baik,servis radiator tidak dikira ikut mileage atau bulan,ada yang tak pernah servis radiator berbelas tahun kerana sistem penyejukan yang tiada masalah seperti yang saya sebutkan.
2.Begitu juga dengan servis aircond jika tiada masalah udara sejuk,gas bocor,gas kurang saudara tak perlu servis sampai bila2 pun tak apa,ada pengguna yang servis aircond selepas 7 tahun kerana gas kurang,gas kurang boleh dilihat bila filter gas kaca berbuih2.
3.Kipas hanya berperanan menyejukan radiator secara pengaliran keluar udara panas,jika tiada masalah pada sistem penyejukan,temperature stabil,kereta tersebut tak perlukan kipas berbentuk lain,ada terdapat kipas yang tidak disesuaikan dengan enjin menyebabkan enjin cepat panas.
saya menggunakan kereta wira 1.5
masalah keta tersebut ialah.
1. apabila aircond di "ON" kan dalam 10-20 minit. terdapat bunyi screeeeeeeeeeeeeeet..........(mcm org brek) dan apabila di "OFF" kan bunyi tersebut akan hilang. pada masa yang sama kuasa kereta terasa seperti terus drop.
untuk makluman tuan, bunyi tersebut tidak berterusan, tetapi akan berbunyi sekejap-sekejap.
minta tuan tolong apa masalah tersebut sebelum menghantar ke kedai supaya tidak di tipu.
sekian terima kasih
Bunyi ini adalah bunyi bering kompressor,dapatkan bantuan mekanik aircond untuk tukar bering kompressor tersebut.
tq
Minta mekanik adjust contact point supaya timing rendah,tukar air filter(bersihkan atau basuh kotak air filter),tukar plug.Insyallah penggunaan minyak akan bersesuaian dan rendah.
Mengenai cut off ia bergantung kepada sensor,suhu terletak pada sensor,kadangkala bila sensor cooling coil tidak diletak betul pada kedudukannya atau terhalang oleh getah pengikat dsbnya ia akan melambatkan cut off,kena periksa semula bagaimana corak pemasangan sensor pada cooling coil.
ok critanya gni, sya pkai kncil 850, ekon sya skg ni da cam sauna, 2x anta servis tmpt yg sma dlm msa 2 tahun ni, tp ekon guna mmg xsmpai 6 bulan da pns balik, simptom ekon ada bnyak, klu off enjin n ekon, msti ada bunyi hissing 'ssshhhhh' cam isap air guna straw...pastu klu adjust temperature bunyi klik, bnyi mmg bnyk kali...tp kdg2 jak sbb takut da mo adjust hehehe..last servis ari2 mmg suma da cek, cooling coil n kondeser da buka siap rendam lam air, tp xda bocor, filter da tukar, kompresor da tuka minyak, siap kaler ijau lg..piping suma da tuka getah...tp bleh thn smpai 5 bulan jak, so skg mmg xda ekon la keta saya 2..mls mo anta servis, kompresor pun mcm dah mati skg ni...suis a/c idup tp bila on enjin cam biasa jak..xda rasa berat, apa msalah ekon saya ni tuan? tlong email -> x_rateditem@yahoo.com
masalah ini masalah cooling coil sensor,tukar sensor dalam cooling coil.
Saya menggunakan kereta Iswara LMST 1.3 Manual. Masalah aircond saya nie suhu sejuknya tak sampai ke tempat duduk penumpang belakang. angin dah kuat tp sejuk tu kurang..dah servis aircond (tambah minyak & gas, tukar tabung)dan sewaktu dengannya tp sejuk tetap tak sampai ke belakang..tolong saya tuan..ada org kata kereta kebal memang mcm nie aircond tak sejuk tapi sy percaya mesti ada penyelesaiannya..
servis aircond ada tak tukar valve pada cooling coil,jika tak tukar angin tetap tak sejuk,selain itu pastikan kipas pusing baik dan cut off kipas serta kompressor juga baik iaitu tidak cepat cut off.
Insyallah jadi sejuk jika dilakukan .
Saya ada masalah aircon.
Tahun ni..
Bulan 9 saya p bengkel sbb aircon keluar angin panas jer. Bengkel top up gas. ok.
bulan 10, g bngkel lg, masalah sama. lepas check, pomen ckp top up gas and tukar filter takut filter kotor sgt. ok
semalam,air con keluar angin panas jer... plak. Kak Seri rasa tertipu.
Apa nasihat saudara utk Kak Seri.
Keta Kak enjin diesel 2.5.
Terima kasih atas nasihat2 sauadara di blog ni. Banyak memberi panduan kpd. para pemandu wanita.
Masalah ni masalah kompressor,tukar kompressor kereta diesel kak seri.
betul valve a/cond berwarna tembaga dan mempunyai pintalan gelung kecil dihujungnya.
1.Cut off bergantung pada dimana kita letakan panel penunjuk suhu dalam kereta jika banyak ia jadi lambat cut off,bila sikit ia jadi cepat cut off ,jika panel tersebut berfungsi baik ia akan cut off mengikut arahan dari panel penunjuk suhu.
Jika cut off terlalu cepat dan laju a/cond tak mungkin sejuk sepenuhnya.
sy nak tanyer..sy pki grand livina 1.6AT..bile ON aircond,ader bunyi bising pada enjin..sy hantar g servis kereta n pomen cakap compressor rosak dan kene tukar baru..budget dalam 2k..betul ker cmtu..minta bantuan..huhuhu
Kompressor yang rosak berbunyi ada 3 sebab:-
1.sebab bering
2.sebab belting kendur
3.sebab dalaman kompressor kurang minyak
Jika terlalu bising ia masalah kompressor,jika bising dicurah air dia hilang masalah belting kendur,jika bising berdesing dan kasar ia masalah bering kompressor.
Pastikan bunyi tersebut dan jika tukar kompressor kos paling mahal pun sekitar rm700
berapa anggaran full servis utk sistem aircond ?? kiranya semua part la yg kena servis.. tak termasuk brg yg rosak/perlu di-ganti baru..
bgaimana nak jaga agar sistem aircond kereta sentiasa dlm keadaan baik selain full services rutin aircond..
TQ mr.blogger.
Anggaran sekitar rm200 termasuk gas.
Jaga a/cond mudah saja,jangan letakan temperature switch pada full blast,memadai dinaikan sedikit2 jika kurang sejuk
2.selalu semburkan air pada kondenser
3.Jika terdapat kerak hitam pada mana2 komponen a/cond seperti pada penghujung hose kondenser,sekeliling kompressor,elakan dengan segera membaiki.
4.Tambahkan minyak kompressor pada kompressor setiap kali mengisi gas.
kancil saya menggunakan enjin dan sistem aircon mira. telah menukar compressor terpakai dari kedai potong. vakum dan myk comp yg baru. bila on aircon kipas kdg2 pusing dan tak. tanpa on aircon kipas memang pusing berdasarkan kepanasan enjin. bila on aircon rpm akan turun naik tidak idle dan enjin mati sendiri. antara yg telah ditukar comp, drier ndan motor kipas. trmksh
Berapakah harga untuk tukar compressor termasuk servis? Yang mana bagus, kualiti OK/tahan lama...Tukar yang ori atau re-cond atau kedai potong? Time kasih
di kawasan engin atau dalam area dashbord
nak tanya, saya pakai myvi 1.3 thn 2006..apabila drive slow aircond sejuk..apabila drve laju aircond panas..hanya angin sahaja..boleh bgtau x masalah ape..
Saya pemilik kereta myvi 1.3.Aritu,sy ada buat penambahan utk kipas kereta sy.Sebab myvi pakai 1 je.Soalannya,apakah kesan terhadap kereta jika pakai 2 kipas?yg kipas asal x usik,cumanya buat penambahan kipas kat kondesor.
saya menggunakan kreta viva 850
bila mnghidupkan aircond engin begegar truk sgt apa masalnya tok guru
Langgar batu kalau tak sebabkan radiator bocor enjin tak overheat,perlu periksa keadaan air samada cukup atau berkurang
Saya menggunakan kembara tahun 2008.
Masalah saya apabila on aircond ia berfungsi dan selepas 20minit cmtu ia trus x sejuk..ini terjadi selepas saya buat setting timing aircond dan setting tb baru ni..sebelum ni x pernah jadi..apa puncanya..adakah mekanik trsebut salah setting?
Nak tanya aircon/kipas bunyi berdengung bila buka speed no 3 & 4
Kadang2 pernah mati@xde aircond semasa on
Dekat bonet depan ada percikan minyak di atas timing belt
Honda city 1.3 auto (sx8) 97
Apakah masalahnya ?
Boleh rekmen kedai servis sekitar johor bahru jika tuan tahu
Terima kasih
Nak tanya..2-3 bulan lepas saya ada tukar clutch utk compressor sebab sudah rosak (bakar)..lepas tu suruh pomen tu servis minor ekon sistem..tukar valve,isi minyak compressor baru,tukar dryer filter..flush system..
Masalah skang tiap kali compressor on,ada bunyi mcm 'burppppp' dekat area valve & pada masa sama paip ekon yg bersambung dgn valve tu bergetar kuat..
Apa mslh tu tuan?
Bawak kereta ke Denso Glenmarie Shah Alam..detail check valve yg mekanik tu tukar recond punya..
Blh detect dekat spring & set screw penutup spring valve..
Bila compare dengan original blh nmpk perbezaan antara valve ori & recond..
Apapun..tq tuan..
Saya pengguna kereta Myvi. Air cond kereta saya baru2 ni rasa kurang sejuk. Jadi saya dah topup gas. Selang 2 3 hari rasa keluar angin sahaja. Lepas check ada paip bocor. Buat piping baru. Alhamdulillah sejuk. Tapi ada masalah baru..bila saya drive lebih kurang setengah jam atau berhenti di traffic light akan ada bunyi mengaum..tak pasti bunyi compressor ke apa tapi RPM naik. Lepas bunyi tu hanya angin yg keluar..sejuk langsung tiada. Drive balik dalam setengah jam kejadian berulang. Ada sekali tu keluar asap pada lubang tempat keluar air cond dan rasa panas.
Boleh tuan bantu saya apa yg x kena pada air cond kereta saya? Terima kasih
Saya ada masalah air cond kurang sejuk bila dalam keadaan idling, tetapi bila kereta dh bergerak atau rpm dah capai 2500 keatas, baru ada rasa sejuk. Apakah punca masalah tersebut tuan?
Saya pengguna kereta viva 1.0
Kalau tukar kompressor, rm450 recond.
Adakah itu standard harga bagi Kereta viva tuan?
terima kasih..
Gunakan sparepart juga yang sama dan mempunyai kapasiti yang sama jika lebih enjin akan meragam
Semoga tuan terus diberkati dan dirahmati Allah
Saya menggunakan Perodua Viva Auto 2009, bolehkah saya tahu apakah punca berlaku apabila saya hidupkan sahaja aircond, ada keluar bunyi seakan-akan "krik, krik" apabila sudah berjalan dalam masa lebih kurang 5-10 minit pada kelajuan 60 KM ke atas, bunyi tersebut sudah tidak ada.
Apakah punca berlakunya bunyi tersebut dan apa perlu saya tukar?
Mohon bantuan.
Saya nak tukar compressor kancil ke compressor ekon yang besar...
Model compressor ekon kereta yang mna lg bagus utk kereta sy adakah kembara atau kelisa... Klu ada y lain lg dlm buah fikiran encik... Sy meminta pendapat encik... Terima kasih...
Sy pkai kembara lama 1.3 manual.. Bila on aircond ada bunyi bising bila kete xjln..masa jln/tekan pedal myk bnyi hilang.. Kdg2 masa berenti pun sy kene tekan myk sbb xnk dia bnyi..masa jln ekon sejuk tp klu x gerak ekon jd panas.. Apa problem agaknya.. Terima ksh
waalaikumsalam,untuk overheat ,ada komponen2 seperti aircond,wiper,signal dan lain2 akan berhenti jika penunjuk suhu naik sehingga tanda amaran/merah,ia akan kembali pulih setelah enjin kereta sejuk semula juga selepas melakukan top overhaul
Post a Comment
Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/TanSri/Puan Sri/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.
Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!
Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,